|
Originally posted by hanalisa at 15-1-2007 09:34 AM
aku sekarang memang tengah parktis nak mesrakan penggunaan pen tools dan masking.. illustrator pun baru tengah nak belajar.. sebelum ni aku mahirkan guna layers, sebab selalu malas bile tiba tang ...
PS 6 tu maybe not a good idea. Baik ko 'upgrade' ke 7. Berat dia sket jer dari 6... tapi wayyyyy ringan dari CS/CS2. Surely PC ko boleh handle version 7 tu. Kat Adobe exchange ada free Actions ko boleh download. Banyak support 7 and up. Tu another cara nak belajar guna PS tu... tengok steps camna nak buat apa2 effects. Register situ free jer.
http://www.adobe.com/cfusion/exchange/index.cfm?view=sn710
Atau buat search kat goolge cari photoshop actions.
Illustrator 10 tu favorite version aku tu. :nerd: Tapi kat ofis ni terpaksa guna CS sebab takde 10. hehe.
Betul ko sebab guna software yg 'ringan' sebab kalau nak buat apa2 effect, kalau slow sangat... lama2 sure tawar hati, give up and malas nak belajar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 0001's post
ooo ok ek version 7 tuh.. nanti nak try la.. pc aku ni maklum la kan. haha.. kang ganas-ganas kang pitam laks.. selama ni dengar je orang guna cs, aku lak yang tak berani nak install..
illustrator tuh ok la kan..
dulu sebelum ni aku guna ulead photoimpact.. lagi satu aku pernah guna paint shop pro.. tapi sebab majoriti guna adobe, aku belasah la belajar sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
0tai2 Adobe, Tolong ajar aku buat ni...
Pada yg 0tai2 Adobe tu....
boleh tak ajar aku lebih kurang macam mana nak buat benda ni..
Refer sini ye.. --> Click
here!
[ Last edited by trunks at 13-2-2007 10:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Wow... ni aku assume ko tak biasa langsung ngan adobe photoshop.
Hehe... benda ni sebenarnya senang nak buat, tapi berpeluh kalau nak explain step-by-step.
1. Sediakan image background tu. Kalau image tu bercolor and ko nak tukar ke
hitam-putih, menu > IMAGE > MODE > GRAYSCALE.
2. Lepas tu ko tengok kat kanan workspace tu, ada LAYERS PROPERTIES dialog box.
ko nak pergi tengok sekarang ada BACKGROUND satu jer layer and highlighted.
3. Kat situ, kat bawah ada icon kertas terlipat... dia tu kedua dari kanan sebelah
tong sampah. Ko click icon tu 2 kali. Now dah ada LAYER 1 dan LAYER 2.
4. Click LAYER 2 to highlight layer tersebut (kalau blum terhighlighted).
5. Sekarang nak pilih color text ko tu. Kat belah kanan workspace tu jugak, ko cari
SWATCHES tab kat lagi satu dialog box. Click tab SWATCHES tu. dah tengok kotak2 colors
tu, ko click kat memaner color ko nak text tu. Katakan pink.
6. Now balik ke belah kiri workspace, ada TOOLS palette. Section ke 4 dari bawah ada 2
kotak besar (and dua kotak kecik hitam-putih kat bawah kiri dia tu). Ko tengok kotak
atas tu dah color pink.
7. Kat tools tu jugak, sekarang click huruf "T". Ni nak letak text.
8. Bila cursor ko gi atas gambar ko tu, dia tukar ke text insert cursor. Click jer atas
gambar tu and type text yg ko nak. Jangan click memaner lepas tu dulu.
9. Kalau text tu besar sangat, ko select semua text tu (CTRL+A), then kat tool
properties bar kat atas (bawah menu items) ko tukar textsize ke yg sesuai ataupun
boleh tukar fonts yang ko minat kat situ. Dah puas tukar2 sumer sini, go to the next step.
10. Berbalik ke TOOLS, pilih/click move tool - ni tool atas sekali belah kanan yg rupa
cam arrowhead ngan cross.
11. Pergi balik ke gambar tu and ko boleh click/drag text ko tu ke tempat yang sesuai.
12. Pergi balik ke LAYERS PROPERTIES dialog box tu, sekarang ko tengok atas sekali dah ada
layer yg bernama text yg ko dah type kat gambar tu tadi. 'Icon' dia huruf "T".
13. Now tekan CTRL sambil click atas huruf "T" tu. Ni nak select text tu. Tengok kat
gambar ko tu and ko boleh tengok ada bintik2 terkelip2.
14. Kat LAYERS PROPERTIES dialog box tu, sekarang ko click kat text "LAYER 2".
15. Sekarang nak besarkan selection supaya ko boleh letak color putih/hitam tu. Kat
main menu > SELECT > MODIFY > EXPAND. Pilih Expand by 3 pixel. Click OK button. Kalau
tengok kat gambar ko, sekarang bintik2 tu dah lebih besar dari yang tadi.
16. Balik ke Tools palette, kat kotak color pink tu, bawah dia tu ada icon kecik kotak
hitam-putih. Click tu. Lepas kotak pink tu tukar jadi hitam, ko click icon kecik atas
dia tu yg ada dua arrowhead tu. Sekarang dah putih plak yg kat kotak besar tu.
17. Sekarang nak isikan selection tu ngan color putih. Tekan SHIFT+F5, FILL dialog
bukak and dia will kata Fill with foreground color. click OK button. Tengok kat
gambar ko tu and text tu sekarang dah ada white border.
18. Now nak letak border hitam satu pixel keliling area putih tu. Kat tools palette,
click icon arrow 2 kepala tu. Now hitam kat kotak tu. Kat main menu > EDIT > STROKE.
Stroke dialog will bukak, ko pilih 1 pixel and pilih CENTER. Click OK.
19. Now kita nak buat shadow , pergi balik ke Layers Properties box, click text LAYER 1.
Pastu click SHIFT+F5. Fill dialog kuar and ko click OK. Pastu tekan CTRL+D untuk
deselect text area kat gambar tu. Bintik2 tu dah hilang dah now.
20. Main menu > FILTER > BLUR > GAUSSIAN BLUR. Pilih 2.7 then click OK.
21. Save. DONE!
Hehe... aku harap ko faham ni semua. Good luck! :nerd:
PS. Terlupa plak... lepas step #1, bila ko tukar ke grayscale, lepas tu kena tukar balik ke RGB (color)... menu>IMAGE>MODE>RGB COLOR.
edited by trunks
Thanks trunks. :love:
[ Last edited by trunks at 13-2-2007 10:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 0001's post
mak aaiiiii..;panjang bebenor :kant:
kalo ada pic lagi cantik :love: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 polaris_girlz's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 polaris_girlz's post
Ala panjang sikit aje, yang penting ko dapat ilmu apa..
Bukan mudah nak buat tutorial daripada pengalaman sendiri.
nah aku edit kasi lebih teratur.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by 0001 at 19-1-2007 03:05 PM
Wow... ni aku assume ko tak biasa langsung ngan adobe photoshop.
2. Lepas tu ko tengok kat kanan workspace tu, ada LAYERS PROPERTIES dialog box.
ko nak pergi tengok sekarang ada BACKGROUND satu jer layer and highlighted.
camne nak highlighted? rite klik ke?
baru Step 2, dah xlepas :kant:
[ Last edited by polaris_girlz at 22-1-2007 01:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by polaris_girlz at 22-1-2007 01:15 PM
camne nak highlighted? rite klik ke?
baru Step 2, dah xlepas :kant:
Ko continue jer ke step #3... satu layer jer tak jelas sangat 'highlighted' tu... bila dah tambah layers, ko click jer kat memaner layer, dia akan 'highlighted'. Nanti ko tengoklah bila dah sampai step #4. :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 0001's post
huh payah nyerr :kant: kurun ke-7 baru aku mahir....:kant:
wei, kalo wat camni -->> senang tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 polaris_girlz's post
Nampak jer susah...tapi sebenarnya senang... lepas ko dah cuba, aku gerenti ko tepuk dahi terkejut sebab punyalah senang. hehe.
Aik, "furbycutee" tu animated gif tu... nak kasi instruction, lebih kurang berjela2 gak tu. :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 0001's post
hehe..tu nanti aku wat.....lambat skit nak faham..sbb xde pic...
smtara ni nak cari yg senang skit..
kalo yg ni senang tak? |
|
|
|
|
|
|
|
polaris.. semua tu kena tau basic.. susah senang ko tetap kena belajar sebab mendanye lebih kurang sama.. animated gif tu ko kena gerak-gerak, baik ko blajar yang statik dulu.. aku dulu belajar pun memang takes time, cuba sampai berjaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 0001's post
kalo ko free, ko wat pic ek...
senang aku nak tgk.....cam ni payah skit...:kant:
apapun aku cuba sampai bjaya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 polaris_girlz's post
Ko tengok post #9 by ~boolean. Ada screenshot. :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by 0001 at 19-1-2007 03:05 PM
Wow... ni aku assume ko tak biasa langsung ngan adobe photoshop.
4. Click LAYER 2 to highlight layer tersebut (kalau blum terhighlighted).
camno nak highlighted ni?
rite klik ke? aku rite klik, xde pun kuar pkataan highlighted :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by polaris_girlz at 22-1-2007 04:43 PM
camno nak highlighted ni?
rite klik ke? aku rite klik, xde pun kuar pkataan highlighted :stp:
Takyah right-click... click biasa jer atas text "Layer 2". Ko nanti tengok kotak "layer 2" tu bertukar warna... lain dari "Layer 1" atau "Background". Itu dia 'highlighted' lah tu. Also maknanya ko tengah kerjakan "Layer 2" and bukan kat layer lain. :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Ok bro tu dah settle...
Originally posted by 0001 at 19-1-2007 03:05 PM
6. Now balik ke belah kiri workspace, ada TOOLS palette. Section ke 4 dari bawah ada 2
kotak besar (and dua kotak kecik hitam-putih kat bawah kiri dia tu). Ko tengok kotak
atas tu dah color pink.
Yg ni lak..asal xkuar pun wane yg aku pilih kat kotak besar itam putih tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 polaris_girlz's post
Ko 'pilih' pink tu (click kotak kecik pink tu kat SWATCH COLOR Palette) and 'Kotak' foreground color tu tak tukar ke warna tu? Dia color apa? Kalau color grey, cuba ni:
" PS. Terlupa plak... lepas step #1, bila ko tukar ke grayscale, lepas tu kena tukar balik ke RGB (color)... menu>IMAGE>MODE>RGB COLOR." |
|
|
|
|
|
|
| |
|