CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: serihartatie

APA ISTIMEWANYA MENJADI WANITA ?[mgd] karengkang, cekpoin, winamp05

[Copy link]
Post time 22-3-2005 09:22 AM | Show all posts
ps: seorang yang berintelek tinggi pastinya bersifat terbuka ..memberi dan menerima pendapat dgn tidak ada unsur unsur provokasi.

pendapat saya yang jahil ini pula ..

ISTIMEWANYA WANITA ADALAH ..dialah ibu, dialah isteri dan dialah teman. Jika dilihat dari sudut begini dan diterapkan lagi nilai nilai murni selaku Muslim.

Jawapan sy sgt general .. pasti yg bijak pandai lbh telus pandangannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sauber This user has been deleted
Post time 22-3-2005 09:24 AM | Show all posts
36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu
Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.

36:70. Supaya dia memberi amaran kepada sesiapa yang hidup, dan supaya Ucapan menjadi wajar ke atas orang-orang yang tidak percaya.

3:14. Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada
perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik.

6:112. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan.

13:33. Apa, Dia yang berdiri atas setiap jiwa dengan apa yang ia mengusahakan? Namun begitu, mereka mengadakan bagi Allah sekutu-sekutu. Katakanlah, "Namakan mereka! Atau, adakah kamu akan memberitahu-Nya apa yang Dia tidak tahu di bumi; atau dengan ucapan yang nyata?" Tidak, tetapi dinampakkan indah bagi orang-orang yang tidak percaya, tipu daya mereka; dan mereka dihalangi daripada jalan Allah; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, tiadalah yang memberi petunjuk kepadanya.

24:39. Dan orang-orang yang tidak percaya, amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di dataran yang luas, di mana orang yang dahaga menyangkanya air, sehingga, apabila dia mendatanginya, dia mendapatinya tiada sama sekali; dan dia mendapati Allah di sisinya, dan Dia membayar perhitungannya dengan sepenuhnya; dan Allah cepat membuat perhitungan.

13:17. Dia menurunkan dari langit air, dan wadi-wadi mengalir dengan masing-masing menurut ukurannya, dan arus membawa buih yang menggelembung; dan daripada apa yang padanya mereka menyalakan api, demi menginginkan perhiasan atau kesenangan, keluar dari itu buih yang serupa dengan itu. Demikianlah Allah membuat yang benar dan yang palsu. Maka buihnya hilang seperti barang buangan, dan apa yang bermanfaat kepada manusia menetap di bumi. Begitulah Allah membuat persamaan-persamaan-Nya.

Mengatakan sesuatu tanpa dalil yang nyata dan berdasarkan mainan kata-kata yang indah adalah umpama fatamorgana di dataran yang luas atau buih yang hilang seperti barang buangan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 2005-3-21 04:31 PM:
jawab post aku kat guru murshid tuh.

semua idea ori..tak main cut n paste.guna otak


Jawab post akasyah kat guru mursyid tuh...lol
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 2005-3-22 09:00 AM:


Heran ya snipers...dulu depa kata depa ni sesua intelek-intelek yang ada belajor tinggi-tinggi tapi tak tahu etika penulisan ker?


Aku lagik heran..org yg ngaku intelek pun, leh tak reti nak beza ilmu yg baik dgn tak baik...lagiik tambah2 heran tak leh langsung nak counter apa2 ilmu yg dikata cut & paste tu secara ilmiah. Tahu komen dgn penuh provokasi...tapi betul2 tin kosong berdengung2...

Tahan lagi si sauber tu...ada gak ilmu yg nak dikongsi, nampak gak dia seorg yg intelek..tapi korang.... lawak di pagi hari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by Mia_Sara at 2005-3-22 09:22 AM:
ps: seorang yang berintelek tinggi pastinya bersifat terbuka ..memberi dan menerima pendapat dgn tidak ada unsur unsur provokasi.

pendapat saya yang jahil ini pula ..


Depa tu perasan jerk berintelek tinggi mia sara....kalau betul benar takkan tertutup minda cenggini...hanya tahu memprovokasi setiap post penyokong abuya...dan sesungguhnya itu ler sebenarnya tahap intelek depa yg dibangga2kan tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 09:39 AM | Show all posts
Originally posted by Guys at 21-3-2005 03:38 PM:


Depa tu perasan jerk berintelek tinggi mia sara....kalau betul benar takkan tertutup minda cenggini...hanya tahu memprovokasi setiap post penyokong abuya...dan sesungguhnya itu ler sebenarnya t ...


it takes one to know one :cak:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2005 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 2005-3-22 09:08 AM:
Kata-kata orang intelek

Kata-kata orang intelek

sebagai seorang yang berkecimpung di dalam bidang akademia, saya bukan senang untuk bertaklid buta tanpa memahami dan mengkaji sebelum saya berpegang kepada sst pendapat. Bukan untuk menyombong dengan ilmu yang saya ada sehingga rasa diri sudah cukup ilmu untuk tidak menerima pendapat orang lain atau tidak rasional di dalam membuat penilaian seperti yang saudara katakan itu...

dan lagi apabila tidak boleh menjawab

tak perlu saya jawab setiap apa yang sdr paparkan itu, kerana saya fikir sdr sendiri boleh mencari ilmu untuk membuat perbandingan


Tak perlu jawab ker tak mampu nak jawab...?lol
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by Guys at 22-3-2005 09:42 AM:


Tak perlu jawab ker tak mampu nak jawab...?lol


Ini ko kena tanya sendiri pada intelek kawan ko yang tulis tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2005 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 2005-3-22 08:51 AM:
Alhamdulillah terjawab sudah thread apa keistimewaan sebagai wanita ini rupa-rupanya dari sudut pandangan Abuya mewakili kaum wanita. Ini ciri-ciri wanita solehah seperti bini-bini Abuya ker yang syurga mereka hanya di rumah melayan nafsu suami yang kuat??


bini awk kot mcm tu...sebab tu leh 'teruja' tak pasal2 ke situ...otak kuning sebab tu yg kuar post pun yg kuning2...lol

Muslimah rufaqa dah bergerak seantero dunia...awk jer yg masih tak nampak..sebab apa? Sebab fikiran tu asyik fikir menda tak senonoh sampai post pun dah memenda tak senonoh...hehehe intelek konon...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 2005-3-22 09:47 AM:


Ini ko kena tanya sendiri pada intelek kawan ko yang tulis tu...


Satu jawapan biasa dr minda org yg tin kosong berdengung2.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 09:59 AM | Show all posts
amboi... panjang sungguh huraian kawan kawan ..naik juling mata nak baca. Makin saya baca makin pening ..lerrr panadol takde lah plak ... hmmm cara paling mudah untuk saya hilangkan kekusutan ...setelah membaca topik ini ialah ..

selaku seorang yang bukan intelektual, masih merangkak dan masih terus belajar dan belajar. Pada amatan saya, amat sedih sekali ..mereka yang berilmu dan lebih sedikit ilmu pengetahuannya jika tidak dikongsi bersama. Abuya atau tidak ..saya tidak mahu sentuh ..hanya ulasan saya ..secara " common sense " selaku umat Islam tidak kira mahzab apa sekali pun yang dipegang.. Rukun Islam dan Rukun Iman pastinya tidak ada perbedaan. Itu sahaja yang saya mahu ambil tahu.

Seorang wanita ..dan ... saya juga berkerjaya dan pembantu saya  rata rata lelaki ..TAPI satu saya amat tahu .. wanita sebahagiannya asal usulnya dari tulung rusuk lelaki. Dan Wanita ini tidak akan ada nilainya tanpa  pemimpin yang memimpinnya sbg wanita solehah. Dan lelaki itu pincang pimpinannya jika wanita itu tidak takut dan tidak ada langsung rasa hormat.

So ... cara ckp org jahil spt saya yang masih mahu belajar ini ..

" tak payahlah nak tegakkan apa yang tak leh nak ditegakkan ..segala mcm sunna dan hadis boleh digunakan insyaallah mengikut kesesuaian ..pasti boleh diguna pakai ( but make sure fahaman itu adalah betul ) make it simple lah .. jika kita lebih tahu , kita beritahu dan ajarlah pd yang kurang tahu ..dan jika kita ini wanita dan fikir setanding spt lelaki ..beringat ingatlah .. wanita akan ttp berada setapak dibelakang lelaki . Dan harap harap lelaki akan terhindar dari sikap lelaki bongkak.

Allah yng lebih mengetahui.

Rasa sgt jengkel adakalanya sbb MM adakala memasing lebih suka menonjolkan betapa bijaknya saya memberikan pandangan.

Maaflah .sy ini masih belajar ..just my opinion.:hatdown:

[ Last edited by Mia_Sara on 22-3-2005 at 10:02 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by sauber at 2005-3-22 09:24:
Mengatakan sesuatu tanpa dalil yang nyata dan berdasarkan mainan kata-kata yang indah adalah umpama fatamorgana di dataran yang luas atau buih yang hilang seperti barang buangan.




Serupa macam tafsir quran sendiri-sendiri, cakap main ikut akai kapla hotak sendiri-sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by Guys at 21-3-2005 03:49 PM:


bini awk kot mcm tu
...sebab tu leh 'teruja' tak pasal2 ke situ...otak kuning sebab tu yg kuar post pun yg kuning2...lol

Muslimah rufaqa dah bergerak seantero dunia...awk jer yg masih ta ...


ni yg asaari ajar?


dah takleh nak jawab personal attack?

cuba bagik bukti  belalang, eh , guys, jgn cakap kosong...awak la jawab post saya sana..kenapa saya nak jawab akasyah plak..meh la.kita share 'ilmu' awak tuh :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 10:25 AM | Show all posts
Originally posted by Guys at 22-3-2005 09:57 AM:


Satu jawapan biasa dr minda org yg tin kosong berdengung2.....


Kesiann.....meludah kat kawan sendiri. Aku nak habaq kat hang yang tulis tu kawan intelek hang yang bernama Hafizi dalam thread Mazhab. Dialah yang mengaku intelek tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 10:28 AM | Show all posts
Ehhh...mana pi budak Pilin yang dah kantoi tu??? Tukaq nama pulak kaaa??
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 22-3-2005 10:11 AM:


ni yg asaari ajar?


dah takleh nak jawab personal attack?

cuba bagik bukti  belalang, eh , guys, jgn cakap kosong...awak la jawab post saya sana..kenapa saya nak jawab akasyah plak..meh  ...


Kalau dah kantoi bukan saja buat personal attack tapi turut memfitnah. Mentaliti intelek-intelek arqam kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2005 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 21-3-2005 04:31 PM:


Kalau dah kantoi bukan saja buat personal attack tapi turut memfitnah. Mentaliti intelek-intelek arqam kot?


bagaimana acuan begitulah kuihnya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 06:17 PM | Show all posts
ISTERI CERDIK DAN BERSTRATEGI PERMUDAHKAN  PERJALANAN SUAMI




Islam adalah agama bagi orang yang cerdik.  Orang cerdik akan memilih sesuatu yang dapat menyelamatkan dirinya.  Bukan sahaja selamat bahkan tenang, senang, damai, dan bahagia di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.  Sebab itu orang cerdik akan memilih sesuatu yang tepat dan bukan setelah kena tipu baru ternganga.  Itlah sebabnya orang cerdik memilih akhirat daripada dunia.

Islam mahukan wanita-wanitanya juga cerdik dan bersrategi.  Cerdik adalah penting.  Terutamanya isteri para pejuang.  Isteri yang cerdik dan berstrategi tahu menilai dirinya dan bijak meletakkan diri, kerana pada tempatnya.  Sifat cerdik membolehkan ia banyak membantu perjuangan suami.   

Isteri yang cerdik sentiasa pandai mengatur hidupnya, mengurus rumahtangganya, suami serta anak-anak.  Ia cekap dalam bertindak jika ia perlu membuat keputusan sendiri.  Isteri yang begini mampu untuk hidup dalam berbagai keadaan.  Ia pandai menysuaikan diri.  Suami akan menjadi dungu kalau memiliki isteri yang tidak cerdik yang hanya berfikir tentang dirinya, perasaanya tanpa memikirkan pengorbanan dan perjuangan suami.

Pejuang ertinya orang yang hidup berjuang. Bila berjuang ertinya perlu berkorban, dan setiap yang berkorban mesti terkorban.  Sedikit sebanyak isteri-isteri pejuang adalah orang yang merelakan dirinya berkorban dan terkorban di jalan Allah.  Bukan senang untuk menjadi isteri seorang pejuang.  Terpaksa mengorbankan segala-gal demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Tentulah sakit dan perit, tapi itulah nilai dirinya disisi Tuhan.

Sebab Rasullullah memilah isteri-isterinya dari kalangan cendiakawan(cerdik pandai).  Bukan sahaja cerdik bahkan tangkas, cergas, bijak, rajin disamping cantik dan pemalu. Perempuan mesti ada sifat pemalu.  Sebab malu itu bagi wanita adalah sebahagian dari iman.

Pernah dalam sejarah memaparkan bagaimana cerdiknya isteri Rasullullah SAW.  Kesemuanya isteri banginda 11 orang yang kekal dan terkenal dalam sejarah dan disebut-sebut.  Yang cerdik diantara mereka, biajak pula dan selalu disebut-sebut oleh Rasullullah SAW ialah Sayiditina Aisyah r.ha.Sayiditina Aisyah r.ha. wanita mulia ini diberi kelebihan oleh Rasullullah, kuat pula ingatan dan dapat pula luahkan dengan tepat bila ditanya.

Kadangkala wanita-wanita akhir zaman ini memiliki sifat-sifat pandai berhujah tapi kepandaian itu digunakan untuk melawan kata-kata suami dan ibu bapa sehingga suami rasa dirinya tidak dihormati.  Ada juga wanita-wanita cergas, tangkas, bijak, dan rajin tetapi bukan pada suami dan bukan mengabdikan diri pada jalan Allah.  Mereka cergas, tangkas, bijak, rajin di hadapan boss, bersama kaum lelaki, turun naik bas untuk ketempat kerja, menghadiri majlis social, lincah berkawan di disko-disko, kelab-kelab malam dan sebagainya.  Ini bukan waniat cerdik.

Waniat cerdik pandai menjaga maruah diri, pandai membatasi diri dengan hukum-hukum syariat.  Kalau ia terlanjur, ia cepat-cepat memohon maaf pada suami, bertaubat minta ampun pada Allah dan berazam tidak mahu mengulangi lagi.  Wanita cerdik sanggup berkorban apa sahaja untuk suami hatta perasaannya sendiri semata-mata hanya kerana ingin melihat hati suami gembira dengan layanannya kerana kegembiraan suami ertinya pahala untuk dirinya.  Sekalipun dirinya dan jiwanya terpaksa bermujahadah.  Waniat cerdik berjiwa merdeka.  Hatinya tidak dijajah oleh rantaian dunia, syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa menipu.  Itulah waniat cerdik yang berstategi dalam menghadapi hidup.

Isteri-isteri Rasulullah yang cerdik-cerdik semuanya pernah dimiliki oleh orang lain, kemudian terlepas ketangan Rasulullah.  Syaditina Aisyah sebelum berkahwin dengan rasulullah SAW pernah bertunang dengan orang lain.  Ummu Salmah ( kedua cerdik ) pernah menjadi kepada isteri kepada Abu Salamah.  Zainab r.a sebelum dikahwini Rasulullah, merupakan isteri kepada anak angkat baginda, Zaid Bin Harisah.  Begitulah dengan yang lain-lainnya ada yang pernah menjadi janda sebelum berkahwin dengan Rasulullah.  Setelah diamati dan dinilai barulah Rasulullah SAW kekalkan sebagi isteri.

Juwairiyah r.ha. adalah seorang tawanan perang.  Sebelum dijadikan isteri Rasulullah sudah terserlah kecerdikannya.  Biasanya kalau sudah jadi tawanan, seorang itu akan bingung dan beku ( jadi bodoh ), tetapi tidak pada juwairiyah.  Sebaliknya ia sanggup berjumpa Rasulullah minta diberi perlindungan, dibebaskan dia dan keluarganya.  Orang yang berjiwa tenang sahaja yang boleh membuat begitu disaat orang lain gawat.  Inilah wanita yang Rasulullah mahu dan diperisterikan.  Buakn panik dan takut hanya kerana seekor lipas!

Begitulah penilaian Rasulullah dalam memilih calon isteri.  Bukan seperti kita hari ini.  Pilih calon kerana ada kelulusan universiti.  Kononnya bijak boleh melahirkan anak yang pintar.  Tapi kebanyakan  yang berpendidikan tinggi tidak sedar dia menghambakan ibu ayah dan mentua.  Ibu ayah dan mentua dijadikan hamba menjaga anak-anak mereka.  Itupun ibu-ayah tidak sedar kerana dikaburi dengan wang yang dihulurkan setiap bulan.

Ada yang menganggap isteri yang cerdik itu isteri yang up-to-date yang berpakain ikut trend,make-up tebal, rambut diset dengan pelbagai fesyen.  Boleh ikut suami dalam apa sahaja majlis pun,  pandai menari dan tidak kekok bergaul dengan rakan-rakan suami.  Itu yang diharapnya dijadikan isteri.  Hanya suami yang dayus sahaja yang sanggup melihat isteri ditonton oleh rakan-rakannya.  Lelaki dayus tak akan masuk syurga, kata Allah.  Itupun kita masih tidar sedar.  Masih berkhayal dengan dunia yang bersifat sementara.

Cuba kita lihat apa pentingnya Rasulullah memilih wanita-waniat cerdik sebagai isteri? Pada sesetengah lelaki, ia hanya menilai pada cantiknya semata-mata.  Pada pemimpin ummah seperti Rasulullah, sangat memerlukan isteri yang cerdik dengan kecerdikannya dapat dapat membantu baginda dan perjuangan Islam.


Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 06:20 PM | Show all posts
erm..bagaimana ngan kes budak medik yg belaja tak abis kawin nagn org tua tuh??alah yg buat mak bapak dia kecewa tuh??dia bukan belajar universiti ker??
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 06:24 PM | Show all posts
ISTERI YANG BIJAK DAN BERSTRATEGI




Perempuan cerdik dapat membantu suami disudut ia mampu semata-mata untuk membangunkan islam.  Ia senang diajak bertukar-tukar fikiran, berbincang, saling memberi dan menerima, dapat pula melayan suami dengan baik, dapat menerima bauh fikiran suami dan disampaikan dengan tepat pula.  Sanggup berhadapan dengan bermacam-macam golongan masyarakat selagi tidak melanggar batas syariat, dapat membela Islam bila dipertikaikan dan lain-lain lagi.  Bila isteri dapat berperanan sedemikain disisi suami yang berwatak pejuang.

Kalau cantik semata-mata tanpa cerdik dan berstategi, suami akan cepat jemu.  Suami pulang semata-mata untuk berehat dan bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak.  Selepas itu dia akan diam membisu.  Perasan jemu tinggal dirumah akan menyebabkan suami tidak suka duduk di ruamh.  Apatah lagi kalau isteri itu disamping tidak cerdik dalam menghadapi suami, tidak ada rupa pula, lagilah suami jemu.

Untuk berhadapan suami, perlu juga susun strategi.  Perlu faham dan kehendak.  Perlu faham 憁ood
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 1.299563 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list