CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

hyundai starex royale

[Copy link]
Post time 17-8-2009 12:20 PM | Show all posts
aku x kawen lg
nik2121 Post at 7-6-2008 12:37 PM


nik pikir jauh eh..
dah nak kawen ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2009 05:43 PM | Show all posts
Terima kasih kpd bro geng_tx , bro t@t dn yg lain2 dgn explain tu..

Tp best kn klu ade kreta2 besar cmni, leh bwk parents gi jnjalan. Diorang tidur, relaks je. Biar kite yg drive. Tup tup, dh smpai..Sbb dlu kecik2 diorang dh puas drive kita..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 07:01 PM | Show all posts
aik....aku cuma jawap persoalan edmundo tanya psl geng tx tu jerk...cara ko jawap mcm hangin ni apsl lak?
t@t Post at 17-8-2009 11:51



saje je bagi jawapan utk soalan yg bengap ......

lg pun suka ati aku la ........ yg kau sibuk apsal
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 07:05 PM | Show all posts
saje je bagi jawapan utk soalan yg bengap ......

lg pun suka ati aku la ........ yg kau sibuk apsal

waksir Post at 17-8-2009 19:01


bodoh dan bengap la ko ni......ada ke aku tanya soklan kat situ....?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 07:16 PM | Show all posts
ok la waksir...x kuasa aku nak bengapkan org mcm ko buat tu.....bukan jenis aku utk nak bengapkan org dlm forum neh,...teringat plak aku thread latio..... peace:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 10:31 PM | Show all posts
aku pernah tgk keta nih kat shopping complex..
besor wor...kalo mak aku tgk misti dia teruja..hahah..

pintu blakang dia tuh bukak, aku leh berdiri lagik kat situ...
samada aku mmg pendek or mmg keta nih tinggi..hahahaha...
tp interior mmg lawa dah....


bab enjin pa semua aku tataw..so tak berani komen..hehe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2009 11:27 AM | Show all posts
saya dah cuba bawak.. mmg comfort dan best.. cuma branding laa agak mengecewakan kerana umum dah tahu kereta brand korea neh harga drop second value bukan kecik2 anak... potong 50% terus dari harga asal....

tapi keselesaan mmg bagus hyundai neh.. mmg capai standard alphard laa....luas sangat... harga mmg menarik dengan kualitinya... 139k....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 11:42 AM | Show all posts
perghhh....harga tak ingat nye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 03:34 PM | Show all posts
47# irfanpan88

Katakan betul perangkaan harganya akan jatuh 50% manakala buatan Jepun yang lain (tidak mahu spesifik) akan jatuh anggaran 20%

a) Starex; beli dlm RM140k (baru dan ada jaminan 5 tahun) jatuh 50%; maka kerugian anggaran RM70k.

b) Buatan Jepun; beli dlm RM325k (baru dan jaminan rasa dalam 1 tahun; dari pengedar yang sah) jatuh 20%; maka kerugian anggaran RM65k.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 09:10 AM | Show all posts
Lagipun dia punya rupa aku kurang berkenan laaa....Saya agak keta sejuk jugak niee..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 11:14 AM | Show all posts
50# masterixs


keta sejuk?

best........ mesia ni kan panas.....

tak yah bukak ekon......


wa ka ka.......




tapi boss.... keta sejuk lah best, tak berisiko di car jack...

macam multipla tu.... tak de siapa nak curi
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 07:11 PM | Show all posts
tadi masa lalu highway utara selatan, kat area ipoh ade nampak starex tersadai hu4..
taktau pe masalahnye
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 10:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 08:38 AM | Show all posts
51# geng_tx



Huhuhuhuhu.....betul....betul....betul...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 02:54 PM | Show all posts
starex baru dah tersadai?em tapi kira nasiblah...last 2 weeks on the way ke melaka aku nampak porche cayenne tersadai tepi highway gak....tak semestinya keta mahal tak rosak hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2009 03:21 PM | Show all posts
Starex Royale
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN




WAJAH garang Hyundai Starex Royale.

HYUNDAI Starex generasi kedua diperkenalkan oleh Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. pada Mei tahun lalu. Ia sememangnya memberi peluang kepada pengguna untuk memiliki kenderaan mengangkut penumpang bersaiz penuh pada harga berpatutan.

Sebabnya, sebelum ini segmen tersebut lebih dimonopoli oleh unit-unit recond seperti Toyota Estima, Toyota Alphard, Nissan Elgrand atau Mercedes-Benz Vito yang hanya dibawa masuk olehpengimport parlel (grey importer). Malangnya, tidak ramai yang mampu untuk membeli model-model itu yang harganya melebihi RM200,000.

Atas sebab itulah, Hyundai Starex pantas mengisi kekosongan tersebut. Kini, Hyundai Starex tampil dengan pembaharuan fizikal yang lebih menarik. Diberi nama Hyundai Starex Royale, ia dilengkapi dengan pelbagai aksesori yang menjadikannya lebih premium.

Secara jujurnya, saya tidak suka memandu kenderaan besar. Apatah lagi apabila memikirkan kawasan parkir di rumah yang hanya sesuai untuk kereta bersaiz sederhana.

Namun begitu, saya berikan pengecualian kepada Hyundai Starex Royale. Bukan bias tetapi banyak sebab yang boleh membuatkan sesiapa sahaja sukakan jentera berkapasiti 11 tempat duduk itu.

Hyundai Starex Royale tidak kalah dari aspek penampilan. Menerima facelift bodykit penuh, paling menyerlah adalah rekaan gril radiator pada bahagian hadapan. Di sekeliling tubuhnya sepanjang 5.1 meter itu pula, dipasang skirting.

Perumah cermin sisi ditambah fungsinya dengan menempatkan lampu indikator LED yang lebih praktikal dan mudah dilihat oleh pengguna jalan raya lain. Selain itu, lampu utama itu akan menyala secara automatik jika persekitaran semakin gelap.

Walaupun tubuhnya seperti tidak jauh beza dengan bas mini, mengendalikan Hyundai Starex Royale tidak sukar. Radius pusingan sterengnya membuatkan membelok dan memakir menjadi mudah.

Ditambah pula dengan skrin sesentuh sistem audionya bertukar kepada paparan kamera apabila gear undur dimasukkan. Dilengkapi dengan empat alat pengesan pada bumper belakang, bunyinya sedikit perlahan.

Perubahan besar pada kabin Hyundai Starex Royale adalah tempat duduk yang dibalut dengan kulit berwarna beige. Konsol tengahnya menempatkan tuil gear, butang kawalan pendingin hawa dan sistem audio yang mudah dicapai.

Untuk menghilangkan kebosanan penumpang, skrin LCD bersaiz tujuh inci itu boleh memainkan filem kegemaran.

Sebagai sebuah kenderaan untuk seisi keluarga, ruang meletak botol minuman dan ruang penyimpanan barang cukup untuk semua. Kalau terpaksa membawa banyak kargo, apa yang boleh dibuat adalah gelongsorkan tempat duduk baris ketiga dan keempat ke hadapan. Ya, itu sahaja yang boleh anda lakukan.

Untuk keselamatan, kesemua tempat duduknya dipasang dengan tali pinggang keledar. Bagi mereka yang membawa anak kecil, jangan lupa mengunci pintu dengan menekan butang yang ada pada panel sisi pintu. Sebabnya, ia tidak akan terkunci secara automatik walaupun kelajuan mencecah angka tiga digit.


RUANG kabin yang cukup luas untuk membawa seluruh ahli keluarga.

Prestasi enjin diesel bersesaran 2.5 liter itu sempat saya uji sewaktu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Di lebuh raya, enjin CRDi Variable Geometry Turbocharger (VGT) dengan unit pendesak turbo itu dirasakan cukup berkuasa.

Dipadankan dengan gear automatik lima kelajuan, ciri tiptronic padanya membolehkan anda mengawal sendiri kedudukan gear mengikut kesesuaian pemanduan.

Sekali fikir, ia mungkin tidak berpadanan dengan berat kenderaan yang sarat dengan penumpang dan kargo tetapi hamburan kuasanya tidak mengecewakan.

Enjin binaan sepenuhnya Hyundai Motor Corporation itu sekali lagi membuktikan keupayaannya apabila mampu mendaki tingkat-tingkat parkir di KLIA tanpa sebarang masalah. Lebih menarik lagi, enjin itu tidak membuatkan pemiliknya kerap ke stesen minyak.

Dengan binaan kerangka yang tinggi, olengan tubuhnya ketika mengambil selekoh tidak ketara. Lagipun, tidak mungkin anda mahu memandu kenderaan keluarga seperti itu selaju pemandu F1.

Suspensi yang tidak terlalu keras membolehkan semua penumpang terus berasa selesa biarpun tempoh perjalanan lama. Enam corong pendingin hawa yang boleh dilaras pada siling pula memastikan tiada siapa akan kepanasan.

Hyundai Starex Royale didatangkan dengan empat warna pilihan iaitu putih, hitam, kelabu dan perak. Harga? Hanya RM148,888 (Semenanjung) dan RM153,997.50 (Sabah dan Sarawak) di atas jalan.

Lengkap dengan jaminan eksklusif lima tahun atau perbatuan sejauh 300,000, saya boleh katakan ia satu pembelian yang sangat berbaloi.



rega not that bad.....ramai member2 aku yg beli hyundai nowadays.... comfy keta nyer!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2009 03:59 PM | Show all posts
55# aliffridzuan

betul..betul..betul..
itu jenis org kaya yang kantoi la..
selalunye pakai2 keta mahal tak la meroyan..
low profile je...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 09:23 PM | Show all posts
tunggu naza dpt lesen pemasangan.. mungkin harga boleh murah lagi..
zvicmorrow Post at 7-6-2008 17:36




bukan NAZA.....INOKOM la yg selalu pasang kete hyundai nie
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 07:21 AM | Show all posts
keta ni mmg cantik.. besar dan selesa... tp kena ingat la once dah beli kereta korea ni kenalah pakai sampai abis bayar.. kalo setakat nk pakai then after 3,4 tahun nk jual balik, lupakan lah hasrat tuh... kereta korea ni dah banyak improve.. enjin dorang sume ada cvvt... bole dikatakan dah bole lawan ngan keta jepun nih... tp tulah bila nk jual balik je x da value... kalo x caya cuba masuk mudah.com.my... tengoklah value keta2 korea ni... aduh sedih di buatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 12:03 PM | Show all posts
tgk MPV ni kat One Utama masa diaorg wat event, mewah, mcm best!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.055251 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list