CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jingga007

TOP 10 NOVEL PILIHAN KORG serta REVIEW TTG NOVEL DI BOD INI !

[Copy link]
Post time 14-7-2010 03:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by jingga007 at 15-7-2010 20:38

Book Khaki ada jugak buat review mengenai buku tersebut


amaran 1 : tak payah nak letak link2 semua tu kt sini...- jingga007
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2010 03:06 AM | Show all posts
Reply 40# book_khaki


    komen mengenai novel dlm bod ni saja utk benang ni

kalo nk komen mengenai buku I am too malay ni , boleh pegy dkt benang warna merah yg tulis review ttg novel yg anda semua penah baca
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 08:36 PM | Show all posts
pls letakkan link juga, supaya senang nak refer
aaz Post at 14-7-2010 12:06


Dosa semalam tak leh bukak dah.. sebab akan ke versi cetak.. or I think dah keluar pasaran kot..So nak bagi link pon buang karan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 09:04 PM | Show all posts

Hah! Hah! Hah!

bagi book khaki, paling best so far tak lain tak bukan tapi buku ini.. saya pun melayu.





...
book_khaki Post at 14/7/2010 15:56





Nak tompang promote jual buku yer...? Sekali lagi kau jumpa posting camni 'pendek umor' lar jawabnya... Heh! Heh! Heh!


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 09:10 PM | Show all posts
penulis-penulis dalam bod ni memang semua berbakat. memang tidak salah masuk room lah kita semua kerana dengan room ni telah melahirkan penulis-penulis yang selama ini tak sangka sebenarnya mereka ada bakat. malah sesetengah karya belum sampai ke penghujung cerita lagi sudah dilamar oleh publisher.

penulis-penulis seperti detox, nazurah, adila(hanya disebutkan beberapa nama sebagai contoh) sememangnya mempunyai bakat dalam penulisan ini.

malah karya daripada penulis lain seperti bling, smiley dan sesiapa sahaja yang menulis dalam ruangan ini sememangnya berbakat. mereka berjaya mencorakkan emosi pembaca sehinggakan mata kita akan sentiasa dijamah dengan perkataan..next-next (termasuk aku pun buat macam tu-)

terima kasih kepada penulis yang ada kerana tanpa adanya anda-masa kita semua mungkin tidak terisi dalam ruangan kita, silaturahim kita mungkin tidak akan terjalin, kisah kita mungkin tidak akan dipeduli, jalan cerita hidup kita mungkin hanya kita yang tahu(dan keadaan ini memang membosankan kerana suatu saat kita perlukan seseorang untuk kita luahkan sesuatu)

& tempat kita lepak memang tidak salah lagi...
cerita-cerita yang terlakar di sini memang thumbs up

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 08:57 PM | Show all posts
TAK MUNGKIN KUHINDAR - Ana Sofiya

Novel terbaru dari penulis penulisan2u, Novel yang pasti mencuri tumpuan peminat novel dari penulis yang bergelar seorang guru

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi
menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina?
Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

Publisher - Fajar Pakeer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2010 09:52 AM | Show all posts
Sinopsis
TAJUK :  KEMELUT  -  OLEH : SANG ARJUNA

Alani telah kematian orang tuanya, dia mempunyai seorang kakak bernama Almaz. Mereka berdua tinggal dengan nenek dan maksu Pn. Zalina

Sebelum bekerja di syarikat Berjaya Contruction Alani bekerja di sebuah butik dan disini dia bertemu dengan Rifdi. Semasa di BErjaya Contruction Alani dan Rifdi semakin rapat dan dalam diam Alani menyimpan perasaan pada Rifdi, begitu juga dengan Rifdi. Tapi masing2 pandai menyimpan rahsia. Tapi akhirnya mereka bertunang diatas sebab pertukaran tempat kerja. Bermacam-macam dugaan mereka hadapi dalam pertunangan.

Semasa bekerja di syarikat tersebut Alani bertemu kembali dengan Alif, ex-boyfreind dan mereka berkawan kembali.  Setelah mengetahui Alani bertunang dengan Rifdi, Alif berniat untuk merosakkan Alani dengan cara menipu, tapi kawan sepejabat dengan Alani mengetahui niat Alif, Alani sempat diselamatkan oleh mereka sebelum dirogol oleh Alif.

Akhirnya Alani dapat menerima Rifdi dengan hati terbuka......

KEMELUT - by : Sang_Arjuna

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 02:17 PM | Show all posts
Reply 1# jingga007


  paling suka andainya kau jadi milikku oleh sang arjuna, ailebiullah pun oleh sang arjuna gak , pas tu sebuah natijah terindah oleh blingblings... yang lain tak khatam habis lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 02:51 PM | Show all posts
sy setuju... andai kau jd milikiku, bercinta lg, natijah terindah
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 05:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by jayleedaisuki at 3-10-2010 05:16

salam....
ini review saya.... mungkin tak seberapa

1)  :: Cik Ya vs Encik Tak ::  Karya ariellin
ni citer pertama yang saya baca dan penyebab saya masuk ke " Bakat & Ruangan Penulis " bila saya jumpa link ni di "CARI Malay Forum » HOME     Latest Threads"
Bila baca posting pertama je buat saya rasa teruja dan tak sabar nak baca lagi dan lagi, wlaupun citer ni baru dan masih ongoing.....

Satu pagi Laila Suria tergopoh gapah nak melintas jalan sampaikan button lampu di tekan2 berkali2 sampai mengundang pandangan kurang senang org keliling tapi Laila Suria peduli apa dia dah lambat tapi............. bila melintas Laila Suria tertinggal sbelah kasutnya kat tengah2 jalan yang membawa kepada.......
"Namun mata nakalnya tertarik dengan susuk tubuh yang berjalan terjingkit-jingkit itu.  Cantik walaupun wajah itu sedang berkerut, desis hatinya.  Dia senyum sendiri.  
Dia perasan mata perempuan itu melilau memandang ke arah jalan tadi.  
"Dia cari apa?", hati "luki" tiba-tiba rasa nak busy body.  
LUKI?  Geli bukan?  Apsal tak LUKU je terus?....

Citer ni baru start, hari tu masa lepas raya sikit cik ariellin tak sihat..... tapi sekarang she is back maka saya dengan gigihnya menanti sambungan citer yg best ni  


2)  ANDAINYA KAU JADI MILIKKU  karya sang_arjuna
kisah Najlah Emina yang bertunang dengan Iskandar atas pilihan keluarga dan bertemu dengan Adham adik iskandar hari pertama mereka berkerja bersama yang mengundang perbalahan macam anjing dengan kucing.
tetapi Adham mula jatuh tarik pada Najlah dan membawa mereka pada memori kisah kanak2 yang cuba dilupakan Najlah...
percaturan Adham yang ingin menyelamatkan Najlah dari iskandar yang berselera lain membawa kepada bibit2 percintaan antara mereka....

Saya suka baca karya sang_arjuna yang comedi romantik....
kadang2 gelak guling sorang2 bila baca. Tak berat sangat dan light reading yang dapat melepaskan angin penat memerah otak dan tenaga ditempat kerja
lepas habis citer ni saya mula cari semua karya2 sang_arjuna kat sini......
ingat nak mula marathon semua karya sang_arjuna

3)  HANI..... OH HANI ..! Karya sang_arjuna  
ni karya ke2 oleh sang_arjuna yang saya baca....

#Hani- terpaksa menumpang dengan  Acik Mah yang duduk di rumah boss dia kat Ulu Langat pada masa cuti semester bila abang dan kakak iparnya pergi Qatar atas urusan kerja bila dia bertemu Nazrin dengan pelbagai insiden menyakitkan hati tapi dalam hati Hani jatuh tarik pada Nazrin....
#Shamil- top student yang hensom dan popular yang berkenankan Hani tapi menjadikan Aina roommate hani sebagai alasan untuk bertemu dengan hani bila Aina akan membawa Hani sebagai bodyguard bila keluar dating
#Nazrin- anak boss acik mah yang frust bercinta dengan Fifi bertemu Hani yang seiras dengan Fifi...

best sangat citer ni sampai saya curi2 waktu masa berkerja utk nak habiskan baca....
tak sabar gamaknya   he3

ada lagi nanti sambung boleh?................nak sahur kejap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 02:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by jayleedaisuki at 4-10-2010 02:21

salam........
sambungan semalam punya.....

4) - AILEBIU LAH -   karya sang_arjuna
habis je khatam citer "HANI..... OH HANI ..!" saya sambung pulak dengan citer ni....

Intronya..........
" PANNGGGG!" Penampar Haji Samad hinggap ke pipi anak gadisnya
" Anak tak guna! Mana aku nak letak muka aku? Kalau akutahu kau nak jadi macam ni, baik aku cekik masa kecil dulu. Betina tak tau malu!" dengus Lebai Samad. Dadanya turun naik dengan amarah yang membara. Kata kata lancang dari mulutnya cuma mengundang esakkan yang makin menjadi jadi dari anak gadisnya, Suhana."

bila baca ni je dah berdebar2 tapi rope2nya adengan dalam drama kat Tv yang Fuyah tengok.....
*Fuyah aka Fauziah.... baru balik belajar di luar negara yang tengah menunggu peluang kerja  tengah layan citer ni di panggil oleh mak dan abahnya bertanyakan Acap rakan sepermainan semasa kecil nak di tunangkan dengan adiknya wani......
mulanya ingatkan dengan diri sendiri tu yang fuyah menjerit bagai dalam drama lak
" TAK NAK! Eeee... Fuyah tak nak !" .....

* Acap- anak jin tanah, merangkap sparring partner Fuyah sejak kecil ditunangkan dengan adik fuyah, wani oleh emak Acap walau sebenarnya dia berkenan sangat dengan Fuyah
sekarang acap bkerja dengan Petronas sebaik saja tamat pengajian di Australia. Acap tu walaupun perangai macam setan tapi otak bergeliga. Dia asyik ponteng, suka tidur dalam kelas, tapi dapat 10 A.Tak aci sungguh! Terbayang wajah Acap yang tersengih girang setiap kali berjaya "mengenakan" Fuyah...... Tak lama lagi jadi adik ipar aku .... siap kau Acap!

*Uzir - boss Fauziah , anak Datuk Shahrin
" Awak kenal tak siapa saya?" soalnya dengan angkuh.
Fauziah menggeleng." Maaf , saya tak dapat nak tolong. Awak hilang ingatan kah? Kalau awak tak kenal siapa diri sendiri, saya pun  tak kenal. Pergilah ke balai polis, mana tahu kot kot ada orang buat missing person report." Katanya dengan muka tak beriak. Lawak antarabangsa tak?
Lelaki itu tiba tiba tertawa besar. Kena sebijik aku.... Pandai pula minah ni .
pertemuan pertama antara Uzir dan Fuyah...... memang lawak la

Summary citer
" Awak.. awak...eh... YONG TAU FOOYAH! " jerit lelaki itu.  Fauziah memincing mata. Siapa pula mamat ni?...... Pertemuan kembali pertama antara Fuyah dan Acap yang membawa perasaan suka makin berbunga pada Fuyah.... manakala Uzir yang memandang Fuyah  macam bibik bila pertama kali jumpa....... Bila tengok dengan jelas, lawa juga minah ni. Tapi not my type, matanya memandang Fauziah dari atas ke bawah. Blaus hitam lengan panjang dan slacks kelabu yang di pakainya terlalu konservatif.
percaturan antara mereka yang mana bila Fuyah menghadapi masalah dengan pertunangan adiknya serta keluarga dan Uzir muncul di masa yang sama Uzir yang berdikari dan tidak mahu bergantung dengan nama dan syarikat papanya menjadi org kuat keluarganya apabila sesuatu yang tak di duga berlaku pada syarikat papanya........


Dah jatuh suka sangat ngan karya sang_arjuna ni.....  memang berbakat dan best sangat. tak rugi baca di jamin 200% lah.....
part perkataan "AILEBIU LAH" ni muncul yang tak tahan tu he3




nanti sambung lain boleh..... ngantuk lak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 06:41 PM | Show all posts
Reply 51# jayleedaisuki


    ari tu bersahur , lps tu skang nk tdo lak


motip ai baca post pesanan yu kt bawah je
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 07:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by jayleedaisuki at 4-10-2010 19:59

Reply 52# jingga007


   tu la.....
ingat nak review semua citer yg me dah baca.....
tapi ada je halangan.......

bukan ape, me ingat nak kasi ringkasan yg menarik bagi org yg first time msuk kat sini....
mana tahu ada yg jatuh terpikat.... macam me dolu2........
sebab kat sini banyak citer yang bessssssssssssssssssssssssssst sesangat


nanti me sambung ye, hari ni penat dok pusing2 Subang ngan K.L
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 02:26 AM | Show all posts
kebanyakan citer yg direview kat sini dah dimangga r.a 255. tak de chance lah utk saya baca karya2 menarik dulu2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2010 05:28 PM | Show all posts
Reply 54# aaz


    sbb penulis yg ingin kan begitu + kebanyakkan novel tak ditapis elok.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 05:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by calla at 24-10-2010 17:50

br je join forum ni...byk cite mcm best je tp xdpt baca..
tp sy dah bc andai itu takdirnya...mmg best..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2010 09:06 PM | Show all posts
Reply 54# aaz


   kalau citer by detox yang kena RA 255 tu atas permintaan akak sendiri.....insya Allah hendak ke versi cetak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 05:42 PM | Show all posts
Wahhh!!! Umah camni ler den nunggu dari dulu,

senang sket den nak cari dan konsentret () baca


tq jing sebab bukak umah nihh. den refer sini jerlah pas nihh, klau nak start membaca
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 04:12 PM | Show all posts
1. Kasih tak terucap - zfaz10 (
mengisahkan zira menjadi rebutan antara ex-tunangnya, Azahari dan Zakuan jejaka yang tidak sengaja melanggar keretanya.  Perilaku Azahari yang playboy dan telah merogol zira membuatkan Zakuan jatuh simpati dan kerana cinta juga zakuan melamar zira  untuk menjadi suri hatinya. Untuk menutup malu, zira terima pelawaan zakuan.  baru je mereka ingin mewarnai hidup mereka dengan kebahgiaan.. zira didapati hamil anak azahari.. Azahari semakin menggila kerana menuduh zira ingin membunuh anak mereka ketia zira terjatuh di dalam bilik. Zakuan pula tergamam sehingga meniggalkan zira keseorangan...
dpt ke zakuan menerima keadaan zira??

2. Dosa semalam - Adilla
Hanim bekerja dengan Dato Hassan dan rakan kongsi Tuan Ariff Aris.  Gurauan-gurauan manja Tuan Ariff telah terkesan di hati hanim. Terbit perasaan cinta yang disimpan rapi tetapi perilaku Tuan Ariff yang memperkosa hanim telah memusnahkan harapan dan masa depannya.  Gara-gara insiden itu, hanim dihalau keluarga dan dihalau dari rumah……. (tapi novel ni tak abis.. dah tangkap feeling takde ending pulak, barangkali di delete)

3. Harum subur Dihati -ariellin
Bermula dari alam persekolahan, Dian Juwita, marshila, shakira dan lailawati dimasukkan ke sekolah berasrama Tunas setia. Dalam diam Juwita telah jatuh cinta dengan Fadzwan. Kemudian muncul naim yang amat menyukai juwita.  Macam-macam cara naim buat memenangi hati remaja itu, tetapi cinta tidak dibalas.  Sehingga kematian ibubapa juwita, dia dilamar oleh seseorang. Atas beberapa factor juwita telah menerima lamaran tersebut dan seseorang itu adalah naim. Bagaimana penerimaan juwita terhadap naim kerana dia tidak mencintai lelaki itu? Naim adalah naim terlalu cool dan tidak berhenti memenangi suri hatinya itu. cite ni paling aku suke sbb mmg aku dapat rasa apa yang juwita rasa.

ps - review kat atas sebagai sinopsis je. kalu citer sampai habis tak feel bila dah sampai ending. harap maklum. kecuali dosa semalam aku mmg terkena sbb takde ending but it is a good novel. nnti aku samb lagik.. (kerja menanti)

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 03:18 PM | Show all posts
1. Kasih tak terucap - zfaz10 (
mengisahkan zira menjadi rebutan antara ex-tunangnya, Azahari dan Z ...
ThuLE Post at 28-2-2011 16:12



   untuk pengetahuan Thule, Dosa Semalam telah berada dipasaran sejak Nov 2010. Sebab itu cerita tersebut telah di delete separuhnya dr jalan cerita. So jika Thule nak tahu kesudahannya kenalah dapatkan novel Dosa Semalam tersebut.

[img][/img]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.074074 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list