CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gravedigger

Abdullah bin Saba

[Copy link]
 Author| Post time 23-2-2006 04:53 PM | Show all posts
18. Khalifah Abu Bakar menyesal menjadi seorang manusia, malah dia ingin menjadi pokok dimakan oleh binatang kemudian mengeluarkannya. Abu Bakar berkata:"Ketika dia melihat seekor burung hingap di atas suatu pokok, di berkata:Beruntunglah engkau wahai burung. Engkau makan buah-buahan dan hinggap di pokok tanpa hisab dan balasan. Tetapi aku lebih suka jika aku ini sebatang pokok yang tumbuh di tepi jalan. Kemudian datang seekor unta lalu memakanku. Kemudian aku dikeluarkan pula dan tidak menjadi seorang manusia."[al-Muhibb al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah,I,hlm. 134; Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah,III,hlm. 130]

Kata-kata khalifah Abu Bakar itu adalah bertentangan dengan firman Allah SWT di dalam Surah al-Tin (95):4:"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia di dalam bentuk yang sebaik-baiknya."Dan jika Abu Bakar seorang wali Allah kenapa diaharus takut kepada hari hisab?Sedangkan Allah telah memberi khabar gembira  kepada wali-walinya di dalam Surah Yunus(10):62-64,"Ingatlah, sesungguhnya wal-wali Allah ini tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat.
Tidak ada perubahan kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2006 11:53 PM | Show all posts
masya allah.......apa ko meracau ni??!!!guru mana yang ajar ko semua ni???!!.(mesti jawab)

"allahuma 'il'an man qabbaha ashaba rasulillah s.a.w.waj'alhu muhana fi dunya wal akhirah" "ya allah, madad":pray::pray:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2006 10:13 AM | Show all posts
Terganggu seketika bayangan yang digambarkan kepada Abu Bakar atas segala perbuatan-perbuatannya masa lampau. Sahabat-sahabat yang lain mengerumuni beliau dan ada yang mengajarkan ia shahadah. Selepas kepulangan sahabat-sahabat dari menziarahi beliau dan ketika itu tergambar kembali perilakunya semasa hidup nya. Bersambunglah tayangan yang dipaparkan seperti wayang gambar dihadapannya. Memang benar ada ulama mengatakan disaat-saat kita menghadapi sakaratulmaut maka Allah akan menunjukkan kembali segala perbuatan kita di masa lampau. Apakah kita mati dalam keadaan senyum, ketawa ataupun menangis??? Eeeehhh berceramah pulak aku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2006 10:15 AM | Show all posts
19. Khalifah Abu Bakar ketika sakit menyesal kerana mencerobohi rumah Fatimah AH. Dia berkata:"Sepatutnya akut tidak mencerobohi rumah Fatimah sekalipun beliau mengisytiharkan perang terhadapku."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I,hlm. 18-19; al-Tabari, Tarikh ,IV, hlm. 52;Ibn Abd Rabbih,Iqd al-Farid,II,hlm.254]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2006 10:16 AM | Show all posts
20. Khalifah Abu Bakar telah menjatuhkan air muka Rasulullah SAWA di hadapan musyrikin yang datang berjumpa dengan Rasulullah SAWA supaya mengembalikan hamba-hamba mereka yang lari dari mereka. Musyrikun berkata:"Hamba-hamba kami telah datang kepada anda bukanlah kerana mereka cinta kepada agama tetapi mereka lari dari milik kami dan harta kami. Lebih-lebih lagi kami adalah jiran anda dan orang yang membuat perjanjian damai dengan anda."Tetapi Rasulullah tidak mahu menyerahkan kepada mereka hamba-hamba tersebut kerana khuatir mereka akan menyiksa hamba-hamba tersebut dan beliau tidak mahu juga mendedahkan hakikat ini kepada mereka. Rasulullah SAWA bertanya kepada Abu Bakar dengan harapan dia menolak permintaan mereka. Sebaliknya Abu Bakar berkata:"Benar kata-kata mereka itu. Lantas berubah muka Rasulullah SAWA kerana jawapannya menyalahi apa yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya.[al-Nasa'i, al-Khasa'is,hlm. 11;
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,I,hlm. 155]

Sepatutunya khalifah Abu Bakar dapat memahami apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAWA tetapi dia tidak dapat memahaminya, malah dia memihak kepada musyrikun berdasarkan ijtihadnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2006 10:17 AM | Show all posts
21. Khalifah Abu Bakar tidak membunuh Dhu al-Thadyah sedangkan Rasulullah SAWA telah memerintahkan Abu Bakar supaya membunuh Dhu al-Thadyah. Abu Bakar mendapati lelaki itu sedang mengerjakan solat. Lalu dia berkata kepada Rasulullah SAWA:"Subhanallah! Bagaimana aku membunuh lelaki yang sedang mengerjakan solat?" (Ahmad b.Hanbal,al-Musnad,III,hlm.14-150)

Sepatutnya dia membunuh lelaki itu tanpa mengira keadaan kerana Rasulullah SAWA telah memerintahkannya. Tetapi dia tidak membunuhnya, malah dia menggunakan ijtihadnya bagi menyalahi Sunnah Rasulullah SAWA.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-2-2006 12:15 PM | Show all posts
Begitulah keadaannya Abu Bakar...silih berganti datang sahabat-sahabat yang menziarahi beliau. sebaik saja mereka pergi maka tersambung lagi gambaran-gambaran itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2006 12:17 PM | Show all posts
22. Khalifah Abu Bakar mengatakan bahawa saham jiddah (nenek) tidak ada di dalam al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA. Seorang nenek bertanya kepada Abu Bakar tentang pusakanya. Abu Bakar menjawab:"Tidak ada saham untuk anda di dalam al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA. Oleh itu kembalilah."Lalu al-Mughirah bin Syu''bah berkata:"Aku berada di sisi Rasulullah SAWA bahawa beliau memberikannya (nenek) seperenam saham."Abu Bakar berkata:"Adakah orang lain bersama anda?" Muhammad bin Muslimah al-Ansari bangun dan berkata sebagaimana al-Mughirah. Maka Abu Bakar memberikannya seperenam.[Malik, al-Muwatta,I,hlm. 335; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,IV,hlm.224;Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid,II, hlm.334]

23. Khalifah Abu Bakar tidak mengetahui hukum had  ke atas pencuri yang kudung satu tangan dan satu kakinya. Daripada Safiyyah binti Abi Ubaid,"Seorang lelaki kudung satu tangan dan satu kakinya telah mencuri pada masa pemerintahan Abu Bakar. Lalu Abu Bakar mahu memotong kakinya dan bukan tangannya supaya dia dapat bermunafaat dengan tangannya. Maka Umar berkata:"Demi yang diriku di tanganNya, anda mesti memotong tangannya yang satu itu."Lalu Abu Bakar memerintahkan supaya tangannya dipotong."[al-Baihaqi, Sunan,VIII,hlm.273-4]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2006 12:17 PM | Show all posts
masya allah.......apa ko meracau ni??!!!guru mana yang ajar ko semua ni???!!.(mesti jawab)

"allahuma 'il'an man qabbaha ashaba rasulillah s.a.w.waj'alhu muhana fi dunya wal akhirah" "ya allah, madad"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2006 12:19 PM | Show all posts
24. Khalifah Abu Bakar berpendapat bahawa seorang khalifah bukan semestinya orang yang paling alim (afdhal).[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I,hlm. 16; al-Baqillani, al-Tamhid,hlm. 195; al-Halabi, Sirah Nabawiyyah,III, hlm.386] Ijtihadnya adalah bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah al-Zumar (39):9:"Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" dan firman-Nya di dalam Surah Yunuss (10):35:"Maka apakah orang-orang yang menunjuki jalan kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang-orang yang tidka dapat memberi petujuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimana kamu mengambil keputusan?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2006 12:25 PM | Show all posts
25. Khalifah Abu Bakar tidak pernah melakukan korban (penyembelihan) kerana khuatir kaum Muslimin akan menganggapnya wajib. Tindakannya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA yang menggalakkannya.[Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, IX,hlm. 265; al-Syafi'i, al-Umm, II, hlm.189]

26. Khalifah Abu Bakar mengatakan maksiat yang dilakukan oleh seseorang itu telah ditakdirkan oleh Allah sejak azali lagi, kemudian Dia menyeksanya di atas perbuatan maksiatnya. Seorang lelaki bertanya kepadanya:"Adakah anda fikir zina juga qadarNya? Lelaki itu bertanya lagi:"Allah mentakdirkannya ke atasku kemudian menyiksa aku?" Khalifah Abu Bakar menjawab:"Ya. Demi Tuhan sekiranya aku dapati seseorang masih berada di sisiku, nescaya aku menyuruhnya memukul hidung anda."[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm.65]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2006 12:28 PM | Show all posts
26. Khalifah Abu Bakar mengatakan maksiat yang dilakukan oleh seseorang itu telah ditakdirkan oleh Allah sejak azali lagi, kemudian Dia menyeksanya di atas perbuatan maksiatnya. Seorang lelaki bertanya kepadanya:"Adakah anda fikir zina juga qadarNya? Lelaki itu bertanya lagi:"Allah mentakdirkannya ke atasku kemudian menyiksa aku?" Khalifah Abu Bakar menjawab:"Ya. Demi Tuhan sekiranya aku dapati seseorang masih berada di sisiku, nescaya aku menyuruhnya memukul hidung anda."[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm.65]

Oleh itu ijtihad Abu Bakar itu adalah bertentangan dengan firman-firman Tuhan di antaranya:
a. Firman-Nya di dalam Surah al-Insan (76):3:"Sesungguhnya kami telah menunjukkinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur
dan ada pula yang kafir."
b. Firman-Nya di dalam Surah al-Balad (90):10:"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan."
c. Firman-Nya di dalam Surah al-Naml (27):40:"Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia挃.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2006 12:34 PM | Show all posts
27. Khalifah Abu Bakar berkata:"Jika pendapatku betul, maka ianya daripada Allah dan jika ianya salah maka ia adalah daripada aku dan daripada syaitan."[Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VI, hlm. 223; al-Tabari, Tafsir, VI hlm. 30; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm.260] Kata-kata Abu Bakar menunjukkan bahawa dia sendiri tidak yakin kepada pendapatnya. Dan dia memerlukan bimbingan orang lain untuk menentukan kesalahannya.

28, Khalifah Abu Bakar mengetahui bahawa dia tidak terlepas dari kilauan dunia, lantaran itu dia menangis. Al-Hakim di dalam Mustadrak, IV, hlm. 309 meriwayatkan dengan sanadnya daripada Zaid bin Arqam, dia berkata:"Kami pada suatu masa telah berada bersama Abu Bakar, dia meminta minuman, lalu diberikan air dan madu. Manakala dia mendekatkannya ke mulutnya dia menangis sehingga membuatkan sahabat-sahabatnya menangis. Akhirnya merekapun berhenti menangis, tetapi dia terus menangis.
Kemudian dia kembali dan menangis lagi sehingga mereka menyangka bahawa mereka tidak mampu lagi menyelesaikan masalahnya. Dia berkata:kemudian dia menyapu dua matanya. Mereka berkata:Wahai khalifah Rasulullah! Apakah yang sedang ditolak oleh anda? Beliau menjawab:"Dunia ini (di hadapanku) telah "memperlihatkan"nya kepadaku, maka aku berkata kepadanyaergilah dariku maka ianya pergi kemudian dia  kembali lagi dan berkata:Sekiranya anda terlepas dariku, orang selepas anda tidak akan terlepas dariku." Hadith ini diriwayatkan juga oleh ak-Khatib di dalam Tarikh Baghdad, X,hlm. 268 dan Abu Nu'aim di dalam Hilyah al-Auliya', I, hlm.30]
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2006 07:01 PM | Show all posts
mengapa anda menyoal lagi bila hujahnya telah dibentangkan? Apakah anda hanya akan tunduk apabila hujah sesuai dnegan kehendak anda? Masya Allah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2006 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by whale at 24-2-2006 12:38 PM
masya allah.......apa ko meracau ni??!!!guru mana yang ajar ko semua ni???!!.(mesti jawab)

"allahuma 'il'an man qabbaha ashaba rasulillah s.a.w.waj'alhu muhana fi dunya wal akhirah" &q ...


Bezanya guru aku tidak menghambakan pemikiran pengikut-pengikutnya supaya mengikut hawa nafsunya yang sesat konon atas nama Sunnah. Yang penting juga ialah kenyataan-kenyataan guru aku adalah jelas dan disertai bukti yang cukup. Penting juga ialah percakapan guru aku mudah difahami dan air liurnya tidak meleleh apabila dia buka mulutnya serta dia tak menyuruh juga anak muridnya minum air basuh tangannya konon boleh ambil berkat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2006 10:28 AM | Show all posts
29. Khalifah Abu Bakar tidak mempunyai kata pemutus ke atas pemerintahannya melainkan ianya dipersetujui oleh Umar. Adalah diriwayatkan bahawa "Uyainah bin Hasin dan al-Aqra bin Habis datang kepada Abu Bakar dan berkata:"Wahai khalifah Rasulullah, izinkan kami menanam di sebidang tanah yang terbiar berhampiran kami. Kami akan membajak dan menanamnya. Mudah-mudahan Allah akan memberikan manfaat kepada kami dengannya."Lalu Abu Bakar menulis surat tentang persetujuannya. Maka kedua-duanya berjumpa Umar untuk mempersaksikan kandungan surat tersebut. Apabila kedua-duanya membacakan kandungannya kepadanya, Umar merebutnya dari tangan mereka berdua dan meludahnya. Kemudian memadamkannya. Lalu kedua-duanya mendatangi Abu Bakar dan berkata:"Kami tidak  mengetahui adakah anda khalifah atau Umar." Kemudian mereka berdua menceritakan kepadanya. Lalu Abu Bakar berkata:"Kami tidak melaksanakan sesuatu melainkannya dipersetujui oleh Umar."{al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm. 335; Ibn Hajr, al-Isabah, I,hlm.56] .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2006 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 25-2-2006 10:26 AM


Bezanya guru aku tidak menghambakan pemikiran pengikut-pengikutnya supaya mengikut hawa nafsunya yang sesat konon atas nama Sunnah. Yang penting juga ialah kenyataan-kenyataan g ...


siapakah guru anda???mungkin saya boleh "berguru" juga suatu hari nanti....:cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2006 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by whale at 26-2-2006 12:08 AM


siapakah guru anda???mungkin saya boleh "berguru" juga suatu hari nanti....:cak:


Oooh...ia ker?? Guru aku dulu yang masih aku ingat ialah Cik Ooi Suan Chu yang mengajar aku matematik masa sekolah rendah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2006 06:44 PM | Show all posts
Originally posted by whale at 24-2-2006 12:30 PM
masya allah.......apa ko meracau ni??!!!guru mana yang ajar ko semua ni???!!.(mesti jawab)

"allahuma 'il'an man qabbaha ashaba rasulillah s.a.w.waj'alhu muhana fi dunya wal akhirah" &q ...


Assalamu'alaikum,


Aku fikir untuk meredakan keadaan "keracauan" yang engkau sedang alami sekarang nii, ada baiknya engkau mengarang sebuah artikel atau novel yang dapat menentang segala maklumat dan fakta  yang telah saudaraku Gravedigger tuliskan di sini. Sila gunakan thread khas untuk itu..



Bagaimana? Setuju....?:hmm:



Jika anda setuju, satu lagi permintaanku, jangan gannggu perjalanan thread ini, biarkan sahabat kita ini menghabiskan tulisannya yang menarik ini....



Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2006 11:53 PM | Show all posts
orang dok kata kat sahabat begitu hangpa dok tumpang sekaki juga!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.886145 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list