|
Zombi Kampung Pisang ~ tayangan 19 April 2007
[Copy link]
|
|
aku rasa leh layan le citer ni ... cam citer man laksa gak ... ada byk mende tak logik .. tapi utk layan gelak2 ok laa ...
paper tulis tak best pasal citer ni tak seram?? .. aku rasa mamat khalid buat citer kelako bukan citer seram ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 WinXP's post
well yang aku baca.. dia cakap citer tue tak seram dan jugak tak berapa lawak..
Ni ulasan dari berita harian hari ahad lalu...
Ada SPOILER dalam review dia nie..!!!
Alahai Mamat Khalid, apa sudah jadi bang...
Oleh Roslen Fadzil
ENTAHLAH, hendak tulis salah, tak tulis lagi bersalah. Atas rasa tanggung jawab sebagai penulis dan peminat filem, saya coretkan juga sorotan terhadap filem komedi arahan Mamat Khalid ini dengan hati yang penuh lara.
Terus terang, selepas menonton Man Laksa dulu, saya mula menyukai Mamat Khalid kerana sedikit sebanyak dia mampu membawakan imej kartun abangnya, Datuk Lat, ke dunia filem. Sanggul burung tempua, Vespa, kugiran, Mamak Estet dan jambul basah berjaya mengingatkan saya kepada kisah The Kampung Boy serta banyak lagi koleksi buku kartun Datuk Lat. Saya amati, selera muzik Mamat dengan saya pun seakan sama kerana dia sukakan lagu 60-an, The Shadows, muzik Tamil hinggalah kepada Kishore Kumar dan Lata Mangeshkar. Namun itu cerita Man Laksa yang sungguh mencuit hati dan tidak jemu diulang tonton.
Jadi dengan harapan setinggi Gunung Ledang, saya pun pergilah menonton Zombi Kampung Pisang pada tayangan gala, minggu lalu. Selepas lebih setengah jam, saya pun mula gelisah, gelisah sambil melihat jarum jam di tangan. Bila agaknya filem ini akan habis?
Maaflah, mungkin selepas ini saya akan dibenci Mamat Khalid dan Tayangan Unggul tetapi Zombi Kampung Pisang membuatkan kepercayaan saya terhadap Mamat mula goyah.
Filem ini asasnya menceritakan mengenai kekalutan yang berlaku di sebuah kampung bernama Kampung Pisang apabila ramai penduduknya termakan sisa toksik yang tumpah dalam periuk gulai di gerai makan milik Jalil Hamid. Kesannya, mereka yang terbabit tiba-tiba terkena penyakit kejung, `mati' seketika dan kemudian terus bertukar menjadi zombi dengan pakaian compang-camping.
Hmm, bunyinya macam menarik dan kelakar tetapi itu mungkin hanya dalam skrip. Saya sungguh kecewa kerana execution Zombi Kampung Pisang di layar putih tidak kesampaian. Paling menyedihkan, solekan terhadap zombi secara ambil mudah - sekadar menyapu bedak sejuk pada muka, memalit kapur putih pada lengan, mencalit cat merah pada kelopak mata - sekali pandang macam masyarakat etnik di benua yang kering kontang.
Ingin saya nyatakan di sini, sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan banyak filem zombi. Kalau di Pulau Haiti, zombi adalah mayat hidup yang ada kaitan dengan permainan sihir termasuklah voodoo. Kalau di Malaysia, mayat hidup biasanya ditujukan kepada penagih dadah yang hidupnya segan, matinya tidak pulak!
Berbalik kepada zombi Mamat Khalid, penampilannya sungguh mengelirukan. Mereka baru sangat `mati' tetapi pakaian nampak reput macam sudah ditanam berminggu-minggu, padahal kejadian itu berlaku pada satu malam saja.
Seperkara lagi, pada pertengahan cerita, kumpulan zombi itu digambarkan membunuh dan memakan otak manusia kerana mahu menjadi genius tetapi pada akhir cerita, kekejaman itu tergantung begitu saja. Penyakit zombi mereka itu berjaya dipulihkan dengan hanya menerima suntikan vaksin daripada pegawai kesihatan!
Lebih mengharukan, dalam suasana kelam-kabut itu, zombi-zombi itu pula boleh berkawat dengan lagu Inilah Barisan Kita, konon-konon hendak patriotik. Aduh, memang caca marba!
Bagaimanapun, hanya satu babak yang benar-benar membuatkan saya ketawa. Ia terjadi apabila ada orang mengalihkan pandangan zombi yang sedang menyerang dengan mengatakan Siti Nurhaliza ada di sebelah sana. Kemudian, seekor zombi melaung nama Datuk K yang mengecewakan hatinya!
Saya hairan bagaimana watak Awie dan AC Mizal daripada filem Baik Punya Cilok boleh terbawa-bawa sampai ke dalam filem yang haru-biru ini. Awie masih lagi dengan sikap bermadahnya dan AC pula jadi mat gelabah. Jalil Hamid pun tidak menonjol dan bakat Mak Mah satu pembaziran (lihatlah betapa hebat lakonannya dalam Jangan Pandang Belakang).
Pada penghujung cerita, saya masih lagi mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku. Mungkin semua itu hanya sekadar mimpi atau mereka terbabit dengan satu penggambaran filem di Kuala Kangsar. Rupanya tidak. Selepas keluar panggung, sayalah sebenarnya yang menjadi zombi. Pening lalat, langau, semuanya ada!
Mungkin filem ini akan mampu membuatkan mereka yang tidak kisah sangat, akan ketawa. Kadangkala rasa macam menonton jenaka mingguan Senario tetapi dibawa ke layar besar. Memang betul jenaka Zombi Kampung Pisang cuba menyelitkan mesej tetapi bukan sekadar mesej yang saya hendak gali bak kata Ogy, lebih penting lakonan, lakon layar, solekan dan jalan cerita yang biarlah `logik' dalam konteks filem.
Pun begitu, saya tidak hairan kalau kanak-kanak akan suka Zombi Kampung Pisang. Mungkin ia sesuai dilabelkan untuk tontonan 12 tahun ke bawah.
Pun begitu, saya bukanlah jenis manusia yang serik kerana nama pun sudah peminat filem. Saya akan tetap menunggu filem noir Mamat seterusnya, Kala Malam Bulan Mengambang yang khabarnya dihasilkan dalam bentuk hitam putih pula. Bunyinya memang gah. Saya akan tunggu.
INFO:
FILEM: Zombi Kampung Pisang
PENGARAH: Mamat Khalid
PELAKON: Awie, AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn & Jalil Hamid
GENRE: Komedi seram
TAYANGAN UMUM: Mulai 19 April 2007
[ Last edited by viper76 at 17-4-2007 09:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ye ker???? cam tak caya jer ulasan nii...memula bekobar ati
nak tengok movie ni sok tp bila baca ulasan dia nihh cam
tawar ati plakk...:stp: :stp: :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun aku dah tgk..tp aku nasihat korang tgu TV jela...bukan ape..kang kesian mamt khalid korang maki dia bile korang kuar panggung...hehhee....ada gakla part yg lawak...tp hmm..tg TV jela... |
|
|
|
|
|
|
|
tak adil lar roslen fadzil nih...
citer nih best, sbb kalo stress atau tension blehlar layan, bg ringan skit kepala yg pening tuh... tp kalo org tuh mmg jenis tak reti nak gelak, (kunun...) mmg tak bleh masuk lar citer nih...
tp sesapa yg suka man laksa tuh, bleh lar nuntun... bak kata awie...dahsyat gilerrr, |
|
|
|
|
|
|
|
heh heh .. agaknya filem nih lama sgt simpan dlm stor kot itu yg jadik gitu ... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tengok lagi, tapi citer ni remind me of Shaun of the Dead, citer pasal zombie tapi lawak. |
|
|
|
|
|
|
|
ala..mamat khalid ni xder title prof jek..kalu ade,dah dok sebaris dah dgn PRof maiden tuh..Samelah..sampah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 viper76's post
aku setuju dgn ulasan ni...
silapnye roslen ni dia letak high expectation, tu yg dia buat dia boring
aku seblom tengok citer ni aku buang jauh2 high expectation mengharapkan sesuatu yg bermutu tinggi....the result is aku takdela ralat sangat pas abis tengok citer nih...
nak cakap pasal mesej, sorila...aku tak dapat pape mesej dari filem ni, [email protected] bole saje amik contoh itu ini sebagai mesej tp aku rasa tak berbaloi dgn sebuah filem semata2 nak sampaikan mesej2 tertentu...
kata la memang btol zombi2 tu keracunan makanan pun, ape jadik dgn budak yg tembak banyak gile zombi tuh, btol2 la kot dia membunuh...kat situ dah tak konsisten dah
tapi yg paling best dlm filem ni ialah deris bekas penari kebudayaan tuh |
|
|
|
|
|
|
|
citer ni sampah. sgt2 sampah sampai aku tobat x nk tengok citer mamat khalid lg pas ni
mmglh lawak, lakonan semua ok, tp citer dia teruk. potensi begitu besar, skali lg disia-siakan, mcm yg mamat buat utk citer man laksa
kdg2 mcm x percaya diailah yg buat skrip PGL yg sgt menawan |
|
|
|
|
|
|
|
pasal mamat khalid ni, elok aku highlight sket standard dia compared to other directors cam razak mohideen, usop selam, etc
mamat khalid menang drama terbaik anugerah skrin 2001 utk drama komedi pinang durian (bole imagine tak drama komedi menang drama terbaik kalahkan drama2 tipikal yg lain)...dia jugak menang lakonlayar terbaik FFM utk filem PGL (bawah sket je dari filem terbaik)..2 filem dia - man laksa & lang buana menang anugerah khas juri FFM...filem lang buana atas sebab mesej perpaduan & man laksa sebab idea yg jujur & inovasi kalo tak silap..
list2 anugerah tu menunjukkan mamat khalid ni bukanla pengarah yg lekeh...dia ada idea yg bagus & subject matter filem dia sentiasa menarik..cuma aku tak paham kenape mutu filem dia tak sebaik drama2 dia mcm rombongan cik kiah, peristiwa rumah tok su, jiran, pinang durian (ni semua drama komedi kelas 1)...seolah2nye mcm dia bersungguh2 buat drama tapi kalo buat filem sambil lewa jek...nak kata tema filem cam man laksa, zombi sume tu bodo, tema drama2 dia pun bodo gak, rombongan nak pegi KL, laki penang kawin dgn pompuan perak, benda2 simple jek...aku tak tau kat mane kurangnye filem dia compared dgn drama dia...pelakon sama, pengarah sama...ntahla...maybe the crew as a whole tak sama kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #52 iscol_klang's post
setuju. tersgtlh setuju. kebanyakkan drama dia mmg lebih baik
mungkin sbb produser. kita semua tahu kan siapa produser PGL dgn drama2 tu semua ? |
|
|
|
|
|
|
|
tatao nape cite mamat khalid ni aku taley layan.. cam syok sendiri plak.. memang tak di nafikan die ade kreativiti die.. contohnya cam cite
lang buana - aku tetido semasa tayangan di dalam bilik
man laksa - sda
rock - skip skip tgk hehe
dan lain2 |
|
|
|
|
|
|
|
nak tengok ker tak ni...;) |
|
|
|
|
|
|
|
haku dh tgk da citer sampah ni smalam..kalo tk disebabkan dpt tgk free(ikot jalan blakang kat movie) jgn harap aku nk usha!! nak tgk movie lain pon timing tak kena so terpaksa la tgk citer sampah ni..haku mmg tak expect citer ni sebes resident evil mcm tu lar..haku tgk pon sekadar nk tgk sesampah mane filem ni berdasarkan review BH ari tu..dan pada pendapat aku mmg layak dimasukan dlm tong sampah pon citer ni..dgn lakonan yg serba serbi sampah (paling menyampah lakonan ezlin) dgn jalan citer yg aku rase bdak tadika pon boleh bwat..pastuh mamat khalid dok sibuk pom pam pom pam filem die ni ade msj..aku tak penah plak tgk filem mamat khalid sebelom ni so teruja la jugak mcm mane die nk sampaikan msj die dlm filem dgn baik..skali kacang jer penyampaian mesej die..time dlam filem tu awie tibe2 menghadap ke arah kamera dan menyampaikan mesej bangang2 die contoh jgn merempit la..jgn bwat vandalisme la..bengong sungguh..pastuh org yg kat blakang dok sibuk gelak2..ntah hape2 ar..mamat khalid ni aku rase mmg klon pengarah yg ade title profesor madya ape lancaw tu ar..all in all, marilah ramai2 menyapot filem2 sampah sebegini supaya mereka ni dok pikir filem2 mereka berkualiti disebabkan diterima ramai oleh masyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk rock,man laksa, lang buana semua kat astro, itu pun rasa cam nak tendang muka pengarah dan penerbit.....cam mana penerbit buleh terbit kan cerita sampah tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah tgk tadi... aku lak rasa seronok menonton film ni... lawak die best bagi aku... taktau la pada org lain...
tapi kalau mereka mengharapkan utk menonton sebuah film zombi, so ini adalah bukan film nye... this is more to comedy...
emm.. ntah la, but i like this movie in term of comedy... |
|
|
|
|
|
|
|
chite ni da bp ek kutipan die? |
|
|
|
|
|
|
|
dah tengok semalam citer ni..aku bagi 1.5 * dari 5*.....byk yg tak logik ah...dari start org2 kg mati.......ending dia mcm 2 jer...lawak jer lebih citer ni....takder seram... |
|
|
|
|
|
|
| |
|