CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Chempaka~Kasih

Suzuki Swift

[Copy link]
Post time 12-10-2008 12:18 AM | Show all posts
Sayangnya Swift CKD takder kaler putih........mmg cun gilosss Swift putih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2008 12:24 AM | Show all posts
Swift Sport vs Mini Cooper

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by Kezman at 10-10-2008 06:32 PM
kurg nampak sbb aper??

xbest, maintanence tinggi, awek x minat...hahahahaa, suke ati aku jer....


proton wira byk nampak kat jln tu sebab best la tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 01:08 PM | Show all posts
mahal jg harga nya..
aku ingat kan lebih kurang myvi sj
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by altimi at 11-10-2008 04:04 PM
Tak silap aku promo tu tamat hujung bulan nie. Memang berbaloi gilerlah kalau amik sekarang. Even Toyota atau Honda pon interest dah nek jadi 3.50% and above skrg......hari tu masa aku tanya (bul ...



tau benda ni kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 10:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2009 09:49 AM | Show all posts
pompuan akan rasa 'safe' dgn swift ni (CBU model). kalau kita press 'unlock' sekali je kat kunci kereta, pintu sebelah driver je yg boleh bukak. kalau pompuan sorang2 nak masuk kereta, rasa selamat sbb tak takut kot2 ada org jahat tetiba nak masuk dlm kereta dari belakang. kalau press dua kali, baru semua pintu boleh bukak.

CKD model punye aku rasa 'keyless entry' - kereta hanya boleh start (tanpa kau press 'unlock' kat remote transmitter) by turning the ignition knob, kalau kau ada kunci tu kat dlm poket @ handbag.
pintu kereta, aku rasa, semua boleh bukak once kau dah press button kat door handle (correct me if i'm wrong).
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 06:50 AM | Show all posts
Ini baru betul Sport!
Oleh IRWAN ASRI MOHD. NOR

Biarpun harganya agak mahal, namun kereta yang dicipta dengan DNA Suzuki Motorsport ini dikhaskan kepada mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza.







BEBERAPA bulan lalu, seorang teman saya bertanya kereta apa yang harus dia beli selepas menjual Myvi miliknya. Kereta itu mestilah tidak terlalu besar, berkuasa dan yang pentingnya berharga di bawah RM100,000.

Saya mencadangkan Nissan March Impul, Integra DC5, EP3 (Civic Type R generasi ke-7) Mitsubishi Colt yang semuanya versi terpakai. Mengambil kira model yang mempunyai karakteristik seperti yang dikehendaki oleh teman saya tadi, satu-satunya kereta baru yang ada di pasaran mungkin Suzuki Swift.

Namun saya tidak fikir dia meminati kereta yang dicadangkan kerana jentera itu kurang berkuasa berbanding dengan senarai awal yang saya beri. Sehinggalah kami bertemu tidak lama selepas itu di sebuah restoran mamak.

Memandu uji

"Cukup-cukup bajet jer... Baii," katanya sambil menunjukkan Suzuki Swift Sport (Swift Sport) yang baru dibelinya.
Kereta Swift Sport ini mungkin berada dalam senarai underrated bagi piawaian kereta kompak di Malaysia. Benar, model Swift 1.5 pemasangan tempatan (CKD) mungkin jauh lebih dominan.

Swift 1.5 yang diubahsuai kepada kit badan Swift Sport juga jauh lebih banyak daripada versi asal Swift Sport. Faktor harga mungkin menjadi penghalang. Meskipun pada hakikatnya, tiada kereta dalam spesifikasi serupa dalam kategorinya.

Program Adventure Hunt ke Tasik Kenyir, Terengganu anjuran DRB-Hicom baru-baru ini memberi peluang kepada wakil media memandu pelbagai jenama kereta di bawah subsidiari DRB-Hicom. Salah satunya adalah Swift Sport varian automatik.

Melalui jalan kampung yang bergelombang dan bertampal-tampal, ia bukanlah sesuatu yang anda harapkan ketika memandu kereta kompak ini. Mujurlah, saya hanya membawa seorang penumpang di sebelah.

Suspensi kereta ini ditala jauh lebih keras daripada versi jentera Swift yang biasa . Nampaknya ia begitu tipikal dengan kereta-kereta talaan untuk prestasi yang tahap pengendaliannya menjadi perkara pokok, selaras dengan kuasa enjin.

Ia seperti membandingkan Mini Cooper One dan Mini Cooper S. Model S atau Civic 2.0 dengan Civic Type R yang jauh lebih rigid dan membenarkan enjin dikerah ke tahap maksimum. Keadaan jalan raya yang bengkang-bengkok menjadi kegemaran bagi sesiapa sahaja yang memandu kereta ini. Tekan sahaja pedal minyaknya, gear automatik turun dengan pantas tanpa dipaksa.



TEMPAT duduk jenis bucket memberi sokongan terbaik buat pemandu dan penumpangnya.

Secara fizikalnya, badan Swift Sport ini berukuran 5mm lebih panjang berbanding Swift 1.5. Namun, ia mudah dikawal. Sterengnya juga mudah dijangka dan titik lurusnya berada tepat sebagaimana yang anda kehendaki.

Panduan putarannya kemas dan breknya cemerlang. Malah, saya cuba memasuki selekoh dengan cuba membrek lewat dan mengharapkan brek enjin untuk membantu.

Secara teorinya, adalah keterlaluan meletakkan harapan tinggi pada gear tiga bagi transmisi automatik untuk membrek kemas berbanding dengan versi manual. Tetapi ia mengagumkan. Tahap 'gigitannya' boleh dijangka. Enjin tidak mengaum tinggi, walaupun jarak penukaran gear terlalu pendek.

Pada kelajuan 120km/j - 140km/j di jalan-jalan kampung, keselesaan menjadi perkara terakhir yang boleh anda harapkan daripada kereta ini.

Prestasi enjinnya memang memuaskan, terutama apabila mengambil kira bahawa kereta ini seberat 1,090 kilogram. Di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), pada putaran 5,200 rpm pada gear akhir, enjin masih memiliki kuasa mendaki yang menakjubkan.

Saya percaya, enjin M16A ini adalah yang terbaik pernah dicipta Suzuki dengan pengalaman luas mereka dalam Junior WRC (World Rally Championship). Dengan kuasa 125ps pada 6,800 rpm dan tork puncaknya pada 148 Nm @ 4,800 rpm, ia memang sebuah enjin dinamik pada sebuah kerangka yang bagus. Susunan gear versi automatiknya jauh lebih baik daripada sesetengah kereta manual hari ini.

Enjin-enjin Suzuki dalam rangkaian model prestasi memang terkenal dengan keupayaan putaran enjin tinggi (high revving). Terima kasih pada pembangunan enjin M16A yang terdiri daripada omboh tempa, aci sesondol dengan bukaan tinggi, pegas injap yang diperkuatkan dan tidak dilupakan sistem VVT itu sendiri.

Lazimnya, enjin Normal Aspirated (N/A) tidak akan dibina sebegini tanpa sebab yang kukuh kerana kosnya bukanlah murah. Enjin ini juga mengingatkan saya ketika memandu Swift Cultus Gti (G13B tahun 1991) atau bahasa pasarnya 'vtec 1.3'.

Uji kelajuan maksimum

Perjalanan di LPT sedikit terganggu dengan hujan lebat yang turun di persimpangan Gambang, Pahang. Sebaik hujan berhenti, saya terus memecut untuk menguji kelajuan maksimum yang mampu dicatat.

Teman di sebelah hampir tidak percaya apabila jarum meter sedang mencium angka 200km/j sambil dia memegang brosur Suzuki. Dalam katalog, kelajuan maksimum yang dicatat ialah 170km/j.




SETERENG kereta ini mudah dijangka. Kedudukan butang dan suis pada
papan pemuka juga menitikberatkan aspek ergonomik.

Sebaik melepasi persimpangan Gambang, jalan semakin sibuk dan mustahil untuk memecut pada kelajuan itu. Ketika sedang asyik memandu, tiba-tiba kami terdengar satu letupan yang agak mengejutkan.

Bunyi seakan-akan sebutir skru terkena badan kereta. Beberapa saat selepas itu, kereta mula bergegar dan kami bernasib baik kerana hentian rehat Maran hanya beberapa ratus meter di hadapan.

Tayar belakang pancit sepenuhnya. Inilah perkara terakhir yang anda harapkan berlaku pada model Sport. Kereta ini tidak didatangkan dengan tayar ganti. Ia sama seperti model-model Sport moden seperti Volvo C30, Mini Cooper S dan sesetengah model up line BMW.

Banyak sebab yang membuatkan pengeluar mengambil keputusan untuk melupakan tayar ganti. Selain mengurangkan beban berat (purata tayar ganti ialah 28kg), ia juga membolehkan pelbagai aksesori lain yang lebih berfaedah dimuatkan.

Dalam sesetengah kes, memang tiada ruang untuk tayar ganti, khususnya pada kereta kecil. Ruang asalnya telah diambil alih oleh sistem sambungan suspensi dan kerangka untuk mengoptimumkan pengendalian.

Sebagai ganti, kereta-kereta tanpa tayar ganti ini (seperti Cooper S), dipasangkan dengan tayar run flat. Ia membolehkan kenderaan dipandu sejauh 290km untuk sampai ke bengkel berhampiran.

Memandangkan kos tayar run flat lebih mahal, sesetengah kereta tanpa tayar ganti seperti Swift Sport ini didatangkan dengan kit pembaikan. Malah saya juga mendapat maklumat bahawa Proton Exora juga pernah dicadangkan untuk dipasangkan teknologi sebegini. Namun ia tidak sampai ke meja kelulusan.

Tiada tayar ganti

Menjadikan perjalanan kami lebih menarik pada hari itu ialah repair kit yang sepatutnya terletak dalam but tiada di tempatnya. Yang tinggal hanyalah jek dan spanar pembuka tayar.

Melihat kepada hub roda, kami bercadang untuk meminjam tayar daripada kereta konvoi lain kerana kereta ini dipasangkan dengan hub lima lubang. Secara logiknya, ia mungkin bersaiz 114.3mm X 5 yang kebanyakan tayar ganti dari kereta konvoi kami adalah sama.



BADAN Suzuki Swift Sport berukuran 5mm lebih panjang berbanding dengan Swift 1.5.

Mungkin offset tidak sama, tapi lebih baik mencuba bukan? Namun, walkie talkie yang dibekalkan gagal dijawab oleh sesiapa yang berada dalam radius berhampiran. Seterusnya, kami berhubung dengan pasukan teknikal (yang sebenarnya sudah tiba di Kuala Lumpur!)

Daripada maklumat yang diterima, krew teknikal tersebut tidak menjangka untuk membawa tayar ganti. Mereka terpaksa mengambilnya di Kuala Lumpur dan berpatah semula ke Maran.

Ini bermakna, kami terpaksa menunggu tiga hingga empat jam lagi. Mujurlah pasukan sokongan kedua berada tidak jauh di hadapan. Dengan Triton yang sarat dengan muatan, mereka berpatah balik, meninggalkan seorang krew untuk menjaga kereta Swift tersebut dan terus membawa kami pulang ke ibu kota.


TIADA ruang untuk meletak tayar ganti. Satu ciri tipikal buat sebuah
jentera sport.

Berbalik kepada pengalaman memandu kereta ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya berbaloikah kalau kereta ini dibeli? Berharga RM103,000 (varian automatik) dan RM97,000 untuk manual, ternyata ia bukanlah satu pelaburan murah untuk sebuah kereta yang boleh dikatakan paling kecil dalam kategorinya.

Namun, kereta yang dicipta dengan DNA Suzuki Motorsport ini dikhaskan kepada mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza. Keseronokan memandunya memang tidak terbatas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2009 05:55 PM | Show all posts
member aku beli switf.. dapat convert belakang depan swift sportr.. sekali ngan x zos dan tinted.. wow best nyer offer tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 06:09 PM | Show all posts
FC dia camne ek?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 08:09 PM | Show all posts
aku ske gak tgk swift ni..............comel je
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 01:11 PM | Show all posts
bkenan jgk ngan swift nie...

mampu tgok jer..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 01:14 PM | Show all posts
tu la...minat gak tgk...cute jek...esp wrna biru tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 07:13 PM | Show all posts
54# 220796

puteh lar comei.. nampak besor..!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 07:14 PM | Show all posts
51# iza_yuss

FC dia bagushh!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 09:54 AM | Show all posts
aku ske gak tgk swift ni..............comel je
tuan_wu Post at 15-8-2009 20:09


sbb comel tu yg x nk ambik swift nie............hilang salah satu ciri2 lelaki sejati..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 11:44 AM | Show all posts
57# ismauzair

kaler puteh ok.. ngan skriting.. huh!! ganasss!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:06 PM | Show all posts
57# ismauzair  

kaler puteh ok.. ngan skriting.. huh!! ganasss!!
xgenerasi2 Post at 18-8-2009 11:44


yg tu kurang skit la kecomelan dia.............boleh masuk dlm list.........
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:19 PM | Show all posts
tatau nape...skang ni kalau t'jumpa swift putih asik telan air liur manjang...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:28 PM | Show all posts
tatau nape...skang ni kalau t'jumpa swift putih asik telan air liur manjang...hehe...
yazmeen Post at 18-8-2009 12:19


telan air liur tengok keter takper, jgn pasal tgk driver sudahlah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.103172 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list