CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Hero Melayu Sarawak

[Copy link]
Post time 7-8-2007 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 7-8-2007 02:34 PM
maksudnya?

boleh dah ye ckp sarawak ke apa?

tol..tol..tol:pompom: ...:bg:.......coba translat ikon tok  
hai syd:victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2007 02:48 PM | Show all posts
hehehe

sbb muntz ckp yang senang2

tu yang boleh tangkap apa yang dia ckp
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 03:29 PM | Show all posts
tak pernah terpikir yang surat ni ada...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 7-8-2007 02:27 PM
feeling je hang nak

aku pun tingin gak nak paham apa korang ckp

:@


Takper.. ko aktipkan diri kat board nie. Org2 kat sini akan sudi2 translate utk ko.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 06:27 PM | Show all posts
tapi kira classic juak bahasa melayu nya guna ya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 08:53 PM | Show all posts
adakah kedai dobi nektok diambik berdasarkan nama rosli dhoby?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2007 10:53 PM | Show all posts
ndang boleh thn juak adzi tok... spellg x sama
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 10:54 PM | Show all posts

Reply #46 adziah's post

Oi... org dah ninggal ya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2007 12:39 AM | Show all posts

Reply #48 Muntz's post

aku nanyak jak bahhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by adziah at 7-8-2007 08:53 PM
adakah kedai dobi nektok diambik berdasarkan nama rosli dhoby?


Sik da kaitan langsung
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 09:39 AM | Show all posts
Ada org madah, org ninggal tok cikgu nak?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2007 09:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by adziah at 7-8-2007 08:53 PM
adakah kedai dobi nektok diambik berdasarkan nama rosli dhoby?

adziah sayang!!!!..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 09:59 AM | Show all posts

Reply #52 Syd's post

Awg Rambli ya bapak Dayang Sofia pelakon 50an kan?...bekas isteri Aziz Satar...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 10:06 AM | Show all posts
sidak miak smk rosli dhobi gengster2 eh..hehehe..mala jak nengar kes sidak kelaie ngn jiran sebelah, smk teknik ya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 10:08 AM | Show all posts
kalau di tatap potret-potret para pejuang kemerdekaan kita tok, sik juak pan-asia( tol dak kah sebutan tok) yg dibangga anak bangsa selepas kemerdekaan tapi ada keunggulan terserlah...nampak ciri-ciri para pemikir, ketegasan, aura pejuang/pemimpin pada wajah sidak tok.
Bertafakur sekejap...& sedekahkan Al-Fatihah utk org tua2 kita tok...Al-Fatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2007 10:09 AM | Show all posts
Al-fatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 06:16 PM | Show all posts

Reply #53 indukdara's post

aoklahh!!

sayanggg adziahhhh!!!

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 06:17 PM | Show all posts

Reply #50 hantujeraul's post

owh..

sikda kaitan ka...

malu amek eh...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2007 11:59 AM | Show all posts
Jejak: Sharif Masahor wira Sarawak
Oleh Nasron Sira Rahim ([email protected])


Angkatan Gabenor Sarikei berjuang habis-habisan usir penjajah

PADA 1855, Gabenor Sarikei, Sharif Masahor bersama pengikutnya yang menaiki 150 perahu menuju ke Mukah, Sarawak dengan keinginan membara.

Dia bersama pengikutnya akan menyerang daerah itu untuk mengusir Pangeran Matusin yang menyokong usaha James Brooke menjajah satu demi satu daerah di Sarawak termasuk ke daerah yang diperintahnya iaitu Sarikei.


Baginya, tindakan Brooke itu sudah melampau. Lelaki itu pada asalnya hanya seorang pendatang asing di kepulauan Borneo tetapi kini bangsa kulit putih itu mahu menjadi raja di tanah orang.

Selepas satu, satu lagi daerah di Sarawak ingin dijajah Brooke hingga kemerdekaan Sarikei yang sebelum itu makmur dan aman diperintah Sharif Masahor ingin ditakluki lelaki asing itu.

Sudah lama dia menjadi Gabenor Sarikei sejak 1849 lagi apabila amanah mentadbir wilayah itu dipertanggungjawabkan Sultan Brunei, Sultan Abdul Mu抦ein kepadanya. Sepanjang pemerintahannya, beliau sangat berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang.

Bagaimanapun, kini kewibawaan pemerintahannya tercabar apabila Brooke menceroboh kedaulatan wilayah yang ditadbirnya. Bangsa asing itu membina sebuah kubu di Kanowit yang diuruskan Henry Steel tanpa kebenaran dan pengetahuan Sharif Masahor. Tindakan itu seolah-olah usaha pertama dalam cubaan Brooke untuk menjajah Sarikei.

Beberapa ketika kemudian, daratan Mukah kelihatan di hadapan matanya dan sebaik perahu mereka tiba di pinggiran sungai, Sharif Masahor bersama ratusan askar yang menaiki 150 perahu, terus melompat keluar.

Bandar Mukah diserang mereka pada hari itu dan selepas beberapa lama bertempur, angkatan perang Sharif Masahor berjaya menguasai bandar itu seterusnya mengusir keluar Pangeran Matusin.

Bagaimanapun, serangan pahlawan Melayu Sarawak terhadap Pangeran Matusin yang menyokong Brooke menyebabkan bangsa asing itu bertindak balas.

Khuatir kemungkinan penentangan Sharif Masahor akan menjejaskan usaha mereka untuk menjajah serta memerintah Sarawak, Brooke segera mengumumkan yang Sharif Masahor tidak lagi berkuasa di Sarikei dan wilayah itu berada di bawah pemerintahan mereka.

Tindakan penjajah itu menambahkan lagi api kemarahan dan dendam pahlawan itu terhadap Brooke. Sharif Masahor bertekad untuk berjuang habis-habisan bagi mengusir bangsa asing itu dari bumi Sarawak demi membela tanah air tercinta.

Dalam perjuangannya itu, beliau beroleh pakatan daripada seorang lagi pembesar Sarawak iaitu Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching. Datu Patinggi Abdul Ghapur memang berdendam dengan penjajah itu lantaran Brooke sudah menjajah wilayah pemerintahannya sebelum itu.

Seterusnya mereka mula merancang strategi bagi menjayakan hasrat memerdekakan bumi Sarawak daripada penjajahan bangsa asing itu. Sasaran pertama mereka ialah menyerang kepentingan Brooke di Sarikei iaitu kubu bangsa asing itu di Kanowit yang diuruskan Henry Steel.

Seterusnya pada Jun 1859, diketuai pahlawan Melanau iaitu Sawing dan Salakai, kubu Brooke itu diserang menyebabkan dua pegawai bangsa asing iaitu Steel dan Charles Fox, terbunuh.

Serangan dan pembunuhan dua pegawai mereka menyebabkan Brooke tersentak. Kejadian mengejutkan itu segera tersebar di kalangan penduduk British di Sarawak. Takut mereka akan menjadi sasaran amukan penduduk tempatan, ramai orang Eropah mula meninggalkan Sarawak.

Kebangkitan penduduk tempatan bagi menyerang mereka menyebabkan Kerajaan Brooke mula gusar lalu mereka segera bertindak. Pahlawan tempatan yang terbabit dalam serangan itu segera diburu.

Sepuluh yang ditahan dikenakan hukuman bunuh tetapi Kerajaan Brooke gagal mengambil tindakan terhadap Sharif Masahor kerana tidak memiliki bukti yang kukuh untuk mengaitkan pahlawan itu sebagai perancang utama serangan berkenaan.

Gabenor Sarikei dapat bantuan 2 pemimpin

KEJAYAAN serangan pertama itu menyebabkan Sharif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Ghapur mula merancang serangan seterusnya. Kali ini, mendapat bantuan daripada seorang lagi pemimpin tempatan iaitu Pangeran Temenggung Hashim Jalil dari Sadong.

Sasaran mereka pada serangan kali ini ialah Kuching dan perancangan segera diatur - Pangeran Temenggung Hashim Jalil akan memimpin pasukannya menyerang menggunakan jalan darat dari Pontianak, Kalimantan manakala pasukan Sharif Masahor akan mara dari Sarikei dan menyerang dari arah laut.

Bagaimanapun, perancangan itu 慴ocor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.057750 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list