|
Balas #34 sang_arjuna\ catat
smiley tu minta lapy baru tu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #41 qimi08\ catat
bukan computer yg weng, line internet problem sbnrnya
esp forum cari... lambat benor nk upload |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #42 sang_arjuna\ catat
Buat blog sendiri je.....ha ha blh jadi tempat lepak baru kami.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 qimi08's post
yelah smiley....bertambah lagi ler port lepak kami ni.... ... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #46 kaypo\ catat
Ho ho pasal globe tu bila ada perayaan yg jaga lif tu baju pun bertukar ikut perayaan. Kay baru gi sogo ada gak penjaga lif tu pakai kebaya nyonya......
Jaza buat blogspot ... ada code org tak blh copy.... ko kelik kelante ada org kawin ke? |
|
|
|
|
|
|
|
lawak la hani ni....
keep it up juna..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #46 kaypo\ catat
gadis globe ekk....adesss trimbau lagi dah ni memori lama......rindunyee |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #43 qimi08\ catat
nanti la... insyaallah
takut bersawang jer bila smiley takde mood nak tulis |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #50 sang_arjuna\ catat
Blh letak semua enovel-enovel lama smiley kami blh ulang2 baca cume cari code supaya org tak blh cut and paste je...blogsport paling mudah buat |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #47 qimi08\ catat
haah... adik aku yang kahwin... aku sponsor cenderahati tuk tetamu... khas form Jay Bee gitu... mahal pun tak pe tuk adik tersayang... aku gi shopping kat air hitam dan nilai 3 ... sampai org kat sana dah kenal muka aku ni.... tiap2 minggu aku pergi sbb nak cari kelainan dan pelbagai rekaan. Idea gila kan.... Smiley sory off topic jap.... rushing tul sbb aku kerahkan anak bujang dan anak dara aku tolong bungkus towel dan jajan ( yg kreatif skit - buat sendiri). Kalu beli dah siap mahal sgt....
--> Smiley , bersawang tak pe sbb ramai yg sudi sapu sawang tu nnti... bagi clean and bright.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka semua koleksi Smiley tu... dan tak jemu bila diulang baca... tapi bila nak masuk TS susah sgt bila kejap kena block, kejap ok.... (IT tmpt aku yg block- saje dengki dgn aku). Kalu ada blogspot kan senang... cam library kan.... berapa ratus kali pun nak baca senang nak cari....
bila nak sambung Hani ni .... cepat skit lah... tak sabar ni... masa semakin suntuk....hehehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki Hani mula lenguh. Namun langkah tetap di hayun. Beg bajunya kejap di jinjing, kejap di galas. Kata Acik Mah, tempatnya tak jauh dari perhentian bas. Mesti aku tersilap turun bas. Rasanya macam dah satu kilometre aku menapak tapi tak nampak pun Jalan Beringin. Nak call Acik Mah pun henfon dah habis bateri. Hani mengeluh. Mentari rembang membuat peluh tak henti menitik di tengkok dan di pelipis. Belakang blausnya sudah lembab.
SPLISSHHH! Air lopak tepi jalan terpecik ke hujung seluarnya. Motosikal Kawasaki berwarna merah berhenti beberapa kaki di depannya.
" HOI! Buta ke haper? " jerit Hani. " Jalan sikit punya besar, nak juga sondol orang. Dasar mat rempit tak pergi sekolah" Amarahnya makin meluap bila lelaki itu tersenyum. Entah dia dengar ke tidak. Peduli apa aku, janji dapat sembur.
" Apa sengih sengih?" Hani terus meluahkan lahar. Nasib baik beg aku berat . Kalau tak aku dah kejar dan belasah si rempit ni.
" Sorry" laung lelaki itu . Sebelah tangannya di angkat sebelum dia berlalu dalam deruan enjin dan asap.
Berbakul sumpah seranah Hani dalam hati. Habis kotor seluar aku. Hani melipat bahagian kaki seluarnya yang basah. Nasib baik jeans nya berwarna hitam. Di paksa kakinya untuk terus melangkah. Akhirnya, papan tanda Rumah Tok Ali Homestay menjelma juga. Alhamdullilah. Sikit lagi aku dah nak pengsan.
Hani terpegun seketika melihat suasana tenang di sekelilingnya. Macam masuk ke set filem klasik. Cantik sungguh rumah kayu tradisional di hadapan nya. Laman nya di hiasi pokok bunga kertas beranika warna, bunga melur dan ros. Ada juga pokok rambutan dengan buah yang mula berputik dan pohon mangga. Rasa macam nak petik sekuntum bunga letak kat rambut pastu menyanyi sambil main aci lut belakang pokok. Satu jer tak cukup.... hero ! Adehlah... apa aku merapu ni. Hani mempercepatkan langkah. Tak sabar nak jumpa Acik Mah. Juga tak sabar nak mandi dan tukar pakaian yang dah melekit dan masam.
Pintu depan dari kayu cengal terbuka luas tapi keadaan sekeliling sunyi macam tak berpenghuni. Hani tercegat sambil mengamati serambi dan ruang tamu yang di hiasi set kerusi rotan.
"Assalamualaikum"
" Waalaikumsalam" Kedengaran suara perempuan menjawab salam. Seorang gadis belasan tahun bangun dari sudut ruang tamu. Patutlah tak nampak, dia tersorok di belakang komputer. Senyum yang memekar di bibir gadis itu terus hilang di ganti dengan mulut melopong.
Teruk sangat ke rupa aku? Budak ini macam nampak hantu jer. Hani tertanya sambil merapikan rambutnya yang hampir terlucut dari getah ikat rambut.
" Er...hi.. er...kak ..Kak Fifi? Buat apa di sini? " Tersekat sekat suara gadis itu. Dia melangkah setapak ke depan. Matanya membulat.
Fifi ? Macam nama kucing. Ada apa dengan Fifi yang membuat dia begitu terkejut?
" Bukan. Saya bukan Fifi. Saya Hani, anak saudara Cik Rosmah." ujar Hani sambil menghulurkan tangan.
Gadis itu menyambut tangannya dengan tawa kecil. "Oops, sorry. Saya tersilap orang. Muka awak macam.. er.. er.. somebody yang saya kenal. Saya Nadia."
" Hi. Er... my auntie ada?" Mata nya melingas sekeliling. Dinding ruang tamu di hiasi lukisan flora menggunakan cat air. Gabungan warna yang lembut menyejukkan mata memandang.
" Auntie Rosmah keluar ke pasar sekejap. Ada last minute request. Tetamu kita nak makan nasi dagang malam ni. Jom , saya tunjukkan bilik Auntie Rosmah. Kak Hani boleh rehat dulu. Kalau nak makan, ambil saja kat dapur. Jangan segan. Kalau boring boleh kita tengok DVD sama sama" Macam bertih goreng mulut Nadia. Peramah orangnya. Memang sesuai bekerja sebagai penyambut tetamu. Tapi tak sekolah kah dia?
Selesai mandi dan menukar pakaian, Hani menjengah dapur. Acik Mah sibuk berkeletung keletang menyediakan makanan. Muncul idea nakal untuk mengejutkan nya. Hani berjengket senyap senyap dan mencucuk pinggang mak saudaranya yang tak berapa ramping.
" Oi! Mak engkau! Mak aku orang putih! Makan belacan!" jeritnya sambil meloncat. " Ya Allah! Hani! Awat lah hang ni!
Acik Mah memeluk dan mencium kedua belah pipi Hani. Rasa hiba mula bergeladang bila terkenang pelukan Mak. Kini Acik Mah lah pengganti ibu bagi Hani dan Haris. Acik Mah yang tak pernah berumahtangga pula menumpang kasih dengan mereka berdua.
" Acik Mah pi market tadi. Bila Acik balik, Hani mandi. Hani dah makan?" tanya Acik Mah dalam loghat Kedah sambil melurut rambut Hani yang masih lembab.
" Belum." Hani menggeleng sambil mengusap perutnya. Selepas sarapan bersama Shamil dia langsung tak makan. Seleranya tertutup. Sampai sekarang tak habis lagi rasa malu. Nasib baik lah aku tak akan jumpa Shamil selama dua bulan. Aku kena tukar imej bila balik kampus, dia bertekad. Mudah mudahan dia tak cam aku bila semester baru bermula nanti.
Acik Mah mengangkat tudung saji. Ada masak lemak udang dengan belimbing, ikan goreng , ulam dengan sambal belacan. Tanpa di suruh Hani mencuci tangan dan mengambil pinggan berisi nasi yang di suakan. Best siott!
" Acik Mah kata tetamu yang datang sini ramai matsalih. Dia orang reti ke makan lauk kampung?" tanya Hani sambil mengupas kulit udang. Kepala udang di sedut... slurp, enaknya.
" Kalau Hani nak tau, depa tu bukan main suka lagi makanan kita. Sampai ada yang bawa bekal rendang balik. Tapi Acik selalu masak tak pedas sangat. Takut pula ada yang cirit birit."
"Oh.. Hani ingat Acik masak fish and chips, lasagna, pasta, steak. Sebab tu Hani datang. Nampaknya kempunanlah " gurau Hani sambil mencebik. Tawa nya terletus bila cubitan Acik Mah hinggap di lengannya.
Acik Mah sibuk bercerita pasal Rumah Tok Ali sambil menyediakan pengat pisang. Rumah Tok Ali kepunyaan keluarga Puan Nuraishah, sahabat lamanya. Rumah ini dan tanah sekelilingnya seluas satu ekar ialah harta pusaka dari arwah bapa mertuanya yang bernama Haji Ali. Pengunjung nya kebanyakkan pelancong asing dari US, Eropah dan Australia. Rumah utama mempunyai bilik tamu, ruang makan, dapur dan 3 bilik tidur untuk kegunaan keluarga dan teman rapat. 4 buah chalet yang terletak di belakang untuk di sewakan. Tugas Acik Mah menyediakan menu dan memasak. Ada 2 pekerja yang di tugaskan mengemas, membasuh, menjaga kawasan kebun dan membantu Acik Mah memasak, serta seorang pemandu untuk menjemput dan menghantar pelancong dari airport dan membawa mereka bersiar.
" Pekerja lain semuanya orang kampung dekat sini. Dia orang balik rumah sendiri bila kerja tak banyak. Macam sekarang ni. Tetamu tak ramai sebab bukan musim cuti di negara barat." jelas Acik Mah.
"Patutlah sunyi semacam bila Hani sampai tadi. Nadia yang jadi penyambut tetamu tu pun orang kampung ke ? Dia tak sekolah ?" tanya Hani. Keliru juga sebab gadis itu masih muda. Sangat trendy dengan rambut perang yang di potong pendek.
" Nadia anak bungsu Nuraishah. Dia baru habis PMR."
Seperti terdengar nama nya di sebut, Nadia terjengul di pintu dapur. " Haa... Kak Hani dah jumpa Auntie Rosmah. Kak Hani, lepas makan nanti jom kita keluar jalan jalan. Nadia tunjukkan Kak Hani kawasan homestay ni. "
" Okay. Nadia tak makan?" Hani berbasa basi. Anak boss rupanya. Walaupun dia sering mendengar cerita pasal Puan Nuraishah dari Acik Mah tapi tak pernah berjumpa ahli keluarganya.
" Nadia dah makan tadi. Auntie masak apa untuk minum petang?" Nadia memanjangkan leher untuk melihat isi periuk. " Wo.. pengat pisang. Best! "
Hani mengangkat pinggan yang sudah licin ke sinki untuk di cuci. Sambil itu dia mengerling ke arah Acik Mah yang sedang mericik carrot.
" Acik, nak Hani tolong?" pelawanya tak berapa ikhlas. Kerja remeh temeh seperti ini mencabar kesabaran nya. Sental periuk dan kuali kotor lagi senang.
" Tak payah lah. Acik nak potong carrot sebatang saja untuk buat salad. Korang berdua pergi lah ambil angin kat luar. Sambil tu tolong hantarkan minum petang kat chalet Mr Hughes." |
|
|
|
|
|
|
|
Talam berisi pengat pisang dan dua mangkuk dan sudu di tatangnya berhati hati. Nadia mengangkat teko berisi teh O. Hani menala pandang sekitar kawasan homestay itu. Cantik! Kehijauan yang merimbun di selang seli dengan kolam kecil dan pancutan air. Nun jauh di belakang ternampak batas untuk sayur sayuran. Mentari yang agak redup dan semilir petang nyaman sekali.
" Mana satu chalet Mr Hughes?" tanya Hani.
" Tu... yang tepi kolam. " Nadia menjuihkan mulutnya pada chalet yang paling dekat. " Dua saja chalet yang ada orang sekarang.Chalet yang belakang pokok rambutan tu pun ada orang duduk."
"Kenapa Acik Mah tak hantar makanan kat dia orang?" soal Hani, pelik.
" Alaa... abang Nadia yang duduk situ. Pandai pandailah dia cari makan sendiri. Kalau lapar, dia pergilah ke dapur. Selalunya dia makan kat luar"
" Oh. Abang Nadia pun sewa chalet di sini? Kenapa? Dia bercuti kah?"
" Taklah. Dia saja lepak kat sini. Mummy dengan Daddy tak suka tapi dia buat tak kisah saja. Dia ada ijazah Masters tapi tak nak kerja."
Pelik juga bunyi abang Nadia ini. Tapi tak berani aku nak komen lebih lebih, dia anak boss.
Sampai ke chalet pasangan Hughes, seorang wanita matsalih memakai T shirt dan berseluar pendek sedang mengambil angin di beranda. Si suami sedang memotret gambar pohon pohon hijau di sekeliling dengan kamera Canonnya. Pasangan dalam linkungan 50 an yang berasal dari Kansas, Amerika Syarikat sangat ramah. Macam macam cerita mereka. Si suami, Frank bekas jurutera yang pernah bertugas di Indonesia. Isterinya, Sarah pula pernah ke Sabah mendaki Gunung Kinabalu lebih 30 tahun dahulu. Dahsyat betul orang Amerika ni. Aku pun tak pernah sampai ke Sabah walaupun aku orang Malaysia, detik hati Hani.
"This is delicious. What is this called? How do you make it? " tanya Sarah sambil menyuap pengat pisang
" Its called Pengat Pisang. Its made with brown sugar, coconut milk, and sago, and of course banana" balas Hani dengan fasih. Dia menceritakan sedikit cara cara memasak. Taram sajalah labu. Macamlah aku ni pandai sangat. Tapi kalau tak menjadi pun mereka dah balik US, bukan boleh cari aku lagi... he! he!
Perbualan mereka di ganggu ringtone telefon bimbit Nadia. Suara Jason Miraz melagukan I'm Yours. Muka Nadia berkerut melihat nombor abangnya. Apa yang abang nak? Kenapa nak bertelefon pula? Tak sampai 50 ela pun jarak mereka.
"Siapa budak perempuan dengan Yaya tu?" Nazrin menyoal. Tak ada mukadimah.
" Kenapa abang nak tahu? Mana abang nampak dia? Abang tengah mengintai kami ya. Gatalnya abang ni" Nadia memperlahankan suaranya dan bergenjak sedikit agar tidak didengar Hani.
" Banyak tanya pula. Siapa dia?"
" Anak saudara Auntie Rosmah. Abang tangkap syok kat dia ke?"
Nazrin menarik nafas. Adik aku ni nak kena sebiji. " Siapa nama dia? Dia masih belajar atau dah kerja? Dia datang sini berapa lama?"
" Kenapa abang sibuk? Macam reporter pula. Kalau nak tahu tanyalah dia sendiri. " Suara Nadia meninggi. Tett.... butang merah henfon di tekan. Nazrin merengus kasar di hujung talian. Tak guna punya adik! Dia menyelak langsir tingkap. Dari jauh dia nampak adiknya menjelir lidah. Hantu punya budak! Anak saudara Auntie Rosmah sedang ketawa mendengar cerita Frank dan Sarah. Alamak! Dia lah perempuan garang yang maki aku masa terkena air lopak haritu. Tapi mukanya macam ..... Tidak! Nazrin cepat cepat menghalau kenangan pahit. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #58 sang_arjuna\ catat
Acey aceh....Nazrin ni hero ke? Ha ha ha Handsome cam raja nazrin tak? |
|
|
|
|
|
|
|
lagu i'm yours |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|