CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bintang

Cinta Itu Membunuhnya.

[Copy link]
 Author| Post time 15-7-2009 06:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 15-7-2009 18:23

Tiba di rumah Zila tak putus-putus ingatkan Ija supaya jangan buat kerja berat-berat.  Banyaknya pantang larang yang kena Ija laksanakan menjadi gomelan Zila tak ubah macam mak nenek di pendengaran Ija. Tergelak kecil Ija melihat gelagat Zila, becok tak semena-mena.


''Gelaklah pulak. Ingat tu kena banyak makan buah, lagi satu kau jangan masak, biar aku hantar makanan selalu tak pun aku datang masak kat sini pada hari Zikri tak de, ingat tu, jangan mop lantai tau!''


''Iya lah nenek,''  cebik Ija sambil tergelak lagi.


Zila bahagia melihat Ija bahagia.  Tak sabar pulak dia hendak melihat perut Ija memboyot, bagaimana rupa Ija nanti agaknya. Dan bagaimana dengan Zikri?  Kasihnya kepada Ija bertambahkah?  Dia matikan fikirannya di situ, tidak mahu berfikir apa-apa tentang kejadian esok. Yang penting kini kebahagian Ija.


''Agak-agak bila dia nak membesar, ek,''  tanya Ija memandang pada perutnya sambil digosoknya pelan.


''Ntahlah, lima enam bulan kot,''  Zila ke dapur menyajikan sup yang dibelinya tadi sewaktu dalam perjalanan balik dari klinik.


''Lamanya,''  Ija merungut kecil.  Dia sungguh tidak sabar untuk melihat sendiri perutnya membesar, dan amatlah tidak sabar untuk bercerita kepada Zikri.  Makin tidak sabar untuk melihat reaksi wajah gembira Zikri. Namun, gembirakan Zikri dengan berita ini?  Seperti yang diharapkan Zikri akan mengucupnya bertalu-talu, memeluknya erat dan terus-terusan memanjakan dia, begitukah yang akan Zikri lakukan nanti?  Kalau ia cuma mimpi yang tak sudah, bukankah lebih baik dia mati saja dengan bayi ini?  Ah, hidup tidak semudah itu, dia tahu itu.


''Mari makan, sejuk nanti tak sedap.  Sekarang kau kena makan berganda tau. Kalau dulu makan sepinggan, sekarang kena makan dua pinggan,''  Zila sudah pun mengadap hidangan, sedangkan Ija masih menggosok perutnya tidak mendengar apa yang digomel Zila.


''Agak-agak bila dia mula bergerak?''  masih lagi menggosok perutnya tanpa memandang Zila, tanpa mendengar ajakan Zila supaya makan.


''Manalah aku tau, aku ni pun belum berkahwin apa lagi mengandung. Nanti kita sama-sama pergi kedai buku, cari buku pasal ibu-ibu mengandung ni.''


Ija ketawa tanpa membalas kata-kata Zila.  Iyalah, kenapa dia menjadi pelupa teman baiknya ini masih gadis, kenapalah dia bertanya soalan begitu.  Namun mendengar mereka akan ke kedai buku Zila bertambah seronok.  Banyak perkara yang harus dipelajarinya.  Dia tidak ada adik, tidak pernah pegang bayi, mana mungkin dia akan mengerti jika tidak memperlajarinya terlebih dahulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2009 12:48 PM | Show all posts
best nyer ija dh pregnant....
mcm mane la penerimaan zikri???
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 03:08 PM | Show all posts
besh nya ija dah preknan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 10:41 PM | Show all posts
best la cita ni..sambung la lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2009 04:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 18-7-2009 23:08

’’Kena makan banyak, ingat tuh,’’  Zila mengingatkannya kembali.

Ija memaksa diri habiskan hidangan demi tidak ingin Zila meleterinya walaupun dia amat tidakberselera sekali.

’’Zila... ambil cuti minggu depan, nak?’’

’’Kenapa?’’

’’Kita balikkampung Ija’’

’’Nak buat apa?’’

’Ija rasa nak makan gulai tempoyak ikan patin masakan Uteh.’’

’’Waahh... sedap tu, aku pun macam mengidam sama pulak.’’

Ija menelepon Uteh Som memberitahu hajatnya itu, gembira bukan kepalang Uteh Som apa lagi bila tahu Ija sudah berbadan dua. Uteh Som tak semena-mena terasa dia akan menjadi nenek tidak lama lagi!


Ija mengeledah dalam almari bajunya mencari baju tidur yang agak besar seperti baju mengandung kerana Zikri akan pulang bila-bila masa saja nanti setelah sudah dua minggu tidak pulang.  Dia ingin Zikri perasan sesuatu tentang dirinya, tentang perutnya!.  Sehelai baju tidur fabriknya dari satin berwarna hijau lembut berlengan pendek dan berbutang separuh di hadapan adalah paling besar di antara baju tidur yang dia ada.  Baju itu dibelinya bersama-sama Zikri sehabis mereka menonton wayang di Mid Valley suatu ketika dulu.  Zikri pernah menyebut kalau dia memakai baju itu kelihatan seperti ibu mengandung dan dia ingin Zikri menyebut lagi perkataan mengandung itu!.

Meja makan ditukarkan alasnya, cotton putih bersulam dari China hadiah dari arwah Mak Uma sewaktu pertama kali dia meninggalkan kampung kerana mengikut suaminya.  Spaghetti bolognese sudah siap terhidang di meja.  Diparutnya keju di atas isian pinggan Zikri lebih sedikit kerana suaminya itu suka parutan keju banyak dalam spaghetti.  Turut tersedia iceblended cappuccino kegemaran Zikri juga.  Dia senyum melebar kerana Zikri sudah dalam perjalanan balik dan semua yang terhidang ini adalah kejutan buat Zikri, ada sesuatu yang ingin didengari Zikri selama ini!

Salam dan ketukan pintu berbunyi, hatinya riang Zikri sudah pulang! Tangan Zikri disambar dan diciumnya, dia ingin Zikri memeluknya tapi Zikri kelihatan sangat penat membiarkan Ija berdiri di situ dan dia terus masuk ke dalam bilik menghempaskan badan ke tilam.  Ija termangu seketika, terasa sedih lalu dia terfikir tidak rindukan Zikri kepada dirinya lagi? Dan dia membiarkan perasaan itu bermain seketika.

”Abang..’’

’’Hmmm...’’

’’Makan,jom...’’

’’Abang letih Ija, nak tidur dulu..’’

Zikri berkata-kata dengan mata yang terpejam dan sebentar kemudian dengkuran halus kedengaran.  Ija masih di sisi Zikri, menatap wajah suaminya yang sekian lama tidak pandangnya. Perutnya dielus lembut, janganlah menangis kelak anak ini sedih; dia cuma nyamankan dadanya sendiri yang mula dinaungi sebak.  KenapaZikri buat acuh tidak acuh kepadanya?  Siapakah dirinya ini di mata Zikri? Dadanya terasa ada kocakan yang panas.

”Abang...!’’ Ija menggoncang bahu Zikri, kuat dan kuat... Zikri terjaga dan kelihatan bengang.

‘’Apa nih..!!’’

‘’Ija ni tunggul ke?’’

’’Eh, pasal tak reti bahasa sangat ni? Kan abang sudah cakap abang letih, letih tau!’’

’’Abang asyik letih saja bila pulang, teruk benar ke kerja abang sekarang?’’

’’Dengar sini,cerita yang Ija tak nak dengar... tengahari abang kena pulang rumah Mila ,belikan makanan dan suapkan dia, alahannya sangat teruk. Abang kena cuci muntah dia merata-rata yang kadang-kadang tak sempat ke bilik air. Abang pun kena rawat dan jaga dia kerana dia sangat lemah. Abang terpaksa habiskan kerja-kerja opis abang sampai ke malam, tolong fahami abang, boleh?!”

Ija terdiam. Ya cerita yang dia tidak ingin dengar. Tentang madunya. Apa jua pun, tidak!. Itu janjinya dulu supaya hatinya tidak sakit dan pedih.

Zikri bingkas bangun, membuka baju dan secepatnya menyambar tuala menuju ke bilik air dengan langkah yang sangat keras. Namun, Ija sempat menyambung;

’Ija di sini? abang tak perlu ambil pusing?  Suka hati abang bila abang nak balik dan suka hati abang kalau tak nak balik pun?’’

Zikri menguak daun pintu bilik air dan menjongolkan kepalanya, ’’boleh tak kalau tak membebel?’’ keras suara Zikri memberi amaran dan daun pintu dihempas kuat, seperti tolakan angin kencang di kala ribut melanda.

Malam itu Ija sendirian lagi di rumah. Zikri keluar setelah selesai mandi dan merungut;  ''Balik bukan mau picit atau urut suami, membebel pulak!”

Ija membisu dan biarkan saja Zikri hilang tanpa bertanya sepatah pun ke mana Zikri mahu pergi. Hatinya menjadi tawar dan rawan. Rindu yang tadinya membuak-buak kini lenyap. Dia mengadap spaghetti di meja makan. Lapar yang dia tahan di siang tadi hilang begitu saja. Bersama airmata yang luruh dia menyimpan spaghetti ke dalam mangkuk besar dan meletaknya ke dalam peti ais. Dia bercadang mahu menelepon Zila pagi esok supaya kawannya itu datang bersarapan di sini dengan spaggetti semalam yang muram!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2009 04:23 PM | Show all posts
ya ampun... besaq lah pulak...

camne nak edit neh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-7-2009 11:09 PM | Show all posts
dapat dah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 11:28 PM | Show all posts
huh...sedihnyaa....bodo punya zikri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2009 08:55 AM | Show all posts
sedihnya...siannya ija...
papepun nanti letak n3 bebanyak k...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 09:07 AM | Show all posts



sedihnye bila diri tak dpedulikan suami lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 12:02 PM | Show all posts
cepat sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 12:24 PM | Show all posts
sedihnya cite nie tp bestlah...bila nak ada n3 lg.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 01:16 PM | Show all posts
bila baca cite mcm ni rasa sedih sbb herb pun ada asben.  kalau jd mcm ni kat herb tak tahu la boleh sabar atau tak.  sekali fikir nak aja jadi mcm lorena bobbit tp nanti masuk jail langsung tak dpt apa.  alhamdulillh setakat ni takde lak hubby buat mcm tu kat herb.  mungkin sbb 6th sense dia kata "kalau kau nak kena bobbit, buat la"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2009 01:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 24-7-2009 22:41

“Kalau tak, tak adalah aku boleh merasa spaggethi bolognese yang special ni, bukan senang nak merasa spaggethi kau masak, bodoh betul Zikri! Menolak rezeki,’’ Zila menyuap spaggethi ke mulut penuh berselera.

Ija diam, mual dan peningnya mula datang. Perutnya membuak-buak dan dia berlari ke bilik air. Sebentar kemudian segala isian di dalam perutnya habis keluar, dadanya terasa perit sekali. Kepalanya kian berat dan sakit.

’’Aku telepon Zikri, nak?’’ Zila simpati dengan Ija, tak sampai hati dia meninggalkan Ija sendirian dalam keadaan begini. Walaupun dia sangat marah kepada zikri apa yang telah dilakukan kepada Ija, tapi Zikri perlu tahu sakit Ija dan dia harus menjalankan tanggungjawabnya.

’’Jangan,’’ lemah suara Ija, merebahkan dirinya ke sofa.

’’Dia suami kau Ija, dia kena bertanggungjawab, kau tu lemah.’’

’’Abang tak tahu Ija mengandung.’’

’’Hah? Kau belum cakap lagi?”

’’Tak. Tak ada kesempatan. Tak apalah. Biarlah dia tak tahu. Tak penting pun pada dia Ija ni mengandung ke tidak.’’ Kata-kata yang bernada kecewa, sebak menyelubungi dirinya lagi. Semalam ditempat pembaringan dia tidak dapat melelapkan mata sehingga subuh, kerana asyik berpesan kepada diri usahlah menangis lagi, semuanya tidak berbaloi. Dia harus belajar untuk tidak merindui Zikri lagi, dia harus mengekang diri dari mengharap Zikri pulang, dia harus belajar lupakan saja janji-janji manis Zikri dan yang penting dia harus kuat demi anak yang dikandung ini.

’’Ija, Zikri perlu tahu tentang anaknya. Paling kurang, dia tidak mengabaikan kau bila dia tahu kau mengandung juga akhirnya.
Janganlah kecewa sangat,  tak baik untuk kesihatan kau dan anak kau tu.’’  Zila meramas-ramas tangan Ija, dia mahu Ija tahu dia ada dan sering ada di waktu senang dan susah. Mereka sudah lama berkawan,  sejak Ija bersekolah menengah lagi.  Ija tingkatan satu dia pula tingkatan tiga. Habis tingkatan tiga dia masuk ke sekolah asrama penuh, namun ikatan persahatan itu tidak pernah renggang, apa lagi sejak Ija bercouple dengan Zikri sepupunya sendiri.

’’Berjanjilah dengan Ija, jangan bagitahu apa-apa pada abang.  Ija ni tak penting sangat padanya, Ija sudah penat berharap apa-apa pada abang. Sakit.’’ Ija tidak memandang Zila, sorok mata pilu itu memandang jauh ke langit dari nakoh yang terbuka luas.

Zila hampir menangis melihat Ija, getar suaranya lemah dan sekeras-keras hatinya menjadi sayu melihat Ija yang tidak lagi menangis namun pada rona wajahnya penuh rawan. Kesiannya sahabatku ini, getus hati Zila.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 02:22 PM | Show all posts

cian Ija
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 02:36 PM | Show all posts
siannya ija...
sikit sangatlah n3nya...
kalu free letak lagi k...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2009 11:38 AM | Show all posts
nangis saja la juliet bila msuk umah bintang ni hahh...

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 02:24 PM | Show all posts
sambung laaa panjang2...cian kat ijaa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 09:13 AM | Show all posts
x de lagi n3 rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 10:59 AM | Show all posts


sampainya hati zikri abaikan ija bila dah ade yg baru.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.053471 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list