|
letaklah diantara keduanya
kerana manusia tetap punya upaya, iktiar dan usaha
mengelak sesuatu kerana kemungkinan bahaya
bukan menolak qadarNya
bahkan meletak diri pada qadarNya juga
Dia tidak punya sekutu
Dia Sa hanya Dia |
|
|
|
|
|
|
|
salam
terima kasih kerana membantu
sesuatu yg masih tak pasti
dan masih tak berketentuan
samada doa dan ikhtiar yg dilakukan
adalah HAK HAMBA
atau masih HAKNYA yang menentukan perjalanannya.............. |
|
|
|
|
|
|
|
Berdoalah kepada-Ku
niscaya akan Kuperkenankan bagimu |
|
|
|
|
|
|
|
dan sesungguhnya jua
hanya DIA yang mengerakkan
gerakkan hati untuk mengingati
gerakkan lidah untuk memuji
gerakkan anggota untuk ibadah
semata mata kerana DIA
tetapi kiranya di BUTAkan mata ini
di PEKAKkan telinga ini
di TUTUP mata hati
adakah tempat lagi DIA disisi............. |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya tetap dengan jalan-jalan Jabar
jalan-jalan Qadar
sedang sedikit usaha ke arah jalan permurniaan
menuju dizaman Al Musthofa |
|
|
|
|
|
|
|
sayang sungguh
dan teramat sayang
kerana ADA HAMBANYA yang menyayangi diri ini
dan terus menerus menasihati hambanya ini
walaupun meredah onak dan duri
cuma hambanya ini
masih tidak mampu
menyayangi kembali HAMBA HAMBANYA yang mukhlis
sebagaimana TUHAN MENYAYANGI HAMBANYA.......... |
|
|
|
|
|
|
|
hak mutlak kemaksuman utk nabi dan para rasul.apa tu maksum?
Bagi yg kata ada org lain ka..pak imam ka..pun maksum..semua tu. Tak kira ke apa aliran pun.Ada jgk aliran kat indon..wali songo tu pun dia cakp maksum.Sama sahaja pegangan org2 yg percaya pak imam diaorang maksum.Korang satu group.satu kepercayaan.mengagungkan manusia biasa ke tahap maksum
-BapakPendeta-
antiQue ~ unnecessary words edited
[ Last edited by antiQue at 23-6-2006 05:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam
saya pun tak arif sangat ttg maksum ni
pasal NABI pun tak pernah KATA atau BERPESAN
jadi susahlah sikit
hanya manusia sesudah itu
pandai pandai menyusun apa yg tidak ada
kalau kata NABI maksum
kan dalam AL QURAN pun ada TUHAN menegur NABI
(mungkin sebagai pengajaran buat umat selepasnya)
dan ada beberapa kisah, NABI tersilap dalam katanya
jadi tak ada istilah MAKSUM disini
dan BAGINDA pun masih lagi manusia
dan kekal kepada kejadian manusia
bukan yg lain
SELAWAT DAN SALAM BUAT BAGINDA |
|
|
|
|
|
|
|
jika kita setuju tiada istilah maksum, maka persoalannya akan lebih senang
logik (naqli dan aqli) istilah itu tiada dalam Quran
dan mungkin kita akan merujuk kepada petunjuk yang lebih jelas, terus kepada Quran
supaya senang kita mewarisi ilmu yang didasari hujah |
|
|
|
|
|
|
|
tapi rasalah kalau saya bawa cadangan org besi, tiada istilah maksum sebenarnya
bagaimana ya respon umum, pastinya mereka akan berkata
kenyataan ini terlalu provokasi kepada konsep ilmu tradisional
walaupun mereka tidak akan menyangkal bahawa ilmu itu sewajarnya kita lalui jalan pencerahannya, sendiri-sendiri
kerana kalau kebenaran itu tidak dicari sendiri
yg salah diri sendiri itu sendiri, kerana percaya bulat2 kepada authoriti agama yg kenkadang sesma mereka pun sendiri bertelagah dan bercanggah pendapat |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 24-6-2006 10:30 AM
salam
saya pun tak arif sangat ttg maksum ni
pasal NABI pun tak pernah KATA atau BERPESAN
jadi susahlah sikit
hanya manusia sesudah itu
pandai pandai menyusun apa yg tidak ada
kalau kata ...
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Saudara adakah disini saudara bermaksud bahawa junjungan besar nabi kita pernah melakukan kesilapan.......jika begitu kemungkinan BESAR AGAMA ISlAM YANG BELIAU SAMPAIKAN ADA YANG TERSILAP ATAU ADA YANG TIDAK LAGI DISAMPAI MUNGKIN KERANA BELIAU TERLUPA...?????????
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Maksum
SALAM..........
Ma'af, mencelah sikit dan harap jgn ada yg berkecil hati. Bagi saya frasa Nabipun tak pernah berkata atau berpesan, begitu juga bila tiada kedapatan firman langsung mengenai Maksum, maka bukanlah ianya bermakna kesilapan/tersilap atau ada lagi yang tidak disampaikan kerana baginda terlupa. Kalau sudah tiada wahyu yang sebegitu maka tiadalah. KEMUNGKINAN itu hanyalah pada apa yang kita fikirkan dan semasa apa yang kita fikirkan itu pula atas niat apa dan kemana hendak dijuruskan?
Jadi kenapa kita nak persoalkan tentang Lengkapnya Al-Quran itu kalau ianya sudah dijamin lengkap, tiada kecacatan dan kebengkokan oleh ALLAH? Kalau nak bertanya juga, marilah kita pakat sama-sama cari ayat-ayat sebegitu. Kalau tidak ada? Redho kepada ALLAH sambil berdoa semuga ia menunjukkan kita JalanNya yang lurus.
Semoga sentimen dapat dielakkan semasa perbincangan ini.
Salam.......... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat Keatas kepada nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya....
Terima kasih atas pandangan saudara itu...tetapi ini sangat tidak bersesuaian dengan sifat manusia itu sendiri yang suka kepada kesemurnaan....bila nabi tidak sempurna dan mungkin ada sesuatu yang DIWAHYUKAN TETAPI TIDAK DISAMPAI maka itu protes yanag akan dilaungkan oleh ummat islam....bila tiba hari kebangkitan...
Harap saudara faham akan maksud saya....kerana secara logika nabi itu perlu maksum...
wassalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya rasa soalnya bila term tidak ada dalam Quran
dan term yg wujud terkemudiannya, berdasarkan juga keupayaan linguistik manusia, barangkali nak menggambarkan sesuatu, tetapi mungkin juga tidak tepat sepenuhnya
dan bila wujudnya baru, tanpa support dari dalil naqli yg diterima semua, maka ruang untuk bercanggah pendapat makin luas
sy setuju dgn tuan shaikh yg manusia suka pada kesempurnaan
dan berTuhankan Tuhan Yang Maha Sempurna, merupakan satu kepuasaan sebenar sbb ia tidak punyai ruang utk sesuatu kekurangan pun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tetapi bila mengatakan mengenai manusia, maka pendapatnya pelbagai
kerana itu dipermulaan thread sy meminta utk berkongsi maklumat mengenai kemaksuman, apakah dalil yg dipakai utk mengjustifikasikan hujah kemaksuman itu
adakah ianya bersifat eksklusif utk para Nabi sahaja
dan mungkinkah manusia lain boleh mencapai tahap suci dari dosa?
kesempurnaan itu berlainan pula sifatnya
adakah yg dicari dari kesempurnaan fizikal, akhlak, amalan, dll?
tp dari segi logik, (pendapat sy sendiri), utk sy mengikuti seseorang, khususnya dari segi beragama, tentunya mereka-mereka yg telah diperincikan dlm Quran pilihan paling utama, dan tidak mungkin tertolakkan dan mana mungkin akan menolak
sebab sejarah kemudiannya, yg kita sendiri alami, bahawa umat sekarang secara literalnya terputus dr berhubungan dengan Nabi dan Rasul, kerana penutup Nabi dan Rasul ialah Rasulullah Muhammad sawa
dan bila membicarakan pewarisnya, mula satu titik khilaf yg baru
krn itu soal adakah mungkin manusia lain selain dari para Anbiya' dan Rasul, boleh mencapai taraf at least spt yg diperkatakan sebelum ini ISMAH, keterjagaan dari dosa, memungkinkan manusia mendapat sumber pimpinan dan guidance yg terpandu dan sampai kepada sumber asalnya Rasulullah, dan Rasulullah dari Allah swt......
? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya..
Wahai sakinah sungguh bagus akan pandanganmu, insyallah saya akan memberikan hujjahnya (bukanlah bermaksud hendak berdebat) kerana saya sekarang ini perlu bertolak ke Ulu Tiram bagi menghadiri satu kursus....jadi dalam masa 4 hari saya di sana bila tiba insyallah saya akan berikan...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shaikh at 20-7-2006 12:09 PM
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya..
Wahai sakinah sungguh bagus akan pandanganmu, insyallah saya akan memberikan hujjahnya (bukanlah bermaksud hendak berdebat) kerana saya seka ...
Kursus di Ulu Tiram? :geram::geram::geram:
:pmuka: |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya..
Kenapa pipi...ada masalah ke...bagilah tahu....mungkin boleh kita berkungsi bersama...
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
shaikh belum balik dari surkus (kursus) ke lagi......... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya..
Pertama-tama saya ingin meminta maaf jika telah membuat saudari sakinah tertunggu-tunggu....baiklah di dalam al-quran tidak terdapat kenyataan yang secara jelas mengatakan bahawa para nabi, atau rasul maksum...tetapi secara kiasan itu banyak....salah-satunya "sesungguhnya ia (nabi muhammad) adalah suri tauladan yang sempurna" disini menunjukkan bahawa nabi itu adalah model yang sempurna untuk dikuti...bila allah mengetakan bahawa nabi muhammad harus diikuti keperibadiannya maka adakah allah akan menunjukkan supaya manusia mengikutinya sedang ia melakukan dosa....nanti akan dipertikai oleh manusia..jadi dsini menunjukkan bahawa nabi itu adalah maksum....
Banyak lagi ayat yang seperti ini....
Saya harap saudari faham akan maksud saya....jika ingin penjelasan yang lebih.... pergi ke www.huseniahzahrah.tk disitu terdapat ustaz yang bisa membantu...
wassalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|