CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Rasulullah saw telah mentafsir Keseluruhan Kandungan Al Quran

[Copy link]
fazilogic This user has been deleted
Post time 14-11-2006 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by vato at 14-11-2006 02:40 AM

Manusia yang suci bermula dari Islam...bukan dipelopori oleh yahudi ...

Setau saya, agama Islam ini wujud sejak zaman Nabi Ibrahim lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2006 10:08 AM | Show all posts
salam

kenapa kena pergi cari jauh jauh manusia suci
kan berdekatan kita banyak
dan banyak sekali.....

tak tahu kah??????
pergilah kat Hospital
dan carilah MANUSIA yang baru dilahirkan!!!!!
mungkin masih tak terasa apa-apa
perhatikan......
dan perhatikan......
dan teruskan pengamatan saudara
mungkin ianya ada disitu......

SESUNGGUHNYA KUJADIKAN MANUSIA DARI SEBAIK BAIK KEJADIAN.......
DAN JIWA SERTA PENYEMPURNAANNYA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 14-11-2006 09:08 AM
salam

kenapa kena pergi cari jauh jauh manusia suci
kan berdekatan kita banyak
dan banyak sekali.....

tak tahu kah??????
pergilah kat Hospital
dan carilah MANUSIA yang baru dilahirkan!!!! ...


Kat hospital ler nie...alamak budak suci tu buang air ler pulak. Tolong datang basuh...:lol

Sapa lak nak tukar lampin dia nie...???:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 10:43 AM | Show all posts
Salam M5, Grave, Fazi, Vato dan semua...............

Lihatlah pebincangan yang sedang kita sertai, saya rasa begitu nyaman sekali bila masing-masing dapat mengutarakan pendapat yang bermanfa'at, rasional dan berpandukan aqal yang ALLAH berikan.  Selagi kita dapat meletakkan nafsu lawaamah diluar sfera perbincangan dan sentiasa berpandukan Al-Quraan, beserta niat Lillahita'ala, InsyaALLAH hawa bilik ini akan sentiasa nyaman dan aman

Tetapi jika kita terburu-buru dalam menghamburkan pendapat, maka kesilapan fakta akan berlaku.  Dan bila berlaku undurlah kembali, akuilah kesilapan kita dengan berlapang dada dan janganlah lagi kita 'rigid with false statement'.  

Mungkin kita ingat atau mungkin juga lupa kata-kata Saidina Abu Bakar ketika melihat Saidina Umar yang tidak dapat mengawal perasaan seketika setelah wafatnya baginda Muhammad SAW.  Ketika itulah beliau membacakan surah Al-Imraan:144

[144] Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, Adakah kamu berbalik? Dan sesiapa yang berbalik  maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan  Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

Dan Saidina Abu Bakar berkata lagi:

"Barangsiapa menyembah Muhammad, ketahuilah, bahwa Muhammad telah wafat, tetapi barangsiapa menyembah Allah, ketahuilah Allah hidup selama-lamanya."

Apakah ada maksud lain bila Saidina Abu Bakar berkata begitu?  Iaitu bila ia berkata barangsiapa menyembah Allah, ketahuilah Allah hidup selama-lamanya."


Dan hanya yang rasional dapat menerima bahawa Nabi Muhammad juga adalah manusia seperti kita, yang membezakan ialah tugas penting lagi berat yang ALLAH 'assign'kan kepada baginda.

Bagaimana pula reaksi Saidina Umar? Dengan penuh insaf dia menyarungkan kembali pedangnya sambil beristighfar setelah mendengar ayat itu dan pesanan Saidina Abu Bakar yang menerangkan perkara itu berpandukan Al-Quran.

Walaupun ayat itu telah lama dihafalnya di dalam kepalanya, ketika itu seolah-olah ia baru mendengarnya bagai kali pertama.

Kalau Saidina Umar boleh terpengaruh denga nafsu marah dalam keadaan genting, dan besegera undur kembali mengawal diri apakah  kita yang beriman tipis ini tidak mahu mengambil ia sebagai tauladan? Iaitu segera tunduk dan patuh kepada ayat-ayat ALLAH tanpa uh dan ah...............

Sikap inilah yang patut menjadi pemandu kepada kita apabila berbincang mengenai sesuatu hal yang berkaitan dengan Al-Quran, iaitu apabila diketengahkan ayat-ayatNya, segeralah beristighfar dan kembali meneliti ayat-ayat berkenaan setelah diberi panduan dan hindarkan sikap terburu-buru dalam memberi respon.

Semuga ada yang nampak apa yang saya cuba ketengahkan untuk pertimbangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 14-11-2006 12:58 AM


Salam Sejahtera ayyohpeen, semua

Penghayatan kandungan al Qur'an memerlukan kita sebagai pembacanya membersihkan diri dari dogma dan sandaran yg tidak ada kaitan dgn al Qur'an.  Ini banyak k ...


Saya telah memerhatikan kembali setiap ayat solatuzzaka............

Tetapi pada peringkat ini adakah M5 ingin menyatakan maksud sebenar  perbuatan solat itu mestilah sentiasa murni/ikhlas/kerana ALLAH sahaja?

Semuga suatu hari nanti, dalam masa terdekat ada lagi terjemahan yang lebih radikal, tidak terikat dengan terjemahan yang lama yang semakin irrelevent. Dan saya boleh membayangkan perkara kebajikan seperti sedekah yang sebenarnya bila zakka itu 'keep it pure'. teringat ayat ALLAH: memberi kepada orang miskin yang meminta dan yang tidak meminta.

ALLAH MAHA MENGETAHUI.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:22 AM | Show all posts
I suka baca perbincangan ini tapi banyak berteori saja. I harap ayyaohpeen boleh bagi alternatif pada amalan-amalan yang dh biasa buat. For example...kalau kata sembahyang cara mazhab tak betul, bagaimana pula caranya yang betul. Thanx.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2006 11:54 AM | Show all posts
sebagai penerusan mengenai zakka...........


[43]
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua  bersama-sama orang-orang yang rukuk.

Atas adalah terjemahan yang selalu kita temui

Setelah zakkawa itu pada pembacaan pertama merujuk kepada zakat, maka pada peringkat ini bolehkah saya menterjemahkan sebagai  begini:

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan murnikanlah sentiasa perbuatan itu dan tunduklah kamu semua  bersama-sama orang-orang yang tunduk.

Mohon M5 membantu saya dalam perkara ini sekadar pertimbangan.

ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANTUN

[ Last edited by  ayyohpeen at 14-11-2006 11:57 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by BikerLady at 14-11-2006 11:22 AM
I suka baca perbincangan ini tapi banyak berteori saja. I harap ayyaohpeen boleh bagi alternatif pada amalan-amalan yang dh biasa buat. For example...kalau kata sembahyang cara mazhab tak betul, ba ...


Salam biker lady dan semua.....................
Boleh hubungkan saya dengan ustaz yang mengajar emak awak?
Mengenai solat sudah banyak kali dibentangkan pada thread lain.  Sila rujuk supaya tidak ovelapping. Mohon ma'af, bukan tak mahu bincang disini, cari thread yang pasal tajuk tu dan tanya saya disana, InsyaALLAH saya akan menjawab sebaik mungkin. Atau kalau anda benar-benar mahu tahu boleh pm saya sebagai Alternatif

Saya tidak berteori sahaja, tetapi saya sudah mempraktikkan beberapa perintah ALLAH yang saya baca secara HAQ dari Al-Quran, mungkin berteori itu pada anda menyebabkan seolah-olah ada nada was-was?  Jika Al-Quran itu dibaca secara HAQ, disamping  memohon petunjuk dari ALLAH dan sentiasa meminta agar ALLAH jauhkan kita dari hasutan dan gangguan Iblis dan bertekad untuk mematuhi dan melaksanakan perintah ALLAH sebagaimana firman-firmanya didalam Al-Quran InsyaALLAH, there is no more theory as you claimed.  Dan saya tidak pernah mengatakan sembahyang secara mazhab tidak betul, kalau saya kata lana a'maluna, lakum a'malukum, itu adalah.  Again, Let us discuss at appropriate thread.

Nice to having first response fr you.........
Salamun Alaikum...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2006 12:52 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 14-11-2006 01:01 PM


Salam biker lady dan semua.....................
Boleh hubungkan saya dengan ustaz yang mengajar emak awak?
Mengenai solat sudah banyak kali dibentangkan pada thread lain.  Sila rujuk supaya t ...


Salam sejahtera ayyohpeen, Bikerlady, semua.

Saya rasa pertanyaan bikerlady tu ada substance nya dan berniat baik.  Mungkin ayyohpeen tersilap tafsir tujuan persoalan tersebut.  So stay cool.

Isu solat sememangnya akan mengundang berbagai2 polemik.  Tetapi hakikatnya, jawapan yg jelas, pasti telah disediakan oleh Pencipta kita melalui penghayatan yg dapat dibuat dgn merujuk kembali al Qur'an.  Saya ada buka thread Isra' Mikraj dan kaitan dgn Sembahyang 5 Waktu bagi yg berminat untuk melihat dan membincangkan isu ini.  Perkongsian pendapat mungkin boleh disalurkan ke thread tersebut untuk tidak menggangu perjalanan topik disini.


Originally posted by ayyohpeen
Saya telah memerhatikan kembali setiap ayat solatuzzaka............

Tetapi pada peringkat ini adakah M5 ingin menyatakan maksud sebenar  perbuatan solat itu mestilah sentiasa murni/ikhlas/kerana ALLAH sahaja?


Ini semestinya mengundang persoalan apakah itu "sola" yg sering kali disebut didlm al Qur'an.

Apa jua tafsiran yg dibawa oleh Sola, yg mungkin boleh dikupas di thread yg saya nyatakan diatas, ianya tidak boleh dicemari/keep it pure/zakka kerana jika tidak, ianya akan merubah konsep peace/islam yg dinyatakan sebagai "deen-illah". Akibat dari apa jua pilihan yg kita buat, kesannya akan menimpa balik kepada kehidupan kita sendiri.

Kembali kepada zakka, dalam lebih 80 kali disebut didlm al Qur'an, ianya tidaklah merujuk kepada cukai/tax/imbuhan harta benda.  Konsep pemberian harta disebutkan sebagai sadaqah dan nafkah.  Zakka, literally membawa maksud pembersihan/pure/purify.  Konsep zakat yg ditakrifkan sebagai cukai/tax merupakan peninggalan fahaman yg dibawa oleh paderi2 Kristian untuk mengutip wang bagi menggerakkan institusi gereja yg tidak ada sandarannya dari Tuhan.  Fahaman yg sama telah diadaptasikan kedalam Islam.

Berbalik kembali topik pembuka thread, samada Nabi Muhammad telah menafsir panduan2 didlm al Qur'an, jika dilihat dari aspek zakat sebagai contoh, apa yg dipraktiskan masa kini tidak dapat dipastikan secara absolut samada amalan ini datangnya dari Nabi sendiri.  Kita boleh lihat masalah yg sama bila Kristian mengatakan Nabi Isa sebagai Tuhan.  Apa yg dipraktiskan oleh Kristianiti tidak semestinya datang dari Nabi Isa.  Yagn jelasnya, Nabi Isa tidak pernah lari dari tugas beliau sebagai pesuruh Tuhan, dan peranan yg sama dibawa oleh Nabi Muhammad.

Untuk memastikan samada fahaman kita adalah selari dgn apa yg dipraktiskan oleh Nabi2 kita, pilihan yg ada untuk mencari absolut truth bergantung kepada sejauh mana kita menerima penerangan2 dari al Qur'an.

Salam Sejahtera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 14-11-2006 10:43 AM
Mungkin kita ingat atau mungkin juga lupa kata-kata Saidina Abu Bakar ketika melihat Saidina Umar yang tidak dapat mengawal perasaan seketika setelah wafatnya baginda Muhammad SAW.  Ketika itulah beliau membacakan surah Al-Imraan:144

[144] Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, Adakah kamu berbalik? Dan sesiapa yang berbalik  maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan  Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.



Alhamdulillah, sdr mengambil sejarah ahli sunnah untuk dirasionalkan serta dikaitkan dengan ayat al-quran tersebut. Saudara percayakah pada sejarah tersebut? Tidak kah ini ada unsur-unsur politik untuk kepentingan sesuatu puak saja.
Mengikut sejarah sahabat utama Ubaidah adalah terlebih dahulu datang sebaik saja Rasulullah saaw wafat dan ketika itu Umar kelihatan marah atau buat-buat marah kerana tak percaya Rasulullah saaw wafat. Ubaidah telah membacakan ayat-ayat tersebut pada Umar namun Umar tidak mahu menerimanya. Sebaik saja Abu Bakar yang datang lalu membacanya lantas Umar percaya. Selepas itu belum selesai jenazah Rasulullah saaw diuruskan maka mereka berdua telah pergi ke Saqifah Banu Saadah dan lantas Umar melantik Abu Bakar sebagai Khalifah.
Maaf kerana membawa faktor sejarah dalam perbincangan ini namun adakalanya akal yang sihat juga perlu merenung segala versi yang ada untuk dipertimbangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 09:42 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 15-11-2006 11:05 AM


Alhamdulillah, sdr mengambil sejarah ahli sunnah untuk dirasionalkan serta dikaitkan dengan ayat al-quran tersebut. Saudara percayakah pada sejarah tersebut? Tidak kah ini ada unsur-unsur polit ...


Salam.............
Minta ma'af, sejarah ini bukan sejarah Ahli Sunnah sdr Grave yang bijaksana, tetapi sejarah para sahabat yang tercatit sebaik sahaja Nabi Muhammad wafat, semasa ini belum ada mazhab lagi dan Saidina Abu Bakar atau seperti yang anda yakin bahawa Ubaidah yang terlebih  dahulu memetik Firman ALLAH yang terkandung dalam Al-Quran itu namun tidak dihiraukan oleh Syaidina Umar.  Dan saya telahpun menetapkan pendirian saya, sekiranya sabda Rasulullah atau kata-kata sahabat atau lisan dari kamu sendiri yang jika ada dipetik dari firman dan jika selari, ada persamaan dengan HADITH ALLAH, maka saya Tunduk dan Patuh kepada ALLAH melalui KalamNya dan menerima sabda Nabi Muhammad serta Sahabat-sahabat baginda, hatta dari Tuan Grave sendiri tanpa bantah.  Point saya disini sebenarnya ialah petikan dari Firman ALLAH itu.

Tetapi jika ianya terang-terang bertentangan, lalu saya terang-terang menolak...........

**Hmm, nampaknya dari sejak sebaik Nabi wafat, politik hawa nafsu dengan pantas menguasai hati-hati mereka yang dekat seperti Sahabat-sahabat Nabi.  Adakah anda fikir 4 sahabat yang terkenal dengan Khulafa Ur Rashidin in terbabit langsung atau hanya konco-konco mereka, atau hanya berlaku selepas daripada yang 4 itu?** Sekadar bahan sampingan untuk kita sembang-sembang, boleh ke sdr grave?  Dan hal politik, bila disebut politik, matlamat menghalalkan cara seakan-akan sinonim dengannya...............**  
###Lagi satu sebagai tambahan, bagaimana pendapat sdr grave mengenai cerita dari sejarah(tak tahu versi siapa yang sebenarnya) bahawa Selepas 20 hari, barulah Saidina Abu Bakar menerima tugas secara rasmi sebagai khalifah, iaitu selepas Saidatina Fatimah meninggal.  Ini kerana Fatimah mempertikaikan mengenai Harta penginggalan, samaada nak dihakmilikkan sebagai harta pusaka atau harta kerajaan.  Betulkan saya sekiranya ada kesilapan.Tidak berani hendak menyebut ianya sebagai fakta.

Semuga ALLAH sentiasa Sibghah saya dengan Iman dan Taqwa serta tidak terburu-buru dalam membuat kenyataan.

Off Topic sikit sdr grave, sebelum bertanya saya mohon ma'af dari anda terlebih dahulu andaikata pertanyaan saya ini menyinggung, iaitu semasa saya membuka thread Puasa Mengikut Al-Quran dahulu, adakah anda meneliti sendiri ayat-ayat dari Al-Quran, terutama surah Al-Baqoroh ayat 187  lalu beriman dengannya, atau anda mempraktikkan begitu kerana mengikut Imam anda? SALAM............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 11:00 PM | Show all posts
Salam sdr grave dan semua..............

Oh ya, jika saya mengambil cerita sejarah dari ahli sunnah, kemungkinan begini bunyinya;
Diriwayatkan oleh sipolan bin sipolan bahawa beliau mendenganr sipolan bin sipolan berkata bahawa beliau mendengar sipolan bin sipolan berkata bahawa beliau dengar sipolan bin sipolan berkata bahawa sipolan bin sipolan..................  Dan kenapakah samada Ubaidah mahupun Syaidina Umar tidak mengeluarkan satupun petikan apa yang dikatakan sebagi hadith (tentu semasa ini belum disohihkan lagi?)untuk disampaikan kepada Saidina Umar supaya sejuk perasaan marah atau buat-buat marah(ada udang disebalik batu?)seperti dakwaan anda.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 12:24 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 15-11-2006 10:00 PM
Salam sdr grave dan semua..............

Oh ya, jika saya mengambil cerita sejarah dari ahli sunnah, kemungkinan begini bunyinya;
Diriwayatkan oleh sipolan bin sipolan bahawa beliau mendenganr s ...


Nampaknya dah off topik...tapi tak pe, teruskan...:nerd:
Kalau ditilik2 dari jauh nampaknya sejarah dari pihak syiah nie lebih relevan dan logik. Sukar nak sangkal dan tepat.
Logiknya memang ada udang disebalik batu untuk memperkuatkan kedudukan sesama sendiri pada masa tu. :jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by vato at 16-11-2006 12:24 AM


Nampaknya dah off topik...tapi tak pe, teruskan...:nerd:
Kalau ditilik2 dari jauh nampaknya sejarah dari pihak syiah nie lebih relevan dan logik. Sukar nak sangkal dan tepat.
Logiknya memang  ...


Salam vato dan lain-lain........

Kerana anda fikir ada logik mengenai udang dan batu, itu adalah satu perkara yang menarik kepada anda kerana ada bahan yang anda nampak menyebelahi pegangan anda?

Sekali lagi, kepada saya itu bukanlah keperluan bagi saya, Tetapi, tugas Rasulullah sempurna sesempurnya dan telah lengkap seperti yang ALLAH tugaskan.  Dan sebagai manusia yang dipertanggungjawabkan sebagai Nabi dan Rasul, ia wajar dihormati atas kapasitinya itu, namun sebagai manusia juga, beliau telah wafat,wafat setelah sempurna dan lengkap tugas yang ALLAH amanahkan kepada Baginda. Kewafatan Baginda sepatutnya menyedarkan kita bahawa kita tidak boleh memuja-muja sesama manusia langsung.
Hormatlah Baginda Rasullah dengan 'adil. Namun PENGHORMATAN yang HAQ hanya untuk ALLAH YANG MAHA HIDUP!
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 15-11-2006 09:42 PM


Salam.............
Minta ma'af, sejarah ini bukan sejarah Ahli Sunnah sdr Grave yang bijaksana, tetapi sejarah para sahabat yang tercatit sebaik sahaja Nabi Muhammad wafat, semasa ini belum ad ...


Saya tidak memaksa tuan untuk mempercayai sejarah yang telah saya ketahui melalui pembacaan untuk difikirkan bersama. Sepatutnya sebagai seorang yang bijaksana, tuan mempertimbangkannya dari berbagai-bagai sudut fakta dan logika dari kedua-dua belah pihak sama ada pro atau kontra. Selepas itu barulah tuan boleh memilih yang mana boleh diterima berdasarkan rasional atau akal yang berkaitan dengan isu-isu kehidupan dulu dan semasa.
Sejarah itu adalah satu yang penting. Bukankah kita dituntut supaya belajar dari sejarah? Dan bukankah juga al-quran itu penuh dengan kisah-kisah sejarah yang perlu dijadikan pengiktibaran dan panduan??


[ Last edited by  Gravedigger at 17-11-2006 04:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2006 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 17-11-2006 04:22 PM


Saya tidak memaksa tuan untuk mempercayai sejarah yang telah saya ketahui melalui pembacaan untuk difikirkan bersama. Sepatutnya sebagai seorang yang bijaksana, tuan mempertimbangkannya dari b ...


Salam sdr grave, saya setuju bila kita kena mempelajari sejarah, namun percaya atau tidak kita kena lihat beberapa faktor, kerana ia adalah hasil kerja manusia yang tidak terlepas dari khilaf dan 'interest'.  Berbanding dengan sejarah yang difirmankan dalam Al-Quran, saya tiada bantahan walau sebesar zarahpun keran saya beriman dengannya.  Oleh kerana saya tidak berpihak kepada mana-mana manusia dalam hal ini, maka faktor ketepatan fakta menjadi panduan, namun tidak telepas dari merujuk sesuatu itu dari Al-Quran(ini priority kepada saya).  
Saya juga setuju bahawa semua itu perlu kepada pertimbangan.  Lalu kerana pertimbanganlah saya kembalikan semua yang saya rujuk itu ke tempat rujukan Utama, iaitu Imam saya.

ffara memberi Salam yang sdr amalkan tu saudara rujuk dengan imam saudarakah?  Saya merujuk dengan IMAM saya, iaitu Al-Quran.
SALAMUN ALAIKUM..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2006 01:05 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 18-11-2006 10:49 PM
Cara memberi Salam yang sdr amalkan tu saudara rujuk dengan imam saudarakah?  Saya merujuk dengan IMAM saya, iaitu Al-Quran.
SALAMUN ALAIKUM..............


Salam Sejahtera ayyohpeen,

Walaupun off-topic, tapi kalu dibawa berbincang cara salam as per al Qur'an, nanti makin jauh pula perbincangan asal kat thread ini.

Anyway, since dah terkeluar lagi cerita ni, kita sambung sikit lagi.

Kita kadang2 meletakkan fokus kita kepada ayat al qur'an tanpa melihat substance/isi nya.  Samada SALAMUN ALAIKUM, Assalamualaikum, Assalamualaikum w.r.t, 'akum, etc, konteks message yg diterangkan dilm al Qur'an bukanlah terletak kepada bagaimana kita mengucapkan ayat2 tersebut.  Tetapi yg penting adalah perbuatan kita .

Bila kita mengucapkan SALAMUN ALAIKUM, atau yg seangkatannya, ucapan kita adalah bagi menerangkan niat tindakan kita untuk be at peace /"aman dan sejahtera" dgn orang yg kita berinteraksi.  There's nothing religious atau sacred dgn ucapan SALAMUN ALAIKUM, dsbnya jika tidak direalisasikan dgn sebarang tindakan.

Konsep mengajak manusia lain untuk "be at peace" adalah part n parcel panduan2 yg diberi dildlm Kitab terdahulu yg kita sedia maklum bukannya diturunkan didlm bahasa Arab.  Tuhan yg sama ada menggunakan ayat2 yg lain untuk menerangkan konsep yg sama.  

Bagi saya, tidak perlulah kita membandingkan mana satu ayat yg lagi tepat dan bagus untuk digunakan. Sebaliknya tindakan kita itu yg sebenarnya akan menentukan samada apa yg diucapkan itu ada membawa apa2 nilai atau hanya sekadar perhiasan dibibir sahaja.

Shalom aleichem (שָׁלוֹם עֲלֵיכֶם; literally "peace be upon you"), aloha, namaste dan Salam Sejahtera
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 09:59 AM | Show all posts
Salam M5 dan semua,

Bab salam ini juga sedang diperbincangkan di topik 'Sejauh Mana Al Quran Perlu Ditafsir Menggunakan Akal'.

Originally posted by M5 at 19-11-2006 01:05 AM

Bagi saya, tidak perlulah kita membandingkan mana satu ayat yg lagi tepat dan bagus untuk digunakan. Sebaliknya tindakan kita itu yg sebenarnya akan menentukan samada apa yg diucapkan itu ada membawa apa2 nilai atau hanya sekadar perhiasan dibibir sahaja.

Shalom aleichem (שָׁלוֹם עֲלֵיכֶם; literally "peace be upon you"), aloha, namaste dan Salam Sejahtera

Antara fungsi ucapan salam hormat adalah untuk tujuan mengenalpasti identiti seseorang itu. Menurut ayat 58:8 berikut ini;

58:8. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dilarang daripada pembicaraan rahsia, kemudian mereka mengulangi apa yang mereka telah dilarang padanya, dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul? Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata, "Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita mengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!

Ini adalah suatu ucapan yang mudah dan tidak memerlukan penguasaan Bahasa Arab yang tinggi untuk beramal dengannya. Dengan beberapa suku-kata ianya membezakan antara orang yang tunduk kepada petunjuk Allah dengan orang yang mengingkari rasul yang membawa bersamanya petunjuk dari Allah, iaitu Pembeza. Bagi orang mengaku dirinya kembali kepada ajaran Al-Quran, baik orang Yahudi, Hawaii, India, Arab dll, wajib mengucapkan salam hormat dengan ucapan yang Allah ajarkan didalam Al-QuranNya.

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2006 11:45 AM | Show all posts
Tak per off topic dlm my thread ... Pandai2 la I lencongkan balik ke topik asal nanti...

Ttg fungsi ucapan salam... ada berbagai tertibnya dlm berbagai situasi berbeza..

contohnya...

Hukum salam yg diberikan dlm bahasa lain... ada 3 pendapat ulama Mazhab Shafi'i

- Memberi salam dlm bahasa lain selain bahasa Arab adalah tidak memandai

- Memberi salam dlm bahasa lain selain bahasa Arab hukumnya memandai

- Memberi salam dlm bahasa lain selain bahasa Arab ( org itu pandai bhs Arab) adalah tidak memandai.  Jika tidak pandai maka memandai bg dirinya

Pendapat yang terkuat di antara ketiga2 pendapat tersebut ialah pendapat yang mengatakan sah salam itu dengan bahasa asing dan wajib dijawab oleh orang yang diberikan salam itu jika ia memahami maksudnya sama ada ia mengetahui bahasa Arab ataupun tidak kerana walaupun di dalam bahasa asing ia tetap dinamakan sebagai penghormatan dan salam.

Tetapi bagi orang yang tidak betul sebutan salamnya maka harus bgnya memberi salam sekadar yg termampu, ia dianggap dlm keadaan darurat.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 03:33 PM | Show all posts
SALAM BUAT SEKALIAN ALAM

dan saya mendengar balik.....
adakah pokok membalasnya
adakah si kodok turut membalasnya
adakah yg DISEKELILING membalasnya jugak

atau hanya prasangka saya
yang mereka membalasnya
DENGAN IZIN TUHAN......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.191340 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list