|
Malaysia terpilih juga akhirnyaOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
SETELAH enam tahun dianjurkan, akhirnya bumi bertuah Malaysia dipilih sebagai tuan rumah majlis penganugerahan terulung di Asia iaitu MTV Asia Awards (MAA) pada 2 Ogos depan di Arena of Stars, Genting Highlands.
Sudah pasti, apabila pihak MTV Asia mengambil keputusan untuk mengadakan acara anugerah tersebut, ia merupakan satu langkah yang baik untuk memperkenalkan lagi nama Malaysia di peta dunia.
Ini kerana, sebelum ini, banyak pihak yang mempersoalkan bilakah pula giliran Malaysia untuk menjadi negara tuan rumah kerana sepanjang MAA diadakan, hanya Singapura dan Thailand sahaja yang dipilih sebagai negara tuan rumah.
Bahkan, negara-negara Asia yang lain juga amat jarang sekali diberi peluang untuk mengendalikan acara industri muzik berpengaruh di rantau ini.
Persoalannya, apakah hanya Singapura dan Thailand sahaja berkemampuan untuk menganjurkan MAA?
Pada sidang media MAA 2008 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini, persoalan itu dibangkitkan kepada Pengarah Urusan yang juga merangkap sebagai Naib Presiden Eksekutif MTV Networks India, China dan Asia Tenggara, Amit Jain.
Menurut Amit, sejak awal penganjuran MAA lagi, pihaknya sudah menyimpan keinginan untuk menganjurkannya di Malaysia dan mengamalkan konsep bergilir dalam memilih tuan rumah.
Bagaimanapun, ketika itu, pihaknya mahu melihat sejauh mana MAA ini mampu menarik perhatian pencinta muzik di rantau ini.
Tidak perlu menunggu lama, Amit dan seluruh pengurusan penganjur MAA semakin optimis bahawa MAA sudah menjadi satu jenama penting dalam menarik perhatian peminat muzik khususnya kalangan generasi muda.
揇alam pertemuan saya dengan pelbagai pihak, kami memutuskan untuk memilih Malaysia sebagai tuan rumah kerana kelebihan Malaysia terletak kepada keunikannya yang mampu menarik perhatian masyarakat dunia khususnya untuk mengetahui lebih dalam tentang Malaysia, |
|