|
erkk.... betul ke miko mcm tu... cam x kena jek... hurmmmm..... (tgh geleng2 kepala)... ...
mikoodette Post at 17-6-2010 10:52
utk miko, maaf andai tersinggung. Dari mula sya dah kata ini adalah gurauan dan utk bersenda sahaja. Kalau boleh sya nak masukkan semua nama kwn2 dan hidupkan wataknya disini. Biar adil dan saksama dan tiada rasa terpinggir. Bagi sya jika mahu menceritakan sesuatu yg benar agak sukar kerana sya belum bersua muka dengan nama-nama baru disini tetapi satu kelemahan sya adalah sikap tamak sya utk memasukkan nama-nama teman yg sering memberi komen dan tunjuk ajar disini utk sya. tiada niat utk meperlekehkan sesiapa kerana bagi sya kita adalah kita dan di dalam perceritaan sya ini adalah dongengan belaka. maaf utk semua andai tersinggung dengan watak-watak yg sya idupkan jauh dari landasan sebenar kerana bagi sya 'bicara hanyalah kata dan akal adalah segalanya'... |
|
|
|
|
|
|
|
kak dilla mmmg best ceta nie, walaupun saya x penah jumpa ngan smu yg kat sini..saya dpt bayangkan kalau smu jumpa..meriahhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
memang SANGAT MERIAH....
sya.....nak lagi...nak lagi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
so havoc eventhough i have to read repeatedly to understand ....
macam live telecast pula cerita ni |
|
|
|
|
|
|
|
creative sungguh k.sya...
senang nk ingat nk watak2... |
|
|
|
|
|
|
|
next..next... walaupun saya masih baru di sini ..bila baca cite ni..rasanya watak2 ni dekat di hati |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 33# Adilla
Cite Miko yg ambik kengkawan niih.. teringat pulak kat komen/ kengkawan kat sini yg bincang2 nak dtg pameran buku bln 4 lepas... Yg (tak ingat sape entah..& kat 'thread' rumah sapa..? maaf..) yg pasal nak bawak bas dri Putrajaya & ambik beberapa org kengkawan kat beberapa lokasi... Lepas tu, parkir bas tu secara 'melintang' kat Tempat Parkir Hentian Putra - depan PWTC tuuh..Jadi , supaya kengkawan yg lain yg dtg naik kereta masing2 lepas tu - tak susah dapat tempat parkir... Memang lawak sungguh komen2 kengkawan masa tuuh.. Rasanya kat 'thread' rumah Detox masa tu...
Apapun... teruskan Adilla... memang 'ringan' kepala baca N3 yg lawak niih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Adilla
Cite Miko yg ambik kengkawan niih.. teringat pulak kat komen/ kengkawan kat sini y ...
yasmin08 Post at 17-6-2010 15:56
NAMA ORANG TU IALAH CHENGKEH, LEPAS TU YG MINTAK PARKING MELINTANG TU DETOX NGAN BUNICK |
|
|
|
|
|
|
|
NAMA ORANG TU IALAH CHENGKEH, LEPAS TU YG MINTAK PARKING MELINTANG TU DETOX NGAN BUNICK
bunick Post at 17-6-2010 15:58
Padan kan nko ingat...Nko lah orgnyaaa.... hah..hah... tapi 'seriously' , idea nko tu menarikkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Padan kan nko ingat...Nko lah orgnyaaa.... hah..hah... tapi 'seriously' , idea nko tu menarikkkk ...
yasmin08 Post at 17-6-2010 16:05
originally idea tu came from detox. bunick tumpang sekaki jek |
|
|
|
|
|
|
|
originally idea tu came from detox. bunick tumpang sekaki jek
bunick Post at 17-6-2010 16:17
Min..next gath lak..kita bawa naik ketapi... |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini pun ada cinta 3 segi miko - waang - bunick...
mmg pecah perut baca... |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 5
“Kak Uda! Siapa yang nak ambil order ni?” tanya Kia yang dari tadi asyik meliau je matanya memandang juadah-juadah yang beraneka ini.
“Tanya kita pulak. Siapa yang lambat tadi sila bangun.” Arah Uda dan tanganya menyelongkar beg tangan dan mengeluarkan secebis kertas.
“Kenapa kena bangun kak?” tanpa rasa bersalah Miko bertanya.
“Ehhh..ehhhh….dalam perjanjian kita kan dah tertulis. Siapa yang lambat kena denda.” Senyum jahat Uda dah terukir.
“Betul tu! Betul tu!” sampuk Kay dan Qimi. Detox hanya ketawa dalam senyap. Susah tau nak buat camtu. Ketawa dalam senyap. Cuba kau orang buat.
“Alahhh!!!!” bergema suara tak puas hati mereka yang terlibat.
“Bangun! Bangun!” suara Merah mengarah.
“Benci tengok!” Bibir Pura dah memuncung dan Dee pula hanya duduk tak bergerak-gerak.
“Hahh! Anak dara sorang tu nape dok beku tu?” mata Lyza yang budar tu terarah pada Dee yang masih kaku.
“Alahhh..akak-akak otai ni.” Akhirnya dengan lemah Dee bangun juga.
“Dahhh..dahhhh..sebagai denda kerana lewat, kau orang kena ambil order kami. Keh! Keh! Keh!” Qimi menjawab.
“Cepat ambil order! Cepat ambil order!” suara Uda sebagai kepala mengarahkan anak-anak dara dan seorang mak dara menjalankan tugasan. Suara-suara tidak puas hati kedengaran tetapi tidak membantah. Bagus!
Setelah makanan selesai terhidang, Qimi mengambil alih membaca doa makan. Dan kemudian berlagalah sudu dan garfu.
“Ehhh..aku nak tanyalah.?” Aineanna bersuara.
“Tanya apa!” semua bersahut-sahut macam irama katak memanggil hujan. Bersahut-sahutan. Aineanna menahan gelak.
“Siapa tengkuchil?” tanya Aineanna dengan penuh kemusyikilan.
“Ermmmm…ermmmm…” hanya itu yang kedengaran tetapi tiada siapa yang menghabiskan jawapan.
“Kay! Kau jawablah. Kan kau dah sign aggrement dengan tengkuchil.” Jawab Smiley yang berkata sambil tersenyum. Ni satu lagi. Bila bercakap mesti tersenyum. Macam mana agaknya kalau marah. Mesti sambil tersenyum, marah diluahkan sekali.
“Aku pulak! Aku sign dalam maya je.” Jawab Kay yang tidak mahu kalah.
“Siapa ek tengkuchil tu?” sekali lagi anieanna bertanya.
“Oklah, aku bagi klu sikit. Tengkuchil adalah seorang yang misteri. Muncul bila perlu, hilang bila ada mencari. Setiap kali muncul kata-kata pedas berbisa tetapi mempunyai makna. Itu jelah yang boleh aku cakap.” Luah Kay sambil mengunyah rojak yang dibeli oleh detox.
“Itu je ke? Tak penah jumpa ke?” aineanna bagaikan tidak berpuashati.
“Sehingga kini tak pernah munculkan diri.” Akur Kay.
“Ohhh….”hanya itu yang keluar dari mulut Aineanna.
“Siapa lagi yang tahu tentang tengkuchil ni ek.” Wannur menyampuk.
“Si Sya!” jawab Qimi yang dari tadi mendiamkan diri.
“Siapa Sya?” serentak suara bergema bersama.
“Entah! Siapa Sya ekkk!” Qimi pula menjawab.
“Lahhh….tadi kau yang cakap nama dia, pastu kau kata entahlah pulak.” Bling menambah dengan nada tak puas hati.
“Aku tak tahu nak cakaplah, last cerita ni kau akan tahu.” Akhirnya Qimi menutup tajuk perbualan.
“Kak Uda! Kak Uda!” Lyza yang duduk di hujung meja bangun mendapatkan Uda.
“Nape?” tanya Uda sepatah. Kuah soto sedap dihirupnya.
“Kenapa security guard berkeliaran kat sini. Tadi seorang ni datang lagi tiga. Akak perasan tak?” tanya Lyza sambil matanya memandang ke arah 3 orang guard Nepal yang berdiri hampir dengan meja yang bagaikan meja kantin. Uda, Kay, Qimi serta merta berpaling.
“Taklah, saja je tu.” Pintas Uda menyedapkan hati. Mereka meneruskan aktiviti yang tergendala tadi dan suasana hinggar binggar kembali bergema.
“Cik-cik dan puan-puan semua! Minta maaf kerana menganggu.” Kelihatan seorang lelaki berdiri di hujung meja dengan megahnya bersuara.
“Iyer Encik Guard! Apa yang boleh kami bantu?” belum sempat menjawab Kay bangun dahulu.
“Saya nak bertanya, ada persidangan apa hari ini?” tanya Encik Guard.
“Persidangan! Persidangan apa?” qimi pula membalas.
“Iyerlah dah hampir 3 jam awak-awak semua duduk sini dan kebanyakan meja semuanya di conquer oleh awak semua. Awak-awak ni ada permit ke buat persidangan disini.” Terus lancar saja Encik Guard bersuara. Non stop!
“Ewah! Ewah! Banyak cakap pulak brother ni. Ada aku kisah!” bling yang dari tadi memerhati segera menjawab. Lyza yang kecil moleh dah menyorok dibelakang Wannur. Kia pula sibuk menarik Bling supaya segera duduk. Cengkeh dan Bunick dah menikus. Manakala yang lain sudah menjadi penonton setia drama sebabak ini.
“Awak memang tak kisah. Saya kisah!” menjawab Encik Guard itu. Misainya yang melintang ternaik-naik hujungnya. 3 orang guard Nepal disebelahnya mengangguk-angguk bagai burung belatuk. Macam faham!
“ Habis tu Encik Guard ni tak puas hatilah.” Jawab Qimi.
“Memanglah! Awak tahu tak ramai orang nak duduk dan makan disini.” Marah Encik Guard lagi.
“Habis tu ingat kami tak makan ke?” tanya Smiley selamba dengan senyuman.
“Memanglah makan tetapi takdelah sampai 3 jam.” Sahut Encik Guard.
“Elehhh..ingat tempat ni cun sangat ke? Kerek je lebih.” Sampuk merah marah. Bertambah merah muka si merah menahan marah.
“”Kerek ke! Karak ke! Saya nak awak kosongkan tempat ni sekarang.” Arah Encik Guard keras.
“Pe pulak! Mana boleh camni. Tak adil dan awak bersikap dictator! Huh!” Lyza menyahut.
“Ehhh…budak kecik ni, lebihlah pulak.” Encik Guard dah mula angin satu badan.
“Betul tu! Dah macam Hitler pulak orang tua ni.” Sampuk bunick yang dari tadi diam membisu.
“Amboi! Amboi! Amboi! Budak kecik dua orang ni. Tak padan dengan kecik.” Encik Guard membuat aksi macam Azwan Ali sambil mengait jari kelingkingnya dengan 3 orang lagi Guard Nepal.
“Habis tu sekarang awak semua nak keluar atau tidak?” tanya Encik Guard kembali setelah membuat aksi tersebut.
“Tak nak!” jawab mereka serentak.
“Baiklah, kalau begitu saya call polis. Biar padan muka kamu semua.” Ugut Encik Guard.
“Alamak! Polis! Jomlah kalau macam ni. Nanti tak pasal-pasal tido lokap pula kita nanti.” Ajak Uda dan Qimi. Tak sampai seminit kelibat mak-mak dara dan anak-anak dara hilang dalam sekelip mata.
“Tulah! Tak jadilah kita nak bincang kan. Senget betullah guard tadi tu. Berlagak je lebih. Baru pegang cota, belum pegang top gun lagi.” Rungut Miko kepada bunick.
“Takpe, nanti aku komplain kat rezal khan.” Jawab chengkeh.
“Siapa rezal khan?” tanya Miko.
“Alahhhh mamat yang bercinta kat forum tu.” Panjang hujung bibir chengkeh menerangkan.
“Apa kena mengena dengan rezal khan dan sogo?” tanya bunick tak puas hati.
“Rezal khan dan Japan kan ngam, so nanti dia gi sana suruhlah dia komplain.” Luah cengkeh.
“Okey!” serentak anak dara berdua itu menjawab.
“Okeylah adik-adik dan kakak-kakak. Esok kita akan bersidang dalam forum jam 11 pagi okey untuk perjumpaan di Putrajaya.
“Baik!!!!” serentak itu tangga Sogo bergegar bila suara mereka bergema bersama. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha
gelak gulin2 baca nih
disscussion untuk picnic kat putrajaya ghopenya...
sambung lagi & lagi & lagi |
|
|
|
|
|
|
|
eh..uda mana ek..lama tak muncul..bercuti cuti ka dia? |
|
|
|
|
|
|
|
macam gangster pulak |
|
|
|
|
|
|
|
macam gangster pulak
zue_isma Post at 17-6-2010 16:57
Zue... memang ada tokoh pun ha ha ha ha
part kena halau dgn pekerja FC tu dah terbiasa dah ha ha hah ha |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|