CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

SUKMA : May 31 - June 9

[Copy link]
Post time 29-5-2008 03:32 PM | Show all posts

bola sepak

Selangor buka langkah kananOleh DRAHMAN BAHARUN
[email protected]



PERTEMUAN sulung antara Selangor dengan Kelantan dalam acara bola sepak Sukma XII semalam.

SELANGOR memulakan langkah kanan apabila mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Kelantan pada saingan Kumpulan B acara bola sepak temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII di Padang B, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu semalam.
Skuad bimbingan bekas pemain kebangsaan yang juga jurulatih skuad senior Selangor, Dollah Salleh itu berada pada kelas tersendiri dengan corak permainan bertenaga sepanjang 90 minit permainan itu berlangsung.
Selangor yang bertekad untuk mengulangi kejayaan meraih pingat emas pada edisi 1998 memperoleh gol menerusi Mohd. Fitri Shazwan Raduwan pada minit ke-40, Zaiza Zainal Abidin (minit ke-51) dan Alafi Mahmud (minit ke-65).
Bagi Dollah, kejayaan yang dilakar anak buahnya pada perlawanan pertama ini banyak dibantu dengan kehadiran pemain berpengalaman yang beraksi dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana.
Menurutnya, barisan serangan berjaya melakukan beberapa serangan merbahaya sambil dibantu posisi pertahanan yang banyak menangkis serangan lawan.
"Saya dapat merasakan persembahan pertama kami agak mantap. Kami mengharapkan ia dapat dikekalkan pada perlawanan seterusnya," katanya.
Antara pemain Liga Super Selangor yang beraksi dalam skuad Sukma kali ini termasuklah penjaga gol, Nuraizat Aziz, Zaiza, Fadzirul Zakaria, Asraruddin Putra Omar, Safiq Rahim, Fazilidin Khalid, Nasriq Baharom dan Wan Hoesne Wan Hussain.
Selain itu, beberapa pemain dari skuad Liga Perdana PKNS turut diserapkan dalam skuad ini seperti Alafi, Fairul Nizwan Nasir, Aizul Ridzwan Razali, Adib Azuddin Latif serta Sazali Suwandi dan Fazli Baharuddin.
Begitupun, Dollah masih enggan mendabik dada mengenai kemenangan yang diraih anak buahnya itu, sebaliknya mengingatkan mereka agar memberi fokus penuh dalam setiap perlawanan yang bakal diharungi selepas ini.
"Pemain diminta lebih fokus pada temasya kali ini kerana cabaran akan lebih sukar lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca panas di Terengganu," tambahnya.
Untuk rekod, kali terakhir Selangor meraih emas acara bola sepak adalah ketika mereka menjadi tuan rumah pada edisi Sukma 1998.
Sementara pada edisi 2006 di Kedah lalu, Selangor tersingkir pada saingan peringkat kumpulan.
Selangor yang diundi dalam Kumpulan B akan menentang Sabah Jumaat ini diikuti menentang naib juara 2006, Kedah pada hari Ahad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2008 03:33 PM | Show all posts

johor

Harimau Selatan mahu 40 emas

ATLET Johor bersemangat memburu kejayaan pada Sukma XII di Terengganu.

SASARAN 40 pingat emas.
Itulah impian kontinjen Johor pada Sukan Malaysia (Sukma) XII yang akan berlangsung di Terengganu bermula Sabtu hingga 9 Jun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday berkata, dia yakin kontinjen Johor yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu dapat mencapai sasaran tersebut.
Menurutnya, sasaran tersebut adalah berdasarkan kepada beberapa faktor termasuk penyertaan semula beberapa jenis sukan yang dikuasai Johor seperti kayak dan judo.
"Selain itu, peningkatan had umur daripada 21 kepada 23 tahun dalam beberapa cara sukan juga memberi kelebihan kepada kita.
"Ia ditambah dengan kelonggaran untuk membenarkan atlet yang mewakili negara untuk beraksi pada Sukma 2008 nanti," katanya pada majlis penyerahan bendera negeri kepada kontinjen Johor di Teluk Danga, semalam.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.
Menurut Md. Jais lagi, pada temasya kali ini Johor menghantar seramai 466 atlet dan 269 daripadanya adalah atlet lelaki.
Sebagai persediaan menghadapi Sukma XII, Johor turut menghantar atletnya berlatih di luar negara bagi memantapkan lagi prestasi mereka.
Antara pasukan yang menjalani latihan di luar negara termasuk skuad lawan pedang di Makati, Filipina, silat (Batam, Indonesia) dan judo (Surabaya, Indonesia).
Sementara itu, dalam ucapan ringkasnya, Abd. Ghani menekankan agar atlet Johor memelihara disiplin selain mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi.
"Ini adalah untuk menjaga nama baik negeri Johor.
"Selain itu, apa yang diharapkan adalah mereka boleh mencapai sasaran 40 pingat emas," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 03:37 PM | Show all posts

bola sepak

Terengganu, Kedah dipaksa kerja kerasOleh Lukman Salleh, Harris Rajahdin dan Hamid Salleh

CABAR pemain Terengganu, Ahmad Nordin Alias (kanan) cuba merampas bola daripada pemain Perak, Mohd Asrul Shafie di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Juara dan naib juara lalu diberi saingan sengit

JUARA dan naib juara Sukan Malaysia (Sukma) dua tahun lalu, Terengganu dan Kedah, masing-masing bergelut untuk melakarkan kemenangan ke atas lawan masing-masing apabila acara bola sepak memulakan aksinya, semalam.

Terengganu, tuan rumah Sukma XII terpaksa berhempas pulas menundukkan Perak 3-2 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, manakala Kedah, juga bergelut untuk mengatasi Sabah dengan jaringan yang sama di Padang A, Kompleks Sukan Gong Badak (KSGB), semalam.


Bagi Kedah, yang membariskan ramai pemain Liga Super dan Liga Perdana, tampak belum dapat mencapai keserasian, dengan gerakan yang agak tumpul serta pertahanan lemah, yang menyaksikan Sabah, hampir lagi berjaya mencuri mata.

Namun jaringan pemain muda berbakat Mohd Bunyamin Omar, yang meledakkan dua gol pada minit ke-25 dan 56 melalui sepakan penalti, serta jaringan Mohd Hazwan Zainun, cukup memastikan kemenangan Kedah.

"Memang perlawanan pertama agak sukar tetapi saya gembira dapat menyumbang dua gol untuk membantu kemenangan Kedah," kata Bunyamin, antara dua pemain yang mendapat peluang menjalani latihan singkat dua minggu di kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, bulan lalu.
"Tetapi masih ada ruang untuk kami meningkat kerana perlawanan yang kami tunjukkan hari ini tidaklah memuaskan.

"Saya percaya perlawanan berikutnya (menentang Kelantan), kami akan dapat meningkatkan permainan sebelum turun bertemu Selangor," katanya.

Sabah, yang ketinggalan 2-0 pada separuh masa bangkit merapatkan jurang melalui sepakan penalti yang disempurnakan Azrul Ejati pada minit ke-51 tetapi kemudian mendapati diri mereka ketinggalan 3-1 apabila Bunyamin pula menyempurnakan penalti lima minit kemudian.

Sabah tidak berputus asa dan pada minit ke-85 berjaya menyumbatkan gol kedua melalui Muhd Ibnu Kassim selepas menerima hantaran lintang sebelah kiri.
"Memang ada kekurangan dalam perlawanan kami hari ini terutama sekali dalam membentuk keserasian antara pemain Liga Super dan Liga Perdana dalam skuad Kedah," kata jurulatihnya, Muhamad Ramlee.

"Tetapi ia tidak membimbangkan saya kerana masih ada masa untuk kami memperbaiki segala kesilapan dan mencari keserasian."

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Selangor dengan mudah menudukkan Kelantan, 3-0.

Selangor mendahului 1-0 pada separuh masa melalui jaringan Mohd Fitri Shazwan Riduwan pada minit ke-40, sebelum menambah dua gol lagi selepas perlawanan bersambung semula melalui Mohd Zaiza Zainal Abidin (m-51) dan Mohd Alifi Mahmud (m-65).
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 03:45 PM | Show all posts

bola sepak

Bekas pemain Liga Super perkuat PerlisOleh Kamudin Baharom
EMPAT bekas pemain skuad Liga Super Perlis akan menguatkan pasukan negeri itu bagi acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) kali ini.

Mereka adalah pemain pertahanan, Phul Sakh a/l Lum dan Amar Rohidan yang juga diamanahkan menjadi ketua pasukan, pemain tengah, Azmi Azmi dan penyerang, Wan Khairul Faiz Wan Kamaruddin.

Jurulatihnya, Manja Man berkata, sebelum ini pihaknya bercadang mendapatkan sekurang-kurangnya dua pemain skuad utama Singa Utara iaitu Mohd Redzuan Othman dan Mohd Syazwan Roslan bagi memantapkan cabaran.


"Namun impian itu tidak menjadi kenyataan apabila permohonan mendapatkan khidmat kedua-dua pemain itu tidak diluluskan," katanya.

Di Sukma kali ini, Perlis diletakkan dalam Kumpulan C bersama tiga pasukan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan.

Manja berkata, selain empat bekas pemain skuad utama Singa Utara itu, barisannya terdiri daripada pemain skuad Piala Presiden seperti penjaga gol, Fazereen Abu Seman dan bekas pelatih skuad utama, Khairul Azwan Rosli dan dua penyerang muda, Afiq Azmi dan Faiz Azmi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 03:46 PM | Show all posts

bola sepak

Bekas pemain Liga Super perkuat PerlisOleh Kamudin Baharom
EMPAT bekas pemain skuad Liga Super Perlis akan menguatkan pasukan negeri itu bagi acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) kali ini.

Mereka adalah pemain pertahanan, Phul Sakh a/l Lum dan Amar Rohidan yang juga diamanahkan menjadi ketua pasukan, pemain tengah, Azmi Azmi dan penyerang, Wan Khairul Faiz Wan Kamaruddin.

Jurulatihnya, Manja Man berkata, sebelum ini pihaknya bercadang mendapatkan sekurang-kurangnya dua pemain skuad utama Singa Utara iaitu Mohd Redzuan Othman dan Mohd Syazwan Roslan bagi memantapkan cabaran.


"Namun impian itu tidak menjadi kenyataan apabila permohonan mendapatkan khidmat kedua-dua pemain itu tidak diluluskan," katanya.

Di Sukma kali ini, Perlis diletakkan dalam Kumpulan C bersama tiga pasukan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan.

Manja berkata, selain empat bekas pemain skuad utama Singa Utara itu, barisannya terdiri daripada pemain skuad Piala Presiden seperti penjaga gol, Fazereen Abu Seman dan bekas pelatih skuad utama, Khairul Azwan Rosli dan dua penyerang muda, Afiq Azmi dan Faiz Azmi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 03:47 PM | Show all posts
Kecik jiwa besar



WALAUPUN digelar 慘ecik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2008 03:48 PM | Show all posts
Tak gusar



SEKALIPUN tidak mampu menyumbang sebarang gol ketika Kedah mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Sabah pada perlawanan pembukaan Sukma 2008 di Terengganu, petang semalam sedikit pun tidak mencetuskan kerisauan buat pemain sayap, Baddrol Bakhtiar.

Apapun, pemain yang pernah berguru bersama kelab terkaya di England, Chelsea itu berjanji akan melunaskan segala ilmu yang diperolehi menjelang perlawanan kedua menentang Kelantan, esok.

揥alaupun apa yang dipelajari di Chelsea sudah diperturunkan dalam perlawanan itu saya tidak mampu menjaringkan gol.

揓adi, kesempatan yang ada akan saya gunakan apabila berdepan Kelantan. Saya akan berusaha untuk menunaikan janji demi membantu pasukan menjulang kejuaraan kali ini.






揂pa yang saya ingin perkatakan kegagalan itu ada hubung kait dengan penyudah yang dilakukan saya belum mencapai tahap diingini,
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 12:31 AM | Show all posts
Keputusan Sukma Dalam Laman Web Tiga Minit Selepas Tamat Pertandingan
BERNAMA - May 29, 2008 18:24 PM

KUALA TERENGGANU, 29 Mei (Bernama) -- Semua keputusan pertandingan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-12 di Terengganu akan dimasukkan ke dalam laman web rasmi temasya sukan itu, www.sukma-2008.com.my dalam masa tiga minit selepas tamatnya sesuatu pertandingan.

Ketua Pengawai Eksekutif SUKMA Ke-12 Arpin Draman berkata ini bertujuan menggunakan sepenuhnya kelebihan internet untuk memudahkan semua pihak mengetahui keputusan-keputusan dengan cepat dan tepat.

" Pihak kita mensasarkan untuk menyebarkan keputusan-keputusan semua pertandingan untuk dimuat turun dalam masa tiga minit selepas tamatnya sesuatu pertandingan itu," katanya pada taklimat kepada media di Stadium Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, di sini, Khamis.

Arpin juga mengumumkan bahawa satu kod pakaian yang bersesuaian dikuatkuasakan ke atas semua atlet wanita yang beraksi dalam acara bola tampar pantai yang akan diadakan di Pantai Teluk Mak Nik, Kemamam.

" Peraturan ini dibuat bersesuaian dengan tatasusila dan agama masyarakat Malaysia. Kita tidak mahu atlet-atlet wanita bola tampar pantai memakai pakaian yang menjolok mata atau seksi. Ini tidak baik kerana penonton terdiri daripada masyarakat tempatan," katanya.

Dalam pada itu, Arpin juga berkata untuk tujuan mengira pungutan pingat keseluruhan setiap kontinjen, sebanyak 31 sukan terdiri daripada 19 sukan wajib dan 12 sukan pilihan, akan diambil kira.

"Ini tidak termasuk sukan demonstrasi iaitu kabaddi, formula future dan silambam (seni mempertahankan diri masyarakat India)," tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu Datuk Abdul Rahin Mohd Said pada majlis yang sama berkata secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persediaan yang dilakukan pihak penganjur sebelum majlis perasmian pada Sabtu ini.

"Tidak dapat dinafikan terdapat masalah timbul dalam penganjuran sebesar. Terdapat dua sahaja venue dijalankan kerja-kerja akhir iaitu di Stadium Mizan Zainal Abidin dan Kompleks Renang Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di Pantai Batu Buruk. Ia hanya memerlukan kerja-kerja akhir sahaja sebelum majlis perasmian Sabtu ini," katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa semua venue pertandingan bersedia untuk menganjurkan sukan dwitahunan itu.

SUKMA Ke-12 Terengganu akan diadakan di tujuh daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang, Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Setiu dan Kemaman sehingga 9 Jun.

Kompleks Sukan Negeri Gong Badak merupakan venue utama pertandingan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2008 11:15 AM | Show all posts
Olahraga, renang jadi tumpuan
GELANGGANG olahraga dan kolam renang bakal menjadi tumpuan ekoran status dua acara sukan ini yang mempertaruhkan jumlah pungutan pingat emas terbanyak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII di Terengganu tahun ini.

Di atas kertas, acara renang yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Renang Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bermula Ahad ini menyediakan sejumlah 38 pingat emas secara keseluruhannya.

Lebih menarik lagi, acara terjun yang juga dilangsungkan di tempat yang sama turut menawarkan jumlah yang besar iaitu 10 emas.

"Orang luar pasti terkejut kenapa pasukan-pasukan seperti Selangor, Sarawak dan Pulau Pinang boleh mendapat pingat emas dengan banyak hanya selepas beberapa hari temasya Sukma berlangsung," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma XII, Arpin Draman.

"Jawapannya amat mudah iaitu mereka berjaya menguasai kolam renang yang sememangnya menawarkan pingat yang cukup banyak dan pasukan-pasukan ini cukup hebat dalam acara tersebut."

Dalam pada itu, acara olahraga turut menjadi lubuk beberapa pasukan termasuklah Terengganu untuk meraih sebanyak mungkin pingat emas apabila acara ia menawarkan sejumlah 45 emas.

Acara olahraga yang bakal membuka tirainya di trek Stadium Utama, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak pada 4 Jun ini.

Sementara itu, acara-acara lain yang dijangka menghadirkan persaingan sengit ialah lawan pedang yang menawarkan 12 emas, taekwondo (20), menembak (24), berbasikal (18), angkat berat (16) dan wusyu dengan 20 emas.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 11:16 AM | Show all posts
Dua gimnas kembali ke Sabah
IBARAT sirih pulang ke gagang, dua gimnas kelahiran Sabah kembali mewakili negeri itu selepas bersaing atas tiket pasukan lain pada Sukan Malaysia (Sukma) XI di Kedah dua tahun lalu.

Pada edisi Sukma XII di Terengganu tahun ini, Mohd. Azizan dan Ismarwani Isgau nekad untuk menyarung jersi Sabah, sekali gus bertekad untuk mengharumkan nama negeri di bawah bayu itu.

Dua tahun lalu, Azizan mempertaruhkan bakatnya dengan mewakili pasukan Terengganu sementara Ismarwani yang bakal bersaing dalam acara melombol, palang sejajar dan senaman lantai beraksi atas tiket pasukan Kedah.

Bagi pengurus pasukan gimnastik artistik Sabah, Isgau Abdullah, dia menyifatkan kehadiran dua gimnas itu telah memberi suntikan kepada pasukannya dalam usaha untuk meraih pingat pada temasya di Terengganu kali ini.

"Saya boleh katakan bahawa pasukan gimnastik Sabah kali ini adalah yang terbaik. Selain kehadiran Azizan dan Ismarwani, pasukan ini juga dibarisi hampir semua gimnas berpengalaman yang sebelum ini pernah beraksi di pentas Sukma," jelas Isgau.

"Pada masa yang sama, persiapan pasukan ini yang dibimbing jurulatih tempatan cukup memuaskan."

Selain itu, pasukan gimnastik Sabah turut diperkuatkan dengan penampilan pelatih Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBJ), Mohd. Hamzarudin Nordin serta dua gimnas berbakat, Nathaniel Liew dan Stephanie Chong.

Begitupun, Isgau tetap bersikap realistik mengenai peluang anak buahnya berdasarkan reputasi yang dimiliki gimnas dari negeri lain.

"Saya hanya berharap kami dapat mengulangi pencapaian di Sabah pada tahun 2002 apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam acara berpasukan lelaki dan wanita," tambahnya.

"Harus diingat, pasukan lain bakal membarisi pemain bertaraf kebangsaan pada temasya kali ini dan rasanya agak sukar untuk kami menandingi mereka."

Acara gimnastik artistik akan berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak bermula dari 1 hingga 4 Jun ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2008 05:06 PM | Show all posts
Sukma XII: Selangor mahu tiket awal suku akhir

KUALA TERENGGANU - Selangor tiada pilihan selain menewaskan Sabah pada perlawanan kedua acara bola sepak pada Sukan Malaysia ke-12 (Sukma XII) hari ini jika mahu melangkah awal ke suku akhir, lapor SAYED HESHAM IDRIS.

Pengurus Selangor, Hamidin Mohd. Amin berkata, jika gagal menang ke atas Sabah pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah hari ini, Selangor bakal berdepan laluan getir ke suku akhir.

''Kita tiada pilihan ke atas Sabah esok (hari ini) selain menang, tak boleh seri, apatah lagi kalah ke atas Sabah jika kita mahu melangkah awal ke suku akhir.

Kita mahu mengambil sepenuh peluang dalam perlawanan esok bagi memastikan tiga mata penuh dapat diraih ke atas Sabah. Hanya tiga mata penuh esok (hari ini) dapat memastikan kita dapat mengelak halangan untuk mara ke pusingan seterusnya," katanya.

Selangor yang menyasarkan aksi final pada Sukma kali ini meraih suntikan moral selepas menang 3-0 ke atas Kelantan pada perlawanan pertama kelmarin.

Kesungguhan Selangor untuk menamatkan kemarau emas sejak 10 tahun lalu dijelmakan dengan aksi kemas para pemain pada perlawanan dengan Kelantan kelmarin selain mendapat sentuhan jurulatih Liga Super Selangor, Dollah Salleh.

Pada perlawanan kelmarin, Selangor bagaimanapun mengambil masa untuk menyesuaikan keadaan padang baru di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, terpaksa menunggu hingga ke minit 40 untuk menemui sentuhan gol menerusi Mohd. Fitri Shazwan.

Selangor mengesahkan kemenangan selesa menerusi jaringan Md. Zaiza Zainal Abidin dan Md. Alati Mahmud.

Begitupun jelas Hamidin, Selangor tidak memandang rendah kemampuan Sabah walaupun pasukan itu tewas 2-3 kepada Kedah, kelmarin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2008 10:14 PM | Show all posts
31 Mei, 2008   
Atlit Sokongan Angkat Berat Bersemangat Tinggi Pada SUKMA Ke-12



KUALA TERENGGANU, 31 Mei (Bernama) -- Walaupun masih merawat kecederaan pada ibu jarinya yang patah akibat kemalangan, atlit sokongan angkat berat Mohd Hafifi Mansor bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk memberikan pingat perak bagi hos Terengganu pada SUKMA ke-12.

Hafifi, 18 yang berasal dari Kuala Terengganu, berkata ibu jarinya yang patah akibat terbabit dengan kemalangan motosikal pada Oktober lepas.

Sebelum kemalangan itu, Hafifi menduduki tempat teratas dengan memenangi pelbagai kejuaraan, tetapi kecederaan ringan menjejaskan keseluruhan pencapaiannya selepas doktor menasihatkan beliau untuk berehat bagi memastikan beliau pulih sepenuhnya daripada kecederaannya itu.

"Semasa tempoh dua bulan itu, saya tidak dapat meneruskan latihan atau bertanding dalam sebarang kejohanan.

Pencapaian saya sangat merosot dan saya bimbang ia akan bertambah teruk jika saya tidak dapat menyertai penyertaan ketiga saya dalam Sukma," katanya kepada pemberita di luar sesi latihan di Kolej Multimedia Timur dekat sini hari ini.

Bagaimanapun, nasib berpihak kepadanya apabila pada Januari tahun ini, Hafifi menerima berita baik bahawa beliau diterima sebagai atlit sokongan skuad itu.

"Berita baik itu meningkatkan sokongan moral saya. Sebaik sahaja kecederaannya pulih, beliau kembali berlatih, kali ini di jimnasium terbaik negara di Pusat Sukan Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur.

"Selepas lima bulan latihan insentif, pencapaian saya kembali semula seperti sebelum kemalangan," kata beliau.

Dengan Terengganu menjadi hos SUKMA, Hafifi akan mencatatkan penyertaannya kali ketiga berturut-turut sejak SUKMA di Negeri Sembilan. Pada SUKMA Kedah 2006, beliau memperoleh dua pingat perak dan satu pingat gangsa.

"Walaupun saya masih merawat kecederaan saya, saya yakin untuk memenangi pingat emas dalam kategori snatch 56 kilogram," tambah beliau.

Terengganu menghantar skuad 15 atlit untuk kategori lelaki, sementara tiga untuk wanita.

Sukan angkat berat akan berlangsung di Kolej Multimedia Timur di Rusila, Marang bermula Isnin ini sehingga 9 Jun, dengan menawarkan sembilan pingat emas untuk lelaki dan tujuh bagi wanita.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2008 10:16 PM | Show all posts
31 Mei, 2008   
Sarawak Azam Bolot Kejuaraan Terjun Kali Ketiga Berturut-turut



KUALA TERENGGANU, 31 Mei (Bernama) -- Pasukan terjun Sarawak yang dibarisi tiga atlet Olimpik Beijing berazam untuk menjuarai acara itu bagi kali ketiga berturut-turut pada SUKMA XII Terengganu 2008.

Pengurus pasukan Tan Kheng King berkata pasukannya yang dilatih oleh jurulatih China, Xiao Xia mahu memungut sekurang-kurangnya lima pingat emas daripada 10 pingat emas yang dipertandingkan.

"Jumlah lima pingat emas adalah berdasarkan prestasi semasa penerjun kami terutama penerjun elit," katanya kepada Bernama semasa latihan skuadnya di Kolam Renang Majlis Perbandaran Kuala Terengganu di Batu Burok.

Tiga penerjun Sarawak yang pertama kali akan beraksi di Olimpik ialah Bryan Nickson Lomas, Elizabeth Jimie dan Pandelela Rinong. Mereka dikuatkan oleh atlet Olimpik Athens, Gracia Junita.

Elizabeth, Pandelela dan Gracia Junita menjadi sandaran untuk membolot lima pingat emas dalam acara terjun wanita sementara Bryan bagi acara lelaki.

Elizabeth, 17, memungut empat emas dan satu perak pada SUKMA Kedah dua tahun lepas.

Kheng King berkata pasukan yang akan memberi cabaran sengit kepada Sarawak ialah Pulau Pinang, Perak dan Sabah.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 05:21 PM | Show all posts
Dua atlet karate Pulau Pinang menang emas pertama Sukma
01/06/2008


Atlet Pulau Pinang Akau Tan Chee Sheng (kiri) dan Akau Chin
Fang Yin menunjukkan pingat emas yang dimenanginya bagi
acara Kata Individu Lelaki dan Wanita di Dewan Utama Institut
Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, hari ini. Tan dan Chin
menyumbangkan pingat emas untuk pasukan Pulau Pinang
dalam acara SUKMA 2008 kali ke-12.




KUALA TERENGGANU 1 Jun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2008 10:34 AM | Show all posts
Bego lebur rekod
Oleh Esme Johari Wahab, Lokman Zainal Abidin, Alias Abd Rani dan Malik Muhamad


TERIMA KASIH Jian Beng. Jika tidak kerana saingan sengit yang diberikan perenang Selangor itu, Daniel Bego mengakui dia tidak mungkin dapat memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter gaya bebas di Pusat Akuatik Batu Burok, Kuala Terengganu, petang semalam.

揇ia menjadi pesaing saya yang paling sengit petang ini (petang semalam). Kerana dialah, saya terpaksa mengerah kudrat saya habis-habisan. Saya memang tidak menjangka dapat berbuat demikian (memecahkan rekod).

揔alau tidak kerana Jian Beng, tidak mungkin rekod itu dapat saya perbaiki. Memang sukar untuk memecahkan rekod sedia ada,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2008 10:38 AM | Show all posts
Selangor kekal raja artistik




SEJAK sedekad lalu, kontinjen gimnastik artistik Selangor tidak mahu melepaskan genggaman emas yang dimenangi sejak menjadi tuan rumah Sukma 1998 dan pada temasya sama di Terengganu kali ini, rekod itu masih gah menjadi milik juara bertahan itu.

Seakan-akan sudah tersirat menjadi milik mereka sebaik menjejak kaki ke gelanggang membabitkan aksi empat gimnas Selangor diketuai gimnas kebangsaan, Mohd Azzam Azmi, Yap Kiam Bun, Danniel Iskandar dan Chan Chong Yuan yang ternyata sukar digugat pencabar lain.

Namun sedikit tekanan mungkin dihadapi apabila hanya Pulau Pinang kelihatan terus mengekori, tapi pengalaman ketika beraksi di Sukan Sea Korat ternyata memisahkan kedua-dua pasukan.

揔ami berjanji untuk mempertahankan pingat emas berkumpulan walaupun sentiasa dicabar Pulau Pinang. Namun, berkat kesabaran selain komitmen antara pasukan kami berjaya membuktikan emas itu masih berada di Selangor.

揗emandangkan ini kali terakhir saya bersama mereka ke Sukma, sekurang-kurangnya ada bekalan terbaik dibawa pulang. Seperti kata kami sebelum ini, pingat emas bagi acara ini tidak boleh terlepas begitu saja.

揔emenangan itu banyak dibantu menerusi acara gelang, palang sejajar serta senaman lantai,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2008 11:39 AM | Show all posts
Masziyaton pertahan gelaran

MASZIYATON berjaya mempertahankan pingat emas
miliknya dalam acara 24km cross country di Terengganu semalam.

"SAYA bukan jaguh kampung."

Itu antara kata-kata yang diluahkan pelumba Kedah, Masziyaton Mohd. Rodzi selepas berjaya mempertahankan pingat emasnya dalam acara lumba basikal 24 kilometer cross country di Trek Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir semalam.

Bagi Masziyaton, kejayaan yang diraih pada Sukan Malaysia (Sukma) XII 2008 di Terengganu ini membuktikan bahawa dia bukan sahaja hebat di laman sendiri seperti mana ketika Sukma berlangsung di Kedah dua tahun lalu, sebaliknya mampu menyerlah ketika beraksi di gelanggang lawan.

Lebih membanggakan lagi, kejayaan Masziyaton menghadiahkan pingat emas pertama buat negeri Jelapang Padi itu hadir selepas dia mengetepikan musuh tradisi dari Sarawak, Junaidah Juss dengan catatan masa satu jam 59 minit dan 4.58 saat.

Junaidah yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak buat kali kedua berturut-turut mencatat masa 1'59:36.60s sementara pelumba Sabah, Laura Avila Adrian meraih gangsa.

"Mungkin orang anggap kejayaan saya di Kedah dua tahun lalu adalah kerana nasib kerana saya beraksi selaku peserta tuan rumah," jelas pelumba berusia 20 tahun itu.
"Kini, saya telah buktikan bahawa saya bukan jaguh kampung, sebaliknya saya mampu meraih kejayaan di mana-mana sahaja."

Menurut Masziyaton lagi, kejayaannya kali ini banyak didorong oleh latihan intensif yang dilakukan sejak sebulan lalu.
"Saya cukup selesa beraksi di trek ini (Trek Pengkalan Gawi) kerana saya telah berlatih di sini sejak sebulan lalu bagi menyesuaikan diri," tambahnya yang mula beraksi di pentas Sukma pada tahun 2004.

"Begitupun, berbeza pada edisi kali ini, saingan yang diberikan oleh Junaidah begitu sengit dan sangat dekat."
Pada Sukma XI di Kedah lalu, Masziyaton berjaya membawa pulang satu emas, empat perak dan satu gangsa. Selepas ini, dia akan turun dalam empat lagi acara iaitu 30km ujian masa individu, 50km ujian masa berpasukan, 80km lepas beramai-ramai dan 1.5km down hill.

Sementara itu, dalam acara 36km cross country lelaki, Pahang meraih pingat emas melalui Mohd. Hafiz Rozli yang mencatat masa 1'38:26.86s manakala Sabah terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dan gangsa masing-masing menerusi Niclos Minol (1'42:09.61s) dan Jr. Stanley Jalip (1'43:05.89s).
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 01:00 PM | Show all posts

Adik Uji Abang..Bukan Cerita 3 Line..

Azizulhasni bakal diuji abang sendiriKUALA TERENGGANU - Atlet negara yang telah layak ke Sukan Olimpik, Azizulhasni Awang bakal bersaing dengan abangnya sendiri, Azrulhafiz dalam acara lumba basikal satu kilometer ujian masa dan 200 meter pecut pada Sukan Malaysia XII, di sini.
Siapa lebih handal akan diketahui apabila Azizul dan Azrul, masing-masing berusia 19 dan 20 tahun bakal berentap pada Selasa dan Rabu ini di Trek Bandar Kuala Berang.
Apa yang menarik, kedua adik beradik ini bukan sahaja 'bermusuhan' di trek tetapi mewakili negeri yang berbeza.
Azizul mewakili negeri kelahirannya, Terengganu manakala abangnya Azrulhafiz mewakili Perlis.
Menurut Azrulhafiz, sekalipun adiknya sudah berstatus atlet Olimpik, ia tidak menjadi halangan untuk mereka beradu kepantasan.
Jelasnya, dia tidak akan memberi laluan mudah kepada adiknya untuk mengungguli kedua-dua acara tersebut.
"Saya akui adik saya kini lebih hebat daripada saya walaupun saya terlebih dahulu menceburi sukan berbasikal ini.
"Dia kini berada pada kelas tersendiri dengan sistem latihan yang sistematik, apatah lagi bakal beraksi di Sukan Olimpik.
"Namun, dalam perlumbaan sebenar di Sukma ini, saya sedia menjadi 'musuh' di trek," katanya.
Walaupun 'bermusuhan' di trek, kedua beradik ini sebenarnya amat rapat dan sentiasa mengambil berat di antara satu sama lain.
Menurutnya, walaupun adiknya sudah mencapai kejayaan, itu semua tidak menjejaskan hubungan mereka.
"Adik saya sebenarnya mahu melihat saya berjaya dalam sukan lumba basikal.
"Sebab itu dia sering memberikan tip latihan yang diperoleh ketika menjalani latihan di luar negara supaya prestasi saya turut meningkat.
"Sukma kali ini amat istimewa kerana kami akan berentap sesama sendiri dan mewakili pasukan berlainan," jelasnya.
Azrulhafiz bagaimanapun mengakui bukan mudah untuk menewaskan adiknya yang merupakan pakar dalam acara pecut.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm

kita harap abang dia mempunyai ilmu yg cukup...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 01:16 PM | Show all posts
Pulau pinang 5 emas dah

Johor x nampak lagi bayang


hmmm hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 01:55 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 1-6-2008 05:21 PM
Dua atlet karate Pulau Pinang menang emas pertama Sukma
01/06/2008

http://www.utusan.com.my/pix/2008/0601/Utusan_Malaysia/Terkini/bt_01.1.jpg
Atlet Pulau Pinang Akau Tan Chee Sheng (kiri) d ...


congratulations to Pulau Pinang :pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.129663 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list