CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matbuq

Hospital Bersalin yg BAGUIH kt Sbrg Perai/Penang

[Copy link]
Post time 24-3-2009 10:32 AM | Show all posts
Originally posted by MMISS at 7-3-2009 11:08 AM
operate bro

sis miss.. hang operate ka? aduh.. haku hengat normal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2009 12:03 PM | Show all posts
saye pun blur nak bersalin kat hospital mane & nak buat check up bulan2 kat mane..huhuh...

dr chan kat bagan tu, laki la kan?
kalau bleh saye nak bersalin ngan doktor pompuan..huhuh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 05:15 PM | Show all posts
aku dulu bersalin ank sulong kt HUKM KL..anak kedua thn 2007 kat pusat bersalin muslimah kat permatang pauh tu..bagi aku kat situ ok..docnye pun ok..aku rs mcm bersalin kat umah je..hehe..then nak cek2 bukaan rahim pun x byk sgt mcm kat gomen..yang paling aku suke bersalin situ sbb islamic le..masa kita nk deliver tu doc & bidan pembntu siap usap perut aku baca selawat..rasa sejuk je tak le gabraa aje..ms nak deliver pun x le mcm kene paksa suh teran cepat..relek je le..then makanan pun mmg masak utk org pantang le..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 05:28 PM | Show all posts
hhuuuuwaaa bestnyer citer bab2 pegnent n deliver baby.. tijah asyik dok tgk org jer deliver baby.. sendiri punya baby blm ada rezeki.. huumm
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 05:32 PM | Show all posts
ALAA TIJAH..XPE ADE REZEKI TU NANTI YER..JGN LE SEDEY2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 05:58 PM | Show all posts

Reply #43 mama_herda's post

haa...1st time tgk orang komen positif bersalin kat situ...
hihihih...

so ada tmpt lain tak bleh bersalin kat sini??
saye tak biasa...bukan orang sini pun...nak tanye2 jiran pun, saye dok kat kawasan student politeknik..hihih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2009 09:16 PM | Show all posts
aku pun bukan org sini choc..tapi SiL aku banak kat Bagan Specialist..ko try le sane..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 09:28 PM | Show all posts
saya pernah bersalin di klinik penawar, permatang pauh tu sepuluh tahun dulu. Normal delivery... ok jer, yang paling best, masa sakit nak bersalin tu dia ajar doa dan zikir untuk permudahkan bersalin. yang sambut baby pun doktor perempuan. so terpeliharalah kehormatan diri.  alhamdulillah, 15 min dlm labur room, dah bersalin. baby pun sihat. masa tu kos bersalin termasuk ubat cuma around 800 jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2009 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by diarimerah at 27-4-2009 09:28 PM
saya pernah bersalin di klinik penawar, permatang pauh tu sepuluh tahun dulu. Normal delivery... ok jer, yang paling best, masa sakit nak bersalin tu dia ajar doa dan zikir untuk permudahkan bers ...


betul..betul..betul..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 10:01 AM | Show all posts
ada ke sesapa yg pernah bersalin d TAN&TAN SPECIALIST?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 11:54 AM | Show all posts

Balas #50 mimi77\ catat

adik ipar besa bersalin kat situ...tp kos dia lebihkurang dengan Bagan Specialist la jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 02:26 AM | Show all posts
kos di tan n tan lagi murah dari bagan specialist especially operate
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 02:27 AM | Show all posts
my wife ler
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 06:00 PM | Show all posts
bagan specialist bape harganyer?
kalau normal & cser?
saye rase, tu je choice yang ada & dekat ngan hiway...sbb saye dok kat sg dua...huhuh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 01:25 PM | Show all posts
baru2 ni masuk paper....klinik bersalin kt pmtg pauh...
ada bapa buat laporan polis...baby dia meninggal lam pewot kot...
katanya pasal doktor tader ke haper tah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by choclate_mocca at 8-5-2009 18:00
bagan specialist bape harganyer?
kalau normal & cser?
saye rase, tu je choice yang ada & dekat ngan hiway...sbb saye dok kat sg dua...huhuh...


bergantung pada pakej yg kita ambik. contohnya, wife saya dulu bersalin normal, duduk di single room dan kemudian duduk di hospital untuk 3 hari bayaran dalam RM2300 termasuk charge untuk ubat2 dan medical check up baby. kalau tak salah, RM1900 untuk charge bersalin+bilik+ubat+etc dan RM400 untuk baby punya check up+medicine. ni untuk anak no 2 lahir dec 2007. untuk 2nd baby ada discount sebab kakaknya dulu pun lahir sini jugak. kalau bilik sharing, kalau tak salah dalam rm1500-1600 untuk delivery charges tak masuk ubat baby. rate sekarang tak tahu berapa...

[ Last edited by  harris at 10-5-2009 14:29 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2009 05:03 PM | Show all posts
org beranak kat ghpenang jer... suma free... doktor pon baik... nurse pun baik..suma lar baik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2009 06:36 AM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 10-5-2009 13:25
baru2 ni masuk paper....klinik bersalin kt pmtg pauh...
ada bapa buat laporan polis...baby dia meninggal lam pewot kot...
katanya pasal doktor tader ke haper tah...





Bila punya paper tu????paper pa?rajin tempek la kt sini...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by matbuq at 11-5-2009 06:36





Bila punya paper tu????paper pa?rajin tempek la kt sini...



Utara: Dua jam tahan sakit, bayi dalam kandungan mati
Suami dakwa doktor swasta lewat beri rawatan punca tragedi

BUTTERWORTH: Seorang pegawai kerajaan mendakwa isterinya yang sarat mengandung sembilan bulan tidak mendapat rawatan sewajarnya di sebuah klinik swasta di Permatang Pauh sehingga menyebabkan kematian bayi dalam kandungan, akhir bulan lalu.

Zamri Shariff, 38, mendakwa isterinya, Noraini M Taserip, 34, terpaksa menahan sakit kira-kira dua jam, dari jam 6 pagi di klinik berkenaan sebelum dapat berjumpa dengan doktor, pada 26 April lalu.


Bagaimanapun, apabila diperiksa oleh doktor terbabit, bayi perempuannya disahkan meninggal dunia dalam kandungan walaupun pemeriksaan yang dilakukan dua kali sebelum itu mendapati bayi berkenaan masih hidup.

"Saya dan isteri trauma serta terkilan dengan layanan jururawat dan doktor klinik itu, seolah-olah saya menghantar 'nyawa' anak saya ke situ." katanya yang membuat laporan di Balai Polis Butterworth, kelmarin.

Zamri berkata, dia membawa isterinya ke klinik itu untuk mendapatkan pemeriksaan kira-kira jam 6 pagi selepas mengadu sakit hendak bersalin.
Sebaik tiba di klinik itu, isterinya disambut dua jururawat dan pemeriksaan awal mendapati bayinya masih hidup berdasarkan kepada degupan jantung.

Oleh kerana Noraini mengalami kesakitan, Zamri meminta jururawat memanggil doktor supaya memeriksa isterinya, sebaliknya dia diminta bertenang.

"Jururawat itu meminta saya jangan risau dan memberitahu isteri saya hanya sakit hendak bersalin tetapi pembukaan rahim masih di tahap satu hingga dua sentimeter.

"Saya percaya kepada penjelasan jururawat itu lalu keluar tetapi masih kedengaran isteri meraung kesakitan tetapi saya hanya mampu melihat," katanya.
Zamri yang tidak sanggup mendengar isterinya meraung kesakitan, sekali lagi meminta jururawat memanggil doktor tetapi jawapan sama diberikan sambil memberitahu doktor berada di tingkat atas.

Pada jam 7.15 pagi, jururawat melakukan pemeriksaan kedua ke atas Noraini dan mendapati bayi itu masih mempunyai degupan jantung dan bukaan rahim masih satu hingga dua sentimeter.

Sejam kemudian, seorang doktor memeriksa Noraini dan memberitahu degupan jantung bayi sudah berhenti. Doktor itu memberitahu Noraini sakit bukan disebabkan mahu bersalin, sebaliknya komplikasi dalam kandungan.

"Saya terkilan kerana selama hampir dua jam isteri saya menahan sakit, doktor tidak segera memeriksanya hingga bayi saya mati dalam kandungan," katanya.

Berikutan itu, Zamri membawa isterinya ke sebuah hospital pakar di Butterworth bagi menjalani rawatan lanjut. Kira-kira jam 11 pagi pembedahan bagi mengeluarkan mayat bayi perempuan itu dilakukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2009 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 11-5-2009 12:54



Utara: Dua jam tahan sakit, bayi dalam kandungan mati
Suami dakwa doktor swasta lewat beri rawatan punca tragedi

BUTTERWORTH: Seorang pegawai kerajaan mendakwa isterinya yang sarat meng ...



confirm la Muslimah ni....dh kt Pmtg Pauh..ngeri siot....dr. sini kan bekas dr. kt hospital kerajaan gk...terbawa2 cara dia keje kt hospital dulu la tu......:@:@

sepatutnya Kementerian Kesihatan segera ambil tindakan keatas klinik2 yg tak bertanggungjwb mcm ni dan blacklist ja terus..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.376933 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list