|
liya nx 3 pls.... |
|
|
|
|
|
|
|
alamak...xde citer lagi ker?! |
|
|
|
|
|
|
|
liya...nak n3 lagiiiiiii!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
eh! eh!...cite baru...bess bess....lagikkk!! |
|
|
|
|
|
|
|
mana n3 nya.................................. |
|
|
|
|
|
|
|
Suraya yang seksi, anggun dan bergaya. Memang wajar ramai jejaka yang terpikat dengannya. Memakai make-up yang tebal, rambut yang diwarnakan sekejap perang sekejap hitam, dan kadang-kala blond. Hari ini rambutnya di setkan warna merah, pada hemat aku, hanya nenek-nenek yang beruban sahaja yang mewarna uban putihnya dengan inai supaya menjadi merah tapi ternyata yang perempuan muda seksi dan moden juga tidak ketinggalan. Bajunya yang moden sentiasa mengikuti perkembangan dunia fesyen. Suraya memakai baju merah jambu bersama tali pinggang besar bewarna putih dengan kepala tali pinggang bulat, berbentuk LV. Perfume jenama Polo Ralph semerbak, bercampur gaul dengan perfume Fareez dan aroma air kopi ku. Hampir pening kepalaku sebentar tadi.
Aku hampir tidak mengerti di mana letaknya kecantikan pada matanya. Hanya Muthu yang mengenali Manikam. Sudah tentu beg tangan yang dibawanya hari ini berjenama LV. Sewajarnya dia menjaga penampilan, sesuai dengan tugasannya sebagai pegawai pemasaran di syarikat Dato’ Shukor.
Syarikat multi-nasional menyediakan sistem integrasi untuk bank-bank, perniagaan yang dimulakan Dato’ Shukor sejak 20 tahun yang lalu. Tidak ramai bumiputera melayu yang membabitkan diri dalam bidang IT yang sentiasa memerlukan pembaharuan namun Dato’ Shukor berjaya memecah tradisi, hingga dapat mengembangkan sayap syarikatnya ke seluruh dunia.
Aku mengeluarkan beberapa biji ubat dari laci dibawah meja. Ubatan yang diberikan oleh Hospital Serdang sejak aku bertemu Dr Firdaus.
Aku menelan ubat dengan air kopi tadi. Di sudut mejaku ada sebekas air mineral 1 liter tersedia menunggu untuk diteguk. Aku membiarkan ubat tersebut melalui kerongkong dan setelah selesa, aku menghidupkan komputer. Jam meja disudut sebelah air mineral tadi menunjukkan 10 minit sebelum jam 9. Hampir seluruh kubikel di dalam pejabat sudah pun dipenuhi staff. Ku rasa Fareez tentu berada di ruang menunggu di hadapan receptionist. Aku melihat jadual di dalam diariku. Jadual peribadi Dato’ Shukor semuanya di dalam diariku. Pagi ini, dia bermain golf dengan Dato’ Jamal jam 6 pagi hingga 8 pagi. Mungkin lebih kurang jam 10 baru Dato’ Shukor akan masuk ke pejabat. Fareez mungkin akan merasa bosan menunggu.
Aku membaca email secara pantas. Ada satu email dari MrPerfect. Rakan email yang ku kenali dari forum baca.
‘Ahh... nanti lah baca’
Aku menghirup kopi yang hampir sejuk.
‘Intan Syuhada, boleh I tau bila Dato’ sampai?’ Secara tiba-tiba Fareez menjenguk dari di atas kubikel ku. Aku yang sedang khusyuk menghirup air kopi hampir tersedak.
‘Ehem... hmmmm... ‘
‘Sorry, sekali lagi I kejutkan you. You ni memang selalu terkejut-terkejut yeh?’
Aku terdiam. Macam mana la aku boleh tak terbau perfume dia tadi. Kalau tidak boleh aku mengagak dia ada dekat kubikel ku. Oh ya, air kopi ni menumpulkan deria bau ku tadi.
‘Dato’ jam 10 baru masuk’ aku menjawab sebaik kerongkongku lega.
‘Ok, saya tunggu di tempat menunggu di depan receptionist ya, atau ada HR bagi tau dengan you tak, I nak sampai?’ dia menyoal lagi.
‘HR tak ada inform apa-apa pun dengan saya, nanti saya call Miss Mary untuk tanyakan hal Encik Fareez’
‘Ok, thanks’
‘Intan Syuhada!!!!, you ni kan, tau ke tak tau buat kerja haaaa???’ suara tinggi Suraya menegur aku dari seberang kubikel.
‘Hello, miss, relex lah, jangan terjerit-jerit pagi-pagi ni.’ Ujar Fareez.
‘You dah nampak cantik dan anggun, tapi kalau u terjerit-jerit pagi-pagi macam ni, hilang kecantikkan you’ tergur Fareez lembut.
‘Eh... mmmm sorry, Syuhada, I ingatkan tak de orang tadi.. Lain kali I cakap dengan you ye..’ Suraya menjeling padaku tajam.
Aku diam membisu. Hari ini aku menjadi si pembisu, lebih dari biasa.
Suraya berpaling pada Fareez. Lagak Suraya bagai Jasmin Hamid yang menggedik-gedik dalam drama melayu. Si Fareez pula lembut sahaja, sudah la rupa hampir sama seperti pelakon Fahrin. Terus sahaja suara Suraya lembut gemalai mengajak Fareez masuk kedalam biliknya. Setiap pegawai pemasaran mempunyai bilik sendiri. Fareez menurutnya dari belakang.
Aku dapat melihat Fareez mengangguk-angguk kepalanya sambil tersenyum dan menjeling-jeling keluar. Dari kubikel ku ke bilik Suraya memang nampak dari sisi. Aku cuba menumpukan perhatianku pada kerja-kerjaku di atas meja, dari menjeling-jeling ke bilik Suraya. |
|
|
|
|
|
|
|
makin menarik ceta nie..smbg liya... |
|
|
|
|
|
|
|
ngada2 betul si suraya tu...
jual minyak pd yg xsudi |
|
|
|
|
|
|
|
bukan x sudi tu, baru mula kenal... biasa la tu... si intan syuhada plak jenis old fashion tapi jadi secretary Dato'.... |
|
|
|
|
|
|
|
morning...menarik jg citer ni..harus inang berkampung
kt sini pulak |
|
|
|
|
|
|
|
best ada citer baru... nak lagi n3... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi..tak cukup lagi nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
wah......best citer ni liya.....
trus kan lg..msuk kan n3 bnyk2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Syuhada...suraya seakan2 nama nasib baik fareez tu macam fahrin kalau buat macam si fareez x noraniza idris...... |
|
|
|
|
|
|
|
malam ni takde sambungan ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagikla tuan rumah...
letak banyak2 ckit..... |
|
|
|
|
|
|
|
nak N3 lagi....................... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|