|
Reply #39 cintan66's post
Koi teringat cerita member koi masa depa buat baktisiswa kat satu perkampungan orang asli dulu. Mereka suppose tinggal bersama keluarga angkat.
Masa mereka sampai mereka lihat byk anjing berkeliaran dan bebas keluar masuk rumah diorang...... So, utk menyelesaikan masalah seme pelajar muslim di tempatkan dlm satu pondok yg telah disamak sepanjang program... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 tangopapa's post
Kot yer pun............. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 arifah_72's post
lawa ler avatar kak pah tu, tu gambar kak pah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Antara "stigma" orang negeri lain bila org Phg merantau menganggap org Phg Org asli, nak-nak kalau sebut ulu Tembeling, padahal kat situ majoritinya org kaum Melayu..........
tapi kome bila ada yang buat cam tu satu pertanyaan...eh!! memanglah kome orang asli..lainlah awak..orang plastik!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 arifah_72's post
koi pun nak join sama........ tapi koi nak awak samak yg lelaki, yg pompuan tak interesting nak nengok |
|
|
|
|
|
|
|
Pembangkang cuba racuni pemikiran Orang Asli
TEMERLOH 29 Feb. - Parti pembangkang semakin terdesak apabila cuba meracuni pemikiran masyarakat Orang Asli di sini, dengan menjadikan isu infrastruktur dan hak milik tanah sebagai modal kempen mereka di Jenderak di sini.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Mohamed Jaafar berkata, pihaknya percaya masyarakat Orang Asli tidak mudah terpengaruh dengan kempen tersebut kerana mereka kini menikmati pelbagai kemudahan daripada kerajaan.
"Usaha terdesak pembangkang itu pastinya tidak akan mendapat tempat di hati Orang Asli kerana baru sekarang mereka turun padang sedangkan pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah berpuluh-puluh tahun meredah hutan menemui mereka di sini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Orang Asli di Kampung Pian dekat sini hari ini.
Mohamed yang juga calon BN DUN Jenderak berkata, masyarakat Orang Asli menyedari bahawa BN yang menyediakan segala kemudahan asas untuk mereka.
''Pembangkang hanya datang untuk menunjukkan simpati mereka setiap kali menjelang pilihan raya," katanya..
Tambah beliau, kerajaan tidak pernah menindas masyarakat Orang Asli dengan menangguhkan isu pemilikan tanah mereka seperti yang didakwa pembangkang.
Ini kerana, jelasnya, kerajaan tidak mahu masyarakat Orang Asli terbeban dengan pelbagai bayaran seperti kos cukai tanah, caj bekalan air dan elektrik jika mereka diberikan hak milik tanah.
Sehubungan itu, Mohamed Jaafar berharap, masyarakat Orang Asli diminta tidak mudah termakan janji manis pembangkang yang mendakwa mereka akan memberikan geran tanah jika mereka menang dalam pilihan raya pada 8 Mac ini.
Kerajaan, kata beliau, tidak pernah bertindak zalim kepada masyarakat Orang Asli dengan mengusir mereka daripada terus menetap di kampung yang diteroka sejak beratus tahun dahulu.
Sebaliknya, tambah beliau, kerajaan akan terus membantu masyarakat Orang Asli dengan memberikan kemudahan pendidikan seperti sekolah dan biasiswa serta kemudahan asas. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 arifah_72's post
kempen je......mengundi tak kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #55 cintan66's post
Huihhh........ kenapa lak? Dah rugi satu undi.
Syok nyer... tak sabar tunggu jumaat boleh balik kg :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Asli yakin kemampuan 2 ADUN baru BN
Oleh HARIS FADILAH AHMAD
KUALA LIPIS 10 Mac - Masyarakat Orang Asli di pedalaman Hulu Jelai dan Padang Tengku di sini yakin wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang baru dipilih mampu membuat perubahan untuk kehidupan mereka pada masa akan datang.
Mereka berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan ADUN Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamed memfokuskan kepada kemudahan asas, ekonomi, kesihatan dan pendidikan di kawasan mereka.
Mereka optimis kedua-dua wakil rakyat itu mampu melaksanakan perubahan supaya kawasan pedalaman itu tidak ketinggalan berbanding kawasan lain yang lebih maju.
Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati rata-rata penduduk Orang Asli di sini dan Cameron Highlands yakin kemenangan BN membolehkan agenda membangunkan diteruskan dengan fokus kepada projek perumahan untuk belia berkeluarga, kemudahan asas dan agihan dividen.
Ketua Penaja UMNO Cawangan Temetong, Jamil Badrillah berkata, mereka yakin wakil rakyat yang dipilih akan terus memperjuangkan nasib Orang Asli menerusi peluang ekonomi dan pendidikan.
''Usaha bersungguh-sungguh dan kunjungan pemimpin UMNO ke kampung ini membolehkan kebajikan kami dibela dan penghargaan ini diterjemahkan menerusi kesetiaan kami terhadap kerajaan," katanya.
Justeru, katanya, penduduk Orang Asli mengharapkan kerajaan meneruskan dasar membela nasib khususnya peluang dalam pelbagai bidang profesional di negara ini.
Ketua Penaja UMNO Cawangan Simoi Baru, Roslan a/l Ahmad berkata, menerusi pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Orang Asli yakin kerajaan BN dapat memberi sinar perubahan dan boleh mendengar beberapa masalah yang disuarakan oleh mereka menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing.
Beliau menambah, semua penduduk Orang Asli di Lipis dan Cameron Highlands boleh menarik nafas lega kerana banyak lagi agenda pembangunan khususnya projek jalan raya antara Pos Betau ke Cameron Highlands akan direalisasikan tidak lama lagi.
Seorang penduduk Kampung Simoi Baru, Katod a/l Sim, 50, berkata, dia yakin kerajaan dapat memenuhi keperluan dan kebajikan mereka.
''Sudah terbukti di depan mata kerajaan BN banyak mencorak pembangunan di tempat kami serta memberi kebahagiaan hidup Orang Asli di sini," katanya di sini hari ini.
Katod yang mempunyai lapan orang anak berkata, Orang Asli masih memerlukan ihsan dan bantuan kerajaan untuk mengecapi hidup yang lebih selesa menerusi bidang ekonomi dan pendidikan.
Seorang penduduk Pos Betau, Lipat a/l Katod, 30, berkata, dia berpuas hati kerana suara dan masalah Orang Asli pedalaman Jelai ditangani dengan bijak oleh wakil rakyat BN sebelum ini.
''Saya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kelmarin dengan berjalan kaki sejauh lima kilometer kerana tidak ada jalan tar dan diharap selepas ini ada jalan yang selesa menghubungi ke kampung kami," katanya.
Lipat berharap, wakil rakyat BN perlu membantu belia Orang Asli di Pos Betau untuk mendapatkan latihan kemahiran vokasional dan keusahawanan bagi merebut peluang dalam pembangunan ekonomi pantai timur (ECER).
Seorang warga emas Orang Asli Temetong, Melah Abdullah, 70, berkata, sebelum ini wakil rakyat BN di Lipis sentiasa mengambil berat kehidupan warga emas terutama dalam aspek perubatan.
''Walaupun sudah di penghujung usia, saya bersyukur pembangunan di bawah kerajaan hari ini dapat menjaga kebajikan Orang Asli terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan," katanya.
Nenek kepada 12 orang cucu itu berkata, mereka menikmati keselesaan hidup menerusi beberapa rancangan pembangunan yang membuktikan kerajaan tidak pernah menyisihkan Orang Asli.
Seorang lagi penduduk Orang Asli Bencah Kelubi, Hussin Abdullah, 32, berkata, hanya kerajaan BN yang boleh mencorakkan kehidupan Orang Asli menerusi agihan ekonomi dan kemudahan asas yang sama rata khususnya di kalangan mereka yang tinggal jauh di pedalaman.
''Saya mengagumi sikap wakil rakyat BN kerana mereka kerap menziarahi kampung ini dan sentiasa mengambil berat kebajikan kami," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #57 cintan66's post
jenuh adun nak kena beli rokok banyak2 nih....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #58 tangopapa's post
kena rasuah dgn rokok jugak ke???? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #59 cintan66's post
biasa........ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|