|
Bomoh / Dukun - yang JELIK, yang PELIK, yang SERIK
[Copy link]
|
|
secebis kisah
Jangan hanyut kerana percayakan bomoh
KALAULAH boleh saya katakan bahawa kisah yang dipaparkan minggu ini memang lain daripada apa yang pernah dipaparkan dalam ruangan DCCK sebelum ini. Ia boleh dikatakan nasihat dan boleh juga dianggap memberi pengetahuan kepada kebanyakan kita yang sering terpesong kerana gangguan dan kepercayaan yang karut-marut.
Pandangan ini datangnya daripada seorang pembaca yang dinamakan sebagai Badrul sahaja dari pantai timur. Dalam suratnya yang panjang lebar beliau banyak mengingatkan kita terutama mereka yang pernah berbuat kesilapan, dan beliau mengharapkan supaya jangan diulang lagi mana-mana perbuatan yang mungkin boleh memesongkan akidah kita.
Kata Badrul, bukan tujuannya untuk menakut-nakutkan pembaca atau menyalahkan perbuatan mereka, sekadar ingat-mengingatkan supaya apa yang telah terlangsung tidak berulang lagi pada masa-masa akan datang.
``Supaya tidak terkeliru, eloklah saya bercerita dari awal. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kluang, Johor. Saya cuma berkelulusan SPM pada awal tahun 70-an. Tetapi dari segi pengalaman boleh dikatakan saya mempunyai banyak pengalaman hidup khususnya dalam bab bekerja. Saya pernah bekerja sebagai penoreh getah, buruh kilang, buruh ukur dan pembantu juruukur.
``Apabila saya terbabit dalam bidang ukur selama 12 tahun, saya berkesempatan merantau ke banyak tempat. Kenangan pahit manis saya ialah ketika mengukur fasa 3E Subang Jaya, Taman Titiwangsa, Taman Sri Serdang, Reservoir Link di Felda Ketereh Terengganu, lebuh raya Air Hitam-Johor Bahru (pada tahun 1982) dan beberapa tempat kecil yang lain. Saya juga pernah mengikuti kerja-kerja mengukur jalan 3-13-15 di FELDA Keratong di Pahang.
``Semasa bekerja di bidang ukur, saya memang jarang sekali membaca suratkhabar kecuali mendengar radio dan membaca majalah Gila-Gila. Pada tahun 1980, saya berpindah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pembantu jurukur. Awal 90-an saya berkahwin dan dua tahun kemudiannya saya berpindah ke pantai timur sehingga kini.
``Di tempat baru ini saya bekerja sebagai jurujual sahaja. Sehingga awal tahun 90-an saya mempunyai syarikat sendiri yang membekal alat-alat pejabat. Dari sinilah saya dapat membeli akhbar Mingguan Malaysia secara tetap. Ruangan utama yang amat saya minati ialah Bicara Agama dan Di Celah-Celah Kehidupan. Pada saya kedua-dua ruangan tersebut banyak memberi bimbingan dalam kehidupan harian kita.
``Pada mulanya saya dan isteri saya tidak percaya langsung beberapa perkara yang ditulis dalam ruangan DCCK. Tuduh-menuduh di antara suami dengan isteri, keluarga sendiri, mertua ataupun dengan jiran sekampung sehinggalah saya menjadi seorang bomoh (orang ramai berkata begitu).
``Padahal saya bukanlah seorang bomoh sebabnya saya tidak percaya langsung pada bomoh, pelesit, hantu raya dan khadam-khadam bomoh. Namun perkara ini berlaku secara tidak sengaja selepas saya mengubati emak saudara isteri saya yang sakitÊwalaupun dia telah mendapat rawatan doktor. Lepas itu saya memberi rawatan kepada adik perempuan saya yang menghidap kudis buta selama beberapa tahun lamanya. Malah isteri saya yang kena sawan tarik selama sepuluh tahun pun hampir pulih setelah saya merawatnya. Saya juga memberi rawatan kepada beberapa orang lagi kawan yang lain.
``Namun berita seperti ini cepat sangat tersebar. Bermula dari itu rumah saya tidak lagi tinggal sunyi, sentiasa dikunjungi orang. Bermacam-macam masalah yang diluahkan oleh mereka kepada saya. Ada suami dingin kepada isteri, bermadu dan keluarga jadi haru-biru. Malah kebanyakan mereka membuat tuduhan yang mereka telah dikhianat atau disihir oleh orang lain yang dengkikan mereka.
``Biasanya orang perempuanlah yang ramai sekali datang ke rumah saya (ada juga orang lelaki) demi untuk mempertahankan kerukunan rumah tangga masing-masing supaya kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Dari situ saya dapat lihat ramai orang perempuan ini sanggup berbuat apa saja sama ada berjumpa `bomoh' atau `ustaz-ustaz' bagi mengambil `penawar' untuk menyejukkan hati suami masing-masing, tanpa disedari kadang-kadang perbuatan mereka itu salah di sisi Allah.
``Daripada pengalaman saya selama enam tahun dalam rawatan alternatif ini kebanyakan penyakit yang dihadapi atau gangguan seperti yang didakwa oleh mereka yang mengalami masalah tersebut adalah kesilapan mereka sendiri, bukan daripada buatan orang.
``Kes pertama: Seorang suami datang menemui saya dan meminta saya merawatÊsakit di ulu hatinya yang telah mengganggu hidupnya sejak lebih sepuluh tahun lalu.
``Dan untuk sekian waktu sepanjang merawat penyakitnya itu dia telah menerima rawatan dari hospital dan klinik saja. Selepas saya merawatnya selama satu jam barulah suami tersebut terasa lega. Apa yang saya lihat daripada keadaan suami tersebut ialah sakitnya berpunca daripada isterinya yang telah memberi dia minum `air kunci hati'.
``Tujuan si isteri memberikan air itu kepada suaminya (air itu diambil daripada seorang bomoh) ialah supaya suaminya tidak beralih pandang kepada perempuan lain. Oleh kerana dia bimbang suaminya kahwin lain, maka dia berikan suaminya air tersebut.
``Kes kedua: Seorang isteri mengadu dia menghidap sakit sebelah tubuh dan tidak dapat tidur malam dengan nyenyak. Perempuan ini menuduh ada orang cuba mengganggu rumah tangganya. Secara tidak langsung dia tuduh orang menyebabkan dia jatuh sakit.
``Tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah enam tahun lalu suami wanita ini ingin kahwin lain. Jadi si suami meminta bantuan bomoh supaya berbuat sesuatu supaya isterinya lembut hati dan tidak bertindak kasar apabila dia bernikah lain nanti. Secara tidak langsung si isteri sakit adalah angkara atau perbuatan suaminya.
``Kes ketiga: Seorang pemuda mengadu kepada saya, apabila dia sakit, setengah tubuhnya panas dan setengah lagi sejuk. Dia juga mengatakan dia berjumpa beberapa orang bomoh dan diberitahu dia terkena minyak pengasih seorang perempuan yang syokkan dia.
``Tetapi apa yang saya `lihat' tentang pemuda ini adalah sebaliknya. Pemuda ini sebenarnya telah beristeri dan ada lima orang anak. Untuk menutup kelemahannya yang malas bekerja, maka dia mengambil pengajian pondok. Sebulan atau dua bulan bolehlah orang lain menyara keluarganya. Lebih daripada itu macam mana?
......bersambung...... |
|
|
|
|
|
|
|
``Untuk mengatasi masalah tak mahu bekerja ini salah seorang ibu saudara lelaki tersebutÊ telah berjumpa beberapa orang `ustaz' untuk memberi air penawar supaya terbuka hati pemuda ini untuk bekerja. Nampak gayanya lain yang dikehendaki lain pula jadinya.
``Kebanyakan orang Melayu kita ini mudah percaya kepada perkara-perkara yang ganjil sikit. Agak lain sikit rasa badan seseorang itu mulalah cari bomoh yang mengaku ustaz. Mereka mudah percaya bahawa bomoh atau ustaz ini ada kelebihan daripada orang lain.
``Tambah pulak kalau mereka dengar ada budak-budak kecil boleh jadi bomoh. Menderu pakat-pakat minta air penawar. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terhadap bomoh, maka ramailah individu mengaku diri mereka `bomoh' atau `ustaz' yang handal.
``Ada juga mengaku bersubahat dengan makhluk ghaib atau dapat berhubung dengan puteri-puteri atau jin Islam. Maka terbitlah bomoh-bomoh macam ini yang mengaku boleh buat ubat pengasih, penunduk, pagar diri atau pelaris dan macam-macam lagi. Padahal bomoh-bomoh ini entah-entah main hentam saja.
``Sebagai contohnya, mereka mengatakan boleh buat pelaris, pada waktu yang sama mereka mengiklankan perkhidmatan mereka di akhbar-akhbar atau di majalah-majalah secara besar-besaran atau berterusan untuk melariskan perniagaan mereka bukannya menggunakan air penawar mereka sendiri.
``Bukan itu sahaja malah cara perubatan mereka juga pelik. Kena adakan kain kuning atau kain tujuh warna, bunga-bungaan malah ada juga yang meminta jarum emas. Dalam upacara tersebut barulah penyakit kita dikesan. Ada yang kena buatan orang, sihir, kain kapan, tanah kubur, minyak orang mati dibunuhlah dan sebagainya lepas itu si pesakit mula akan meminta pelindung, pagar diri dan keluarga ataupun azimat.
``Sebagai umat Islam kita patut hindari diri dan keluarga kita daripada kepercayaan yang karut-marut tersebut, Allah telah berfirman bermaksud: Sebaik-baik makhluk yang Allah cipta ialah manusia bukannya jin atau tumbuh-tumbuhan dan juga malaikat.
``Daripada pengalaman saya, apa jua perkara yang kita minta bantuan daripada seseorang melalui rawatan alternatif dan sekiranya pengamal-pengamal itu membuat rawatan dengan membaca jampi, maka rawatan tersebut menjadi rawatan sihir. Maksud jampi di sini ialah membaca sesuatu ayat yang mencampur aduk kalimah Allah dengan kalimah makhluk-Nya.
``Dalam Islam tidak ada jampi serapah kecuali berdoa dan memohon kepada Allah, umpamanya bersembahyang, membaca al-Quran dan berzikir. Contoh jampi ini biasanya dimulakan dengan memberi salam kepada makhluk yang dikatakan ghaib (puteri-puteri panglima atau wali-wali dan juga malaikat yang empat) dan disudahi dengan kata-kata berkat kata la ilaha illallah. Biasanya ayat-ayat jampi ini diamalkan untuk pengasih, seri muka, kebal, pelaris, pelindung diri, buluh perindu, awet muda dan sebagainya.
``Selain jampi serapah, amalan songsang juga mendatangkan kesan tidak baik. Seperti menukar kalimah zikir seperti la sahaja, atau Allahu atau hu sahaja, belajar ilmu isim, bertapa di gua-gua dan juga bertafakur bukan kerana Allah. Juga termasuk amalan melangir keris, lembing, puja semangat rumah, hutan atau laut dan juga keturunan yang mengganggu ketenteraman akal fikiran, roh dan jasad umat Islam itu sendiri.
``Sebagai umat Islam kita perlu berpandukan kepada sejarah Rasulullah sendiri. Kehidupan Rasulullah itu sendiri bermula daripada kesusahan. Ketika kecil Rasulullah dipelihara oleh beberapa ibu susuan. Menternak kambing, mengambil upah mengangkat barang dagangan sebelum menjadi manusia yang paling mulia di dunia ini. Rasulullah bersabda: Tuntutlah ilmu itu walaupun sampai ke negeri China. Rasulullah tidak pernah menuntut ilmu kebal, ilmu semangat perang atau ilmu `penunduk'. Rasulullah tetap berpegang teguh dan berakidahkan Allah Taala.
``Dan untuk membuat sesuatu perkara, berpandukanlah dengan ilmu bukan kepada tok bomoh, jampi serapah atau `mandi bunga' atau puja semangat. Maksud ilmu yang disarankan oleh Rasulullah ialah ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah, iaitu ilmu yang mendatangkan kebaikan di dunia dan akhirat, bukannya ilmu syirik.
``Begitu juga Allah telah berfirman: Allah tidak mengubah nasib seseorang itu melainkan orang itu mengubah nasibnya sendiri. Sebagai contoh kita lihat sajalah bangsa Eropah di Barat. Mereka lebih maju daripada bangsa Melayu. Mereka bukan sahaja menguasai ekonomi dunia malah angkasa lepas tanpa pantang larang. Bangsa Melayu Islam perlu mengubah hala tuju demi kemajuan dan kebaikan di dunia dan akhirat tanpa mengetepikan yang halal dan haram.''
Demikian cerita Badrul tentang pandangannya kalau berubat dengan bomoh-bomoh atau `bomoh-ustaz'. Beliau menasihatkan kita supaya berjumpa doktor ataupun mintalah kepada Allah kerana Allah Lebih Besar dan Lebih Mengetahui. Jangan percaya kepada yang karut-marut, sebab akhirnya nanti badan sendiri yang merana kerana lain yang sakit lain pula yang diubat.
Lebih teruk lagi kerana terlalu percayakan bomoh, ada saudara-mara bergaduh, sahabat handai berselisih faham semuanya kerana tuduh-menuduh dan salah sangka. Jadi lebih baik berzikir dan bertawakallah kepada Allah kerana Dia Lebih Mengetahui. Dan yang baik dan buruk itu datangnya daripada Allah subhanahu wa taala jua.ÊÊ
- [email protected] - MAIMUNAH |
|
|
|
|
|
|
|
eheh ada satu bomoh nih. errr mungkin bukan la bomoh tapi 'tukang ubat orang' . member ni tangan dia sakit. katanyer kene ulat bulu. jumpa laa this fellow... dia kata tak payah duit. cuma datang minta EPAL (APPLE) ehehehehehe kami gelak ramai ramai.member ni pergi laa jugak... bawak epal. dia bagi apa benda tah.. macam tepung. konon kalau gelek kat tangan tu, bulu bulu dari ulat bulu tu boleh ilang. huh.. hampeh.. tarak pun. so well kata 'tukang ubat' tu agaknya nak sgt makan epal. jadi jampi tak betul ! ehehehe
ade ke epal???? ehehheehhehehe kelaka giloss |
|
|
|
|
|
|
|
mak aku penah 'terkena' lah masa dia nak tanam jagung. ada org nak kenakan bpk aku tp mak aku lak yg kena. so what happened thn 1987-1988 kaki mak aku busuk bernanah cam org diabetes. bwk pi doktor; tah hapa ubat doktor bagi tak sembuh2 gak sampai melarat. pak sedara aku pi lah rekomenkan bomoh ni utk cuba ubatkan kaki mak.
barang2 dia guna cuma telur mentah jek. masa dia ubat tu Tuhan ajelah yg tau time tu aku budak2 lagi baru darjah 3-4 camtu, nak tmuntah pon ade, nak tergelak pon ade... kaki mak yg bernanah2 tu dia pi jilat2.. sumpahh!!! dia jilat idop2 .. (ueweeeeeekkkkkssss). last sekali dia pi pecahkan telur ayam mentah; nampak ada beberapa helaian rambut.
menurut bomoh tu; musuh bapak aku gunakan helaian rambut anak dara sunti yg meninggal... konon2 nye biar bapak aku lumpuh ke, kaki kena potong ke..... org yg buatkan mak aku dah meninggal dah skrg. famili dia pon tak semenggah, anak dia mengandung luar nikah... (itu urusan Tuhan ngan dia)
tp siut giler bomoh tu pi jilat kaki mak aku.. eeeeeeiiii |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lupe nak bitau.. ehheehhe
seminggu lps tu kaki mak aku sembuh dan sampai skrg tak penah camtu lagi.. heran ye? ubat bomoh lebih power dari doktor hospital. |
|
|
|
|
|
|
|
ilmu menilik @ bomoh yg menurun then jd rimau laa, jd monyet laa @ jd apa2 pun suma tuh sebenarnya dari jin.. kiiranya macam pertolongan jin..
yg dia leh tau sapa amek, kart mana org tuh simpan tuh sebab, bila kita guna jin neh, dia akan pegi roh @ lebih tepat pada kembar org tuh yakni QARIN dia.. qarin neh yg bgtau... sebab tuh bila kita tanya apa2 pun dia leh jawap..
sumnya guna jin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri: Santau guna jin
Oleh Nasron Sira Rahim
Rawatan Islam secara ghaib pulih pesakit
AKTIVITI pembomohan yang bercanggah
dengan Islam serta menggunakan jin boleh
menyebabkan kufur dan syirik.
SEORANG lelaki menemui doktor selepas tidak tahan menanggung kesengsaraan dan kesakitan pada beberapa bahagian tubuh. Secara tiba-tiba! Semalam dia sihat tetapi hari ini tubuhnya bagaikan dicucuk sembilu. Bagaimanapun, sebaik menjalani pemeriksaan kesihatan, doktor mengesahkan
kesihatannya baik dan tiada sebarang penyakit.
Justeru, apakah misteri di sebalik kesakitan dan kesengsaraan lelaki itu jika doktor mengesahkannya sihat?
Pengamal Perubatan Islam Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia(Darus Syifa), Mohd Fauzi Mustaffa, berkata antara kemampuan jin adalah mendatangkan kecederaan kepada manusia menerusi kaedah ghaib yang tidak disangka manusia.
?Kaedah ini dinamakan santau dan ia adalah sihir kerana membabitkan pertolongan jin. Selain santau, ada juga masalah kesihatan disebabkan gangguan jin yang berada dalam tubuh,? katanya yang juga Pengurus Jabatan Syariah Takaful Malaysia dan penceramah agama.
Beliau berkata, kaedah santau dan gangguan jin dilakukan dalam pelbagai cara sejak zaman nabi sehinggalah sekarang dan berlaku menerusi alam ghaib yang tidak dapat dikesan dan dijangka manusia.
Antaranya, dalam perbuatan santau, jin digunakan untuk memasukkan benda fizikal seperti kaca atau miang buluh ke dalam tubuh seseorang menggunakan angin padahal jika difikirkan logik, ia sukar dilakukan.
Malah dalam kisah Nabi Ayub AS, iblis dan syaitan (jin kafir) menyebabkan tubuh badan Nabi Ayub cedera dengan teruk malah perkara seperti itu masih berlaku dalam kes santau dan gangguan jin sehingga kini,? katanya.
Katanya, selain kesakitan, gangguan jin juga boleh mengganggu psikologi seseorang seperti tidak dapat tidur malam atau tidak berselera makan. Gangguan jin juga boleh menyebabkan pasangan gagal memperoleh anak walaupun sudah lama berkahwin kerana ada jin memakan telur si isteri.
Selain mendatangkan kecederaan menggunakan jin, ada juga bomoh menggunakan khidmat makhluk itu untuk memulihkan gangguan bersifat ghaib yang mungkin disebabkan jin juga.
Jika berubat dengan bomoh yang menggunakan perantaraan jin, ia mungkin sembuh secara sementara iaitu selagi kemahuan jin itu diikuti dan apabila tidak diikuti, penyakit datang balik,? katanya.
Berbanding berubat dengan bomoh yang menggunakan bantuan jin, kaedah perubatan Islam menggabungkan tiga unsur iaitu individu yang merawat harus memiliki kekuatan rohani menerusi iman dan amal ibadat; doa yang serasi dengan penyakit serta bahan digunakan adalah halal seperti herba, air atau madu.
Dengan menggunakan rawatan Islam, bahan santau seperti kaca dan miang buluh boleh dikeluarkan dari dalam tubuh badan secara ghaib di hadapan pesakit, sama seperti ia dimasukkan secara ghaib,? katanya yang menyatakan bahawa rawatan Islam turut mampu menangani gangguan jin,
dengan izin Allah.
Fakta: Ciri-ciri pembomohan
Ciri-ciri bomoh yang menggunakan perantaraan jin atau menggunakan amalan yang salah di sisi syariat bagi mengubati pesakit dan perlu dihindari umat Islam adalah:
Bomoh itu mendakwa boleh melihat jin termasuk di sekeliling
pesakit.
Menggunakan bahan bernajis untuk berubat.
Memberikan tangkal termasuk tangkal kebal atau tangkal untuk mengelak penyakit berulang.
Membacakan mantera yang tidak difahami orang lain.
Membakar kemenyan atau membuat persembahan tertentu ketika berubat(mungkin menyeru jin, kemenyan adalah makanan jin)
Melakukan penyembelihan bukan atas nama Allah SWT(mungkin mempersembahkan hantaran kepada jin).
Menggunakan ayat al-Quran sebagai alas kaki atau untuk dihina, justeru pesakit perlu berhati-hati jika diberikan kertas tertentu yang dilipat atau
disembunyikan dalam tangkal atau barang tertentu.
Menulis ayat al-Quran menggunakan benda najis seperti darah.
Menyeru nama tertentu seperti nama wali, puteri gunung atau pahlawan.
Merendah diri kepada makhluk yang diseru dengan menggunakan ganti nama seperti ?cucu? manakala makhluk diseru dengan ganti nama seperti ?datuk? atau diagungkan.
Menyuruh pesakit tidak mengamalkan ajaran Islam selama tempoh berubat contohnya tidak boleh solat selama dua minggu.
Mengetahui siapa yang membuat aniaya, mengutuskan sihir kepada pesakit kerana syaitan berhasrat untuk melaga-lagakan manusia.
Memberi amalan seperti perlu menyimpan barang tertentu seperti gunting, menggantung paku di tempat tertentu kerana ia mungkin tahyul atau kurafat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam... nak share jugak... saya pernah g berubat ngan sorang bomoh kat k. kedah, pompuan... mak sedara saya yang bawak... untuk scan dia minta nama, dob dan nama ibu... tulis kat atas sireh kalau tak salah... pastu mula baca mentera ke ayat quran tak pasti, tak berapa jelas, lepas tu dia bukak sirih dan baca hasil scan tu... memang dia baca sejarah hidup saya... yang kelakar tu... bila habis satu ayat kena tambah 25sen, orang utara cakap suku... kalau tak tambah nanti cerita atas sireh tu terpadam... saya memang dah rasa ilmu dia ni menyeleweng je... tapi nak jaga ati mak sedara saya ikut je... alkisahnya banyak jugakla 25 sen yang habis...
lepas tu untuk rawatan... ada la harga yang ditetapkan... sebelum rawatan saya ada masa kononnya macam masa bertenang... konon untuk pujuk benda alah tu kuar dari badan sayala... banyak jugak syaratnya... mandi limau tu biasala... setiap hari...
pastu untuk rawatan terakhir dia minta kain 7 warna 2.5 meter setiap warna kalau tak salah... yang lain tu macam duru 7 batang, tahi besi dan macam2 (tak ingat sangat) yang saya tak boleh lupa dia minta kain pasang dan ayam panggang... kain yang mahal pulak tu... adik saya cakap... entah2 dia nak buat baju raya dia...
hehe...
dalam banyak2 perawat, yang ni la yang paling pelik dan jelik... sebab di akhir rawatan dia tunjukkan saya janin kembar yang baunya teramat busuk dan hanyir... kata dia, janin tu yang di puja... janin tu kemudian dia kafankan... dalam kain kafan tu dia letak buluh, paku kot kalau tak salah dan entah apa lagi tak ingat dah... lepas tu dia ada tawarkan saya tali pinggang untuk pagar diri katanya tapi saya tolak... takut nak terima... yang tak sedap tu dia ambik baju saya sehelai dan tak pulangkan (dia minta sebagai syarat untuk rawatan)...
hmmm pelikkan... |
|
|
|
|
|
|
|
adakah selepas harum mendapat khidmat bomoh atau lebih tepat bohmau sakit yg harum hadapitu rasa lega? cfu rasa inilah pestaim bomoh mau macam2....yang mahai2 mujog dia tak mintak kfc mcdonald atau ayamas..dahtu guna janin kembag pulaktu(penggunaan janin awai2 dah terpesong)....betul lawak satu ayat dua kupang limaret (25sen) atau suku kalau ayatnya banyak jenuh nak kena ready duit limaret banyak2....apapun harum anggaplah ia sebagai satu pengajaran...pandangan2 geng2 lain tentang cara2 mengenali bomoh /perawat yang tulen jadikan reference....insyaallah |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak satu incident happen kat kawan leona, sampai sekarang leona TAK AKAN PERCAYA pada bomoh. A few years ago leona temankan kawan leona ni jumpa satu bomoh sebab dia ada masalah ngan tunang dia. Lepas a few times berubat, mereka dua org jatuh cinta! Dah lah tu, you all caya tak, bomoh ni yg kononnya guna ayat2 quran masa merawat, ajak kawan leona tu tidur ngan dia kat hotel. Nasib baik mak kawan leona ni cepat2 gi berubat ngan satu ustaz ni supaya dpt lupakan bomoh ni. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cfu at 5-9-2006 06:15 PM
adakah selepas harum mendapat khidmat bomoh atau lebih tepat bohmau sakit yg harum hadapitu rasa lega? cfu rasa inilah pestaim bomoh mau macam2....yang mahai2 mujog dia tak mintak kfc mcdonald atau ...
memang ada rasa kurang tapi tak pulih sepenuhnya... bab dua kupang limaret tu memang jenuh mak sedara ngan adik kutip dan korek tabung sebelum pi jumpa dia... nasib baik maksu suka kumpul duit limaret ni... dah prepare banyak2 sebelum pegi sebab orang dah pesan...
cfu tau... adik saya punya bengang ngan bomoh tu sebab last minit dia mintak ayam panggang... kata dia kalau tak dak benda tu tak nak kuar... adik saya pun pegi la beli ayam panggang kat ayamas nun jauh di pekan alor setar...
haiii... tobat tak mau pi lagi kat bomoh ni... bomoh ni ada cakap sharifah aini pernah datang kat dia untuk buang susuk... wallahualam betul ke tak cerita dia tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by harumanisz at 6-9-2006 07:58 AM
memang ada rasa kurang tapi tak pulih sepenuhnya... bab dua kupang limaret tu memang jenuh mak sedara ngan adik kutip dan korek tabung sebelum pi jumpa dia... nasib baik maksu suka kumpul duit ...
uisy, mengarut sungguh mintak bukan2....pengubatan islam tu sendiri sangat bersih, nih sampai janin kembar segala.....
emo punya pengalaman plak bkan bomoh tapi tukang urut, kazen emo dok recommend emo suruh urut badan kat sorang kakak nih kat area rumah dia....kazen kata ramai yang berurut dengan kakak tu sebab dia urut sedap badan....
so emo pun buatlah, ya Allah, sakitnya tuhan je yang tahu rasa nak terberak nak terkencing semua ada....lepas tu masa meniarap emo toleh la tengok apa kakak ni buat....muka dia bengis semacam je macam marah dengan emo masa mengurut....
dia suruh datang urut badan 3 x (selalunya orang urut lepas bersalin 3 x berturut-turut)...siap pesan kalo tak datang habiskan 3 hari tu nanti badan emo lagi sakit, sebab tak putus ubat (tu lah first time emo dengar psal putus ubat sebab selalu emo urut kat orang lain takde plak bersyarat2)...esoknya emo demam lepas tu badan lebam2 memang emo tobat nak urut dengna kakak tu lagi dah. Kazen emo hairan kenapa emo kata sakit sebab dia kata semua orang berurut dgn kakak tu ok je, tak sakit pun...so dia kata emo tak biasa berurut tu sebab rasa sakit....
tapi emo pelik, sebab bukan emo tak pernah pergi urut badan...tu lah pertama kali rasa sakit ya amat...rasa macam nak terkencing2....
pergi ziarah ayah, then dad nampak kat lengan emo lebam dia tnya kenapa lebam....kebetulan uncle emo ada...dia belek tempat lebam tu dia warning emo jangan urut lagi dah dgn orang macam ni sebab dia membela....uncle kata nanti kakak urut tu mesti tu bising2 sebab emo tak habiskan, tapi uncle warning buat donno je....Uncle kata kalau pompuan tu melampau2 nanti dia pergi jumpa kakak tu dia kerjakan belaan kakak tu pulak (uisy, suspen emo tengok uncle naik hangin sebab dia jenis cool)....in the end, emo kena bebel dari pagi sampai petang haku cair taik telinga dengar crita pasal orang membela benda bukan2 untuk mengurut segala.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
emo tau dak...selalunya orang yang boleh mengurut tubuhnya bukanlah besar dan kuat sangat....tapi tatkala mengurut kekuatannnya mcm tak percaya......mana datang kudratnya????...minyak yang digunakan bau macam minyak kelapa @ nyiog ka emo?....ada dia tarik2 jari kaki yg bongsu tak diakhir2 mengurut? |
|
|
|
|
|
|
|
tarik2 kat ujung kaki emo tak ingat...tapi memang urut pakai minyak kelapa buatan sendiri....tapi yang paling tak tahan tengok muka dia semacam je masa urut badan emo....
semenjak tu emo memang tak berani urut sebarangan dah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by harumanisz at 6-9-2006 07:58 AM
memang ada rasa kurang tapi tak pulih sepenuhnya... bab dua kupang limaret tu memang jenuh mak sedara ngan adik kutip dan korek tabung sebelum pi jumpa dia... nasib baik maksu suka kumpul duit ...
pelik jg bomoh nie yer..tk paham jg bomoh yg abik suku2 nie..sllu jg dengar...nthlah..lpas nie..klu kerajaan siarkan/rasmikan. duit limaret tu tk laku camner agaknya aarr:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
masatu cfu rasa dia terima kad kredit......siap dgn mesin pengimbas kad bg resit lagi...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hemorion at 6-9-2006 10:15 PM
tarik2 kat ujung kaki emo tak ingat...tapi memang urut pakai minyak kelapa buatan sendiri....tapi yang paling tak tahan tengok muka dia semacam je masa urut badan emo....
semenjak tu emo memang ...
soulha pernah mengurut camni jg...tp alhamdullilahlah tkder apa2..tp sakit..mmg sakit 2/3 ari jg..dia punya stail jenis guna kaki.. tkder urut gunan tangan..sepak cam..berkungfu..yg heran gagah sungguh..sbb sblm soulha dtgn mengurut ada sorang lady..kira tk berhenti langsung ...
agak2 ada benda lain jg ker..atau mmg dia nie ada blck belt..masa muda....sllalunyakan bidan nie..cam keturunan jgkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cfu at 6-9-2006 10:37 PM
masatu cfu rasa dia terima kad kredit......siap dgn mesin pengimbas kad bg resit lagi......
ehh budak shin chan nie..cpt sungguh dia...:lol:nana:..betoi jg kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hemorion at 6-9-2006 09:37 AM
uisy, mengarut sungguh mintak bukan2....pengubatan islam tu sendiri sangat bersih, nih sampai janin kembar segala.....
emo punya pengalaman plak bkan bomoh tapi tukang urut, kazen ...
emo, kita pun penah gi mengurut badan ngan akak ni kat puchong... tak ingat plak dia ada tarik kaki ke tak... tapi dia siap offer untuk mandi bunga... dia kata lepas mandi bunga tu apa yang kita niatkan masa mandi tu (nak cantik, nak kaya ke..) akan jadi kenyataan... tapi saya tak buat pun... pegi mengurut kat dia pun sebab saya jatuh motor... sakit badan... rasanya tukang urut ni pun jenis yang macam emo citer tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|