CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: snipersnake

Kursus Ilmu Ikhwan Ahir Zaman *mesti baca*(darul arqam makam al kazab)

[Copy link]
Post time 28-11-2006 11:32 AM | Show all posts
masalahnya, pada mereka, mmg tiada langsung validation of report ataupon pengesahan cerita. apa yg dibveritahu, dipercayai bulat2 sehi ngga bila di transmit pada org lain, diperbesar2kan. akhirnya, jadiklah snipersnake  sebagai scapegoat blog itu. akhirnya jadi peyebar fitnah  nauzubillah.

[ Last edited by  paranormal_85 at 28-11-2006 11:34 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2006 12:02 PM | Show all posts
kenapa fitnah paranormal?cuba BUKTIKAN MANA YG saya memfitnah? adakah anda hendak saya PM baru nak menjawab? atau ada pon sudah tak tahu nak jawab apa? saya SUDAH PERGI ke shah alam dan Nilai. buktikan saya fitnah,mungkin anda ada hujah ilmiah.MUNGKIN


oh ya, bila daulah nak mula nih?ada apa2 info terbaru?

[ Last edited by  snipersnake at 28-11-2006 12:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 01:26 PM | Show all posts
Katanya JAIS akan mendakwa 4 orang 'syeikh' yg ditangkap dalam serbuan di shah alam tempoh hari. Syabas JAIS! Sekarang ni barulah korang tahu..PERKARA INI FITNAH KE TIDAK.

Seingat saya...inilah kali pertama kes ajaran arqam/rufaqa yang akan didakwa dimahkamah. Sebelum ini asaari ditahan bawah ISA kerana faktor keselamatan dlm negeri. Dia atau pengikutnya tidak pernah diadili dimahkamah. Inilah peluang asaari membuktikan bhw ajarannya tidak salah. Kalau ianya hanyalah masalah khilafiah....korang tak perlu bimbang.

Tapi jangan pula nanti dalam mahkamah korang kata.....AH SEMUA NI NGAARUUT JE!  :nana:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2006 02:13 PM | Show all posts
ada dakwaan mahkamah. kes macam ini kene kat mahkamah syariah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 08:54 PM | Show all posts
bro2.. xyah laa nak attack family..personal.. cuma jwp jee persoalan yg dibangkitkan oleh bro sniper and bro lulu.. abis cerita.. korang asik attack family watpe..jwp jee laa soklan bro2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 28-11-2006 02:13 PM
ada dakwaan mahkamah. kes macam ini kene kat mahkamah syariah.


Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Lihat mereka yang kena dakwa, lihat telatah pendakwa , lihat saksi pendakwa, lihat hujah peguamcara, lihat hujah peguambela dan lihat hujah-hujah Tuan Hakim.

Kesemuanya ini akan menjadi sejarah pada Kebangkitan Islam pada Akhir Zaman.




:tq::tq:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-11-2006 10:41 PM | Show all posts
sudah2 la belalang. kami tak mahu ulasan KOSONG DI SINI. kami cuma nak jawapan. itu sahaja.kehadiran dan reply anda cuma memburukkan lagik imej rupakak yg dah sedia buruk.
Reply

Use magic Report

muslimbest This user has been deleted
Post time 29-11-2006 10:23 AM | Show all posts
Jakim mahu negeri tangani Rufaqa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2006 11:38 AM | Show all posts
ALHAMDULILLAH.

tak silap saya Jais dah wartakan rupakak ini sesat.perak pulak nampaknya akan mewarta perkara yg sama. Jakim seharusnya minta bank negara BEKUKAN segala aset rupakak ini sebab keuntungannya disalurkan utk fund menda yg sesat.

lagik satu, segala perniagaan depa, sekolah, asrama dan taska mesti dipantau dan di AUDIT secepat mungkin. ini mesti melibatkan kementerian kebajikan masyarakat, jakim, kementerian pelajaran dan juga kementerian dalam negeri. harap pak lah bangun dari tidoq secepat mungkin sebab benda ini melibatkan akidah org islam malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 11:41 AM | Show all posts
Teringat plok aku weh....sajak daulah abuya yg penah di paste kat forum ni...pasal Tun Det akan jatuh terhina....

Akhirnya ramalan itu dh terbukti dh, sampai Tun Det kata dia dibuat mcm pariah dlm UMNO, ...kuang...kuang...kuang....

Pdhal mana ada logik kat pala otak kita semua nih...yg negarawan ulung negara yg betui2 berjasa selama 20 thn bleh terhina sampai cam nih...

Sama gak kes anwar yg dia diberitau bahwa dia akan jatuh 7 thn sblm itu & at last dia bnr2 tersungkur dlm pemerintahan mahathir spt ingatan abuya tersebut yg dia perlekehkan....
Reply

Use magic Report

muslimbest This user has been deleted
Post time 29-11-2006 12:05 PM | Show all posts
yela tuh, mane tak kaya, semua keje dok bagi kat albuayayaya duit gaji, kaya la beb. aku cabar albuaya tu jatuhkan badawi, KJ, yg dok jahanamkan negara sekarang neh, klu betul2 albuaya tu ade daulah. aku cabar albuaya tu jatuhkan bush, busungkan perut bush klu betul buaya tu ade power. aku cabar buaya tu bebaskan sadam hussein. aku tgk die berucap kat RTM dulu dengan air liur basi, tak ubah mcm penagih. makan pun duit haram, ade hati nak ade daulah konon.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by muslimbest at 29-11-2006 12:05 PM
yela tuh, mane tak kaya, semua keje dok bagi kat albuayayaya duit gaji, kaya la beb. aku cabar albuaya tu jatuhkan badawi, KJ, yg dok jahanamkan negara sekarang neh, klu betul2 albuaya tu ade daula ...


hehe...tang tu ko kena sabo yerk...bukti Tun Det jatuh terhina dh pun berlaku...pdhal seblm ni...aku ingat lg...penentang2 abuya bkn main lg berkokok mengejek2 dgn mengatakn tun det tk jatuh terhina langsung bahkn di angkat sebagai negarawan ulung, meleset sama sekali sajak abuya tu...

Sekarang.....!!!

Jd aku nasihatkn ko...sabo2 dulu...jgn melatah cam sorang berdua kat forum ni....sat gi ko bleh termalu sendiri bila daulah bnr2 terjd di tgn abuya....
Reply

Use magic Report

muslimbest This user has been deleted
Post time 29-11-2006 12:24 PM | Show all posts
Apa gang2 rufaqa yang lain nak tafsirkan tragedi penangkapan kawan2nya oleh JAIS. Macamana boleh ditangkap? Kenapa tidak bertawassul memohon bantuan dari Abuya semasa mereka diserbu? Atau mereka terlupa nak bertawassul? Atau memang mereka ini mengarut! Atau memang kerana Abuya itu tidak ada apa2.. Hanya manusia biasa seperti kita yang tak punya apa2 kelebihan..

sape lagi power, abuayaya atau david blaine? david blaine leh terbang, lagi power, asal rufakak tak ckp blaine ade daulah? abuyayaya ade power ape? cris angel leh jalan atas air, albuayaya boleh ke?

asal time umat islam kat thailand kene bunuh albuaya wat bodo je? nape depan RTM die tak berani nak menyalak, tak abis2 mintak maaf? klu die benar, wat pe nak takut? watpe nak spin?

rupakak ni pun same gak yg join ayahpan, budak2 al azhar, tahfiz2 yg join ayahpan. same la gak mcm rupakak ni, bukan korang tak skola, tak blaja agama, tp aku pun tak tau mcne korang leh jd jahil.

[ Last edited by  muslimbest at 29-11-2006 12:25 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 12:25 PM | Show all posts
http://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Arqam

SATU PAGE YG BAIK, TAPI TAK BERAPA LENGKAP.

betul la guys, pasal daulah tuh. aku teringat lagik satu sajak daulah

SAJAK ASAARI: Rentetan Bermulanya Daulah

Insya-Allah pada bulan November ini parlimen akan dibubarkan
Di waktu itu tidak sebuah parti politik yang berkuasa
Mahathir membubarkan dengan tujuan pilihan raya
Selepas itu Agong dan Sultan mengambil peluang
Berbincang dengan wakil India dan Cina
Memberitahu pilihan raya tidak ada
Para-para Sultan ingin melantik Tun Ghaffar menjadi PM Malaysia
Sultan memberitahu kalau pilihan raya diadakan takut krisis berlaku
Ini akan menyusahkan seluruh rakyat Malaysia
Lebih-lebih lagi rakyat Cina yang akan berhadapan dengan kesusahan ini
India dan Cina menerima pandangan itu dan bersetuju
Tun Ghaffar pun naik menjadi PM dan berkuasa
Pilihan raya pun tidak akan diadakan
Mahathir pula terhina kerana selepas itu rakyat makin menghinanya
Bahkan orang kampung pun tidak boleh menerimanya
Berbagai-bagai rakyat bersuara menempelak, mencaci, mengata
dan ada yang hendak membawanya ke mahkamah
Ada yang mengatakan pula cukuplah itu dia telah dihina oleh rakyatnya
Tidak dibawa ke mahkamah pun dia telah sangat terhina dan malu
Tun berkuasa di antara 3 hingga 6 bulan
Tun merasakan dia tidak mampu meneruskan kepimpinannya
Kerana orang ramai sudah terlalu jauh kesedarannya terhadap Islam
Ia pun berpakat dengan para-para Sultan dan Agong untuk mencadangkan saya
Semua para Sultan boleh menerimanya
Maka Daulah pun bermula
Orang-orang politik terpinga-pinga dan malu
Terutama ulama-ulama di dalam PAS sangat malunya
Kerana jalan yang mereka yakin tidak membawa hasilnya
Menunjukkan perjuangan mereka adalah palsu
Selepas itu mereka membisu

- Asaari Muhammad, 26 September 1999


Arwah Tun Ghafar Baba tak pernah menjadik PM. Kira asaari mmg menipu la. Berapa ramai lagik la aulia Allah yg menipu yer ;)

Sajak si assari sebut nama dia sebab si Tamrin tuh pernah join arqam, sama ngan bini dia yg pertama. dan antara individu2 yg kuat derma kat arqam. kira ini sebenarnya sajak bodek si Tamrin.dan asaari mmg sakit hati ngan mahathir sebab mahathir ISAkan dia. biasala kan. dia mampu sajak jer la. satu artikel menarik tentang mcmana boleh wujud sajak nih:

[ Last edited by  snipersnake at 29-11-2006 12:35 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 12:38 PM | Show all posts
ok mari kita mulakan

PETIKAN DARI PENGALAMAN: LAGI KISAH YAQAZAH...

Pada entri kali ini, kami menukilkan kisah dari buku ARQAM: TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA bagi menggambarkan bagaimana Arqam dan Asaari Muhammad membuat pendustaan terhadap nama Rasulullah. Lihatlah aspek berikut:

a. Pemimpin lapisan pertama dan kedua al-Arqam tidak tahu kaedah dan bagaimana Asaari beryaqazah.
b. Asaari sentiasa menggunakan yaqazah sebagai 'mesej dari Rasulullah' yang sangat wajib dipatuhi dalam kerangka perjuangannya. Semua tindak tanduk mereka adalah dari 'mesej dari Rasulullah'.
c. Asaari sudah berkali-kali membuat pengakuan. Tetapi, ia sekadar taqiyah dan untuk meneruskan pembohongannya menggunakan nama agama.

Berikut adalah petikan dari buku tersebut:


DI BALAI Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur inilah saya buat kali pertama, selepas hampir dua bulan ditahan di bawah ISA, dapat melihat 'planet bumi' yang cantik menghijau ini. Terasa nikmat dapat menghirupkan udara kebebasan.

Kami kemudian dibawa ke sebuah motel tepi tasik di Rawang sementara menunggu masa untuk diberi arahan masuk ke Sungai Penchala bagi memulakan road show pertama kami. Sepanjang perjalanan saya bagaikan pelancong asing yang tidak pernah melihat wajah Malaysia, asyik melihat pemandangan di kiri kanan, walaupun jerebu yang melanda negara ketika itu masih belum pulih sepenuhnya.

Inilah yang dikatakan nikmat kebebasan yang tidak semua orang dapat merasainya. Pernah seorang ahli al-Arqam bertanya kepada saya bagaimana rasanya duduk dalam sel dan saya katakan padanya: "Anta masuk dalam bilik air, tutup semua ruang cahaya dan duduk situ tak keluar-keluar selama dua bulan.''

Ustaz Asaari Mohamad juga dibebaskan.

Sehari kemudiannya pada 28 Oktober 1994 kami telah dibawa masuk ke perkampungan al-Arqam Sungai Penchala untuk bertemu dengan ahli-ahli al-Arqam. Sepanjang perjalanan masuk ke Sungai Penchala saya dapat melihat sekatan jalan raya diadakan di luar perkampungan dan kelihatan juga berpuluh-puluh anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) sedang berjalan kaki bergerak masuk ke perkampungan al-Arqam.

Di kawasan perkampungan iaitu di tapak surau sementara di hadapan bangunan pentadbiran Majlis Syukukh, kelihatan ribuan ahli al-Arqam telah sedia menunggu kedatangan kami. Suasana mereka agak pilu seolah-olah menanti kedatangan satu jenazah yang bakal disembahyang dan dikebumikan. Apabila Ustaz Asaari keluar dari kereta yang membawanya, saya dapat lihat ramai ahli al-Arqam yang mengalirkan air mata.

Ustaz Asaari tenang saja memberi taklimat kepada ahli-ahlinya agar membuat perubahan kepada amalan akidah Sunah Wal Jamaah dan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan serta akur dengan setiap tindakan kerajaan ke atas jemaah mereka. Saya sebak menahan kesedihan ketika itu kerana sudah dapat merasakan ahli-ahli al-Arqam ini akan mengharungi zaman penuh ujian selepas ini. Semua ahli al-Arqam mendengar penuh teliti setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Ustaz Asaari.

Namun saya yakin mereka juga percaya ada makna dalam setiap perkataan Ustaz Asaari itu. Ada seorang bekas pemimpin al-Arqam yang tidak ditahan membisikkan ke telinga saya ketika kami mula beredar untuk meninggalkan majlis tersebut. "Jangan bimbang kami semua faham!''
Memang benar selepas habis semua road show kami seluruh Malaysia selama 4 bulan kemudian, ahli-ahli al-Arqam ini tetap tidak berubah keyakinan mereka pada Ustaz Asaari malah makin kuat. Yang mereka ubah hanyalah warna jubah dan serban mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 12:40 PM | Show all posts
mari kita tgk sambungannya:

[quote]"Semua yang berlaku ini semuanya adalah dalam jadual Allah, kita ditahan di bawah ISA agar minda kita boleh direct kita sampaikan kepada puak-puak SB ini, hasilnya sekarang menurut 'Rasulullah' telah 85 peratus SB menyokong kita. Inilah yang dikatakan Daulah akan berlaku secara khawariqul 'adah,'' kata Ustaz Asaari kepada pemimpin-pemimpinnya yang selalu ditemuinya selepas subuh di beberapa buah restoran sekitar Daerah Gombak, walaupun beliau dihalang bertemu dengan bekas-bekas al-Arqam.

Malah ketika kursus Pemurnian Akidah anjuran Pusat Islam di Port Dickson pada 22 Disember 1994, Ustaz Asaari telah menggunakan peluang itu untuk memberi 'arahan-arahan baru' kepada semua peserta kursus yang kebetulan adalah bekas-bekas pemimpin al-Arqam dari seluruh Malaysia.

Selepas tamat program road show kami, Ustaz Asaari telah memberi arahan kepada semua barisan pimpinannya untuk menghilangkan nama al-Arqam yang telah diharamkan oleh kerajaan. Ini semua dilakukan bertujuan bagi mengabui mata Bukit Aman. Untuk mengabui mata Bukit Aman, Ustaz Asaari juga telah mengadakan program kuliah fardu ain selepas subuh, yang dikatakannya hanya dihadiri oleh kaum keluarganya sahaja.

Tetapi hakikatnya, ramai bekas pemimpin al-Arqam juga telah dijemput untuk hadir dalam majlis fardu ain ini. Dan pemimpin-pemimpin ini kemudiannya akan mengkuliahkan semula fardu ain ini kepada anak-anak buahnya dalam program-program motivasi dalam syarikat mereka. Di samping fardu ain, minda Ustaz Asaari dan arahan-arahan semasa daripadanya juga disampaikan secara sembunyi-sembunyi. Malah banyak arahan yang keluar daripada Ustaz Asaari dikatakan adalah hasil daripada yaqazah Ustaz Asaari dengan 'Rasulullah'.

Hidden agenda Ustaz Asaari untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia masih berjalan seperti biasa. Malah be-liau semakin yakin Daulah Islamiah akan berlaku. Ustaz Asaari juga secara berani telah merestui tindakan pemimpin-pemimpin al-Arqam mengatur perkahwinan bekas-bekas ahlinya secara beramai-ramai di tempat terbuka bagi mempamerkan 'kekuatan' kepada Pusat Islam dan Bukit Aman. Seluruh ahli al-Arqam dari seluruh Malaysia akan dijemput beramai-ramai menghadiri majlis-majlis perkahwinan ini.

"Kita berkumpul ni cara legal, jadi Pusat Islam tak boleh kata apa-apa. Lagipun SB dah sokong kita, cuma mereka tak tunjuk pada kita. Daulah kita dah dekat. Kita mesti cepat pertingkatkan minda, jangan jauh ketinggalan. Sekarang perkembangan terlalu laju. Beberapa orang politik dalam UMNO sedang bekerja 24 jam untuk jatuhkan Dr. Mahathir dan naikkan Abuya. Daulah dah dekat!''

Pernah Ustaz Asaari menyebut pada saya dalam satu perjumpaan sulit saya dengannya di sebuah restoran di Kepong selepas subuh. Ustaz Asaari masih kental dengan hidden agendanya lagi. Semua ahli al-Arqam mempercayai kata-kata Ustaz Asaari tanpa sebarang keraguan kerana Ustaz Asaari mendakwa dia masih mendapat mesej-mesej daripada 'Rasulullah'.

Ustaz Asaari kemudiannya telah mengarahkan agar semua ahli al-Arqam ini di 'ijazahkan' semula dengan wirid Aurad Muhammadiah. Beberapa orang pemimpin al-Arqam telah diwakilkan oleh Ustaz Asaari untuk melakukan majlis pengijazahan wirid itu.

Hatta ada di antara mereka yang telah pergi ke Jordan untuk mengijazahkan kembali hampir 120 orang pelajar tajaan al-Arqam yang masih menyambung pengajian mereka di sana. Pada 7 Mei 1996 ISA kali kedua telah dilakukan ke atas beberapa orang lagi pemimpin al-Arqam.

Tangkapan ini dibuat di atas dakwaan mereka cuba menghidupkan kembali pertubuhan al-Arqam yang telah diharamkan. Ibrahim Mohammad, Khatijah Aam dan Sobri Abd Rani ditahan sekali lagi buat kali kedua, berserta 16 pemimpin al-Arqam yang lain. Saya sendiri tidak dapat tidur malam ketika operasi kedua itu dijalankan kerana bimbang kalau-kalau 'burung masuk sangkar' untuk kali kedua.

Namun yang menjadi tanda tanya kepada saya ketika itu dan juga kepada beberapa pemimpin al-Arqam yang lain ialah kenapa ada seorang muslimah al-Arqam, isteri kepada Setiausaha Peribadi Ustaz Asaari bernama Azura ditangkap sama?

"Kenapa dia ditangkap? Dia bukan pemimpin dalam muslimah al-Arqam, penting ke dia ditangkap?'' Pernah saya bertanya kepada salah seorang pemimpin al-Arqam yang tidak ditangkap ketika itu. Dia juga sebenarnya menanyakan soalan yang sama.

Faktor Azura terus menjadi teka-teki kepada kami bekas pemimpin-pemimpin al-Arqam hinggalah pada Ogos 1996 majalah Al Islam menyiarkan pembohongan Azura yang telah mendakwa menjadi orang perantaraan yaqazah Ustaz Asaari dengan 'Rasulullah'. Walaupun cerita mengenai Azura di dalam majalah Al Islam ini dikeluarkan semasa rakan-rakan saya termasuk Azura masih berada di dalam tahanan untuk disoal-siasat, saya mudah mempercayainya kerana Azura secara peribadi pernah memberitahu saya dia boleh mengembara ke 'alam kerohanian'.

'Ekspedisi kerohanian' ini selalu dilakukan bersama timbalan Ustaz Asaari, Haji Abdul Halim Abbas. Tetapi ketika itu saya masih reserve komen saya itu, kerana mahu mendengar sendiri daripada mulut Azura. Selepas tamat tempoh 60 hari soal-siasat selesai kesemua pemimpin al-Arqam yang ditahan ISA kali kedua itu telah ditahan selanjutnya di Kem Tahanan Kamunting di Taiping, kecuali Sobri Abdul Rani, Khatijah Aam dan Ibrahim Mohammad.

Sobri Abdul Rani sejurus selepas dibebaskan telah datang menemui saya memberitahu tentang buku pengakuan Ustaz Asaari yang dibacanya. Buku pengakuan Ustaz Asaari ini dibuat ketika beliau ditahan dalam ISA kali pertama dulu. Di dalam buku itu Ustaz Asaari telah mengaku tidak pernah walaupun sesaat beryaqazah dengan Rasulullah. Saya terperanjat dengan kenyataan itu tapi masih reserve lagi komen saya kerana mahu mendengar sendiri daripada mulut Azura.

Buku pengakuan Ustaz Asaari ini tidak diberi kesempatan kepada kami yang ditahan di bawah ISA kali pertama dahulu membacanya. Ini kerana pihak Bukit Aman menyangkakan kami tahu bagaimana yaqazah Ustaz Asaari itu dilakukan dan mereka terperanjat bila mendapat tahu hampir 98 peratus pemimpin al-Arqam juga tidak mengetahuinya. Malah anak-anak Ustaz Asaari juga tidak mengetahuinya.

Pada November 1996, semua pemimpin al-Arqam yang pernah ditahan di bawah ISA kali pertama dan kedua, kecuali Ustaz Asaari (yang sudah mula uzur, sakit mulut tidak boleh bercakap dengan baik/jelas) telah dipanggil berkursus selama 16 hari di Kem Tahanan Kamunting, Taiping. Timbalan Ustaz Asaari, Haji Abdul Halim Abbas telah melarikan diri ke Indonesia kerana enggan menghadiri kursus tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2006 12:41 PM | Show all posts
ok yg lasst sekali



Semasa kursus di Kamunting saya telah dimaklumkan oleh rakan-rakan yang lain bahawa mereka juga telah diberi peluang membaca buku pengakuan Ustaz Asaari setebal 800 muka surat itu. Di dalam buku itu Ustaz Asaari mengaku tidak pernah beryaqazah dengan 'Rasulullah' malah dia hanya menggunakan orang perantaraan dalam ekspedisi kerohaniannya. Orang perantaraan itulah yang mendakwa dapat bertemu dan berbual dengan 'Rasulullah'.

Paling memeranjatkan serta mengecewakan saya dan paling tidak masuk akal dalam buku pengakuan Haji Abdul Halim Abbas pula yang setebal 600 muka surat, Haji Abdul Halim juga mengaku dia telah menggunakan seorang ahli al-Arqam berbangsa Moro dari Sabah untuk menjadi perantara yaqazah dengan 'Rasulullah'. Pada hal kebanyakan para pemimpin al-Arqam mengetahui orang perantaraan ini adalah bekas seorang penyanyi kelab malam, malah pernah terlibat dalam kes homoseksual.

Bagi saya tidak munasabah Rasulullah s.a.w melantik seorang yang homoseksual untuk berhubung dengan Ustaz Asaari. Kalau Asaari mulia atau bertaraf wali Allah seperti yang didakwa oleh semua pengikutnya, kenapa tidak Rasulullah terus berhubung dengan Ustaz Asaari?

Paling memeranjatkan saya, hingga gugur jantung hati saya bagaikan kondominium Highland Tower yang runtuh meredum, ialah apabila dalam buku pengakuan itu Ustaz Asaari juga mengaku 'yaqazah perantaraan' itu memang tidak ada dalam syariat Islam.

Cara bagaimana dia beryaqazah itu sengaja disembunyikan daripada pengetahuan para pemimpin dan pengikut-pengikutnya, demi untuk menjaga kepentingan dan kredibiliti kepimpinannya.

Saat yang paling saya tunggu-tunggu untuk mendengar pengakuan daripada mulut Azura sendiri, akhirnya tiba juga iaitu semasa kursus ini diadakan. Azura telah mengaku bahawa dia mempunyai sejarah kehidupan rumah tangga yang hancur sejak dari kecil. Kemudian selepas berkahwin dengan seorang pemuda Arab, secara sengaja dan sedar beliau telah menipu Ustaz Asaari dengan mengaku mampu bertemu dengan 'Rasulullah' . Ini semua dilakukan kerana dia mahu terus kekal hidup rapat dengan Ustaz Asaari agar dia tidak kembali kepada kehidupan lamanya dan agar dipandang mulia oleh semua pengikut al-Arqam.

Peluang dapat dikahwinkan dengan Setiausaha Peribadi Ustaz Asaari selepas perceraian dengan suami Arabnya adalah 'rezeki terpijak' yang memang ditunggu-tunggunya. Lagi pun katanya lagi, bila rapat dengan Ustaz Asaari dia dapat ikut melancong ke luar negara. Dan dia juga berani mengatakan telah dijadikan perantaraan oleh Ustaz Asaari untuk beryaqazah dengan 'Rasulullah' lebih daripada 99 kali.

"Saya tahu Ustaz Asaari bukan wali, sebab itu saya berani tipu dia,'' ayat yang keluar daripada mulut Azura di hadapan lebih kurang 200 orang peserta Kursus Pemurnian Akidah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di Bangunan Tabung Haji, Kelana Jaya pada 7 Jun 1997.

Dalam kursus itu juga seorang guru agama yang juga editor khas bahagian al-Quran dan al-Hadis kepada bahagian penerbitan buku-buku Ustaz Asaari telah membuat pengakuan bahawa ciri-ciri Pemuda Bani Tamin yang didakwa dipetik dari hadis-hadis dalam sebuah kitab tua (Jamius Saghir) tidak pernah ditemuinya.

Ciri-ciri yang kononnya dipetik daripada kitab tua tersebut sebenarnya diperoleh daripada seorang menantu perempuan Ustaz Asaari berasal dari Indonesia yang didakwanya didengar dari guru pesantrennya. Menantu ini tidak pasti sama ada ciri-ciri tersebut benar-benar ada di dalam kitab tua itu. Dia hanya mengagak sahaja.

Dalam nada seperti orang yang menjerit-jerit dan separuh gila saya 'memuntahkan' semua isi perut saya di hadapan para pemimpin al-Arqam yang turut serta dalam kursus di Kem Kamunting sehingga terpaksa disejukkan kemudiannya oleh pegawai-pegawai KDN dan Bukit Aman.

"Kenapa Ustaz Asaari sanggup gadaikan iman pengikut-pengikutnya demi perjuangannya yang tidak terpijak di bumi nyata ini? Kenapa? Mereka anak-anak buah kita nun di perkampungan telah berkorban segala-galanya, harta, wang ringgit, tenaga dan segala-galanya yang ada pada mereka, hanya kerana cinta mereka pada Ustaz Asaari dan kerana menanti dan mengharap kedatangan Daulah Islamiah.

"Sekarang ni mereka hidup miskin papa kedana mengharap janji dari jadual Allah yang selalu diperkatakan oleh Ustaz Asaari. Dan kita, para pemimpin ini, pula kerana taksub kita juga, telah menanamkan lagi rasa taksub ini dalam diri mereka."

Hancur punah hati kami mendengar jawapan Asaari. Tetapi kali ini air mata saya telah terlalu kering untuk menangis lagi.

_____________________________________________________

Maka, kami menyeru kepada Asaari agar bertaubatlah atas taubat yang dimungkiri. Ingatlah kembali pengakuan yang telah dibuat, berhentilah berdusta atas nama Rasulullah s.a.w.

Tidak cukupkah peringatan berikut yang sangat keras dari Rasulullah s.a.w. untuk kita:

‏ ‏و حدثنا ‏ ‏أبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏غندر ‏ ‏عن ‏ ‏شعبة ‏ ‏ح ‏ ‏و حدثنا ‏ ‏محمد بن المثنى ‏ ‏وابن بشار ‏ ‏قالا حدثنا ‏ ‏محمد بن جعفر ‏ ‏حدثنا ‏ ‏شعبة ‏ ‏عن ‏ ‏منصور ‏ ‏عن ‏ ‏ربعي بن حراش ‏ ‏أنه سمع ‏ ‏عليا ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏يخطب ‏ ‏قال ‏ ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم:
‏ ‏لا تكذبوا علي فإنه من يكذب علي ‏ ‏يلج ‏ ‏النار

Dari Ali r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu cuba mendustakan aku kerana sesungguhnya orang yang mendustakan aku akan dimasukkan ke dalam api Neraka.

http://rufaqa-sesat.blogspot.com ... man-lagi-kisah.html
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 03:17 PM | Show all posts
he he he...tang Tun Det bnr2 terhina tu...siap kona baring nk nafikan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by Guys at 28-11-2006 07:15 PM


hehe...tang tu ko kena sabo yerk...bukti Tun Det jatuh terhina dh pun berlaku...pdhal seblm ni...aku ingat lg...penentang2 abuya bkn main lg berkokok mengejek2 dgn mengatakn tun det tk jatuh te ...



hak eleh....orang2 rupakak ni takde idea lain ke selain asyik dok nak relatekan semua yang berlaku dengan pergerakan sesat diorang?! dulu orang arqam yang sembelih ayam kat pasar selayang sibuk dok mencanang yang kununnya malaysia selamat dari krisis matawang dulu pasal adanya tok imam rupakak ni. Sekarang ni bila mahadthir buat hal dia kata bala sebab mengenakan arqam dulu...hak eleh orang PAS pun kata mahathir tertimpa bala pasal mengenakan diorang, diorang dah ramalkan dan diorang kata ini semua berkat doa almarhum Yusuf Rawa sebelum meninggal. Rupakak ni memang dah korup idea semua benda nak relatekan pada dia. konon2 dia lah yang best dan semua tunduk pada dia. Kalau cakap besar dan takabbur, rupakak lah orangnya. ni semua hasil kesesatan tok gurunya yang menuangkan sifat2 mazmumah dan buruk ni pada pengikut dia. yang kelakar Arqam siap ada pegawai publisiti lagi yang sibuk dok mencanangkan kehebatan tok guuru dia...ada ke Nabi buat macam ni dulu? Promosi diri sendiri?

Yang pasti Rupakak ditimpa bala hasil doa orang2 yang ditipunya, orang2 yang dikahwin cerai ahli2nya, orang2 yang ikhlas yang perjuangannya dikotori akibat kejahatan rupakak. terimalah balasannya di dunia ni lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 04:04 PM | Show all posts
aku nak tanya hang? sapa yg nafikan? mana penafian tuh? kau kuat tipu la guys. cam nih ha..kuat tipu:

[quote]"Sampai masa nak mati, ajal- abuya tahu dulu. Orang ni akan temui ajal sekian sekian masa. Abuya akan tanya; kita ni mati agak agak baik ke jahat?
Kata; mati baik. Tak pe, silalah ambik anak buah aku tu dulu. Tapi kalau jahat abuya minta tangguh dulu. Habis tu macam mana? Gantilah dengan siapa siapapun yang dah 憇iap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.361289 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list