|
|
STADIUM Negara bakal menyaksikan lapan lagu menyahut cabaran untuk merebut hadiah lumayan berjumlah RM60,000 menerusi empat kategori utama yang dipertandingkan pada persaingan akhir musim ketiga, Hits 1.
Bakal berlangsung 16 Julai ini, jam 9 malam, Hits 1 menawarkan hadiah lumayan wang tunai RM25,000 untuk juara kategori Lagu Terbaik Hits 1, serta hadiah sampingan lain bagi Lagu Tempat Kedua, Persembahan Terbaik dan Lagu Paling Popular.
Pengarah Penerbitan TV, Norma Rokiah Ramli berkata, selepas tiga musim impak program terbitan RTM itu semakin ketara, justeru memberi keyakinan kepada mereka untuk membawa Hits 1 ke lokasi yang lebih besar.
揝tadium Negara mampu memuatkan 10,000 penonton pada satu-satu masa, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk turut sama menyaksikan program ini secara langsung.
揑a sebagai tanda terima kasih RTM kepada penonton di samping menyediakan sajian hiburan terbaik dengan persembahan bertenaga daripada artis popular tempatan dan luar negara, |
|