CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LagerthaRagna

Toxic family

[Copy link]
Post time 24-9-2022 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
LagerthaRagna replied at 15-9-2022 06:24 PM
OK berbalik pada plan abang aku tu...abg aku wasap aku panjang lebar..plan die nk sewa luar tu..tapi ...

Tak tahu nak komen sebab tergamam dengar cerita TT ni. Saya rasa sangat kesian ngan Pn.

Alhamdulllillah saya dan family walau takde lah perfect takde dugaan sebesar pn. Jadi saya seolah terkejut dengan cerita Pn mcm seolah drama tapi Pn buktikan yg rupanya mmg wujud juga situasi macam ni

Saya doakan seikhlas hati saya semoga Pn sentiasa kuat hadapi situasi dan semoga juga ibubapa pn juga dilembutkan hati utk sama2 wujudkan harmoni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sadiskn menjadi ank pompuan tp dibenci mak sdri..mcm aku, Allah dh bolak balikkan hati ni..utk kau, semoga dipermudahkan, semoga ada keajaiban sihat semula hilang segala sakit yg ada..focus on urself and ur family..block semua org2 yang toksic tu, u can do it
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga TT diberi kebahagiaan berpanjangan bersama suami dan anak². Semoga juga diberi ganjaran syurga tanpa hisab atas kebaikan dan segala ujian semasa hidup. I ingat trauma i kecil² membawa ke alam tua ni yang paling tragis. Tapi pengalaman hidup TT jauh lebih mencabar. Baik akhlak TT yang tak melawan orang tua. I tak sesabar itu. Sekarang pun makin menjauh dengan siapa pun yang tak menjaga hati. Penat dah berusaha supaya disayangi. Baik bahagia dengan suami dan anak2 je. Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt ni kiranya mmmg baik dan lembut hati orgnya. Dah kena taik mcm2 pun masih bersabar. Iols rasa tt kena mengamuk sekali sekala dpn semua adik beradik.n parents biar dorang tau jgn sng2 nak memperkudakan tt. Huntong jua ur hubby sgtlah baik xbyk bunyi. Tapi don't ever take things for granted. When a man's fed up...natijahnya mau sndri igt!
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang pernah alami mak toksik akan membaca  pengalaman Lea ini bait demi bait ayat. Serupa tapi tak sama keadaan. Dengan pilih kasih, dengan mata duitan, itu buatkan kita lebih sayang pada anak anak kita supaya tak jadi pengalaman serupa masa kita dengan mak sendiri yang toxic.

Ya, I baca betul2 dan hadam. Lea mmg kuat hatinya.

Nasihat, buat macam I, I dah letak barrier dengan mak toxic I, cakap bila perlu.

Kena ingat mak tu bukan maksum, dia jugak manusia penuh hasad.

Sorrylah, I dont give a damn lagi pada mak I still nk kelakukan I masa umur umur cam I ni sekarang.

Senang cerita, I do now LEFT her....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 04:48 PM | Show all posts
sebak i membaca kisah TT. luluh rasa. kuat betul TT mengharungi segalanya, syukur Allah kurniakan suami yg memahami dan support u. semoga u dan family kecil u kekal bahagia. tbh u deserve better, tp hakikatnya kita tak boleh pilih parents, adik-beradik, ahli2 keluarga lain. mcm yg forumer2 lain nasihatkan, u follow ape yg husband u ckp, fikirkan jgk anak2 u... jaga kesihatan u, demi anak2. u dah cuba yg terbaik, in fact i tak tau la mcm mana u bersabar selama ni. pada i u punya usaha nak membahagiakan mak ayah dah cukup baik. masalah sebenar bkn u, tp parents u esp ur mom. tanggungjwb tu skrg biar siblings lain yg hadap, terutamanya anak2 lelaki. bak kata pepatah, sometimes you have to be cruel in order to be kind. byk2 kan berdoa satu hari mak u berubah sikap, dan adik-beradik lain sedar akan tanggungjwb masing2

i seikhlasnya berdoa semoga dipermudahkan urusan u, dimurahkan rezeki & semoga u sihat kembali. amiiin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
LagerthaRagna replied at 15-9-2022 06:24 PM
OK berbalik pada plan abang aku tu...abg aku wasap aku panjang lebar..plan die nk sewa luar tu..tapi ...

Tahniah Dan Takziah TT
Seorang yg kuat dan tabah dlm kehidupan..
Moga terus cekal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2022 10:32 PM | Show all posts
Salam..
Aku updates sikit ya. Aku baca je komen2 forumer semua dan  dah take action a few.

Bab jaga kesihatan tu, taktaula sbb stress ke ape..aku memang da kurang makan..Selalunya lepas penat memasak, aku naik terus memang tak makan. Makan nasi hanya sekali sehari. Entahla bagus ke tak hilang selera makan tu..harapnya next check up i bulan december nih, result semua cantiklah..

Kedua, ada forumer yg cadang buat hibah or wasiat. Aku pun dah buat wasiat. Kata ejen i, sebelum buat hibah kene buat wasiat dulu. Cumanya tulah..bab2 meninggal ni seriau kan nak bincang2..tapi yang penting semua dah setel. Takdelah banyak sangat pun harta , sekadar niat untuk  melindungi hak anak2. Red flag dah ada. Masa aku sakit jantung tuhari, adik aku da beriya suruh  letak nama die sebagai pemegang amanah. Macam kita takde suami pulak nak serah ke dia.

OK..kan ke husband bagi parent i tinggal kat rumah kami sampai lepas ayah angio bulan 10 tuhari. Nak buat angio ni pun drama juga. Sebab date angio ayah tu clash pulak dengan tarikh kami sekeluarga ke KL. So, semua buat bodo jelah nak hantar ayah ke hospital. Yang adik tu siap suruh cancel angio tu sebab dia kata ayah sihat je napa aku pulak over beriya suruh buat. Pastu adik sibuk takutkan ayah yang prosedur tu bahaya boleh mati. Sapa tau, taulah angio ni hanya prosedur paling mild la untuk jantung. Mind u, ayah aku dulu yg kene heart attack sebelum aku. Sejak kene tu die hanya buat ECG dan makan ubat cair darah & ubat jantung. So, aku request pada pakar hosp gomen utk buatkan bapak aku angio guna GL aku. Yelah ayah aku takde insurans. Kalu buat kat swasta mcm aku tuhari pun cecah 40k. Aku ni mujurlah insurans company cover. Setelah banyak drama and tolak menolak akhirnya ayah aku selamat buat angio tu. Alhamdulillah..Ayah buat pagi, petang tu aku dari KL balik terus ambil abah. Doctor nak jumpa waris. bagitau memang ada sumbat 70% and dah pasang ballon & stent. Huhu..lagi terukla aku punye 99% block.

OK..sepanjang dlm kereta tu, ayah aku ni dok bebel je mcm salahkan doctor sebab doctor ada stopkan die satu ubat cair darah sebelum angio. Ayah kata, sebab tulah block agaknya. Aku cakap..
'Tak bah...abah memang ada block dari abah kene heart attack tuhari..Mujurlah buat angio ni ha..'
Aku perasan masa Dr brief pun bapak aku acah bijak argue2 sampai Doctor tu pun malas nak explain kat dia. Doc tu explain kat aku je. siap doc tanya..ayah kamu pencen ape ye dulu? aku ckp je takde pencen..keje sendiri..

Baikla..sebelum aku ke KL tu, mak aku pun ada sakit pinggang. Sebab aku tak sempat, aku tinggalkan duit utk dia pegi klinik depan rumah. So, balik dari KL, aku ambil mak aku kat rumah abang aku (die duduk situ sbb ayah admitted buat angio). Masuk je kete dia cakap, Klinik depan rumah aku tu tak bagus la mahal saja..bla.bla.. Pastu die kata, die pegi klinik wakaf kat kawasan rumah abang aku tu barulah kurang sakitnya.
Dok ulang2 tu sampai separuh jalan..macam nak bgtau semua bekenaan aku semua tak guna. walaupun aku bg duit ke klinik pun kirenya tak gunalah..
Aku taktaula mak aku nak ape kan..Nak sangat dok dengan abang aku ke? pegilah kalu diorg sudi jaga. Duduk kejap tu pun, sanggup mak aku tak makan sebab taknak susahkan abang aku. sampai je rumah aku, kebuluran dua2 carik makanan nak makan. Husband aku cakap dua2 mak bapak aku ni memang taktau syukur. Anak yg menolong dibuat musuh and ego mcm tak heran la aku buatkan angio & bagi duit pegi klinik tu. Nasibla aku dah immune ye dibuat mcm kain buruk. Aku anggap jelah diorg ni dah nyanyuk agaknya.

Jujurnya, dalam pada sedih and sakit hati, aku selalu berdoa kalau ade kebaikan aku kat diorg ni, bglah  balasan kalau tak kat aku, kat anak2 dan suami. Dan doa aku tentunya banyak utk anak dan suami. Aku sangat2 sayangkan family kecik aku nih. Sampai aku kadang2 mcm ada anxiety takut kehilangan diorang. Sebab aku selalu rasa aku takde siapa kecuali diorg dalam hidup ni (of course selain Allah swt). Untuk husband aku, syukur Alhamdulillah rezeki dia tahun ni agak murah. Baru promoted bulan ogos tuhari, dan sekrg ditawarkan sambung pengajian PhD pula. Maksudnya aku habis belajar nanti, husband pula akan sambung. Tapi sebelum tu, husband kena lapor diri juga ke posting baru.

So, skrg ni kami PJJ sementara urusan beli rumah selesai. Parent aku masih kat rumah kami. Oh ye, adik aku yg kene buang keje tu dah keje balik. So die willing nak bayarkan sewa flat gomen RM250 sebulan. Aku rasa betullah just in time, aku nak pindah, mak ayah aku akan pindah ke flat tu. Flat tu tingkat satu, jadi takdalah tinggi sangat diorg nak naik tangga. Tapi ada syaratnya. Adik aku tak bagi aku datang rumah tu nanti. Mak aku dilarang jumpa aku kat rumah tu atau bawa barang2 aku ke rumah flat tu. Mak aku nak bawak sofa set aku, tempat die dok lepak. Kebetulan aku pun taknak dah sofa tu..Adik aku tak bagi ye. Takpelah aku pun dah nak pindah jauh kot.

Baru-baru ni ayah aku ada cakap, (tapi aku tau itu plan mak sebenarnya. Kan mak aku memang mastermind segala benda, bapak aku ikut aje)..bapak aku kata, nanti aku pindah, diorg nak duduk rumah kami tu berdua. Ko rasa? Selamani aku ajak dok sekali, buat hal, lari rumah bagai. Bila kami takda, nak duduk berdua pulak. Rumah tu kami dlm proses nak  jual. Walaupun aku sedih tengok muka tua ayah aku, aku ambil napas panjang2 dan say NO. Aku bagi alasan tak mampu nak bayar byk2 rumah. Aku rasa kalini aku betul2 kene firm dan bagi peluang pada anak2 lain pulak amek tanggungjawab. dan aku rase mak aku akan lebih behave kalu duduk dgn anak lain.

lagipun mak bapak aku tak sesuai duduk berdua kat rumah aku ni sebab:
1) tak amanah. Suka faraid barang2 harta benda kami tanpa pengetahuan kami. Suka ajak anak2 lain dtg rumah time kami takda.
2) Clumsy yg membawa kepada kerosakan dan pembaziran- lupa tutup lampu/ air. Lupe tutup gas. Habit mak aku pulak suka buang tisu dalam lobang jamban. Banyak kali kantoi dan aku tegur takut tersumbat lubang jamban tu..eh..buat lagi. BIla dah kantoi tu, pakej menipu pulak cakap bapak aku yg buat. Tadi untuk kali ke berapa, terapung lagi tisu2 tu. Aku laju je ckp dgn mak aku
' Ma, berapa kali nk cakap pasal tisu tu? nape mama buat lagi ye..kalu tersumbat lagi cemane? takkan asik  nk repair aje. Mama dulu masa kitorg kecik, kemain marah kalau sabun terjatuh lubang jamban walaupun tak sengaja. Sekarang dah  tua, mama pulak saja2 buang.'.
Gitulah aku terpaksa sound setelah banyak kali cakap dah. Mak macam biasa buat muka tak salah and buat2 kusyuk tengok tv. Aku cakap tu nada lembut jelah takda la menengking negking mcm adik aku. Tapi memang masa kecik, kalau terjatuhkan benda dalam lubang jamban memang mak suruh  masukkan tangan dalam lubang jamban dan kutip balik..kejam kan mak..mujurlah aku pernah sekali je..bungkus tangan dengan plastik dan masukkan tangan dalam lubang jamban sebab terjatuhkan berus gigi dalam tu..

3) Makan minum tak terkawal /tak  pantang- rumah aku memang standby 3 in 1, milo or air manis sikit untuk org datang. Tapi selalunya berbulan-bulan baru habis sebab anak2 tak minum  manis. Sejak diorg ade..free flow ye air manis 24jam. Bayangkan susu pekat tin tu sehari habis. Milo 3kg tak sampai sebulan habis. Gula sekilo tak sampai seminggu. Bila aku tegur, die tempelaknya konon aku lagi tak sihat dari diaorg. Sekaramg solutionnya benda2 tu habis aku dah tak beli dah.

4) Serba serbi berkira- kami ni da ajar anak2 jangan berkira duduk serumah. Kalau nampak ade pinggan kotor atau gelas sebiji dlm singki tu, tolongla basuh sekali. Apa-apa kerja dalam rumah ni buat bersama jangan berkira. Tapi bila sampai ke mak ayah aku, basuh pinggan sendiri-sendiri mcm duduk menyewa gayanya. Kalau aku beli makanan, tak habis..die biar aje atas meja sampai pagi. Dia akan masukkan dalam fridge yg dia nak  makan saja. Kalu nak makan pun memang takda lawa kiri kanan. Memang diorg mcm hidup berdua je walaupun ada org lain dalam rumah.

5) Duduk macam tetamu- kan aku da cakap sebelum ni, rutin diorg bangun pagi-tengok tv/utube-lepak2- tidur. Ulang2 itu jek. Sekarang dah tambah rutin tengok politik pulak. Aku sampai dah kenal lah suara rafizi, anwar, kj,azmin & ntah sapa2 walaupun aku kat dapur. Siap diorg berdiskus serius bab politik. Mcmlah siapa pun memerintah kehidupan diorg akan berubah jadik lebih baik. Sama je dulu ,kini dan selamanya. So, boleh bayang tak kalau diorg dok berdua. Siapa nk mengemas bagai-bagai tu sebab diorang memang da set rutin diorang mcm tu. Takkan aku juga nak kena sediakan maid.

So begitulah.. aku terpaksa kejamkan diri dengan menolak permintaan mereka nak duduk dirumah kami. Harapnya semuanya dipermudahkan urusan aku sekeluarga dan mak ayah. Sekarang aku menghitung hari untuk berhijrah dan memulakan hidup baru. Hidup pjj dengan suami, bukan mudah untuk aku yang dah berbelas tahun tak  PJJ, buat apa2 semua bersama. Doakan semuanya berjalan lancar ya. Walaupun hati ni sedih mengenangkan kehidupan baru mak ayah nanti, tapi aku terpaksa bulatkan hati demi kesihatan mental aku sendiri. Bak kata forumer2 yang menasihat, aku kene setkan priority aku. InsyaAllah semoga kami sekeluarga selamat berhijrah dan memulakan new chapter. Aaminn YRA..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2022 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah sis
All the best
Kuatkan hati cekal

Moga berbahagia bersama keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur mak awk brp skrg? Ayah baru 71 kan? Kdg2 kalau perangau hauk mcm ni xtau la knp tp mesti pnjg umur..yg makpak baik2 cpt pulak tinggalkan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Maafkan org tuamu untuk ketenangan diri, move on and do things that make you happy the most.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2022 06:52 PM | Show all posts
lolen replied at 14-11-2022 01:19 AM
Umur mak awk brp skrg? Ayah baru 71 kan? Kdg2 kalau perangau hauk mcm ni xtau la knp tp mesti pnjg u ...

Umur mak 60 lebih. BUkanlah nak cakap apa tapi adik beradik mak semuanya jenis umur panjang. Mak diorg (atok perempuan) pun baru meninggal sebelum covid tuhari pada usia 90 lebih tahun. Dari 7 org adik beradik, sorang dua je yg masih bebas penyakit. 3 org dah mild stroke termasuk mak aku. Yang lain tu kencing manis darah tinggi pakej ya. Tapi masing-masing masih hebat ye bergaduh mulut and laser.

Masa arwah anak aku meninggal, makcik aku yg maklong ni bole pulak cakap ' Maaflah Lea..Dah lama family kita takda kematian nih. Kekok pulak taktau nak buat ape. Datang ziarah jelah ye'. Gitu yer cakap kat depan kubur. Taktau la kebetulan ke apa, lepas je anak aku meninggal tu, yang diorang ejek kata anak aku meninggal sebab aku anak derhaka kat mak aku, banyak pula kematian berlaku dlm family diorang.
Atok (sakit tua)
Anak makcik aku yg fitnah aku tu- makcik no 6 ( jantung & overdose dadah)
Pakcik (husband makcik no 7)- parkinson
Anak maklong aku - asthma
Anak Makcik no 5 - kencing manis

Semua kematian-kematian ni aku tau dari sepupu2 yang masih keep in touch dengan aku. Sebab makcik2 ni kan dah putuskan hubungan dengan aku since kes fitnah tu. Takpelah aku doakan dari kejauhan. Diorang yang meninggal ni semuanya baik2. Yang anak makcik yg overdose tu pun aku harap di akhir2 hayat dia mudah2 mudahan diterima taubatnya.  Yang bermasaalah memang adik beradik mak aku je. Tapi ada juga anak2 diorg yang baik juga. Cume diorang memang tak berani tegur perangai mak masing2, (macam aku jugak la).. Sebab apa.. kami memang dah dimomokkan dari kecik, mak tu wajib dihormat, mak tu sentiasa betul, dan kalau buat mak kecik hati hidup tak selamat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2022 07:25 PM | Show all posts
Sebabkan selalu dimomokkan kata2 'buat mak kecik ati@ tak ikut cakap mak, hidup tak selamat', jujurnya sampai sekarang aku jadi trauma. Apalagi kena ejek lepas anak aku meninggal.. lagi bertambah tambah aku rasa traumatized.

Jenis family mak aku ni, diorg suka sangat judge. Kalau diorang dengar ada kenalan/kawan/jiran yang ditimpa musibah ke apa, diorang simply je judge.

Contoh kalu ada  yang anaknya cacat, diorang akan judge.."Adalah tu buat salah apa masa ngandung, Allah bagi la balasan macam tu"

KAlau dengar rumah org kene rompak, diorg judge " Adalah tu duit banyak tapi kedekut dengan family ke apa"

Kalau dengar ipar duai sakit.. " Dolat (Balasan) lah tu taknak jaga mak dia sakit tuhari"

Itulah perangai diaorang suka jadi PA tuhan. Tapi bila diorang yang ditimpa musibah, lain pulak nadanya " Allah sayang kita sebab tu kita diuji"..
GItulah... keturunan dia jelah Allah syayang....yang lain semua Allah murka.

Mak aku pun sebab dah terbiasa, selalu juga kuar statement judgemental mcm ni. Ada juga kadang2 aku sanggah..
" Dah ma.. kalau sakit tu sebab orang tu banyak dosa.. orang tua ramai2 sakit kat hospital tu semua orang jahat lah ye.."

Mak aku suka hint2  yg aku ni seolah senang tapi tak tolong adik beradik. Dia suke samakan aku dengan perangai dia. Contoh dia cakap ulang2 kat aku macamni
" Mama dulu macam awaklah..Belagak hidup senanglah katakan. Tiba2 Allah nak tarik, kejap je jatuh terduduk"
Aku tak paham motip mak aku cakap tu. Nak bagitau aku ni belagak ke? Ape yang aku perlu berlagakkan? Berjuta orang lagi senang kot. Berjuta orang lagi hebat dari aku.
Mak aku seolah mendoakan yang tak baik untuk aku pulak.

Sebab tu aku jadi trauma masa anak aku meninggal tu. Aku rasa seolah betul aku ada sakitkan hati mak aku sebab tu aku dapat musibah. Yang paling teruknya aku jadi anxiety bila ada sesuatu ujian (walaupun kecil), aku rase seolah aku diejek diketawakan dipadankan muka.

Sekarangni aku PJJ dengan husband, aku jadi takut sangat if anything bad happen (nauzubillahiminzaliq)kat keluarga kecil kami..Aku dah tak percaya mak and family aku ada rasa empathy kat aku. Aku akan dengar lagi kata2 sinis mengejek tu..

Macammane ye aku nak hilangkan rasa 'takut' tu. So far pendekatan yg aku buat, time laki aku travel tu, aku memang tak bole tido. Segala solat sunat aku buat malam2 tu sampailah letih dan tertido. Normal ke ye rase risau tu..tapi aku masih boleh control..ketakutan tu dalam hati dan fikiran saja.


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 12:02 AM | Show all posts
Edited by eyansss at 20-11-2022 12:07 AM
LagerthaRagna replied at 15-11-2022 07:25 PM
Sebabkan selalu dimomokkan kata2 'buat mak kecik ati@ tak ikut cakap mak, hidup tak selamat', jujurn ...

tt, i really can relate with u...  pertama sekali, tahniah sebab berjaya keraskan hati untuk jual rumah tu dan tak semberono bermurah hati ikut je kehendak dan permainan keluarga toksik tt...  memang la rasa dah terlambat but better late than never kan...  ni pendapat aku la dan terserah pada ko sebab ko yang alami...

1. setiap kali ayat : berkira ngan makbapak n adikberadik nanti Allah swt tarik rezeki/ jadi anak dan adikberadik derhaka/ hidup tak tenang/ etc keluar (be it only in ur mind), setiap kali tu ko pujuk hati ko by saying : Allah swt tau apa sebenarnya yang jadi dan Allah swt nampak segala pengorbanan ko, suami dan anak2 selama ni...  yang menentukan turun naik rezeki ko hanyalah Allah swt...  ko sendiri tau betapa banyaknya pengorbanan ko dan mustahil Allah swt tak nampak...  insya Allah ni akan kurangkan anxiety ko walau sikit...

2. bila ko dah pindah nanti (in fact ko boleh mula dari sekarang), ko letakkan gap dengan keluarga toksik ko...  kalau perlu block, ko block je sementara...  ko hanya in touch dengan seorang je yang ko betul2 selesa...  kata la ko selesa dengan ayah ko, so ur contact point hanyalah ayah ko je...  persetankan je kalau diorang cakap tak sedar diri la, lupa keluarga la, sombong la, etc...  even kalau diorang cakap : ko mati nanti sorang2 la sebab takde sape nak uruskan ko yang sombong ni...  again, ko pegang dalam hati : Allah swt tau segala punca, sebab dan akibat dan aku yakin Allah swt takkan biarkan aku mati mereput takde orang uruskan...

3. orang macam kita ni memang selalu try to please people sampaikan orang amek kesempatan kaw2 n siap package kena fitnah, keji, adudomba sebab diorang dah set dalam kepala : ala, dia confirm akan mengalah punya la...  jadinya, ko kena start utamakan yang perlu, bantu yang reti bersyukur dan pejam mata untuk manusia durjana takde hati perut dan rasa...  pastu, ko kena kuatkan hati n jangan buat separuh jalan...  nanti kang diorang lagi bersorak n diorang akan buat lagi teruk...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2023 04:21 PM | Show all posts
eyansss replied at 20-11-2022 12:02 AM
tt, i really can relate with u...  pertama sekali, tahniah sebab berjaya keraskan hati untuk jual r ...

thanks for your kind words and advise. Just nak update yang I dah selamat pindah waktu cuti sekolah bulan 12 tuhari. Tapi ada juga I balik ke rumah lama on off sebab melawat anak yang masih sekolah disana (sekolah asrama & nak exam SPM). Mak dan abah lepas kami pindah, diorang tumpang sekejap rumah abang untuk sementara sebab adik I yg bongsu tu kononnya nak sediakan tempat tinggal untuk diorg (flat dengan sewa RM250).
Sebenarnya itulah yang adik I nak selamani..jadi anak terbaik dalam family. Sebab tu dia takda duit pun dulu, die sanggup pinjam kat I and bagi pinjam kepada kakak or abang. Die nak buat semua orang bergantung pada dia tapi dia tak mampu. and mak I pun since die tak suka I, die nak ada anak lain yg die bole bergantung iaitu adik I ni, tapi malangnya benda tak jadik macam diharapkan. Adik I tu asik tukar2 keje, masalah disiplin & masa covid, die dulu kene buang. So mcmane mak I nk harapkan dia. So sebab tu lah mak terpaksa duduk dgn I walaupun die tak suke.

Adik pula, menggunakan mcm2 cara untuk bagi mak keluar dari rumah I, dengan mereka-reka cerita sebagainya..and akhirnya tercapailah apa yang adik I and mak I nak. I rase bodoh sangat dok nak bela mak I ajak dok sama bagai selamani. Kalau tahu, I biar je diorg anak beranak yg perangai manipulator sama sebijik tu dok bersama happily ever after kan.

Adik I janji nak tumpangkan mak sementara dia repair2 flat tu dalam 2 minggu ..now dah  masuk 2 bulan. Abang I pulak dah bising ( of course la berani bising kat I  je), bagitau anak bini dia tak selesa and tak cukup duit lauk untuk bagi mak bapak i makan. So, instead of bagi duit kat mak abah, I kene pulak tambah duit lauk bagi ke abang pulak. Sebab I tak sampai hati abang dok herdik2 mak abah sepanjang org tua tu duduk kat rumah dia.
kadang I balik sana mesti pegi jumpa diorg utk ziarah. Memang obviously abang & wife die buat muka tak suka. as it I lah punca pindah & dia kena tanggung mak bapak. Layanan abang pada mak & abah memang main tengking herdik  je. Husband i naik heran. Dia kata, mak U memang suka dilayan macam sampah oleh anak2 ke? U layan die sikit punye lembut, dia tak suka. Die lagi suke duduk dengan anak2 yang layan dia kasar and dah halau die banyak kali.

Itu pilihan mak I and I tak mampu nak buat ape walaupun sedih tgk diorg. now, i just menafkahi diorg dari segi duit aja. Tapi, sejak pindah I dapat rase Alhamdulillah..peace of mind sesangat. Walaupun rutin harian takda beza sangat still kena masak, tapi tak stress mcm jaga diorg yg memilih makan and membazir. Husband and anak2 I sgtlah senang nak jaga. Bagitau nak makan ape..I masak ...habis.. Kalau I busy dengan thesis, diorg akan ajak tapau luar je. And makanan memang tak terbuang dlm tong sampah mcm sebelum ni. sebelum ni i dah masak2 (masak lebih sbb ada parents i), tp end up mesti terbuang. Almost everyday macam tu..sebb nanti mak ckp muak makan ikan..muak makan ayam...sayur ni tak makan sayur tu tak makan...very fussy. Tapi i pelik dok dgn anak lain, die pulak yg sponsor makan luar or beli lauk dan tak membazir.

I syukur sgt keadaan sekarang. And i hanya sesekali whatsap abah sahaja tanya khabar..seminggu or dua minggu sekali. I rase kenapalah dari dulu I tak pindah. Kalau tak mesti I dah selamat habis belajar sebab lebih focus. And mungkin juga I tak depress and sakit jantung..Entahlah..tak baik pula fikir if..if ni..Mcm tak redho pulak kan? My study pun dah on track balik & alhamdulillah nak tunggu VIVA je.. Lepas pindah I took almost two weeks utk settle kemas rumah baru, then i terus focus my write up. Alhamdulillah I ingat I tak bole nak go through dgn study dgn hal pindah..tapi Allah memang Maha baik. I memang selalu doa berserah kepada ALlah permudahkan dan dorongkan segala tindakan2 I. sebab I tak tau nak minta tolong siapa..

thanks juga pada yang membaca kisah I ni..Sesungguhnya bukan kisah dongeng. If korang tertanya kenapa mak i tak suke I, I sendiri pun takda jawapannya. Dikalangan kawan2, I ni boleh dikatakan disenangi ramai..tapi dikalangan family sendiri..I seperti di isolatedkan. I pun takde jawapan untuk itu. MUngkin dah nasib/ takdir dah tertulis. Takpelah..doakan I dipermudahkan urusan family dan VIVA nanti ye and boleh GOT & kembali bertugas. Aminnn YaRabbal Alaminnn.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:48 PM | Show all posts
amin....Tq update tt, i suka baca kisah u.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 10:42 AM | Show all posts
LagerthaRagna replied at 10-2-2023 04:21 PM
thanks for your kind words and advise. Just nak update yang I dah selamat pindah waktu cuti sekola ...

Tahniah in advance TT on your upcoming graduation.

Bergenang air mata ai baca kisah you.. sangat similar cuma bezanya dalam enam beradik ni, I ada tiga beradik lain yang disamping I. Tu pun setelah adik2 ni keluar dari rumah yang toksik tu, sambung belajar dan bekerja. I membesar dengan sangat lonely. Now tinggal lah dua orang anak emas ditimang timang dek mak ayah. Kitaorang layan sekadar termampu je. Dulu I sangat banyak berfikir why why why. Kenapa mak ayah i macam ni. Kenapa selfish and manipulating. Hari raya yang mulia pun bergaduh. Bila jumpa therapist baru slowly pandai berhenti untuk jaga dan fix semua orang. Fokus pada nuclear family sendiri saja.

I doakan hidup TT terus dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dan didakap bahagia dan tenang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by vanilla_vell at 5-3-2023 03:22 PM

Bila baca-baca, rasanya mak tt ni bukan toksik, tapi narcissis

Maaf sebut, Jenis macam ni, memang akan kaji kelemahan mangsa dia, dan pandai ambil kesempatan dan akan buat jadi mangsa

Memang kena hati-hati

Ubatnya, memang kena lari jauh-jauh

Selamat maju jaya tt, jaga diri, jaga kesihatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2023 03:47 PM | Show all posts
Salam..aku updates sikit ya..

Actually sekarang ni mulalah datang anxiety tu bila submission viva aku tuhari pending hampir 2 bulan kt supervisor. Macamnilah journey phd tak sama semua orang. Lepas aku settel down pindah tuhari memang aku all out thesis sampai habis..tapi kekangan pula di pihak SV yang sibuk sangat2. So terpendinglah sampai bulan puasa ni. Target nak viva bulan 4 or 5, now dah drag paling cepat by Jun or July.

Aku ingat dapat setel sesama anak sulung yang SPM tuhari... tapi tersasar dah. Macamtulah apa yg kita planned, belum tentu jadi. Stress juga tapi takkan nak marah pula SV tu. SV I pun jenis tak pushy, soft spoken & dia memang minta maaf atas kelewatan dia tu due to kekangan workload dia. so what to do..aku tunggu jelah sambil2 publish articles.

OK..bila jadi obtacles2 mcmni mulalah aku terdetik ape dosalah aku dah buat kat mak bapak aku nih.. Aku taktau org lain..tp aku selalu sejak kecik selalu rase mcm ni bila datang sesuatu ujian. Aku rase sepupu2 aku pun gitu sbb kami memang dah dari kecik dengar mak masing2 menyumpah " KO tak dengar cakap aku, tak selamat lah hidup ko"or " KO sakitkan hati aku memang malanglah hidup ko"

Itulah yang selalu diorang (mak and adik beradik die yg 7 perempuan semuanya) suka cakap kat anak2. One of my cousin, siap cerai berai dengan isteri sebab makcik I tak restu & sumpah anak die tak bahagia. Sampai gitulah kami ni takut kene sumpah dengan mak2 ni. Memang nampak menunggang sangat dengan kelebihan yang Allah bagi dengan title 'mak' tu.  

So updates mak ayah aku pulak..diorg dah duduk di flat yang adik sewa. Tapi hidup diorang sekarang memang kene control gila2 dengan adik aku yang mental tu. Abah akan call or  wasap aku bila adik takde rumah je. Itupun dia akan delete ape yg die wasap and clearkan list outgoing call. Oh..adik & husband dia duduk sekali dgn mak abah. weekend aje diorg akan balik rumah diorg.
Abah tunjuk wasap2 adik maki hamun abah bila kantoi abah wasap aku..dia kata
"buat ape carik si Lea tu lagi..kan die dah halau korang and taknak jaga korang. If ko wasap or call Lea lagi, ko boleh duduk dengan dia balik. Jangan nak duduk sini lagi"

Gitu dia marah abah. Abah juga mengadu selalu kene tengking herdik dengan adik. Tak bole salah sikit terus kene maki hamun. Tapi bila depan orang, kemain bagitau die jaga mak bapak. And canang anak lain taknak jaga..
Abah mama ngadu2 tu aku just suruh sabar jelah dah itu pilihan mama abah kan.. Diorg diam je. Husband aku memang dah cakap dah,buat masa ni takkan bagi aku jaga diorg dah. Nak datang rumah as tetamu bermalam beberapa hari bolehla..tapi nak macam dulu, memang dia tak bagi dah. Dia cakap aku makin ok sejak pindah, berbeza macam  mayat hidup masa jaga diorang. Muka tak ceria, serabut & tertekan. Hidup macam robot untuk org lain tapi sikit tak dihargai. Sakit pun tak dipeduli.

So sekarang ni abah asik wasap aku tanya bila nak ambil die datang rumah baru aku. Aku terpaksa delay dah berapa kali..akhirnya aku mintak izin suami nak bawa diorg dtg dalam seminggu, minggu kedua raya nanti. Husband aku izinkan lagipun raya tahun ni memang aku serah ke dia aje. Plan beraya rumah adik dia di pantai timur sebab adiknya akan pegi haji tahun ni.So aku follow jelah.

Cuma aku harap seminggu jelah abah mama datang sebab lepas raya aku nak kena  prepare untuk viva pula. lagipun dah macam fobia pulak aku nak menguruskan diorang mcm dulu. For info, sepanjang diorg dok berdua kat flat tu, elok je bole beli makan kat kedai or masak simple2. Memang mcmtulah diorg if duduk dengan anak lain pun. Padahal anak lain tu surirumah ye. Tapi bila duduk dengan aku, auto mak abah aku jadi manja. Semua aku kena sediakan.

So macamtulah perkembangan mak abah setakat ini. Setiap kali aku bagitau husband aku kesian juga abah mama ngadu2 dengan layanan adik aku  yg mental tu, setiap kali husband aku ingatkan
" Itu pilihan diorg. itu yg diorg mahu. Takda siapa paksa diorg keluar rumah kita & pilih duduk dengan anak dia, yg die tau layan die mcmane. Diorg memang suka dilayan begitu Lea. Die tak suke dilayan lemah lembut mcm awak layan. So, be it lah..Dengar mcm angin lalu jelah. Please jangan offer apa2 dah"

Aku harap aku tidaklah sampai kecikkan hati mak abah tu sampai mak terdetik menyumpah aku ke apa. Dan aku harap dipemudahkanlah urusan study aku nih. Mohon doa semua ye..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miracle_forever at 13-4-2023 03:11 AM
LagerthaRagna replied at 12-4-2023 03:47 PM
Salam..aku updates sikit ya..

Actually sekarang ni mulalah datang anxiety tu bila submission viva a ...


hi TT, i tak penah komen kat FD ni.. first time comment kat your thread ni. for someone who have done a phd, i could relate betapa stressnya waktu nak submit & tunggu viva. Congratulations for your submission and all the best for your viva. since you pun dah tau from your past experience yg having your parents at your house caused significant stress to you, why don’t you defer their stay with you until after your viva. seminggu before viva tu sgt penting… masa tu la you patutnya practice your mock viva with your supervisors and buat preparation. jgn stress kan yourself dgn family matters. after viva, tak kisah la kalau dorang nak buat perangai ke, nak overstay ke… at least you have passed your last hurdle. just 2 cents from me. semoga dipermudahkan urusan.

Edited:

Sorry I didn’t read properly. I ingatkan your viva in 3rd week of Raya. takpe la semoga your parents would behave during their stay at your house during raya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.082520 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list