|
Lintas langsung sidang media Mawi di Awani - Ch 501 HARI INI, 2.30 pm [pg 5]
[Copy link]
|
|
Reply #42 solara's post
gambar baru sempena majlis berbuka puasa dan renew kontrak ngan maestro.... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya baca paper on-line jumpa article ni yg boleh tahan 'interesting' ......
Zon Abie: Waspada dengan spekulasiOleh Abie Abdullah
[email protected]
KETIKA
bertemu dengan Ikin
dalam majlis berbuka puasa anjuran Star Movies sempena pelancaran The Mutant Ninja Turtle dalam bahasa Melayu, Rabu lalu, sempat saya bertanyakan mengenai perkahwinannya yang sedang digembar-gemburkan .
Dia akui, mula-mula dulu agak tertekan dengan pelbagai spekulasi mengenai persiapan dan perancangan majlis bahagianya bersama Mawi. Cukup membebankan fikirannya kerana ada saja yang menelah dengan pelbagai cerita walaupun tuan punya badan tidak tahu menahu.
Bagaimanapun, kata anak dara berusia 29 tahun kelahiran Johor Bahru ini, buah hatinya banyak membantu menangani bebanan yang bermain di dalam mindanya.
Pengalaman Mawi sendiri sejak ditabalkan sebagai juara Akademi Fantasia 3 sehingga mencetuskan suatu fenomena populariti di Malaysia, cukup menceritakan kehidupan glamor seorang anak seni yang tidak dapat menyembunyikan diri daripada pelbagai spekulasi.
Beban yang ‘dihempap’ ke atas kepala Mawi tentunya lebih hebat. Seperti kata Mawi dalam Selebriti Metro Ahad keluaran esok, dia menyuruh Ikin supaya banyak bersabar dan mengamalkan solat untuk memperoleh ketenangan itu, sekali gus ‘mengasingkan diri’ daripada segala yang mengganggu.
Menghampiri penutup 2008, cerita perkahwinan mereka seakan suatu isu penting dalam industri hiburan. Biarpun industri menyaksikan perjuangan Persatuan Karyawan Malaysia dalam mencari resolusi 90:10 dan Mahkota yang menaungi belasan persatuan hiburan membuat kongres muzik, nampaknya khabar angin berkaitan persiapan Mawi dan Ikin untuk ke jenjang pelamin lebih mendapat perhatian.
Sebenarnya kebanyakan anggota masyarakat kita, maksud saya, mereka yang tergolong dalam pemerhati dunia hiburan, lebih gemar memperkatakan mengenai cerita gosip dan spekulasi daripada berbincang mengenai permasalahan yang lebih serius seperti kongres muzik dan 90:10 itu.
Sementelah yang bermain di gelanggang gosip kebelakangan ini membabitkan orang seperti Mawi, maka ia semakin besar dan seronok untuk dibualkan, untuk dibaca di dalam akhbar dan untuk dilayari di Internet.
Bukan sekadar membaca, mereka pula menganalisis dengan pelbagai kemungkinan sehingga menerbitkan spekulasi dan kadang-kadang menerbitkan fitnah....(termasuklah saya.....ya ampun.....)
Ramai yang tidak sabar menanti pengumuman tarikh perkahwinan atau ikatan halal mereka yang akan dibuat Mawi selepas Aidilfitri nanti. Mawi sehingga kini tetap dengan pendiriannya untuk mengunci mulut mengenai tarikh berkenaan.
Mawi sudah bijak dengan permainan media dan peminat, jadi apa yang dilakukannya hari ini sememangnya elok. Kunci mulut demi menjaga hati ramai pihak walaupun usahanya untuk tidak bergambar berduaan dengan Ikin tidak berjaya...( Bukan Mawi sendiri yg bawa Ikin untuk majlis resmi dia ke ?....sudah tentulah orang ambil gambar mereka kan ?) Dalam hal permainan gosip ini, ada juga pihak yang menuding jari ke arah orang media yang sengaja mengada-adakan cerita. Sekali lagi saya akan bersikap ‘defensive’ di sini mempertahankan rakan media kerana mereka menjalankan tugas. (ekkk...mukan media massa ke yg tulis....kita baca dan komen je !!!!)
Bukan tugas sekadar ‘mengata’ seperti yang dikatakan sesetengah pihak tetapi kadang-kadang kita perlu fikirkan tuntutan media yang memerlukan elemen tambahan sebagai satu tarikan tersendiri. Seperti masakan yang ada masin, manis, pedas dan banyak rasa lagi untuk menyedapkan rasa selain pek membungkus yang cantik. (mengaku pun ......)
Bagaimanapun di sini, saya tidak mewakili golongan media yang tidak beretika dalam menulis. Mereka terkeluar daripada apa yang cuba saya sampaikan di sini. Mereka wujud di dalam industri ini, itu saya akui sepanjang 15 tahun berkenalan dengan dunia hiburan.
Dalam ada pihak yang pernah mempertikaikan keperluan kolum gosip, pendirian saya tetap mengatakan ia perlu. Sebabnya? Tak perlu saya panjangkan alasan itu, sebab ramai yang sudah tahu!
p/s......Tak paham saya dgn article ni.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Romantiknya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ermmmm....setelah saya baca Metro Ahad ....baru saya faham maksud article
Zon Abie: Waspada dengan spekulasi Oleh Abie Abdullah ni.....bilalah agaknya
wartawan2 hiburan nak bantu 'perjuangan Persatuan Karyawan Malaysia dalam
mencari resolusi 90:10 dan Mahkota yang menaungi belasan persatuan hiburan
membuat kongres muzik' ..... cerita peribadi artis ni dah diulang berpuluh kali..
dah muak dah.....:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #53 ramura's post
mawi n marsha ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 kaku's post
dengar citer marsha pung tak lama lg nak kawen dgn kefli |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #55 tikusmondok's post
wah...gossip baru ni....
teman tapi mesra.... |
|
|
|
|
|
|
|
sweet je tgk gambar mawi ngan marsha kan.. dah lama x tgk dorang gambar berdua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perang bida perkahwinan Mawi
| Ekin dan mawi
|
BALIK daripada bercuti sempena raya baru-baru ini, banyak pula cerita pasal dunia hiburan yang sampai ke telinga Papa.
Antara cerita panas yang menarik perhatian Papa ialah berita perkahwinan artis lelaki popular tanah air, siapa lagi kalau bukan Mawi.
Khabarnya, anak muda yang bakal mengahwini kekasihnya, Ekin itu akan mengadakan sidang media pada 21 Oktober ini untuk menjawab segala persoalan mengenai perkahwinannya.
Papa diberitahu oleh sumber yang rapat dengan Mawi, pada sidang media itu, Mawi akan mengumumkan tarikh pernikahannya yang khabarnya bakal dilangsungkan lebih awal berbanding bulan Disember seperti mana yang diuar-uarkan sebelum ini.
Kalau tak silap Papa, Mawi dan Ekin mahu mempercepatkan majlis perkahwinan mereka pada bulan depan.
Namun begitu, bukan soal tarikh perkahwinan yang menjadi perhatian Papa, sebaliknya, isu mengenai stesen mana yang bakal mendapat hak penyiaran perkahwinan Mawi.
Menurut sumber Papa, khabarnya sebuah stesen televisyen swasta sanggup menawarkan ganjaran antara RM5 juta hingga RM6 juta kepada Mawi jika stesen itu diberi hak penyiaran perkahwinannya.
"Itu harga yang ditawarkan kepada Mawi jika dia bersetuju untuk memberikan segala hak penyiaran bermula dengan majlis akad nikah sehingga ke majlis persandingannya.
"Bagaimanapun, kami difahamkan Mawi dan pihak pengurusannya lebih berminat untuk memberi hak penyiaran kepada stesen penyiaran Astro kerana dia mahu berbudi kepada stesen yang banyak membantu mempopularkannya. Namun begitu, berapa jumlah yang ditawarkan kepada Mawi tidak dapat disahkan," kata sumber industri televisyen kepada Papa.
Menurut sumber itu juga, buat masa sekarang, pihak produksi Astro sudah mengadakan beberapa siri mesyuarat mengenai perancangan majlis perkahwinan Mawi dan Ekin.
"Dijangkakan, semua saluran Melayu Astro akan memberikan liputan meluas pada majlis perkahwinan itu nanti," jelas sumber itu lagi.
Beruntung sungguh anak muda bernama Mawi.
Sudahlah sering menang anugerah, masa kahwin nanti pun dapat ganjaran yang besar lagi.
Alahai Ekin pun apa kurangnya. Bertuah badan kerana disunting oleh lelaki muda kaya di Malaysia.
Papa sebenarnya dah tak sabar nak menunggu 21 Oktober ini kerana pada hari berkenaan Papa sudah tentu akan bertanyakan soalan-soalan panas buat Mawi.
Bersedia tau Mawi! Nantikan kemunculan Papa ke sidang media itu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|