CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: pokcikgumber

Angkat Berat - Weight Lifting

[Copy link]
Post time 11-8-2008 11:33 PM | Show all posts
Hajat Amirul tidak kesampaian







AMIRUL sekadar menduduki tempat kelapan bagi kategori 56 kilogram semalam.



BEIJING - Hajat atlet angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim untuk menyumbang pingat buat negara tidak kesampaian apabila dia hanya mampu menduduki tempat kelapan dalam kategori 56 kilogram pada temasya Sukan Olimpik XXIX semalam.

Amirul, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2002, berjaya mengangkat bebanan seberat 121kg dalam acara snatch dan 144kg (clean & jerk) untuk mengumpul jumlah keseluruhan 265kg.

Begitupun, atlet yang berasal dari Pahang itu seharusnya berbangga dengan pencapaiannya itu apabila menduduki tempat kelapan daripada 19 peserta lain dalam acara tersebut.

Pingat emas acara tersebut dimenangi atlet tuan rumah, Long Qingquan yang mengangkat bebanan 132kg (snatch) dan mencipta dua rekod baru remaja dunia dalam acara clean & jerk dengan angkatan 160kg, sekali gus jumlah bebanan keseluruhan 292kg.

Atlet berusia 17 tahun itu memadam rekod remaja sebelum ini iaitu 288kg yang dicipta pemenang pingat gangsa, Eko Irawan dari Indonesia.

Juara Asia, Hoang Anh Tuan dari Vietnam memenangi pingat perak dengan jumlah angkatan keseluruhan 290kg.

Irawan turut memberi penghormatan kepada Long hasil kejayaannya semalam.

"Saya tidak pernah mendengar namanya sebelum ini. Kamu sedang melihat juara dunia pada masa hadapan," kata bekas atlet angkat berat No. 1 dunia itu.



- AFP / Kosmo -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2008 11:37 PM | Show all posts
Angkatan emas Prapawadee







AKSI Prapawadee ketika memenangi emas kategori 53 kilogram wanita pada Sukan Olimpik XXIX di Beijing semalam.



BEIJING - Atlet angkat berat dari Thailand, Prapawadee Jaroenrattanatarakon berjaya menghadiahkan pingat emas pertama buat negaranya apabila memenangi kategori 53 kilogram wanita pada Sukan Olimpik XXIX Beijing semalam.

Jaroenrattanatarakoon yang menukar namanya tahun lepas, mencipta rekod baru Olimpik dalam acara clean and jerk dengan angkatan 126kg untuk memenangi pingat emas dengan jumlah keseluruhan angkatan 221kg.

Atlet berusia 24 tahun yang sebelum ini dikenali sebagai Junpim Kuntatean berkata tukang tilik mengarahkannya menukar nama pada tahun lepas untuk mencerahkan nasibnya dan nampaknya ia telah berjaya.

"Saya tukar nama itu kerana saya mahu muncul juara pada Sukan Olimpik," kata Jaroenrattanatarakoon.

"Saya tidak tahu jika kamu percaya pada tukang tilik atau tidak, tapi dia kata jika saya tukar nama, saya akan menang pingat emas."

Atlet Thailand itu yang menerima sokongan daripada penonton, diramal mampu memecah rekod dunia 129kg acara clean and jerk yang dipegang juara dunia dari China, Li Ping apabila mencuba angkatan seberat 130kg pada percubaan terakhir.

Begitupun, usahanya itu tidak berhasil dan terpaksa berpuas hati dengan kilauan emas selain satu catatan rekod baru Sukan Olimpik.

Yoon Jinhe dari Korea Selatan memenangi pingat perak dengan jumlah angkatan 213kg untuk kiraan semula manakala Nastassia Novikava dari Belarus yang juga mengangkat 213kg keseluruhan memenangi pingat gangsa.



- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 09:47 AM | Show all posts
Anak petani China pertahan emas






CHEN buktikan kehebatan selaku jaguh angkat berat bagi kategori 58kg.


BEIJING - Atlet China, Chen Yanqing meneruskan penguasaan China dalam acara angkat berat pada Sukan Olimpik XXIX apabila berjaya mempertahankan gelarannya dalam kategori wanita 58 kilogram semalam.

Chen yang kembali daripada persaraannya semata-mata untuk mewakili China pada temasya di Beijing kali ini turut muncul atlet wanita pertama yang berjaya memenangi dua pingat emas dalam acara angkat berat Sukan Olimpik.

Anak kepada petani miskin itu yang bercita-cita menjadi guru berjaya melakukan angkatan seberat 106kg dalam acara snatch dan 138kg (clean & jerk) untuk keseluruhan 244kg, sekali gus menghadiahkan emas keempat buat China dari acara angkat berat.

Angkatan seberat 244kg itu merupakan rekod baru Olimpik mengatasi rekod lamanya di Athens dengan perbezaan 7kg. Dia juga mencipta rekod baru Olimpik untuk acara clean and jerk.

"Saya fikir karier saya sebagai atlet telah berakhir dan saya tidak pernah terfikir akan beraksi di pentas Olimpik dan memenangi pingat emas," jelas Chen yang terpaksa berehat hampir lima bulan bagi menumpukan kepada pengajiannya di peringkat master dalam bidang psikologi selepas memenangi emas Sukan Olimpik Doha dua tahun lalu.

"Begitupun, saya menerima sokongan padu daripada banyak pihak termasuk keluarga saya sendiri dan mereka benar-benar menyokong karier saya.

"Inilah sebenarnya rahsia di sebalik kejayaan saya dalam sukan."

Sementara itu, peserta Rusia, Marina Shainova memenangi pingat perak dengan angkatan keseluruhan 227kg sambil gangsa menjadi milik O Jong Ae dari Korea Utara dengan bebanan seberat 226kg.

Sebelum ini, China berjaya memenangi tiga emas masing-masing menerusi Zhang Xiangxiang (62kg), Chen Xiexia (48kg) dan Qingquan Long (56kg).



- Reuters / Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 01:15 PM | Show all posts
Liu pecahkan tiga rekod dunia






LIU melakukan angkatan seberat 158kg dalam acara clean & jerk untuk catatan rekod dunia yang baru.


BEIJING - Atlet angkat berat China, Liu Chunhong memecahkan tiga rekod dunia sekali gus mempertahankan pingat emasnya dalam kategori 69 kilogram pada Sukan Olimpik XXIX Beijing semalam.

Liu melakukan angkatan seberat 128 kg pada percubaan ketiga acara snatch untuk rekod baru dunia. Dia juga berjaya memperbaharui rekod dunia acara clean & jerk dengan angkatan seberat 158kg.

Lebih menarik lagi, angkatan keseluruhannya dengan 286kg merupakan rekod baru dunia, mengatasi rekod lama dengan kelebihan 10kg.

"Saya rasa saya cukup teruja untuk beraksi di tempat sendiri," jelas Liu.

"Apa yang ingin saya lakukan selepas ini adalah menghabiskan masa bersama keluarga saya.

"Ini kerana, sejak berakhirnya Olimpik Athens empat tahun lalu, saya hanya meluangkan enam hari bersama mereka."

Sementara itu, juara dunia dari Rusia, Oxana Slivenko sekadar meraih pingat perak selepas melengkapkan angkatan keseluruhan 255kg.

Gangsa acara ini pula menjadi milik atlet Ukraine, Natalya Davydova dengan angkatan keseluruhan 250kg.


- AP / Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 02:07 PM | Show all posts
aku ingatkan dah org citer pasal weightlifting accident kat beijing tu hari...
meh aku tepek.. siku terkeluar.. ngeri beb









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 03:01 AM | Show all posts

update -

Tiga rekod kebangsaan dicipta
Oleh DRAHMAN BAHARUN


NAHARUDIN berjaya melakukan catatan terbaik dengan
angkatan 151kg bagi clean and jerk.



TIGA rekod kebangsaan berjaya dilebur pada Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan di Melaka yang berakhir semalam.

Ia dilakukan oleh tiga atlet kebangsaan, Naharudin Mahayudin bagi kategori 62kg, Nurul Farhana Johari bagi kategori 63kg dan Arishafara Catherine 75kg.


Naharudin berjaya melakukan catatan terbaik dengan angkatan 151kg bagi clean and jerk.

Catatan itu sekali gus mengatasi rekod lama (150kg) yang dicatat oleh Amirul Hamizan pada kejohanan yang sama di Pahang dua tahun lalu.

Bagi acara snatch, Naharudin melakukan angkatan 116kg untuk menjadikan jumlah keseluruhan 267kg.

Farhana pula yang mewakili ATM berjaya berjaya menjulang bebanan seberat 86kg bagi acara snatch sekali gus mengatasi rekod lama (85kg) miliknya sendiri.

Bagi acara clean and jerk pula dia berjaya mengangkat bebanan seberat 95kg untuk menjadikan jumlah keseluruhan 181kg.

Sementara itu, Arishafara Catherine yang bertanding bagi kategori 75kg melakukan catatan terbaik dengan angkatan 78kg untuk acara snatch sekali gus mengatasi rekod lama 73kg yang dilakukannya pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 di Terengganu.

Seramai 62 atlet dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menyertai kejohanan dua hari itu yang berakhir semalam.

Naharudin berkata, dia tetap berpuas hati dengan pencapaian tersebut meskipun sekadar memperbaharui rekod bagi acara clean and jerk.

"Saya sepatutnya berjaya mengangkat 127kg bagi acara snatch tetapi gagal melakukan angkatan dengan sempurna.

"Bagaimanapun, saya tetap berpuas hati dengan pencapaian ini kerana walaupun menjalani latihan dalam masa yang agak singkat namun saya mampu memperbaharui rekod kebangsaan," katanya.

Sementara itu, Nurul Farhana berkata, dia tidak menjangka untuk memperbaharui rekod lama kerana tidak meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan ini.

"Bagaimanapun, kejayaan mencatat rekod baru bagi acara 86kg sudah cukup bagus memandangkan ini adalah kejohanan terakhir yang saya sertai untuk tahun ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2008 12:55 AM | Show all posts
power.. 151 kg is around 2.5 his bodyweight..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 06:41 AM | Show all posts
Lengan besar Zaira bawa tuah


Zaira Zakaria, 22, atlet angkat berat wanita kebangsaan membuka mata ramai peminat sukan apabila berjaya menggondol pingat emas dalam kategori 48 kilogram pada Sukan Malaysia (SUKMA) XII lepas di Terengganu.

Atlet kelahiran Kedah itu berjaya mengangkat bebanan 72kg dalam snatch, 93kg dalam clean & jerk untuk angkatan keseluruhan 165kg.

Catatan tersebut mengatasi rekod kebangsaan yang diciptanya pada Kejohanan Kebangsaan 2007 di Terbuka Pahang bagi 68kg dalam acara snatch, 86kg clean & jerk.

Bukan mudah mencapai kejayaan itu. Zaira sebenarnya telah melakukan banyak pengorbanan. Wartawan HAMIMAH HAMID menemu bual atlet berbakat ini.

Sukan angkat berat biasanya dikaitkan dengan kekuatan dan tidak ramai yang berminat untuk menyertainya. Mengapa Zaira berminat dengan sukan ini?


ZAIRA: Sebenarnya saya menyertai sukan ini secara kebetulan pada usia 14 tahun. Ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Kepala Batas, Kedah, saya melihat pelajar lelaki menyertai sukan ini dan secara suka-suka cuba mengangkat besi angkat berat tersebut.

Melihat saya begitu berminat, salah seorang jurulatih meminta saya datang pada sesi percubaan dan pemilihan. Dari situlah saya mula menyertai sukan angkat berat.

Sokongan ibu bapa juga mendorong saya untuk serius dalam sukan ini. Semasa mula-mula menyertai sukan angkat berat, saya malu dan takut untuk menyertai sebarang pertandingan. Saya demam ketika kali pertama menyertai pertandingan, bukan kerana takut kalah tetapi rasa malu kerana pada waktu itu tidak ramai wanita menyertai sukan angkat berat.

Bagaimana kehidupan selepas membabitkan diri dengan sukan ini?

ZAIRA: Rutin saya tidak banyak berubah selepas serius dengan sukan ini. Saya masih mempunyai masa dengan keluarga dan menjalankan kehidupan seperti biasa.

Jadual latihan telah ditetapkan iaitu pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari manakala sesi kedua bermula pukul 5 hingga 7 malam. Jika tidak terlibat dengan sebarang kerja, saya menggunakan masa tersebut untuk terluang untuk diri sendiri.

Seperti orang lain, saya juga keluar bersama-sama rakan-rakan membeli-belah dan menonton wayang.

Sekarang saya ada minat baru iaitu menunggang kuda. Saya akan mengikuti latihan menunggang kuda pada hari yang tidak ada latihan angkat berat.

Ahli sukan biasanya mempunyai diet pemakanan khas. Bagaimana dengan Zaira?

ZAIRA: Makanan harian saya seperti juga orang lain, tidak ada yang istimewanya. Cuma saya mengambil makanan seimbang. Saya membuat menu harian serta tidak mengambil makanan berlemak dan berminyak, terutamanya yang bergoreng.

Saya lebih suka masak sendiri jika berada di rumah. Jadi saya akan ambil makanan yang berprotein dan memberi tenaga seperti bijirin.

Makanan yang disediakan di pusat latihan pula sudah semestinya seimbang dan ia tidak memberi sebarang masalah.

Cabaran yang dihadapi selepas menyertai sukan ini?

ZAIRA: Tahun-tahun awal saya menyertai sukan angkat berat iaitu sekitar 2000, tidak ramai atlet wanita yang menyertai sukan ini, jadi masa itu saya mudah naik (gelaran kemenangan).

Kini lebih ramai nama-nama hebat dalam kategori masing-masing muncul seperti Sharifah Inani Najwa Syed Anuar, Rokiah M. Rashidi dan Raihan Yusoff. Saya perlu berusaha keras untuk mendapatkan kemenangan.

Satu lagi perkara yang mencabar saya sekarang ini ialah mengekalkan berat badan pada 48kg. Berat saya tidak boleh lebih daripada itu.

Badan saya mungkin nampak kecil, tetapi lengan saya besar (kerana mengangkat besi). Ia merisaukan sebenarnya kerana saya tidak seperti wanita-wanita lain yang mempunyai lengan yang cantik.

Bagaimanapun saya bersyukur kerana lengan inilah yang membawakan kemenangan.

Apa perancangan masa depan?

ZAIRA: Sudah semestinya lebih maju dalam sukan angkat berat dan mendapat lebih banyak pingat emas. Sekarang saya tengah membuat persediaan untuk menyertai Sukan Arafura di Australia. Sasaran seterusnya ialah pingat emas di Sukan Komanwel 2010.

Selepas bersara daripada sukan ini saya bercadang untuk membuka salon kecantikan ataupun butik. Saya sangat berminat dengan dunia fesyen dan kecantikan. Ia mungkin diwarisi daripada ibu saya yang pandai menjahit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2009 10:12 PM | Show all posts


08 November, 2009

Sazali Juara Bantamweight Bina Badan Dunia Di Dubai

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Jaguh bina badan negara Sazali Samad menambah koleksi kejuaraan dunianya apabila muncul juara kategori Bantamweight pada kejohanan bina badan Persekutuan Bina Badan dan Sukan Tubuh Dunia (WBPF) kali pertama di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu yang berakhir hari Ahad.


Sazali mengetepikan empat pencabar utama -- Alaa Hlail Mohsin (Iraq), Somkhit Sumelhowetchakun (Thailand), Nguyen Van Lam (Vietnam) dan Milef Ahmed Alghamdf (Arab Saudi).

Beliau pernah memenangi gelaran Mr Universe pada kejohanan dunia di Melaka (2000), Moscow (2004) dan Ostrava, Czech Republic (2006), kesemuanya dalam kategori Bantamweight, serta di Jeju Island, Korea Selatan (2007) bagi kategori Lightweight.

Sementara itu, Buda Anak Ancang, yang membuat penampilan kali pertama, menduduki tempat keempat kategori Flyweight dalam saingan melibatkan lima peserta dengan peserta-peserta lain adalah Pongkan Jiraphan (Thailand), Yousif Ahmed Hasan (Iraq), Mohamad Azli Jumat (Brunei Darussalam) dan Heydari Mahdi (Iran).

Setiausaha Kehormat Persekutuan Bina Badan Malaysia Lt Komander Kamaruzaman Kadir berkata kemenangan Sazali sudah diduga tetapi bagi Buda, ia jelas satu kejutan.

"Pencapaian Buda sangat membanggakan berikutan ini pertandingan pertama beliau dalam kategori itu. Pencapaian cemerlang ini adalah hasil kerja keras selama beberapa bulan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Dubai hari Ahad.

Kontinjen Malaysia seramai enam anggota ke Kejohanan WBPF yang bermula 3 Nov diketuai Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia Datuk Wira Gan Boon Leong.

Selain Sazali dan Buda, dua lagi atlet bina badan negara bersaing dalam kejohanan itu iaitu Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (Light Weight) and Othman Yahya (Light Heavyweight).

-- BERNAMA


*****************************************************************************

tahniah sazali -
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 10:15 AM | Show all posts
bila la malaysia akan ada matin guntali lagiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:16 AM | Show all posts
Angkatan emas gegar Delhi




AMIRUL Hamizan Ibrahim mengangkat bebanan acara clean and jerk  seberat 141 kilogram untuk membantunya memenangi pingat emas pertama negara dalam acara angkat berat lelaki 56 kilogram di New Delhi, semalam.


NEW DELHI - Amirul Hamizan Ibrahim memastikan kontinjen Malaysia bermula baik pada hari pertama Sukan Komanwel, semalam apabila memberikan pingat pertama menerusi acara angkat berat.

Lebih membanggakan, emas pertama itu diiringi rekod baru kejohanan dalam acara snatch, apabila dia melakukan angkatan 116 kilogram.

Pingat tunggal tersebut pastinya memberi semangat kepada buruan lebih banyak pingat dalam beberapa acara final hari ini.

Kejayaan Amirul disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di venue kejohanan Kompleks Sukan Jawaharlal Nehru.

Ahmad Shabery memuji kejayaan Amirul, dengan menyifatkan ia sebagai kebangkitan oleh atlet itu setelah terlepas aksi Sukan Komanwel Melbourne, kerana digantung akibat positif dadah.

Selain itu, kejayaan skuad hoki wanita negara yang mengalahkan Kanada 3-2, mendapat pujian Ahmad Shabery.

Kejayaan anak buah Yahaya Atan begitu membanggakan, selepas mereka menjadi skuad belasahan pada temasya di Manchester.

Ahmad Shabery berkata, jika dahulu kita hanya menjadi mangsa pasukan ternama, semalam, sebaliknya pula terjadi apabila kita mengalahkan Kanada.

''Saya harap prestasi hari pertama atlet kita terutama sukan hoki wanita, juga atlet-atlet yang lain yang melepasi halangan awal, akan terus cemerlang selepas ini," katanya.

Norbaini Hashim memastikan skuad hoki wanita negara bermula cemerlang pada temasya di sini, apabila memastikan kemenangan 3-2 ke atas Kanada dalam saingan Kumpulan B.

Kemenangan tersebut amat membangga kerana di atas kertas, skuad negara diramal sukar untuk menewaskan Kanada, yang menduduki ranking ke-19 dunia.

Skuad kebangsaan berada pada ranking ke-22 dunia.


- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:19 AM | Show all posts
Amirul raih emas pertama negara





AMIRUL menepati ramalan menghadiahkan emas pertama.


SEPERTI yang diramal, badang negara, Amirul Hamizan Ibrahim berjaya menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Komanwel 2010 semalam.

Kejayaan itu membolehkan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku berkumandang megah di Stadium Jawaharlal Nehru.

Amirul yang beraksi dalam acara 56 kilogram (kg) mempamerkan persembahan menarik untuk merekodkan keseluruhan angkatan 257kg.

Meskipun dicabar hebat dua atlet India, Amirul, 29, kelahiran Rompin, Pahang ini melakukan angkatan seberat 116kg bagi cara snatch dan 141kg bagi acara clean and jerk.

Pingat perak dan gangsa menjadi milik Sukhen Dey (252kg) dan V.S Rao (248kg).

Kejayaan itu sudah pasti menebus kekecewaan Amirul yang tidak dapat beraksi pada temasya di Melbourne selepas dia menghadiahkan tiga pingat emas di Manchester pada tahun 2002.

Untuk rekod, Amirul pernah melalui peristiwa hitam dalam karier selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang, sekali gus digantung selama dua tahun (2005 hingga 2007).

" Saya gembira kerana kembali melakukan angkatan emas pada Sukan Komanwel seperti mana yang saya lakukan di Manchester pada tahun 2002.

"Saya juga bersyukur kerana kita masih mampu mengungguli acara angkat berat pada temasya ini.

" Meskipun saya gembira dapat menghadiahkan pingat emas pertama buat negara, saya sedikit terkilan kerana persembahan yang saya lakukan hari ini bukan yang terbaik saya iaitu 265kg, " kata Amirul.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek adalah individu paling gembira dengan kejayaan yang dicatat Amirul.

" Saya ucapkan tahniah kepada Amirul kerana berjaya menghadiahkan pingat emas pertama negara. Kejayaan ini cukup bermakna buat kontinjen negara dan seluruh rakyat Malaysia.

" Semangat yang ditonjolkan Amirul patut menjadi contoh kepada semua atlet negara. Meskipun dia pernah melalui peristiwa hitam, dia tetap bersemangat sehingga mampu menghadiahkan pingat emas buat negara," kata Shabery semalam.

Sementara itu, impian seorang lagi wakil negara, Mohd. Shafiq Ismail untuk menghadiahkan kemenangan 1-2 bersama Amirul tidak kesampaian selepas dia gagal menamatkan saingan dalam kategori ini.

Turut menyaksikan kejayaan yang dilakar Amirul ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong.


- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:22 AM | Show all posts
Harapan pingat Zaira berakhir




Zaira Zakaria gagal membuat angkatan dalam disiplin clean and jerk, kategori 48kg di Kompleks Sukan JN, New Delhi, semalam.


NEW DELHI - Harapan Zaira Zakaria untuk meraih pingat dalam acara angkat berat wanita kelas 48 kilogram pada Sukan Komanwel di sini, berkecai apabila dia mengalami kekejangan tangan.

Zaira ternyata kecewa apabila terpaksa menamatkan saingan kelas tersebut di tempat keempat, di belakang pemenang emas Nigeria, Augustina Nkem Nwaokolo dan dua atlet India, Soniya Chandu Ngangbam dan Rani Devi Sandhya.

Pemegang rekod kebangsaan dan pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2009 itu, pada awalnya memberi saingan sengit untuk sekurang-kurangnya meraih gangsa.

Dia cemerlang dalam acara snatch apabila berjaya melepasi angkatan 75 kilogram.

Dalam acara clean & jerk, Zaira berjaya melakukan angkatan 93kg pada percubaan kedua, namun ia dibatalkan kerana angkatan yang dilakukannya sudah melebihi masa yang ditetapkan.

Dia terus hampa apabila percubaan ketiga pada angkatan yang sama, gagal dijulang.

Ketua Kontinjen negara ke Sukan Komanwel, Tan Sri Abdul Halil Mutalif berkata, Zaira mengalami kekejangan tangan ketika melakukan angkat kedua acara clean & jerk iaitu 93kg.

'' Walaupun kekejangan, dia sebenarnya mampu melakukan angkatan. Cuma dia mengambil masa yang agak lama akibat kekejangan tersebut. Ketika dia berjaya melakukan angkatan kedua (93kg), ia sudah melebih masa.

' 'Ia memang mengecewakan namun kita terpaksa akur dengan apa yang dia alami, " katanya.

Lebih malang, Zaira terlepas daripada dikalungkan pingat, walaupun angkatannya keseluruhannya sama iaitu 165kg, dengan Rani Devi.

Ini sebabkan perbezaan berat badan Zaira dan Rani Devi yang memberi kelebihan kepada lawannya dari India itu.


- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:30 AM | Show all posts
Amirul penuhi impian Malaysia




REAKSI Amirul selepas memastikan pingat emas milik negara kategori 56kg, semalam.


Zaira kecundang gara-gara ‘ keliru ’ ciptaan sendiri

SELANG lapan tahun, episod manis dari Manchester berjaya dijelmakan semula Amirul Hamizan Ibrahim untuk memenangi pingat emas selepas gah menjuarai acara angkat berat 56 kilogram lelaki, lewat malam tadi.

Ia adalah emas pertama kontinjen negara di New Delhi selepas badang dari Pahang itu membuat angkatan keseluruhan 257kg sambil turut merakamkan rekod baru Sukan Komanwel dalam snatch dengan 115kg buat menceriakan peminat tanah air di atas keringat itu yang bernilai RM80,000 bagi atlit berkenaan.

Ia sekali gus berjaya mengekalkan penguasaan negara buat kali ketiga berturut-turut dalam acara ini selepas Faizal Baharom melakar detik sama di Melbourne pada 2006.
" Strategi saya menjadi kali ini. Apa yang saya rancang adalah untuk mendapatkan pendahuluan baik dalam snatch bagi menghidupkan peluang saya, " kata Amirul, yang agak kecewa kerana pencapaian malam tadi di anggap tidak sehebat angkatan peribadi terbaik, 265kg di Sukan Olimpik Beijing, dua tahun lalu.

“ Saya juga terasa sakit bahagian paha dan usaha baik dalam snatch membantu saya hari ini (malam tadi). Saya juga mengerti peserta tuan rumah ghairah mahu memenangi emas tapi saya dapat mengawal perasaan dan memberi fokus.

“ Ia menjadi penawar duka selepas tidak dapat beraksi di Melbourne. Saya gembira dapat membantu kontinjen negara kali ini. "

Perak dimenangi Dey Sukhen dari India dengan jumlah 252 kg manakala rakan senegaranya, VS Rao, gangsa (248kg) dalam acara yang membabitkan 12 peserta kali ini.
Seorang lagi peserta negara, Mohd Shafiq Ismail pula hampa apabila hanya mampu membuat mendapat tempat ke-11 selepas gagal dalam angkatannya.

Apapun, malang bagi jaguh wanita negara, Zaira Zakaria yang begitu hampir mahu memenangi sebutir pingat tapi akhirnya terpaksa menggigit jari gara-gara kealpaan sendiri dalam acara 48kg.


- Berita Harian -



Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 12:45 AM | Show all posts
Badang emas negara


ATLET angkat berat negara, Aricco Jumitih dan Naharudin Mahayudin mencipta keju- tan pada hari kedua Sukan Komanwel 2010 semalam.

Kedua-dua atlet negara itu menamatkan kedudukan 1-2 dalam kategori 62 kilogram (kg) yang berlangsung di Stadium Jawaharlal Nehru.

Aricco melakukan angkatan seberat 120kg dalam acara snatch dan 156kg bagi clean & jerk untuk merekodkan angkatan keseluruhan 276kg.

Manakala Naharudin hanya kekurangan satu kilogram di belakang Aricco selepas merekodkan angkatan seberat 120kg bagi acara snacth dan 150kg bagi clean & jerk untuk mencatat jumlah keseluruhan 275kg.

Pingat perak acara tersebut dimenangi Anton Kurukulaasooriyage dari Sri Lanka dengan jumlah keseluruhan 272kg.

" Saya tak percaya boleh menang pingat emas hari ini (semalam). Saingan cukup sengit terutama daripada Kuru- kulaasooriyage dan Naharudin.

" Sudah tentu saya berasa gembira dengan kemenangan ini kerana ia adalah kejayaan yang pertama dalam kejohanan besar seperti ini, " kata atlet berusia 20 tahun kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu.

Menurut Aricco, Sukan Komanwel adalah temasya sukan terbesar pertama pernah disertainya.

Katanya, dia tidak pernah melayakkan diri ke temasya Sukan SEA atau Sukan Asia sebelum ini.

" Pada saingan hari ini (semalam) saya ketinggalan di tempat keempat dalam acara snacth tetapi berjaya melakukan angkatan yang lebih baik dalam clean & jerk, " katanya.

Sementara itu, atlet berpengalaman negara, Naharudin terpaksa akur dengan kekalahan kepada Aricco meskipun dia mendahului di tempat pertama dalam acara snacth.

" Saya mengalami kecederaan pada siku kiri, sekali gus mengganggu tumpuan saya.

" Selain itu, kecederaan ini juga menyebabkan percubaan kedua saya dalam acara clean & jerk dibatalkan, " kata pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand ini.



- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 12:48 AM | Show all posts
Hari cemerlang Malaysia di bumi India


SEMALAM, boleh dikatakan sebagai hari cemerlang buat atlet negara yang sedang meng- galas cabaran pada Sukan Komanwel 2010.

Satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa berjaya diraih menjadikan perjuangan pada hari kedua itu sebagai sangat memuaskan.

Kejayaan itu membolehkan Malaysia mengumpul keseluruhan lima pingat iaitu masing- masing dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Selepas badang negara, Amirul Hamizan Ibrahim menghadiahkan pingat emas pertama dalam acara angkat berat, semalam giliran Aricco Jumitih pula mencuri tumpuan.

Atlet berusia 20 tahun kelahi- ran Kota Kinabalu, Sabah ini mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas menerusi kategori 62 kilogram di Stadium Jawaharlal Nehru.

Aricco melakukan angkatan seberat 120kg dalam cara snatch dan 156kg bagi clean & jerk untuk merekodkan keseluruhan angkatan 276kg.

Begitupun, kehebatan atlet angkat berat berpengalaman negara, Naharudin Mahayudin juga tidak boleh diperkecilkan.

Pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand ini membuktikan yang khidmatnya masih diperlukan selepas menyumbang pingat perak kedua negara.

Namun, kejayaan atlet angkat berat wanita negara, Raihan Yusoff meraih pingat gangsa dianggap suatu sejarah bagi kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel.

Raihan yang beraksi dalam acara 53kg berjaya mengulangi pencapaian cemerlang pada pada Sukan SEA 2009 di Laos apabila memenangi pingat perak.

Selain Aricco, Raihan dan Naharudin, pujian juga harus diberikan kepada pelumba basikal trek negara, Mohd. Rizal Tisin yang berjaya meraih pingat perak dalam acara 1 kilometer ujian masa perseorangan (lumba basikal) di Stadium Indira Gandhi.

Rizal yang berehat panjang selepas ditimpa kemalangan pada Mac tahun lalu, kembali membuktikan kemampuannya yang sebelum ini lebih banyak didominasi oleh Mohd. Azizul- hasni Awang dan Josiah Ng.

Selain kejayaan atlet angkat berat dan lumba basikal, bebe- rapa kejutan berlaku terutama dalam acara skuasy apabila Low Wee Wern dan Delia Arnorld tewas pada pusingan ketiga dalam acara perseorangan wanita.

Pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila mudah ke pusi- ngan seterusnya.

Turut mengekori Nicol adalah Mohd. Azlan Iskandar dan Sharon Wee.

Begitupun, nasib tidak menyebelahi skuad hoki wanita apabila mudah dibelasah New Zealand pada pertemuan kedua Kumpulan B selepas mengejutkan Kanada 3-2 kelmarin.

Di Kompleks Renang Dr. S.P Mukherjee, pemenang tujuh pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2010, Chan Kah Yan turut mencipta kejutan apabila mara ke separuh akhir dalam acara 100 meter gaya bebas wanita.

Bagaimanapun, Kah Yan gagal mengulangi kehebatan itu apabila terkandas pada peringkat saringan dalam acara 100 meter kuak lentang.

Turut terkandas pada saringan semalam ialah Yap See Tuan (100m kuak lentang lelaki), Leung Chii Lin (100m gaya bebas wanita), Chui Lai Kwan dan Kevin Yap Soon Choy (200m gaya bebas lelaki).

Sementara itu, perbezaan dua mata menafikan harapan gandingan Bibiana Ng-Siti Nur Masitah Mohd. Badrin untuk memberikan pingat pertama dalam acara menembak

Kedua-dua penembak berpengalaman itu terpaksa akur dengan kedudukan keempat dalam acara berpasangan (pair) 25 meter pistol wanita di Lapa- ng Sasar Dr. Kanir Singh.

Manakala penembak berpengalaman negara, Hazli Izwan Amir yang bergandingan dengan Alais Sulong sekadar berada pada kedudukan ketujuh dalam acara berpasangan (pair) 50 meter pistol lelaki.

Hari ini, tumpuan kontinjen dan seluruh rakyat Malaysia sudah pasti terarah di Stadium Indira Gandhi.

Pingat emas ketiga negara dijangka hadir menerusi Azizulhasni, Josiah Ng dan Rizal yang akan beraksi dalam acara keirin.


- Kosmo -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2010 12:50 PM | Show all posts
Fatin Atikah Osman











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.593252 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list