|
Mitsubishi Triton 3.2L & Lite 2.5L: pick-up of the year!!
[Copy link]
|
|
Reply #41 amazed's post
triton lite ok haper......... |
|
|
|
|
|
|
|
Revolusi trak pikap
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Dua varian terbaru trak pikap Triton ini terhasil daripada pengalaman Mitsubishi dalam perlumbaan lasak seperti Rally Dakar dan pastinya mampu memenuhi apa juga ekspektasi kumpulan sasar berbeza.
MENJADI trak pikap yang mempunyai reka bentuk tidak konvensional, model keluaran Mitsubishi ini pantas mendapat maklum balas positif daripada pasaran.
Buktinya, dalam masa yang singkat, ia berjaya menduduki tempat kedua dalam ranking penjualan trak pikap negara dengan pertumbuhan sebanyak 59.6 peratus pada tahun 2007, berbanding tahun sebelumnya.
Mahu meneruskan keseimbangan penguasaan tersebut, Mitsubishi telah melancarkan dua lagi varian daripada keluarga trak yang dipanggil Triton ini.
Menambah variasi kepada model Triton 4x4 bersesaran 2.5 liter yang dilancarkan sejak tahun lalu ialah model Triton Lite berpacuan 4x2 (manual sahaja) serta Triton 3.2 liter bertransmisi automatik.
Tidak sampai seminggu model trak pikap ini dilancarkan, sekumpulan wartawan telah dijemput oleh Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd. untuk memandu uji kedua-dua model ini dengan menyusuri laluan lama ke Port Dickson, Negeri Sembilan.
Berada dalam kumpulan kedua, perjalanan dari Glenmarie, Shah Alam dimulakan dengan model Triton Lite menuju ke trek off road yang terletak berhampiran Litar Antarabangsa Sepang.
Di sana, beberapa unit Triton 3.2 liter tersedia untuk meredah laluan sukar bagi membuktikan kemampuan sebenar jentera ini.
Menjadi trak pikap paling berkuasa dalam kelasnya, Triton 3.2 tidak berdepan sebarang masalah untuk mendaki, menuruni bukit atau merentas laluan dengan lubang yang dalam. Malah, ia cukup gagah apabila pemanduannya diletakkan pada mode 4L.
Mengharung air yang menenggelami sebahagian besar tayar dan gril radiatornya juga menjadi satu tugas mudah. Tiada setitik air masuk ke dalam kabin Triton dan kuasa cengkaman pada trek yang mantap membuatkan ia mudah dipandu, biarpun untuk mereka yang pertama kali melakukan 'aksi-aksi' sebegini.
Turut serta dalam sesi pandu uji ini ialah wartawan dari Sabah dan Sarawak. Mereka memberitahu, laluan off road ini tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan kondisi jalan di negeri tersebut.
Meneruskan perjalanan ke Port Dickson, penulis memandu Triton Lite yang tidak perlu menunggu lama untuk menyerlahkan karakternya.
Triton Lite bolehlah disifatkan sebagai sebuah trak pikap yang sesuai untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak memandu kenderaan daripada segmen sebegini.
Penampilan fizikalnya masih mengekalkan reka bentuk Triton yang revolusionari. Bahagian bumper hadapannya berwarna hitam dan disempurnakan dengan penggunaan rim aloi bersaiz 15 inci yang nampak sedikit kecil.
Bagi yang sudah biasa memandu trak pikap dengan unit enjin turbo, Triton Lite mungkin agak perlahan untuk mereka. Kuasa yang dijana daripada enjin bersesaran 2.5 liter SOHC lapan injap ini memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan momentumnya.
Keadaan ini sudah dijangka apabila melihat spesifikasi enjinnya yang hanya mampu menghasilkan kuasa 75 bhp @ 4,200 rpm dan tork 149Nm @ 2,500 rpm untuk mengheret kerangkanya yang seberat 2,550 kilogram itu.
Namun, kelebihan Triton Lite terletak kepada kedudukan ruang kargonya yang rendah. Ini membolehkan barang dipunggah dengan mudah. Kerangkanya juga lebih ringan berbanding model 2.5 liter yang sebelum ini dapat diterjemahkan menerusi penggunaan bahan api lebih menjimatkan.
Selain itu, kos penyelenggaraan dan alat-alat gantinya juga dikatakan lebih murah, sekali gus menjadikan Triton Lite cukup sesuai buat mereka yang mahukan sebuah trak pikap bajet.
TRITON Lite sesuai bagi mereka yang baru hendak
menikmati praktikaliti sebuah trak pikap.
Dengan nisbah pusingan hanya 5.7 meter, Triton Lite terasa mudah untuk dikendalikan. Ruang kabin Lite mengaplikasikan lakaran papan pemuka yang sama dengan model sebelumnya.
Cuma, memandangkan ia Lite, ada beberapa 'benda' yang hilang. Misalnya, anda tidak akan menjumpai jarum rpm pada gugusan meternya. Selain itu, ruang yang menempatkan RV meter diganti dengan tempat penyimpanan barang.
Biarpun begitu, rekaan dalaman Triton Lite tetap lebih menarik berbanding kebanyakan trak pikap yang ada di pasaran. Anda juga tidak perlu bimbang dengan ruang meletak minuman dan barangan kerana ia disediakan lebih daripada mencukupi.
Rim aloi 16 inci melengkapkan pesona jentera yang dijana menggunakan enjin Direct Injection Diesel Hyper Common Rail Turbo Intercooler ini.
Dengan kemampuan menjana 160 bhp @ 3,500 rpm dan tork maksimum sehingga 343 Nm pada takat 2,000 rpm, pemandu tidak akan berasa kehilangan kuasa ketika memandu di lebuh raya atau off road.
Ruang kabinnya juga jauh lebih mewah. Stereng dan tombol gearnya dibalut dengan kulit berkualiti tinggi berwarna hitam. Tempat duduknya menggunakan material berwarna hitam yang tahan lasak.
Untuk memberi kesan penyejukan lebih pantas ke dalam kabin, Triton 3.2 dilengkapi dengan pendingin hawa automatik.
Sebagai komitmen Mitsubishi Malaysia terhadap kualiti produknya, ia menawarkan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 60,000 kilometer Program Penyelenggaraan Percuma bagi model Triton 3.2. Sementara tawaran jaminan selama tiga tahun atau 100,000 kilometer pula ditawarkan buat model Triton Lite.
Triton 3.2 didatangkan dengan tiga warna iaitu hitam, putih dan perak. Manakala Lite hadir dengan satu lagi tambahan warna iaitu merah.
Triton Lite ditawarkan pada harga hanya RM59,900 (di atas jalan dengan insurans) manakala model trak pikap premium pula boleh menjadi milik anda dengan tanda harga RM99,000 (di atas jalan dengan insurans). |
|
|
|
|
|
|
|
Mitsubishi Triton revolusi kuasa dan pelbagai guna
Oleh ABD. HALIM HADI
| RANGKA perlindungan tahan lasak untuk menyerap hentakan daripada memasuki ruang kabin.
|
KUASA yang ditonjolkan oleh Triton dalam perlumbaan Rali Dakkar pada tahun lalu bukan hanya memecahkan rekod dunia malah mengekalkan Mitsubishi sebagai kenderaan juara selama tujuh tahun berturut-turut dalam sukan itu.
Di negara ini, keunggulan pikap Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) terbukti apabila diiktiraf sebagai pikap jenama kedua paling popular melalui peningkatan sebanyak 60 peratus daripada jualan model Triton 2.5 4X4 dan L200 (3,480 unit).
Baru-baru ini, Mitsubishi menambah keperkasakan barisan trak pacuan empat rodanya melalui pengenalan dua varian terbaru iaitu Triton 3.2 (4X4 Automatik) dan Triton Lite 2.5 (4X2 Manual).
Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Keizo Ono berkata, kehadiran dua model terbaru itu bakal merevolusi senario pikap secara total melalui perubahan cara penggunaan konvensional kepada penggayaan lebih menyerlah dan futuristik.
憫Mitsubishi gembira kerana dapat meluaskan portfolio dalam memenuhi permintaan pasaran pikap berprestasi tinggi, mampu milik serta lebih ekonomi, |
|
|
|
|
|
|
|
insyaallah, next week aku place booking utk triton 2.5.
mmg dah lama usya.. sejak tahun lepas launching lg... cuma masa n kewangan tak mengizinkan masa tu. bukan apa sbb pikir2, mmg kitorang perlukan 2 kenderaan skrg ni... dan bila usya2 nak beli kerete sedan, rasa mcm tak berbaloi la plak.. sbb skrg dah ada sedan.. so baik kita beli satu lg kenderaan yg berlainan fungsi..
kitorang bajet utk kete kedua ni dlm 120k... klu utk sedan, mmg nak sambar civic (nak wat camna wife aku kaki honda).. tp oleh kerana nak kenderaan jenis lain, dah takde dlm bajet.. crv 140 la plak...
so pikap truck jd pilihan.. dalam byk2 pikap, 2 dah shortlisted - triton n hilux
hilux, dgn badge toyota, mmg amat meyakinkan.... tp dgn badge tu jugak la hilux jd sasaran pencuri. klu nak compre interior, aku lebih suke dashboard hulix.. byk ruang nak letak2 brg... maklumla.. nnti kan nak bwk baby 11 bulan.. so nak letak kain lap mulut la mainan dia la itu la ini la.. so compartment hilux mmg ngam compare ngn triton.. tp dari segi ruang kaki, triton mng besar. ruang kabin triton amat luas compre ngn pikap truck lain.. n seat blkg dia tak bape straight mcm pikap lain.. so long distance nak balik klate takde la lenguh sesapa yg dok blkg....
mmg bhgn blkg triton kecik sikit dari pikap yg lain... sbb dia dah besarkan ruang kabin. pada aku, tak jd maslah sbb aku bukan nak angkut brang hardcore pun kiranya ruang yg ada tu pun dah lebih dari cukup. klu nak besar lagi, kat siam ada triton single cab.. lg panjang ruang blkg... ehehhe
dr segi pemanduan, dah test drive lux n triton... tak nafi, lux klu bwk, ada terasa mcm bawak lori aiskrim hahaha... tp triton, mcm terlupa lak aku tgh bawak kenderaan panjang yg ada kargo belakagn.. smooth.. bunyi enjin pun minimal.. tansmission auto dia pun smooth je.. tatau la kot2 sbb enjin baru lagi.... power, aku rasa lux underpower.. maybe torque lux kurang sikit compare triton, so masa mula nak gerak, lux rasa mcm berat.. triton tak ubah mcm bwk City aku je...
1 bende lg yg wat aku suka kat triton, dia punya RV meter.. ala meter digital ngn screen lc kat tgh dashboard dia tu.. aku kan suke bende2 gadget camni... so nampak best lak... hahahaha
tp.. 1 bende yg wat aku nyesal tak amik triton 2.5 ni awal2 ialah, sejak triton kuarkan variant 3.2, tayar 2.5 telah di downgrade kepada tayar yg lebih kecil sedikit n rim pun lain.. tayar asal triton 2.5 yg lebih tebal n rim yg lebih sporty skrg hanya utk 3.2 ces.. dah nampak kureng garang la plak 2.5 ni ngn tayar kecik sikit n rim tak ranggi...
utk triton lite, secara peribadi, aku nyampah tgk... serba tak kene.. mungkin sbb kita dah slalu tgk versi triton biasa yg lbih tinggi, tayar besar, bumper sama kaler n ada rv meter... so tgk triton lite ni mcm kureng sifat.. hahaha dah la takde turbo n 2wd je lak tu... tp utk kegunaan komersiol mmg ok la kot...
so insyaallah by end of this month, nantikan kemunculan triton ijau atas jalan....
hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 prebetsabu's post
wowzieeeeeeee
kayaaaaaa nyer ko.... aku masih tak mampu lagi... huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
takde la kaya.. alhamdulillah..
1 lg sbb napa aku pilih pikap truck compare ngn mid class saloon car, sbb pickup truck takde cukai pelik2.. dia just kene cukai sales je.. 5%.. so sbenarnya kita beli lebih berbaloi.. klu kete biasa, cukai lipat kali ganda.. harga sbenar just 90k, jual sampai 140k.. so sbenarnya kita dapat kualiti 90k pd harga 140k.. berbanding ngn pikap truck, kita dapat apa yg kita byr.. errr korang paham ke tak apa yg aku nak explain ni? |
|
|
|
|
|
|
|
yeay.. smlm aku dah booking triton 2.4 greenish....
so dalam 2 minggu lg tunggu.............. lps tu leh berkelah kat PD ngn anak bini aku yeee haaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by prebetsabu at 12-7-2008 01:44 AM
takde la kaya.. alhamdulillah..
1 lg sbb napa aku pilih pikap truck compare ngn mid class saloon car, sbb pickup truck takde cukai pelik2.. dia just kene cukai sales je.. 5%.. so sbenarnya kit ...
nape kena cukai 5 % jer?
utk 4wd saje ke ni?
ellaborate plz...tq |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 t@t's post
cukai 5% tu aku di pahamkan oleh orang2 kat forum gak... tak tanya lak kat SA aritu betul ke tak.. tp secara logiknya, mmg betul kot sbb pikap truck 2500 cc hanya 91k utk auto....
alasan napa dia hanya dikenekan 5% sales tax sahaja tanpa tax2 lain, sbb pikap truck tergolong dalam kenderaan komersiol.. mcm lori etc etc.. kan lori pun murah...
baloi la tu bg aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #50 masterixs's post
yup.. klu nak ikutkan, design triton ni mmg lain dari pikap truck yg lain..... yg lain tu mcm bersegi2 je.. tp hilux design cun gak...
bab relektor kat blkg tu, ada dah yg mod wat twin ekzos kat situ.. ahhahahaha...
utk pengetahuan, bagi pengusaha transport, dorang entitle utk dapat lg harga lama.. dorang leh claim ngn kementrian.. tp kene apply n ada syarat2 la..
bg aku, sbg pengguna individu, ngn hrga minyak camtu, takde beza klu aku amik civic or accord.. kete2 ni pun guna minyak byk... n rodtax pun beza bape ratus je... dan perlu diigt napa aku pilih pikap berbanding kete, sbb aku nak pelbagai kegunaan kenderaan.. klu 2-2 kete mcm tak berbaloi lak.... at least 1 kete n 1 sedan so klu nak g camping or berkelah leh bwk pikap hangkut sume kerusi, tikar, etc etc yg mana kete susah nak bwk.. kan?
apape, sumenye bergantung pada pilihan individu.. |
|
|
|
|
|
|
|
weh jka wa ambik triton lite ni jadikan kete utk kegunaan biasa ok tak...?
tp mcm kelako plak kan...
mana tau 5 tahun akan dtg,wat bisnis bela kambing ke?jual brg psr mlm ke?leh guna triton lite neh....harga pon murah
dsar pandang ke hadapan.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa lite ni klu ko bukan utk long distance ok kot... klu nak long distance penat la sikit sbb takde turbo. mcm underpower je...
tp klu stakat nak wat utk angkut barang pasar mlm ke... mmg ok sgt la...dulu or beli van.. skrg ni baik beli lite je.... bleh angkut byk gak barang.. cover pakai canvas je.. leh mintak SA tu bg free ehehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
Triton 3.2liter makin besar makin kuat
Oleh JOHARDY IBRAHIM
| Triton 3.2 liter masih mengekalkan ciri aslinya.
|
KESUNGGUHAN Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) membawa masuk Triton bersaiz enjin besar 3.2 liter, menunjukkan keyakinan pengeluar kereta terhadap populariti trak pikap di negara ini.
Ia sekali gus menafikan kebimbangan mengenai penerimaan pembeli terhadap pikap 4x4 berenjin melebihi 3 liter disebabkan cukai jalan yang tinggi di Semenanjung.
Memang diakui jualan pikap banyak tertumpu di pasaran Sabah dan Sarawak, bukan saja didorong oleh faktor cukai jalan rendah tetapi juga kesesuaian permukaan jalannya yang memerlukan kenderaan tahan lasak seperti pikap.
Selain enjin yang lebih bertenaga, reka bentuk badan Triton sebenarnya tidak banyak berubah kecuali pada bahagian bamper hadapan yang lebih menonjol. Ia menghilangkan sedikit rupa aerodinamik dan mirip SUV pada model 2.5 liter.
Dipasang sebagai ciri standard ialah roda bersaiz 16 inci, varian yang disediakan setakat ini hanyalah yang menggunakan transmisi automatik. Namun, jangan ada keraguan menggunakan gear automatik untuk mengharung laluan off-road. Ia semua sudah diuji oleh jurutera Mitsubishi.
Pilihan opsyen 4L cukup memberikan kuasa pemberhentian enjin (engine braking) yang meyakinkan sewaktu menuruni cerun curam walaupun tanpa menggunakan brek.
Daripada segi kuasa, sebagai enjin 3.2 liter, kekuatannya mudah dirasai terutama daripada segi kelajuan dan daya memecut.
Ia menggunakan enjin 3.2 liter DOHC 16 injapnya mampu memberikan 160 kuasa kuda dengan tork setinggi 343Nm pada 2,000rpm.
Selain itu, sistem Direct Injection Diesel Hyper Common Rail Turbo Intercooler terbaru Mitsubishi cukup gagah.
Ruang dalamannya pula tidak berbeza dengan varian 2.5 liter. Penekanan yang diberi kepada keselesaan penumpang bahagian belakang masih ada.
Ada yang mengatakan sistem gantungan Triton sebagai `keras’, tetapi penulis berasakan Triton merupakan pikap yang berada di tangga teratas kategori `tidak beralun atau bergoyang’ semasa dipacu.
Dengan harga RM99,800 termasuk insurans, Mitsubishi Triton 3.2 ditawarkan dengan tiga warna pilihan iaitu putih, perak dan hitam.
MMM juga telah melancarkan jualan istimewa bagi bulan Oktober dengan menawarkan sistem navigasi satelit Garmin GPS percuma bagi pembelian semua varian Triton 2.5 liter (kecuali 3.2 liter ini).
Selain itu, pembeli kenderaan pelbagai guna Grandis pula, bakal menikmati baucar beli-belah bernilai RM2,000.
Pembeli kedua-dua model ini juga akan menerima program penyenggaraan percuma selama tiga tahun, merangkumi minyak enjin, minyak penapis, penapis bahan api dan minyak transmisi. |
|
|
|
|
|
|
|
RE: [MERGED] Mitsubishi Triton 3.2L & Lite 2.5L
Triton Lite trak komersial ekonomi
Oleh JOHARDY IBRAHIM
BERIKUTAN trend trak pikap yang semakin popular sekarang, Mitsubishi Motors Malaysia melancarkan tambahan terbaru kepada barisan trak pikap Triton, termasuk untuk kegunaan komersial Triton Lite 2.5-liter 4x2 manual yang baru.
Berlatar belakangkan beberapa kejayaan di seluruh dunia dan sejarah perlumbaannya, Triton Lite ini dibezakan dengan profil gagah revolusioner dan rupa yang agresif yang mencabar gaya konvensional trak pikap, bagi menawarkan keselesaan bak kereta penumpang tanpa menjejaskan ketahanannya sebagai sebuah pikap.
Dengan bahagian luar yang kelihatan garang dan penuh gaya, penggayaan agresif Triton yang baru dibezakan dengan gril depan krom dengan jaringan keluli tahan karat yang digandingkan dengan penambah bamper depan. Ia adalah trak pikap yang mempunyai ruang kabin belakang paling luas dalam kelasnya.
Melebihi model sebelumnya dari segi dimensi keseluruhan, Triton Lite kini didatangkan dengan saiz 220mm lebih panjang daripada saiz sebelum ini menjadikannya 5,215mm dan sehingga 55mm lebar menjadikannya 1,750mm, yang menawarkan lebih ruang kepada penumpang dan muatan.
Dengan kabin dalaman yang lebih besar daripada model sebelumnya iaitu sebanyak 150mm, Triton Lite yang baru menawarkan ruang dalaman yang lebih luas iaitu dengan panjang 2,153mm dan ruang kaki yang mencukupi iaitu 810mm bagi memberikan keselesaan sepenuhnya kepada penumpang.
Bagi memenuhi keperluan trak pikap luas yang menawarkan kegunaan serba boleh untuk tujuan perdagangan atau persendirian, Triton Lite yang baru dijana enjin 2.5 liter diesel SOHC 8-Valve, iaitu sebuah enjin yang efisien dari segi ekonomi, berdaya tahan dan boleh dipercayai. Dengan kecekapan minyak yang tinggi, Triton Lite yang baru memberikan 75bhp pada 4200rpm dan 149Nm pada 2,500 rpm.
Triton Lite juga mencapai radius pusingan hanya 5.7 meter, iaitu radius pusingan paling kecil di kalangan semua pikap. Menawarkan ruang kabin belakang paling luas dalam kelasnya dengan ciri bahagian intuitif, Triton Lite menyediakan keselesaan seperti sebuah sedan pada harga yang kompetitif.
Menawarkan perlindungan keseluruhan, penumpang diberi jaminan bahawa Triton Lite baru ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terbaik.
Dibina dengan badan RISE (Reinforced Impact Safety Evolution) Mitsubishi, Triton Lite mengukuhkan sokongan dengan mengekalkan bentuk dan mengalihkan kemusnahan dan hentaman jauh daripada penumpang dengan zon remuk penyerap tenaga.
Pedal brek pelepasan keselamatan anti-gangguan bertindak ke atas impak hentaman dengan meruntuh ke dalam, dan melindungi pemandu daripada kecederaan.
Kesemua empat pintu telah dibina besi impak sisi yang mengalih impak daripada sampai ke kabin ketika perlanggaran dan strukturnya yang maju dengan pembinaan ladder-frame yang lebih tebal dan kuat, dan dilengkapi dengan sambungan penyerap tenaga memberikan perlindungan yang lebih kepada penumpang.
Trak ekonomi ini dijual pada harga atas jalan (dengan insurans) RM61,888.000 sebuah.
hah!!!! murah dari potong exora nih.... aku minat betul ngan pikap trak ni!!! |
|
|
|
|
|
|
|
triton lite ni..... lepas beli kena tukar tayar besar skit, sbb aku tgk buruk sgt trak besar, tp tayar kecik. yg 2.5 ngn 3.2 tu ok...... |
|
|
|
|
|
|
|
Perubahan baru Triton
TRITON yang telah menerima banyak pengiktirafan kini sudah berwajah baru.
PADA bulan lalu, pasaran automotif tempatan dihidangkan dengan dua model facelift iaitu Lancer dan Grandis daripada pihak Mitsubishi Motors Malaysia. Trak pikap edaran syarikat itu kini telah mengalami proses serupa.
Setelah memperoleh pelbagai anugerah pemotoran dalam dan luar negara, Mitsubishi Triton yang merupakan salah satu daripada jenama trak pikap paling popular dalam negara sudah bersedia untuk bertemu peminatnya menerusi pakej lebih menarik.
Trak pikap itu telah memenangi anugerah Pick-up of the Year daripada Autocar ASEAN sejak tahun 2006 menerusi model L200 (Mitsubishi Storm).
Pada tahun 2007 dan 2008, anugerah itu sekali lagi diberikan melalui model Triton 2.5 serta Triton Lite. Sebagai tambahan , model premium Triton 3.2 dinamakan sebagai Pick-up of the Year oleh pihak NST-Maybank Car of the Year Awards pada tahun lalu.
Sejak dilancarkan pada tahun 2006, Triton nyata mencatat jualan memberangsangkan dan memberi impak signifikan dalam segmen tersebut.
Pengukuhan model Triton dalam kalangan pengguna kian jelas dengan pengenalan dua lagi variannya iaitu Triton 3.2 dan Triton Lite pada tahun 2008. Kedua-dua model itu telah menyumbang kepada peningkatan jualan sebanyak 45.9 peratus, berbanding angka yang dicatatkan sepanjang tahun 2007.
Bagi pasaran Malaysia, Triton meliputi varian Triton 3.2 automatik, Triton 2.5 liter 4x4 bertransmisi automatik dan manual, serta Triton Lite 2.5 liter 4x2 (manual sahaja).
"Jadi, model facelift Triton ini membuatkan jentera yang sudah dikira terbaik semakin bagus, bergaya dan lebih versatil. Dari aspek keluasan, ruang kabin Triton sudah pun menjadi peneraju dalam kelasnya.
"Kini, ciri-ciri itu ditambah dengan kargo yang lebih dalam dan panjang bagi meningkatkan kapasiti barang yang ingin dibawa," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Keizo Ono.
Penampilan bahagian hadapan trak pikap itu diserlahkan menerusi penggunaan bampar yang diprofil semula, selain kemasan bahagian bawahnya dan gril radiator berbentuk sarang lebah.
Ono sendiri mengakui bahawa dia teruja apabila melihat varian Triton 3.2 dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 17 inci.
Perubahan itu hanya melibatkan peningkatan harga yang minimum. Bagi model Triton Lite, harganya bermula daripada RM61,484. Sementara Triton 2.5 (transmisi manual) dijual pada harga RM87,051 dan RM91,921 bagi Triton transmisi automatik. Triton 3.2 pula berharga RM99,143 seunit. Perlu diingatkan bahawa harga untuk model Triton 2.5 terhad pada tempoh pengenalan sahaja.
Diimport sepenuhnya dari Thailand, Triton hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer (yang mana terdahulu). |
|
|
|
|
|
|
|
huhu.. mr. hubby mmg mengidam je triton ni. so as me.. senang nak gi ikut hubby mancing sambil kitorang anak beranak berkelah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|