CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ayang68

(merged) ALL about Toyota WISH...

[Copy link]
Post time 1-3-2007 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 1-3-2007 12:32 PM
hm.. nak modified susah sket tu... :hmm:

model dari jepun punya takyah modified..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2007 01:18 PM | Show all posts

Reply #26 Fast-N-Furious's post

model dari jepun memang tak yah modified apape dah.. memang dah semulajadi cun oo... tengok je la gt racing queen tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 12:27 PM | Show all posts
canggih mana pun system dia..pencuri masih berjaya juga untuk mencuri apa jua jenis kereta.Saya cadangkan guna lock yg letak kat pedal minyak n break.saya dengar cara tu  berkesan.Ada satu kes dimana kawan saya hampir kehilangan kete wish dia.Alarm system suma dah disable tinggal lagi lock pedal. Last sekali pencuri tu gagal , dia tinggal  
gitu jer.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 12:45 PM | Show all posts
kau rantai je empat2 takar wish kau kat pagar ke hapa...
rantai tu beli yg bapak tebal...
baru org gerun nak cilok
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 01:48 PM | Show all posts
wish kereta mewah ke ? atau cukai yg di rip off oleh kerajaan yg membuatkan orang ingat dia kereta mewah ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by AzusaFuyutsuki at 7-3-2007 01:48 PM
wish kereta mewah ke ? atau cukai yg di rip off oleh kerajaan yg membuatkan orang ingat dia kereta mewah ?


takde la mewah sbb after segala mak nenek cukai pun rega still below 200k...
tapi kalau tarap rega keta kat malaya ni kira mewah la jugak...
bila kat tanah melayu ni standard keta mewah or not kau tak leh nak compare rega keta itu kat luar..
kena compare dgn rega kat malaya lah
org malaya cakap keta mewah or cikai bukan berdasarakan features keta but mostly pasal rega keta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2007 02:43 PM | Show all posts
tpai wish ni mgm laku ek...
way before toyota officially masuk sini pun dah bersepai org pakai kat jln raya
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 04:52 PM | Show all posts
buat cam mr bean tu.. lock pakai manga tebal...pasti stering cabut..  menangis pencuri well educated tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2007 05:08 PM | Show all posts

Reply #33 sixfullbar's post

kalo orang dah start buat cenggitu, nanti pencurik lak start bawak cutter & steering spare..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 01:24 PM | Show all posts

Reply #15 wacom's post

aah sbb apa yekkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 03:11 PM | Show all posts
kalau amik cbu from jepun. Kualiti gerenti terjamin. Lagipun condition masih lagi tip top.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by voltage at 22-3-2007 03:11 PM
kalau amik cbu from jepun. Kualiti gerenti terjamin. Lagipun condition masih lagi tip top.

butul.. butul..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 06:27 PM | Show all posts
Tapi mahal lah pulak

Originally posted by voltage at 22-3-2007 03:11 PM
kalau amik cbu from jepun. Kualiti gerenti terjamin. Lagipun condition masih lagi tip top.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 06:49 PM | Show all posts
aku minat caldina lagik..hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2007 03:59 PM | Show all posts
Originally posted by <i>manchai</i> at 23-11-2006 08:58 AM<br />
memang belakang takde aircon blower, tapi you hanya perlu letak temp &gt; 20 - 22 celcius dan 45 degrees-kan牋semua aircon vents kat depan & buka-kan air-con vent yg kat atas dashboard.. insy ...
<br />


I dah beli dah keta nie...dah dekat 3 bulan pakai dah...best giler keta nie....sekarang pun masih rasa seronok semacam bila bawak..maklumlaa naik keta pujaan..hehehe..

My hubby letak skirting rendah sangat..nak sporty dia cakap...cantik memang cantik, tapi kalau tak slow kat bumper, memang teruklaa kena sagat...pasal aircond takder masalah langsung....walaupun blower kat depan, tapi stil sejuk kat belakang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 11:14 PM | Show all posts
Wish idaman keluarga kota


DENGAN reputasi kukuh di peringkat global, Toyota antara jenama automotif yang terus dipercayai peminat. Jenama Toyota bukan saja mendominasi pasaran tempatan dengan mendahului pengeluar Jepun lain malah pemiliknya mampu tersenyum kerana susut nilai kereta berkenaan tidak terlalu menjunam apabila ingin dijual semula.

Menyedari segmen pasaran kini yang sengit serta terarah kepada kenderaan keluarga, Toyota kembali menghangat pasaran menerusi model MPV Wish yang dibawa masuk UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Jika sebelum ini pengguna membeli model yang diimport atau ditala khas oleh pemilik AP, jentera itu kini hadir dengan versi 2.0 liter Sport serta boleh ditempah terus di bilik pameran Toyota.

Wish dihasilkan di Thailand bagi pengedaran rantau Asean bagi membolehkannya meluaskan rangkaian model siap dipasang (CBU) di Malaysia.

Model itu yang dilancarkan serentak dengan Toyota Yaris sebelum ini adalah MPV pelbagai guna yang disasarkan kepada golongan muda berkeluarga yang tinggal di bandar.

Sesi pandu uji diaturkan ibu pejabat UMW Toyota di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini, memberi ruang kepada penulis mengenali jentera ini dengan lebih dekat.

Jika dibandingkan dengan MPV lain di pasaran, Wish mempunyai kekuatan tersendiri sebagai kenderaan keluarga kerana memiliki reka bentuk moden termasuk memiliki ciri dalaman menarik selain prestasi mantap enjin 2.0 liter yang selari dengan saiz tubuh besarnya.

Kehadirannya bukan sekadar mengisi kekosongan segmen MPV sedia ada tetapi dibangunkan dengan sentuhan jurutera dalaman Toyota untuk memenuhi keperluan pemandu dan penumpangnya.

Reka bentuk menarik itu dipadankan dengan lampu depan serta belakang moden serta padanan rim aloi 16 inci menjadikan tubuhnya bergaya meluncur di jalanan.

Pengalaman memandu versi Wish Wald sebelum ini menyaksikan jentera itu dipadankan dengan rim aloi yang lebar, kit badan, sistem suspensinya direndahkan serta enjin kompresor bertenaga untuk menjadikan wajahnya lebih garang di jalanan.

Bagaimanapun, dengan wajah asal dibekal UMW Toyota ia sudah memadai buat peminat kerana ia turut didatangkan dengan kit badan menawan. Cuma, jika direndahkan sedikit tubuhnya ia pasti lebih menarik hati.

Melangkah ke bahagian dalamannya aspek keselesaan menjadi taruhan pengeluar. Ia boleh dinilai menerusi kepekaan Toyota menyediakan bahagian tempat duduk selesa serta bahagian papan pemuka bergaya serta mudah dicapai.

Ruang dalaman selesa turut disokong keluasan ruang kabin untuk memberikan kelegaan ketika membawa keluarga atau tujuh penumpang.

Bagaimanapun, keselesaan mungkin lebih jika pengeluar menambah satu lagi penyaman udara di bahagian tengah tempat duduk supaya penumpang menikmatinya dengan lebih baik.

Untuk menambahkan ruang bagasi bahagian tempat duduk barisan kedua dan ketiga boleh dilaraskan. Jika membawa lima penumpang bahagian tempat duduk kedua boleh ditolak ke belakang untuk kelebihan ruang kaki.

Begitu juga dari aspek prestasinya. Dengan bahagian tempat duduk selesa serta stereng berbalut kulit yang mudah dikendalikan ia memberikan keseronokan pemanduan.

Pemanduan di lebuh raya sambil melayan alunan muzik bertenaga dari sistem audionya dapat merasakan kelancaran kuasa enjin dibekalkan pada model MPV.

Walaupun tubuhnya panjang, sewaktu melayan selekoh dan laluan tidak rata sistem suspensi hadapan serta belakang berfungsi dengan baik serta lembut.

Prestasi enjin empat silinder 2.0 liter (1AZ-FE) yang dibangunkan menerusi teknologi enjin VVT-i (variable valve timing) itu mampu memberikan kuasa maksimum 110Nm pada 6,000 rpm dan tork maksimum 192 Nm pada 4,000rpm.

Teknologi VVT-i juga yang diperkenalkan Toyota itu menawarkan penggunaan bahan api yang ekonomi terutamanya ketika memandunya untuk perjalanan jauh ke destinasi.

Selain prestasi enjin, gabungan sistem gear yang boleh diubah dari automatik ke manual memberikan lebih keseronokan pemanduan terutamanya ketika menukar gear untuk memecut dan laluan berselekoh.

Untuk keselamatan dalam berkenderaan Wish dipasang brek cakera yang dilengkapi sistem brek cegah kunci (ABS) dengan agihan kuasa brek elektronik (EDB), dua beg udara bahagian depan serta kawalan cengkaman (TRC).

Secara keseluruhan Toyota Wish sememangnya MPV boleh dipercayai, menawan dan menarik terutamanya kepada golongan muda berkeluarga yang inginkan gaya serta keselesaan dalam berkenderaan.

Bagi mereka yang berminat harga atas jalan termasuk insurans (persendirian/ Semenanjung) ialah RM156,900. UMW Toyota turut membekalkan jaminan tiga tahun dari tarikh pendaftaran kenderaan atau 100,000 km perjalanan yang mana dulu.




SPESIFIKASI
Model: Toyota Wish 2.0S A/T
Enjin: Empat Silinder sebaris, 16 injap, DOCH, VVT-i
Kuasa: 1,998cc
Transmisi: Automatik 4 kelajuan dengan sport mode/ sistem manual (Super ECT)
TorkMaksimum: 192Nm/4,000rpm
Kapasiti tangki minyak: 60 liter
Harga atas jalan termasuk insurans (persendirian/ Semenanjung):RM156,900
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2007 12:36 AM | Show all posts
RM160,000.. still ok bagi aku...cuma aku sekarang dah tak minat MPV..nak cari sedan pulak (tgh survey Audi A4 2.0T or Civic 2.0..ish mana satu nieh )
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 12:13 PM | Show all posts
Beli dari toyota CBU from thailand lagi worth dr yg japan punya.

Aku beli end of last year, rm156,900. dapat discount lagi rm4000 + servis percuma berjumlah rm7000 yang mana valid selama 5 tahun. Tapi promosi tu dah tamat la. Mine is 2.0 S Black Mica (stand for sporty).

Tambahan pula, nak buat servis & lain-lain senang, cuma pergi pusat servis toyota & everything is done. Kalau yg Japan, cuma boleh servis sahaja, yang lain, sparepart, antirust service or else, mmg UMW Toyota tak akui. Kalau Wald / Naza punya, langsung tak boleh bawa masuk pusat servis toyota.

That car so comfy, & takde masalah langsung ngan aircond, mmg takde lubang aircond kat belakang, tapi ada butang kontrol utk aircond sampai belakang secara maximum. dont worry about aircond. Buy your Wish first & welcome to the club.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 01:20 PM | Show all posts

Reply #23 AzusaFuyutsuki's post

urang kayo nih..............meh banjer haku............

huhu.....banyaknye urang kayo kat sini eh.............
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 05:13 PM | Show all posts
nak murah lagi beli kat LANGKAWI la....baru 89k........

x payah la cite nak beli kat luar negara......mmg murah tapi ko x campur tax lagi.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.336984 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list