CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

IKON ASEAN @ Astro Ria : Filipina MENANG BESAR!!

[Copy link]
 Author| Post time 22-6-2007 11:34 AM | Show all posts
Konsert IKON 2007 buka tirai
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH



PENTAS IKON Malaysia 2007 dimulakan dengan segmen khas untuk mendiang Loga Alleycats. (Dari kiri) Aris Ariwatan, Jay Jay dan Nash.
--------------------------------------------------------------------------------

MUNCUL lagi program TV realiti terbitan Astro dikenali IKON Malaysia. Tapi kali ini bukan mencungkil bakat baru. Sebaliknya memilih IKON Malaysia bagi kategori solo dan berkumpulan daripada kalangan penyanyi yang sedia ada.

Hadiahnya pula apabila IKON Malaysia berpeluang mengembangkan pengaruh mereka ke rantau ASEAN seperti Indonesia dan Filipina. Melalui IKON, sepuluh artis solo dan sepuluh artis berkumpulan dicalonkan setiap negara.

Seterusnya, juara antara negara bakal bersaing merebut IKON ASEAN iaitu kemuncak program berkenaan pada 12 Ogos ini.

Di Malaysia, pemilihan artis dibuat oleh jawatankuasa profesional dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Malam Selasa lalu, IKON Malaysia bermula dengan meriah walaupun diselubungi kontroversi penarikan diri artis dan penggunaan sistem SMS (khidmat pesanan ringkas).

Akhirnya, pemilihan IKON Malaysia hanya melibatkan 30 peratus SMS manakala selebihnya ditentukan oleh juri profesional tetap iaitu Ramli M.S, Jenny Chin dan Mac Chew yang menilai kriteria berdasarkan vokal dan persembahan muzik.

Pentas pertama IKON (berkumpulan) hanya mempertaruhkan sembilan artis apabila kumpulan Search menarik diri di saat akhir.

Walaupun tanpa 慽kon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


LinDan This user has been deleted
Post time 22-6-2007 09:45 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 7-5-2007 12:36 PM
no more sms.

100% juri professional.




oooo ....  tiada sms yek  









      DARSITA berkelakuan babi kerna sesuka dia je kunci thread.
  That why kita lihat DARSITA sentiasa di hina, di maki, di cerca.
                    Memang SIAL le DARSITA.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 11:32 PM | Show all posts
rsnya MAY paling power malam tue...OAG pun not bad...dan Gerhana Ska Cinta pun okey gak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 12:41 AM | Show all posts
aku suka Dina
vokal masyukkkk
Jac mestilah
nak meletop tinga org kalau dia all out jerit
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 01:29 AM | Show all posts
the worst performance was Shanon followed by Daniel & Adam...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 02:16 AM | Show all posts
VOTE FOR JAC :pompom:

agaknye malam esok baru dpt tgk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2007 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by Urban_Iz at 23-6-2007 01:29 AM
the worst performance was Shanon followed by Daniel & Adam...


uit..pada aku top 5 worse Mawi (ke laut)..shanon (boring)..dina(pitch lari)...reshmonu (pitch lari, over excited kot)...daniel (plain sangat)
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 11:07 AM | Show all posts
ikot mata telinga aku

top 5 untuk group

may (vokal mus memang dah stable...cuma members lain kena menonjol kot)
mirwana (pendekatan yang menarik...untuk menarik perhatian juri)
gerhana ska cinta (wp vokal sederhana, kombinasi band members lain, nampak hidup stage)
OAG (energetic)
flop poppy (santai)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2007 11:13 AM | Show all posts
top 5 untuk solo

jac - sing sang delivered
dayang - clear and crisp
reshmonu - his music deserve untuk di ketengahkan
dina - she got the voice, tapi semalam salah pilih lagu kot...
adam - package tarian, nyanyian bla bla bla...(wakil hip and the hops)
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 03:00 PM | Show all posts
nak komen sket pasal Pentas Ikon kategori solo mlm tadi

Male,
1. Adam - suka tgk dance step dia. SHARP! tapi lagu boring sket, suara - OK OK je
2. Shanon - pandai pilih lagu, kalau dia nyanyi lagu sendiri mesti tak best, sbb lagu dia tak fofular. Dia pandai main piano, tapi piano tu mcm kacau performance dia sket.
3. Reshmonu - Masa dia start kuar suara tu ok, tapi pastu suara dia cam tenggelam timbul n pronounce tak clear. Show dia before this lagi best. Agaknya dia nervous sbb ada juri kot.
4. Daniel - simple, plain but nice.
5. Mawi - tak tentu hala tuju. sbb sakit kot..

Female
1. Dayang - nampak macam terlalu berusaha nak hayati lagu but then, feeling tu tak sampai, dah nak abis lagu baru terasa.
2. Ezlyn - cam tak sesuai untuk pertandingan.
3. Farah - suara OK, pronouce tak clear, baju cantik, kalau dia tak byk bergerak smlm mesti best, barulah cam anggun gitu.
4. Jac - Super duper POWER!!!
5. Dina - kreatif, baru rasa mcm ada pertandingan berlangsung.

itu je su nak cakap. U all lak camne?

[ Last edited by  su77 at 23-6-2007 03:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 11:09 PM | Show all posts
Mawi nyanyi paling hancur semalam.   Buat malu Malaysia je kalo dia terpilih. Shanon pun hancur jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 12:20 AM | Show all posts


:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 02:23 PM | Show all posts
sedap plak aku dengar lagu br farah and dayang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2007 02:51 PM | Show all posts
Pencarian IKON Malaysia masih samar...
25-06-2007 01:42:45 PM
oleh WAHIDA ASRANI  


Setelah menyaksikan sembilan kumpulan berentap pada Pentas Ikon Malaysia bagi kategori berkumpulan, Jumaat lalu berlangsung pula kategori solo di mana ia melibatkan penyertaan sepuluh penyanyi terkenal tanahair.

Disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sepuluh artis terbabit iaitu Adam, Farah, Mawi, Daniel Lee, Dayang Nurfaizah, Dina, Ezlynn, Jaclyn Victor, Reshmonu dan Shanon Shah telah memperlihatkan kehebatan masing-masing di mana persembahan mereka telah diadili oleh tiga panel juri iaitu komposer terkenal Ramli MS, Jenny Chin dan Mac Chew sebanyak 70 peratus, manakala 30 peratus lagi akan ditentukan menerusi undian SMS.


Vokal yang 'biasa-biasa' saja daripada Adam tetapi jejaka ini bijak menggunakan kekuatan gerak tarinya untuk menjadikan persembahannya pada malam itu menghiburkan! (Foto The Star oleh Ricky Lai)

Secara peribadi, setelah melihat keseluruhan persembahan malam itu, masih sukar sebenarnya untuk menentukan siapakah yang layak dinobatkan sebagai IKON Malaysia, satu gelaran yang bukan calang-calang individu boleh mengisinya.

Tirai dibuka dengan persembahan oleh Adam yang membawakan lagu dari album terbarunya, Hi. Persembahan pembukaan yang menarik ditambah pula dengan showmanship Adam yang nyata bertenaga.

Melihat Adam sekarang jika ingin dibandingkan dengan kemunculan pertamanya dulu sebaik keluar daripada Akademi Fantasia 2, memang tidak dinafikan prestasi Adam telah jauh meningkat.

Vokal yang 'biasa-biasa' saja daripada Adam tetapi jejaka ini bijak menggunakan kekuatan gerak tarinya untuk menjadikan persembahannya pada malam itu menghiburkan!

Kemunculan Dayang Nurfaizah yang mendendangkan lagu barunya Hilang juga tidak menghampakan. Umum sudah sedia maklum dengan kekuatan Dayang yang terletak pada vokalnya, tetapi secara keseluruhan persembahan Dayang tidaklah begitu outstanding.


Shanon satu-satunya artis yang menampilkan kelainan dengan bermain piano, tetapi sayang sekali persembahan vokalnya kurang menyerlah (Foto The Star oleh Ricky Lai)

Jika hanya vokal menjadi ukuran untuk melayakkan artis itu bergelar IKON Malaysia, Dayang memang menepati kriteria tersebut. Tetapi jika keseluruhan pakej persembahan turut diambil kira, peluang Dayang mungkin tidak begitu besar.

Persembahan seterusnya oleh penyanyi baru Shanon Shah memang ada kelainan. Dialah satu-satunya artis yang tampil dengan bermain piano menerusi lagu Masih Aku Terasa.

Tetapi, sayang sekali persembahan vokal Shanon pada malam itu kurang menyerlah. Begitu juga dengan Ezlynn yang membawakan dua buah lagu secara medley iaitu Jikalau Aku dan Selagi.

Sukar untuk mencari kekuatan sebenar Ezlynn. Persembahan yang agak biasa daripada penyanyi ini, malah vokal Ezlynn juga tidak 'menyengat'.


Membawakan lagu Cinta Tiada Akhirnya, Jac diakui memang benar-benar 'power'! (Foto The Star oleh Ricky Lai)

Reshmonu mengambil alih pentas dengan rentak 'fusion'nya menerusi lagu Its You That Matters. Satu persembahan yang boleh dianggap menghiburkan daripada penyanyi ini dan vokal Resh juga tidak mengecewakan.

Seorang lagi bintang AF, Farah pula muncul dengan lagu Kau Yang Bernama Cinta. Seperti mana Dayang, Farah juga dilihat mempunyai mutu vokal yang baik. Tetapi, 'pesona'nya mungkin tidak sehebat Jac yang membuat persembahan selepas itu.


Tidak salah dikatakan, hanya Jac yang dilihat mampu menggalas gelaran IKON Malaysia. Dengan kelantangan vokal, ditambah pula Jac yang mempunyai attitude tersendiri ketika di pentas, juara Malaysian Idol musim pertama ini berjaya 'menggegarkan' dewan pada malam itu.

Membawakan lagu Cinta Tiada Akhirnya, Jac diakui memang benar-benar power!

Jauh berbeza dengan persembahan berikutnya daripada juara Malaysian Idol musim kedua, Daniel yang dilihat agak hambar! Menyanyikan satu-satunya lagu yang telah mempopularkan dirinya, Mimpi, persembahan Daniel nyata tidak begitu memberangsangkan.

Kemunculan Dina dengan lagu medley Setia Cintaku dan Cinta Datang Lagi pula tidak menghampakan. Tidak dinafikan Dina mempunyai vokal yang cukup baik.


Walaupun kurang sihat, Mawi tetap dilihat bersungguh-sungguh untuk memberikan satu persembahan yang menghiburkan (Foto The Star oleh Ricky Lai)

persembahan keseluruhan penyanyi ini memang tidak mengecewakan.

Pentas IKON Malaysia bagi kategori solo itu diakhiri dengan persembahan penyanyi sensasi Mawi menerusi lagu Angan Dan Sedar.

Dari segi vokal, persembahan Mawi memang agak mengecewakan, tetapi Mawi yang mengaku kurang sihat pada malam itu tetap dilihat bersungguh-sungguh untuk memberikan satu persembahan yang menghiburkan.

Bak kata Mawi: "Saya perlu buat semua ini kerana peminat, walaupun tidak sihat." Mungkin 30 peratus undian SMS akan menjadi milik penyanyi ini, namun daripada juri tetap, sukar untuk diramalkan.     

Pengumuman khas siapa yang bakal mara ke peringkat separuh akhir akan dibuat pada 27 Jun ini di Planet Hollywood dan keputusan itu juga akan disiarkan di segmen Buzz IKON Malaysia di saluran Astro RIA yang dihoskan oleh Dynaz.

Selepas melalui peringkat saringan tersebut, lima artis dari setiap kategori yang mendapat pungutan markah tertinggi akan mara ke peringkat separuh akhir pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Hanya tiga artis solo dan tiga berkumpulan yang terus mendapat markah tertinggi pada peringkat separuh akhir 4 Julai nanti menerusi format penjurian itu akan ke peringkat akhir pada 28 Julai dan sekaligus berpeluang untuk bergelar juara IKON Malaysia.

IKON Asean pula akan diadakan pada 12 Ogos depan yang akan menyaksikan IKON Malaysia berentap dengan juara IKON Indonesia dan Filipina.

Peringkat akhir IKON Malaysia dan IKON Asean bagaimanapun akan dinilai sepenuhnya oleh juri tetap.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 07:05 PM | Show all posts
kalau tuduh penetik tak ngaku..
tapi kalau dah si monopos tua tu tekinja2..
kalau dah laki bini siap bepeluk dalam dewan tgk mawas nyanyi..
nak kata hape kan..sendiri mau ingatla..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2007 10:04 AM | Show all posts
Separuh akhir Ikon Malaysia 4 Julai
Oleh Farihad Shalla Mahmud


KUALA LUMPUR: Peserta program realiti menguasai senarai calon yang layak ke peringkat separuh akhir program Pentas Ikon Malaysia (Ikon Malaysia) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 4 Julai depan.

Keadaan itu jelas bagi kategori solo apabila empat daripada lima yang layak ke peringkat separuh akhir pernah menyertai program realiti.

Mereka ialah Mawi (Akademi Fantasia), Jaclyn Victor (Malaysian Idol), Dayang Nurfaizah (One In A Million), Farah (Akademi Fantasia) dan seorang lagi yang terpilih ialah penyanyi berimej unik, Reshmonu.

Untuk kategori Ikon Malaysia berkumpulan, mereka yang bertuah terpilih ke peringkat separuh akhir ialah Jinbara, Flop Poppy, May, OAG dan Gerhana Ska Cinta.

Keputusan itu diumumkan pengacara program Ikon, Sarimah Ibrahim pada satu majlis khas, Parti Ikon yang diadakan di sini, semalam.

Ketika ditemui sejurus selepas acara itu berakhir, Mawi menyifatkan peluang yang datang padanya itu sebagai sesuatu yang tidak dijangka.

揗asa saya buat persembahan tempoh hari, saya tidak sihat, demam. Tak sangka suara rabak pun boleh menang. Jadi saya tidak menaruh harapan tinggi. Jadi saya terkejut bila diumumkan layak ke peringkat separuh akhir. Lagipun persaingan malam itu hebat-hebat belaka.

揂papun saya rasa lega juga kerana walaupun penjurian program ini tidak seratus peratus berdasarkan SMS, tetapi peluang untuk saya terpilih ke peringkat seterusnya tetap ada,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


red2206 This user has been deleted
Post time 28-6-2007 04:26 PM | Show all posts

Reply #56 Syd's post

alhamdulillah, congratulations to mawi! and to the other semifinalists too of course...
Reply

Use magic Report

red2206 This user has been deleted
Post time 28-6-2007 04:41 PM | Show all posts

Reply #23 eminor's post

we have got to be the only race in the entire world with this obnoxious, narcissistic and self deprecating preoccupation, obssession and over zealous tendency to place a foreign language especially english on a pedestal; the mastery of which albeit misguided and misinformed is the yardstick for the measurement of one's level of education, intellectual capabilities and ultimately worth as a functioning human being in this socitey of ours. how pathetic is that? :@
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 02:14 PM | Show all posts
9.30 malam in ada ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 01:18 PM | Show all posts
apa citer performance semalam? ada baek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.175217 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list