CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: amazed

Porsche Cayenne GTS

[Copy link]
 Author| Post time 30-12-2008 03:57 PM | Show all posts

lagi pasal cayenne!!!

Porsche Cayenne versi diesel
Oleh Mohd Razlan Salleh



PEMINAT kenderaan sport utiliti (SUV) berprestasi tinggi, Porsche Cayenne kini boleh mendapatkan model berkenaan dalam versi diesel pertama yang akan dilancarkan tahun depan.

Pengeluar kenderaan terbabit yang berpangkalan di Stuttgart, Jerman bersetuju melancarkan Cayenne Diesel selewat-lewatnya Februari 2009.

Pengenalan model itu hasil kerjasama dengan Volkswagen (VW) Group yang menghasilkan enjin kuasa diesel berteknologi tinggi.

Porsche Cayenne Diesel dijana enjin 3.0L V6 240 kuasa kuda (hp) dibekalkan anak syarikat VW Group, Audi AG.

Enjin berkenaan bukan sahaja berkuasa, malah menjimatkan apabila Cayenne hanya memerlukan 9.3 liter diesel bagi perjalanan sejauh 100 kilometer.

Model terbaru itu berupaya menghamburkan kuasa tork sehingga 550 Nm termasuk bantuan casis dinamik yang membantu pemanduan lebih jitu.

Bagaimanapun, model terbabit hanya dipasarkan di Eropah terlebih dahulu berdasarkan kepada permintaan kenderaan berteknologi diesel yang semakin diminati.

Terdahulu, Porsche menjual Cayenne daripada lima versinya sebanyak 45,478 unit di seluruh dunia, jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan sehingga kini.

Dengan pengenalan model diesel terbaru ini, Porsche yakin jualan kenderaan itu akan meningkat disebabkan faktor penjimatan yang lebih ketara berbanding model terdahulu.

Cayenne berkuasa diesel turut dilengkapi dengan kotak gear Tiptronic-S Yng sporty, bertenaga dan berprestasi tinggi.





wowzieeeeeeee  pakai diesel ler pulak..... ada sesapa nak order sebijik ker...    nih  kira  jimat nih!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2014 05:12 PM | Show all posts
Roadtax dah 2k
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2014 05:13 PM | Show all posts
Apa beza cayanner 3.2 dan 4.5 ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 02:41 AM | Show all posts
puterikhaleeda posted on 18-5-2014 05:13 PM
Apa beza cayanner 3.2 dan 4.5 ..

itu adalah cc kereta tuu, 3200 dan 4500
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.212524 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list