CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: dexa

USA Ekonomi genting: Update: ekonomi usa makin buruk

[Copy link]
Post time 2-11-2008 02:59 PM | Show all posts
No big sellers in sight to save troubled chrysler




Unsold 2008 Ram pickup trucks sit at a Dodge dealership in the
north Denver suburb of Northglenn, Colo. The smallest of Detroit's
three automakers, once-brash Chrysler took risks and gained big
rewards for vehicles like its hit 300 full-size sedan in 2005. The
company invented the minivan when it introduced the Plymouth
Voyager and Dodge Caravan in 1984, and the Plymouth Reliant
and Dodge Aries



DETROIT, Nov 2 - In crises past, Chrysler has somehow managed to stamp out a blockbuster hit vehicle to pull itself away from the cliff's edge. But as it faces a possible sale to another automaker and what may be the most serious problems in its 83-year history, industry analysts say there's nothing in the current product portfolio that looks like a saviour.


Chrysler's U.S. sales are down 25 percent through September, the worst decline of any major automaker. Losses are mounting: well over $1 billion (RM3.5 billion) for the first half of the year.

Things are so bad that Chrysler LLC wants to shed a quarter of its salaried work force, and its owner, Cerberus Capital Management LP, is talking with General Motors Corp. and others about a sale.

Of Chrysler's 26 models on sale in both 2007 and 2008, only four have sold more this year than last, and three of those are small-volume niche vehicles such as the Dodge Viper. The company's market share has dwindled from 16.2 percent in 1996 to 11 percent this year, according to Ward's AutoInfoBank.

Analysts say there are no cutting-edge designs or potential big sellers in sight to rescue the maker of the Chrysler, Dodge and Jeep brands.

The smallest of Detroit's three automakers, once-brash Chrysler took risks and gained big rewards for vehicles like the 300 full-size sedan in 2005. The company invented the minivan when it introduced the Plymouth Voyager and Dodge Caravan in 1984. The Plymouth Reliant and Dodge Aries "K-car" sedans of 1982 helped earn the money to repay $1.5 billion in government-guaranteed loans that saved Chrysler from going under in 1980.

"If Chrysler has another hit on the way, I am unaware of it," said David Lewis, professor emeritus at the University of Michigan, who followed the auto industry and taught business history for 43 years until retiring earlier this year. "Oh, for the days when the minivan was an instant homerun, and Chrysler owned that highly profitable market segment."

With little in its product pipeline, a chilly economy and the worst U.S. auto sales slump in 15 years, analysts say Chrysler may not make it on its own, and that's why Cerberus is shopping the company to GM and others. Chrysler also has a lineup tilted toward trucks and sport utility vehicles when customers are buying mainly fuel-efficient cars.

"In many ways this really looks like the end of the road for Chrysler in the way that we know it," said Aaron Bragman, an auto analyst with the consulting company IHS Global Insight. "They are going to face a change in ownership, that is a certainty. From what we hear, product development is on hold because of the uncertainty."

Chrysler's lacklustre products, said Bragman, can be traced to the nine years it was owned by Germany's Daimler, which approved chintzy interiors and cars with more noise and vibration than the competition.

"The truth is Daimler did them no favors," said Jim Hall, managing director of 2953 Analytics of Birmingham, Mich. "They approved products that previous Chrysler management wouldn't have approved if they were completely drunk and beaten crazy."

Under Cerberus, which bought 80.1 percent of Chrysler from Daimler AG in August of last year, the Auburn Hills-based automaker has tried to improve its products. Its latest vehicles have far nicer interiors, especially the new version of the Ram pickup.

But quality concerns still haunt Chrysler. Nearly two-thirds of its model lineup were below average in Consumer Reports' annual vehicle reliability rankings this year. The Chrysler Sebring sedan was the worst-rated car.

Through the first nine months of this year, Chrysler sold 1.18 million vehicles in the U.S. - 395,304 less than the same period last year.
Chrysler's leaders say they have made cuts to stem negative cash flow and have slashed factory production so the company isn't producing more vehicles than it sells. Despite the large losses, they say Chrysler is meeting its internal goals.

The company is banking on the new Ram to pull it out of sales doldrums, but its release this fall coincided with one of the worst pickup markets in years. Chrysler also says it is making big strides on quality and plans to bring out seven new products in 2010, including a subcompact made by Nissan Motor Co.

In September, Chrysler surprised the industry by showing off three electric vehicle prototypes and promising to put one in showrooms by 2010.
Hall says there are good products coming, and that in a normal auto sales market, Chrysler could survive on its own. But now, like GM and Ford Motor Co., it's all about having enough money to survive until the economy recovers and auto sales are revived, he said.

Bragman, however, has less faith.

"I do not believe that it is a healthy company and everything's on track and all they simply need to do is wait it out," he said. "Healthy companies that are on track don't slash one-quarter of their white-collar work force."



kawan aku, bapak dia ada chrysler gak... nama penner automobile.. mmg jual keta chrysler... tapi nampaknya  dgn teruknya ekonomi kat states ni... mmg teruk bisness ni....teruk...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2008 07:46 AM | Show all posts
240,000 hilang kerja

GAMBAR fail ini menunjukkan pekerja-pekerja general
Motors meninggalkan kilang di Janesville, Amerika Syarikat
pada 13 Oktober lalu.



WASHINGTON – Kadar pengangguran di Amerika Syarikat (AS) pada bulan lepas berada pada tahap tertinggi sepanjang tempoh 14 tahun apabila melonjak 6.5 peratus ketika 240,000 orang lagi hilang pekerjaan, kata kerajaan semalam.

Perangkaan terbaru Jabatan Buruh AS itu merupakan bukti bahawa ekonomi negara kuasa besar dunia itu berada diambang kemelesetan.
Maklumat itu turut menyatakan pasaran kerja di AS sedang mengecil pada kadar yang membimbangkan.

Kadar pengangguran pada Oktober lalu berada pada 6.5 peratus setelah meningkat daripada 6.1 peratus pada bulan sebelumnya menyamai kadar yang dicatatkan pada Mac 1994.

Majikan-majikan di AS didapati membuang pekerja untuk tempoh 10 bulan berturut-turut dengan jumlah keseluruhan pemotongan kerja tahun ini mencecah 1.2 juta orang.

Kehilangan pekerjaan berlaku merata-rata di AS dan semakin meluas.

Kilang-kilang memotong 90,000 pekerjaan, syarikat-syarikat pembinaan pula 38,000, sektor perniagaan dan profesional membuang 45,000 orang, perniagaan kehilangan 24,000 pekerja dan bidang perkhidmatan berkurangan 16,000 pekerja.

Dalam perkembangan berkaitan, syarikat-syarikat utama AS turut merayu bantuan dan campur tangan kerajaan untuk menyelamatkan operasi mereka.

Eksekutif-eksekutif kanan pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors dan dua lagi pembuat kereta, Ford serta Chrysler bersama-sama presiden kesatuan sekerja industri automobil AS berkunjung ke Washington bagi membincangkan pelan penyelamat berjumlah berbilion-bilion dolar. – Agensi




merudum... ekonomi amerikana nih..!!! jadi jaman kemelesetan mcm late 20'an dan 30'an dolu dolu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 06:30 PM | Show all posts
Gawat: Harvard kena tempias

BOSTON 11 Nov. - Universiti terulung dan terkaya di dunia, Universiti Harvard kini turut merasai kesan kegawatan ekonomi dunia apabila ia mengumumkan pelan pengurangan perbelanjaannya.

Antara langkah yang diambil termasuk mengurangkan beberapa program pengajian, pembayaran gaji serta pembatalan projek pembesaran kampus di Boston Allston.

Presiden Harvard, Drew Faust berkata, universiti itu perlu menghadapi sebarang kemungkinan serta kerugian yang bakal berlaku walaupun perbelanjaannya pada tahun lepas mencecah sehingga AS$37 bilion (RM130 bilion).

"Kita mesti mengakui Harvard bukanlah sebuah organisasi yang tidak akan terjejas akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia.

"Pendapatan utama kita sebelum ini dijangka terjejas akibat krisis ini," katanya dalam e-mel yang dihantar kepada fakulti, kakitangan, pelajar dan anggota alumni.

Pandangan beliau itu diutarakan selepas agensi penarafan kredit Moody's Investor Service menyatakan nilai pembiayaan kolej dan universiti akan jatuh sehingga 30 peratus.

Menurut Faust, sumbangan dari penyumbang dan yayasan akan mengecil tahun ini manakala geran dan kontrak dalam bidang kajian akan menguncup berdasarkan geran kerajaan yang semakin berkurangan.

Katanya, seperti kebanyakan institusi pendidikan lain yang kini turut menerima tempias bahang kegawatan ekonomi, universiti ini juga akan mengurangkan pembayaran gaji yang diterima pekerja dan pensyarahnya.

"Kita perlu menilai semula bajet terutama dalam hal pembayaran gaji dan elaun yang kini mencecah separuh daripada bajet tahunan universiti," kata Faust.

Bagaimanapun beliau menolak kemungkinan pembayaran untuk pengajian dinaikkan serta menegaskan pembiayaan biasiswa akan tetap diteruskan seperti biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 12:34 PM | Show all posts
Kian ramai warga AS merempat

WASHINGTON: Semakin ramai rakyat Amerika Syarikat, termasuk yang ada anak kecil hilang tempat tinggal dan hidup merempat akibat bebanan ekonomi yang kian ketara.

Ini berdasarkan tinjauan terbaru akhbar USA Today ke atas 12 bandar raya utama di Atlanta, Boston, Denver, Minneapolis, New York, Phoenix, Portland, Seattle dan Washington.

Pihak berkuasa bandar terbabit turut mengakui semakin ramai keluarga meminta bantuan akibat kesempitan hidup.

“Di mana saja saya pergi, semua mengakui yang permintaan terhadap bantuan, khususnya perumahan, semakin ketara. Ia disebabkan kehilangan kerja dan rumah dirampas pihak bank,” kata Ketua Pengarah Majlis Perumahan, Philip Mangano.

“Faktor lain termasuk harga makanan dan bahan api yang meningkat sehinggakan keluarga tidak lagi mampu menampung kehidupan seperti dulu,” kata jurucakap Pakatan Menamatkan Golongan Merempat, Nan Roman. - Agensi





jgn ingat kat mesia ajer  worang merempat ke hulu merempat ke hiliq... nun kat amerikana sana.... lagi ramai woooo  
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 09:23 PM | Show all posts
Lagi 50,000 pekerja Citigroup dibuang


SEORANG lelaki berjalan melintasi pintu utama ibu pejabat
Citibank di Park Ave, New York Jumaat lalu.



NEW YORK - Gergasi perbankan Amerika Syarikat (AS), Citigroup mengumumkan bahawa ia akan menghentikan 50,000 kakitangan ketika keadaan krisis kewangan global semakin meruncing.

Pengumuman tersebut menyusul pengakuan kerajaan Jepun semalam bahawa negara kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia itu dicengkam kemelesetan.
Sebelum ini, Citigroup yang memiliki 358,000 kakitangan di 12,000 cawangannya di seluruh dunia sudah mengumumkan bahawa ia membuang 22,000 pekerja.

Bank yang beribu pejabat di New York itu merupakan bank terbesar di dunia dari segi perolehan dan memiliki 200 juta pelanggan di 107 buah negara.
Rancangan tersebut diumumkan Ketua Pegawai Citigroup, Vikram Pandit di laman web syarikat itu semalam.

Citigroup merekodkan kerugian empat suku kewangan termasuk kerugian AS$2.8 bilion (RM10 bilion) pada suku ketiga.

Pengerusi Citigroup, Win Bischoff dalam satu forum di Dubai berkata, beliau akan bertanggungjawab terhadap prestasi syarikat itu.

Bischoff tidak menolak kemungkinan para pegawai Citigroup tidak mendapat sebarang bayaran bonus pada bulan depan. - Agensi




agak2 tempias tak citibank kat mesia nih....  kalu aku kerja kat citibank.. aku dah serem sejok nih..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 12:16 AM | Show all posts

Ekonomi amerika semakin buruk....

1. California akan buang 20000 org perkerja negeri....
-mungkin akan moflis....

2. Trump Entertainment  filekan untuk perlindungan moplis juga...
-'Trump had assets of about $2.1 billion and total debts of about $1.74 billion on December 31, 2008, it said in its filing with the U.S. Bankruptcy Court for the District of New Jersey.'..banyak nya hutang dia....USD2.1B -USD1.74B..sikit je la yg tinggal..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2009 12:26 AM | Show all posts
padan muka depa.jahat nak mampos sgt.
kang kna balik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 08:01 AM | Show all posts
Kadar penggangguran tertinggi di Amerika Syarikat


BEBERAPA orang mengunjungi pameran kerjaya di New York kelmarin.



WASHINGTON - Kemelesetan ekonomi menyebabkan 651,000 orang diberhentikan kerja di Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu iaitu yang terburuk sejak 1983 lalu, menurut satu perangkaan kerajaan semalam.

Menurut perangkaan itu, kadar pengangguran itu meningkat kepada 8.1 peratus.

Statistik oleh Jabatan Buruh AS itu menyatakan bahawa Februari merupakan bulan terburuk bagi pasaran buruh negara itu sejak 1983.

Walaupun jumlah pembuangan kerja itu sudah diramalkan sebelum ini, perangkaan tersebut mendedahkan tentang keadaan ekonomi AS yang nazak ketika banyak syarikat terpaksa mengurangkan pekerja untuk menghadapi krisis ekonomi.

Jabatan Buruh turut menyemak semula anggaran pemberhentian kerja dua bulan sebelumnya iaitu 655,000 orang pada Januari lalu berbanding 598,000 dan 681,000 orang pada Disember iaitu kenaikan daripada 577,000 orang.

Beberapa pegawai berkata, data itu turut menunjukkan bahawa jumlah pemberhentian kerja pada Disember merupakan yang terburuk pernah direkodkan sejak Oktober 1949.

Menurut mereka, sejumlah 4.4 juta pekerjaan melayang sejak kemelesetan ekonomi mula melanda AS pada Disember 2007 dengan 2.6 juta orang hilang pekerjaan sepanjang empat bulan lalu.

Sektor pembuatan memberhentikan 278,000 orang pada bulan lepas manakala bidang perkhidmatan hilang 375,000 pekerja pada tempoh sama.
Bagaimanapun, terdapat beberapa sektor mencatat pertambahan kakitangan dalam skala kecil termasuk bidang pendidikan dan kerajaan. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78338 Replies : 3252
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 12322 Replies : 91
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 10510 Replies : 153
Wanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab Tak Mahu Kerja Dengan ‘Type C’.Wajar atau tidak?
YgBenarWanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab
Views : 9429 Replies : 74
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 6807 Replies : 41
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 286071 Replies : 7080
Teka kerja apa
TomyamPutehTeka kerja apa
Views : 11900 Replies : 59
[tvN/Viu 2024] THE AUDITORS - Shin Ha Kyun, Lee Jung Ha, Jin Goo, Jo A Ram ~ Release Date 6 July
Rahah[tvN/Viu 2024] THE AUDITORS - Shin Ha Ky
Views : 1639 Replies : 2
Edisi 9 Tahun Kematian Arwah Nurin Jazlin
budakshinchanEdisi 9 Tahun Kematian Arwah Nurin Jazli
Views : 43051 Replies : 262
Fun Facts About Women
spankee_filiFun Facts About Women
Views : 41757 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.193142 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list