CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitelilly

Duit Raya

[Copy link]
Post time 18-9-2007 01:45 PM | Show all posts
tumpang nyampuk...

i budget RM500..bagi abah, 2 nenek, PIL  - RM50..pastu, anak2 buah hubby RM5..kalo nk lebih, suh pakcik derang top-up..then sepupu sepapat i pun RM 5 sorang..adik2 sendiri RM10 je..budget kureng la tahun ni, tak dpt bonus..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2007 02:53 PM | Show all posts
tahun nie duit raye kene tambah....dapat cucu sekali 2 org....
insayallah...rezeki anak2 ade....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 04:49 PM | Show all posts
duit raya mesti bagi...seronok pulak rasa....3 hari sebelum raya...neisya dengan anak2 mesti buat aktiviti ni atas katil...letak duit raya dalam sampul raya....seronok sgt....berebut2 anak2 neisya...tp utk tetamu je la...utk anak2 sedara/anak2 kepada anak2 buah neisya kat ofis/utk mak n MIL..neisya yg letak sendiri...

anak sedara neisya saja ada 18 orang..belah hb ada 2 orang saja....cucu saudara 2 orang.....

duit raya mesti tukar kat bank 2 mgu sebelum raya...kalau tak...nnt tak dak stok....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 04:52 PM | Show all posts
ok la server ni bila dah nak balik...td asyik down je....dah la free pulak tak de keje kat ofis ni...hehe....nak buat cemana..tengah bulan..nnt hujung bulan...sibuk nak jeling forum pun tak leh...hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 09:41 PM | Show all posts

Reply #35 some1in's post

thanks.1man sorang ok la kan.tapi punye la ampeh.lupe nak kirim ke mesia sepupu ku  balik arini

nampaknye tahun ni takleh la kasik duit raye kat mak ayah lg.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 09:49 PM | Show all posts
aku tak plann lagi nak bagi berapa nie .
anak buah aku dah 22 org ..huhu kopak gak

belah laki aku ada la dalam 10 org ..ntah ni first time beraya jadi bini org...tak tau nak plann mcm mana
biasa anak buah cruz bujang2 mmg bagi rM10 sorg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2007 12:50 PM | Show all posts

Reply #43 neisya's post

sha pon gitu..2,3 ari sebelom raya,mula la sibuk nk masukkan duit lam sampul...
siap asing2 smpaul ikut amaun..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 02:19 PM | Show all posts
I told my hubby, pukul rata, kasik je RM2 to anak sedare & RM1 to yg tak kenal...hehehehe....Malas nak budget byk2 duit raya ni, asben aku bukan kayo...hek hek hek....Utk parents tu lain citer laa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2007 04:37 PM | Show all posts
lorrr...duit raya lagik...adusssss memang kopak la bulan ni...eheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 04:43 PM | Show all posts
bestnya nak raya
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 04:48 PM | Show all posts
aku pun pukul rata jugak...biasanya aku kasik $5 utk anak sedara belah aku & belah laki aku..tapi tengok pada ekonomi lah..klu ada rezeki lebih, aku bagi la $5..klu kureng sket...aku bagi la $3..yelah..nak wat camne..bukan org kaya nak bagi banyak2..nak bagi budak2 seronok time raya jerk, kan...

belah aku - 30 org
belah laki - 10 org

tu tak campur duit raya utk parents lah...

budak2 skrg nih mulut rabak sket..klu bagi $1 @ $2 even $3 pun komplen depan2..dlm ati rasa nak cili jerk...mak pak diorang tak ajar kot nak appreciate nilai duit :@
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 09:06 PM | Show all posts
biasa, adik n anak2 buah 2-2 belah aku bagi rm10
anak buah sebelah aku n adik 2org cukup la dua belah tangan = 10 org
belah hubby sebelah tangan = 5 org
hubby x kisah psl duit rayer... so aku la tukang sediakan
tapi x pe sediakan tuh guna duit dia jugak skit2

pastu yang lain2 tuh aku bg rm2 paling kurang
sebab aku rase nipis sgt sampul tuh kalo rm1
nak ikutkan x de la mampu sgt...tp x pela niat sedekah
ada sepupu yang rapat tuh aku bg rm5 sorang

mak abah x de la, MIL pun kitorg x bg, tp kalo tok ..ke saudara tua benar kasi la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2007 06:51 AM | Show all posts
An Article to share (found in the internet)

Duit Raya : Adat atau Syariat?

HARI Raya sememangnya menggembirakan kanak-kanak kerana mereka berpeluang memenuhkan saku dengan duit raya. Bagaikan kebiasaan dan menjadi adat,penyediaan duit raya oleh orang dewasa kepada kanak-kanak atau anak-anak saudara menjadi semacam satu keperluan.

Sesetengah individu akan mengagihkan sejumlah wang untuk tujuan tersebut. Ia menjadi adat di sebelah nusantara alam Melayu. Masyarakat Timur Tengah tidak pula mempraktikkannya. Biasanya mereka sekadar menjamu tetamu dengan juadah hidangan raya.

Oleh yang demikian, timbul satu persoalan adakah ia merupakan sesuatu yang ada sandarannya dalam syariat agama atau sekadar adat kebiasaan. Secara langsung memanglah tidak ada nas yang khusus berkenaan duit raya ini,tetapi kalau secara tidak langsung, memang wujud gesaan atau hadis Baginda Nabi s.a.w tentang tingginya kebaikan di sisi Allah s.w.t sekiranya kita dapat mewujudkan atau menimbulkan kegembiraan di hati saudara-saudara kita yang lain

Sebenarnya duit raya tidak boleh dianggap sebagai satu kewajipan, tuntutan mahupun keperluan yang mesti dilakukan. Masyarakat harus membetulkan persepsi tentang duit raya ini supaya ia menepati lunas-lunas Islam dan tidak menjadi satu beban kepada pihak yang memberi dan tidak pula menjadi desakan pada diri yang menerima iaitu kanak-kanak. Kesedaran ibu bapa terhadap isu ini merupakan satu keperluan yang harus disusuli oleh rasa tanggungjawab memahamkan kanak-kanak supaya tidak menjadikan duit raya sebagai satu keutamaan dalam sambutan Hari Raya.

Kita tidak mahu ibu bapa membandingkan jumlah wang yang diberi oleh sanak-saudara kepada anak mereka. Kita juga tidak mahu adik-beradik membandingkan jumlah wang yang diperoleh sebagai duit raya. Kita juga tidak mahu niat berkunjung diselitkan dengan niat mahu mengumpul duit raya. Dalam erti kata lain kita tidak harus membiarkan pemikiran kanak-kanak dalam memahami sambutan Hari Raya bermakna mencari duit raya. Kalau ini terjadi dan tidak dikawal sudah tentu ia telah tersasar daripada tujuan sambutan Hari Raya untuk mengeratkan tali persaudaraan kepada tujuan untuk memenuhi tuntutan material. Sudah tentu kalau hal ini berlaku ia tidak secocok dengan kehendak syariat Islam.

Selain itu juga, janganlah kita sesekali membiasakan anak-anak dengan ganjaran berunsurkan keduniaan seperti pemberian duit pada satu Syawal sebagai ganjaran melakukan ibadah puasa. Kita tidak seharusnya menerapkan didikan sebegitu kerana dari sudut jangka panjang dibimbangi bahawa anak-anak terkeliru dengan ganjaran material yang diperoleh. Jangan diletakkan sebarang habuan kerana tindakan demikian bahaya dari sudut didikan anak-anak dan kefahaman mereka tentang konsep ganjaran sebenar dari sudut akidah yang berupa ganjaran pahala yang sudah tentu lebih dituntut.

Oleh yang demikian, janganlah menganggap duit raya sebagai satu tanggungjawab yang wajib.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 07:29 AM | Show all posts
Duit raya ?

Ini bahagian Kak yan...cik abang misai tukang sua je...yg sedianya Kak Yan.

Untuk mak...tak bagi duit raya sebab mak dapat elaun dari Kak Yan every month...selalunya bagi hadiah je...tudung yg mahal ke...or something else.

Anak2 buah selalunya sorang RM10..tahun ni bertambah lagi budget sebab tambah lagi 2 orang anak buah baru.

yang lain RM 1.00 je...selalunya habis dalam RM250 jugak la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 07:50 AM | Show all posts

Reply #1 whitelilly's post

berapa org anak sedara u....like me ada 25 org kat sebelah suami ...kekkeke
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 08:05 AM | Show all posts
anak sedara cuma ada 3org je,campur dgn sorang anak jiran mak jaga dari kecik,so mmg dah anggap mcm

kuarga sendiri.diaorg ni mmg dapat lebih.

sepupu2 yg masih sekolah tu ramai gak.biase bagi dlm RM5.yg lain2 kategori RM2.

tp kalau bebudak yg jenis mmg dtg beraya sbb nak buat collection,biasa bg syiling 50sen 2keping.diaorg yg

mintak nak duit syiling sbb masing-masing ngaku nak gi main video games kat shopping complex.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2007 02:19 PM | Show all posts
hmm..saya baru jer lepas mengira bajet duit raya..
memandangkan xder bonus taun nih..paling2 tggi pon leh kasik rm20..
tu pon kasik kat adik2 sy n hubby, ada 4 org lagi yg masih belajar..
yg dah keje mmg xdpt duit rayalaa..
belah saya anak buah ada 2 org..campur anak buah kakak yg mmg mak bela dari kecik..3 org..so, 5 org..
belah hubby xder anak buah lg sbb dia sorg baru kawen, so, bg kat sepupu2 dia yg kecik2 lagi adala 5 org jugak..
yg nih semua bajet nak kasik rm 5 jer..taun lepas rm 10..hehehe
utk sepupu2/anak2 buah yg x rapat bajet sorang singgit jer..
kasik kat atuk n nenek hubby rm 30 sorang..wan kat kampung pn rm 30
utk parents, kitorg slalu belikan hadiah..baju ker tudung ker..
klu kasik duit pon nnti dia kasik balik kat anak kita..mmg diorg xkan amikla..
so, itupon dah cecah rm 200..
klu ada budak2 dtg umah beraya slalunyer kasik singgit jer..gilir2 abah..
klu dia dah kasik kitorg x kasik dah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2007 11:51 AM | Show all posts

Reply #55 my-alja's post

hi my-alja..
Anak sedara belah suami.. dlm 18 org sementara sebelah I dlm 12 org.. so total dlm 30 lah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 12:50 PM | Show all posts
huhu..nak raya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 12:52 PM | Show all posts
huhu..nak raya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 1.446504 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list