CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gravedigger

Imam Mahadi Nusantara vs Imam Mahadi Ahlul-Bait

[Copy link]
Post time 10-4-2006 04:42 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 8-4-2006 12:56 PM


Amiiinnnn.
:pray:


Imam Mahdi Syiah namanya bukan Muhammad bin Abdullah kan?..

Ibnu Masud RA meriwayatkan bahawa,

"Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu." Baginda menjawab, "Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengqn keadilan dan kesaksamaan." (Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

apa komen pakcik dgn hadis di atas?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2006 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 10-4-2006 04:42 PM


Imam Mahdi Syiah namanya bukan Muhammad bin Abdullah kan?..

Ibnu Masud RA meriwayatkan bahawa,

"Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan k ...


Nak menghujjah Syiah dengan menggunakan dalil-dalil dari ASWJ ker makcik??
Hehehehee...last-last kalau kantoi nanti senanglah jawab ' kamu dengan pendirian kamu dan kami dengan pendirian kami'.

Cubalah berhujjah macam Nawazi wahabi-deobandi tu dok buat. Barulah akademik sedikit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 12-4-2006 10:16 AM


Nak menghujjah Syiah dengan menggunakan dalil-dalil dari ASWJ ker makcik??
Hehehehee...last-last kalau kantoi nanti senanglah jawab ' kamu dengan pendirian kamu dan kami dengan pendirian kami' ...


sape ndak hujah guna syiah?..cuma ndak tanya mengapa imam Mahdi Syiah namanya bukan Muhammad bin Abdullah, seperti hadis RSAW itu...takkan org Syiah tk pernah jumpa hadis ini?...atau ndak kata tk percaya pada hadis ?..sedangkan setahu tatie Syiah kalau ndak pertahankan iktikad mereka mengenai sesuatu perkara guna hadis juga...macam-cama hadis yg tk pernah dgr pun ada ....maklum ler kitab hadis Syiah lebih byk dari hadis ASWJ..

kalau tk tahu ndak bagi jawapan ilmiah, tak yah ler tunjuk kebebalan tk faham soalan tu...hehehe..
Reply

Use magic Report

izzansdy This user has been deleted
Post time 15-4-2006 08:53 PM | Show all posts
Assalamualaikum...

Originally posted by nawazihussin at 6-4-2006 01:44 PM
minta tolong dgn imam mahdi.....
manusia paling mulia disisi syiah melebihi nabi2 bahkan nabi muhammad s.a.w.


http://www.al-imam.net/


cantik benar gambar itu,  Ali yg mana satu tu....???

Betul ke itu gambar Syaidina ALI ??? MASYAALLAH.......!

Takut satu hari nanti, gambar dipuja melebihi  dari tuhan..

kata2 arab dlm lukisan itu bermaksud , (ALI SEBAIK2 MANUSIA)... sila betulkan jika salah.... ada pula yg memaksudkan (ALI SEBAIK2 BERITA )....

Takkan lebih baik dari RASUL....?????Syiah membawa agama baru ke ? Bukan salah syiah, mungkin salah org yg memahaminya kot....

Ada org2 syiah yg sudi menjernihkan persoalan ini ????

Salam sejahtera....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2006 09:35 PM | Show all posts
Originally posted by izzansdy at 15-4-2006 08:53 PM
Assalamualaikum...



cantik benar gambar itu,  Ali yg mana satu tu....???

Betul ke itu gambar Syaidina ALI ??? MASYAALLAH.......!

Takut satu hari nanti, gambar dipuja melebihi  dari tuha ...


Bagaimana pula kalau betul gambar tu gambar Saidina Ali?? Bagaimana pula kalau segala ciri-ciri fizikal Saidina Ali ada dinukilkan dalam kitab-kitab ahlul-bait nya sendiri dan digambarkan oleh pelukis mengikut ciri-ciri tersebut?? Alaaa...macam yang pelukis polis melukiskan lakaran suspek penjenayah jugak lah. Kengkadang tu boleh hampir tepat lukisannya walaupun suspek cuma dinampak oleh saksi sepintas lalu saja.
Aku pun pernah menanyakan persoalan ini kepada ustaz-ustaz syiah dan menurut mereka Marja'e2 pun tidak pernah mengiyakannya atau pun melarangnya. Persoalan ini mungkin bukan persoalan besar agaknya bagi mereka dan mungkin cuma khilaf saja. Entah lah...secara falsafahnya bagi aku yang berlatarbelakangkan seni, gambar tersebut bukannya disembah tapi mendatangkan semangat dan peringatan pada sebalik yang digambarkan.

Tentang Ali pula...bolehlah buka satu thread baru nanti membincangkan kelebihan-kelebihannya. Kita lihat nanti Imam Ali yang di nilai secara perpektif yang berlainan dari berbagai aliran Syiah yang pelbagai aliran juga. Hehehehe..bukankah Abdullah ibn Saba pun mengatakan Ali tu jelmaan Tuhan.

Cuba check hadis ni...lupa lak nak tanya ustaz syiah dari sumber mana. Katanya ahlus-Sunnah pun ada meriwayatkannya.
"Aku dan Ali dijadikan tuhan 70,000 tahun sebelum Adam dan kami diturunkan dari satu sulbi ke satu sulbi rasul-rasul seumpama tangan kiri dan kanan. Kami kemudian dipisahkan melalui sulbi Abdul Muthalib...." (Lebihkurang camni lah yang aku ingat).  Cuba tanya kat tok-tok guru Tariqat tapi bukan pada ustaz wahabi sebab mender-mender ghaib tu semuanya nonsense.
Reply

Use magic Report

Pancilok This user has been deleted
Post time 17-4-2006 11:39 AM | Show all posts
Ceehh...ingat tadi ada di bincangkan lagu balada nusantara ka rupa-rupanya pasal macam Ayah Pin jugak!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-6-2006 05:02 PM | Show all posts
Nampaknya berakhir sudah penantian Imam Mahadi oleh kumpulan Arqam aka Rufakak setelah segala ramalan-ramalan dari pemuda bani Tamimnya yang dah tua hancuss tidak menjadi kenyataan. Cukuplah kalau Tun Ghaffar Baba menjadi Perdana Menteri sudah memberi kesan pada Abuaya namun Ghaffar baba sendiri  pun tak sempat nak jadi PM untuk melantik Abuya memegang panji-panji hitamnya untuk diserahkan pada Imam Mahadi Nusantara impiannya.

Kita nantikan pula Imam Mahadi sebenar sepertia yang dijanjikan. Tunggu yer...sambung nanti, dah petang nak nengok penutup SUKMA.

Selangor juara lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2006 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 16-4-2006 09:35 PM

Cuba check hadis ni...lupa lak nak tanya ustaz syiah dari sumber mana. Katanya ahlus-Sunnah pun ada meriwayatkannya.
"Aku dan Ali dijadikan tuhan 70,000 tahun sebelum Adam dan kami diturunkan dari satu sulbi ke satu sulbi rasul-rasul seumpama tangan kiri dan kanan. Kami kemudian dipisahkan melalui sulbi Abdul Muthalib...." (Lebihkurang camni lah yang aku ingat).  Cuba tanya kat tok-tok guru Tariqat tapi bukan pada ustaz wahabi sebab mender-mender ghaib tu semuanya nonsense.


Grave refer pada hadith An-Nur ke? Dalam jalur ahlus sunnah, ada diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad. Tapi yg dalam hadith tu disebut 14,000 thn.

Lebih kurang : " Aku dan Ali dicipta 14,000 thn sebelum Adam dicipta, diturunkan dari Adam dan keturunannya, diwarisi oleh Abdul Mutalib, dan darinya dipisahkan kepada Abdullah (bapa Nabi) dan Abu Talib (bapa Ali). Aku dianugerahkan kerasulan, dan Ali dianugerahkan kekhalifahan."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2006 09:08 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 4-6-2006 08:57 PM


Grave refer pada hadith An-Nur ke? Dalam jalur ahlus sunnah, ada diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad. Tapi yg dalam hadith tu disebut 14,000 thn.

Lebih kurang : " Aku dan Ali dicipta  ...


Oooh betul ker ada hadis tu dalam jalur ahli sunnah? Terima kasih lah sebab saya cuma mendengar dari seorang ustaz yang berfahaman syiah dalam satu pengajiannya dan lupa lak nak tanya selepas tu. TQ very much and you are so kind!:bodek:
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 11:47 AM | Show all posts
salam

kalaulah datang  IMAM  MAHDI yg sesebenarnya
pasti ramai   manusia tak   mengakuinya
hakikatnya sama seperti permulaan  NABI di RASULKAN
PERINTAH TUHAN dan SUNNAH NABI diambil sedikit dan  ditinggal banyak
kot yg BIDAAH yg diseru siang malam

cuba kaji HADITH ini
SESUNGGUHNYA MALAIKAT MAUT MENJENGUK  KAMU LIMA KALI SEHARI
DAN DIA   LEBIH KENAL DIRIMU DARI KAMU MENGENAL DIRI  MU SENDIRI

saya  pun   pening jugak........
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 12:49 PM | Show all posts
Musnad ahmad tu semua sahih ke grave?  seronok nya bukan main kipas lagi tu.  Tapi betul ke dari Musnad Ahmad?

ni aku ambil petikan...

...................... konsep Nur Panjthan (Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain) yang dikatakan berlegar-legar mengelilingi arasy sebelum kejadian alam semesta ........

......Nur Muhammad Versi Ka抌ul Akhbar .....Kemudian terus berpindah-pindahlah Nur itu daripada seorang lelaki mulia kepada seorang lelaki mulia yang lain dan daripada seorang perempuan yang suci kepada seorang perempuan suci yang lain hinggalah ia sampai kepada sulbi Abdullah bin Abdul Mutalib. Kemudian Allah mengeluarkannya ke dunia lalu dijadikanNya penghulu sekelian Rasul dan penyudah sekelian Nabi, dijadikannya rahmat kepada sekelian alam dan pemimpin kepada orang-orang yang bertuah. .......


Nur Muhammad asalnya terbahagi 4 dan salah satunya yang disebut di atas.  

Seperti kata hadith berikut:
揜asulullah s.a.w. bersabda kepada Jabir, 揥ahai Jabir! Sesungguhnya Allah Taala telah mencipta sebelum segala sesuatu Nur Nabimu daripada NurNya. Maka Nur itu mula berputar dengan kudrat Allah selama dikehendakiNya. Pada ketika itu belum ada lagi lauh dan qalam, syurga dan neraka. Belum juga ada malaikat, langit, matahari, bulan, jin dan manusia. Bila Allah hendak menjadikan makhluk, dibahagiNya Nur itu kepada empat bahagian. Daripada bahagian yang pertama dijadikan qalam, daripada bahagian yang kedua dijadikan lauh, daripada yang ketiga dijadikan arasy. Kemudian Dia membahagikan bahagian yang keempat kepada empat bahagian yang lain. Daripada bahagian yang pertama dijadikan langit, daripada bahagian kedua dijadikan bumi, daripada bahagian ketiga dijadikan syurga dan neraka kemudian yang keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2006 01:15 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 5-6-2006 12:49 PM
Musnad ahmad tu semua sahih ke grave?  seronok nya bukan main kipas lagi tu.  Tapi betul ke dari Musnad Ahmad?




Aku ker yang kata hadis tu dari musnad Ahmad?? Yang aku katakan ialah aku dengar seorang ustaz syiah menyebut hadis tu dan ada juga diriwayatkan dalam sunni. Bukan ker aku suruh check dan di confirmkan pula oleh antique?? Dah jadi mod ni janganlah kalut sangat...baca dan faham dulu bang!
1. Oleh kerana beliau seorang Syiah, mana-mana riwayatnya berhubung dengan fadhail dan manaqib tidak akan diterima.
2. Riwayat-riwayatnya yang menyentuh peribadi sahabat tidak akan diterima.
3. Oleh kerana Abdul Razak telah kehilangan akal (nyanyuk) pada tahun 210H, ketika itu sesiapa sahaja boleh menyatakan sesuatu daripada mulutnya tanpa kesedaran dirinya, oleh itu setiap riwayat yang dikemukakan selepas tahun 210H tidak boleh diterima.
4. Riwayat-riwayat yang dinukilkan oleh anak saudaranya yang bernama Ahmad bin Abdullah semuanya mungkar.
5. Dia terkenal dalam kesilapannya meriwayatkan hadis-hadis Ma抦ar sedangkan kebanyakan riwayat-riwayatnya adalah berpunca daripada Ma抦ar.

6. Sekiranya hadis yang diriwayatkannya itu hadis yang muttasil dan setiap perawinya adalah orang tsiqah barulah boleh diterima riwayatnya.  


Hehehehee...biasa lah hujjah-hujjah yang sering di kemukakan begini oleh puak-puak wahabi untuk berhujjah dengan geng Tariqat. Masuk laman web tariqat lain pulak kena hentam puak-puak wahabi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 01:27 PM | Show all posts
kalut...  isy...  adik grave ni..  bila ada tak setuju ngan dia ...   mula nak membebel.  cuba bawak bersabar.  buka balik kitab.  ada tak antik kata status tu sahih atau tidak?  mungkin aku salah, mungkin jugak antik...  atau.....

[ Last edited by  ibnur at 5-6-2006 01:29 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2006 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 5-6-2006 01:27 PM
kalut...  isy...  adik grave ni..  bila ada tak setuju ngan dia ...   mula nak membebel.  cuba bawak bersabar.  buka balik kitab.  ada tak antik kata status tu sahih atau tidak?  mungkin aku salah, ...


Cool down bro... dah jadi mod ni jangan cepat sangat melatah. Mod kenalah control sikit...nanti kalau kena turun pangkat lak takder sapa nak bagi kredit kat aku. Bahasa membebel tu pun tak sesuailah kalau mod yang gunakan...tak rock lah untuk mod kan??
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 03:42 PM | Show all posts
cool ke hot ke, pandai-pandai ler kau tafsir sendiri apa-apanya ....

Ni bawah ni semua aku copy dan paste....
>>>>>>

Banyak sekali terdapat dalam kitab-kitab tasauf, sirah dan maulid kenyataan yang menunjukkan bahawa kejadian pertama alam semesta ini adalah Nur Muhammad. Kenyataan seperti ini telah menimbulkan banyak pula fahaman-fahaman lain berhubung dengan Rasulullah s.a.w seperti Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai bayang , tergila-gilanya perempuan-perempuan kepada ayahanda Nabi s.a.w. Ketika Nur Muhammad dikatakan memancar di dahinya sampai membawa mereka mati dan sebagainya. .....................


Ia juga mendekatkan kepada konsep Nur Panjthan (Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain) yang dikatakan berlegar-legar mengelilingi arasy sebelum kejadian alam semesta selama 50,000 tahun mengikut ajaran Syiah. ......dapat kita lihat di dalam tafsir-tafsir Al-Kalbi dan ahli-ahli seerah yang terpedaya dengannya, bahawa Nur itu berpindah-pindah daripada Nabi Adam kepada Nabi Syith dan seterusnya kepada Abdul Mutalib. Selepas Abdul Mutalib Nur itu berpecah kepada dua, Yang pertama pergi kepada Abdullah ayahanda Nabi kita Muhammad saw. Dan yang kedua pergi kepada Abdu Manaf atau Abu Talib iaitu ayah kepada Sayyidina Ali.

Kenyataan ini tersebut dalam kitab-kitab Syiah seperti 揑laalu As Syarai
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 10:42 AM | Show all posts
salam

maaf nak nyampuk sikit sikit aje
jauh sangat di perkatakan tuuuuuuu, cuba dulu yg ini

SESUNGGUHNYA KUJADIKAN MANUSIA DARI SEBAIK BAIK KEJADIAN...................

cuba cubalah kita berkongsi
sebab itu adalaj kita sendiri
dan adakah kita masih tidak mengenali dir kita sendiri
bagaimanakah akan ketentuannya...................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2006 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 6-6-2006 10:42 AM
salam

maaf nak nyampuk sikit sikit aje
jauh sangat di perkatakan tuuuuuuu, cuba dulu yg ini

SESUNGGUHNYA KUJADIKAN MANUSIA DARI SEBAIK BAIK KEJADIAN...................

cuba cubalah kita b ...


Memang jauh....
jauh sebelum dan jauh sesudah.
Sebab itu kita hidup berugama dan ugama memerlukan penyerahan kepada orang yang boleh kita yakini dan percayai. Ugama adalah rahsia-rahsia ketuhanan yang menuntut menyerah sepenuhnya pada rasul pilihan serta penyambung ilmunya.
Rasulullah saaw menyerahkan warisan ilmunya pada ahlul-baitnya agar terus menyambung ilmu-ilmu ghaib dan nyata supaya umat ada pembimbing sehingga akhir zaman.

Pada siapa nak kita percaya?? Pada ahlul-baitnya sendirikah ataupun ulama-ulama terkemudian yang cuma mampu membidaahkan perbuatan yang ia sendiri tidak ada kemahiran dan kepakaran??
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 01:49 PM | Show all posts
salam

susah jugak nak   kata
hanya dr sepotong ayat yg pendek
tapi payah nak diterangkan, dan ramai tak ambil peduli
sedangkan itulah SEBENAR BENAR KETERANGAN DI ATAS MUKA BUMI
yg diturunkan berupa RAHMATkepada manusia yg MENCARI DAN MENDEKATKAN

camna kebanyakan RASUL dan para NABI tak ade guru ???
bagaimanakah AISHAH isteri FIRAUN adalah seorg yg dirindui syurga
dan dimanakah islam yg  bermulanya asing
dan kembali asing, dan siapakah yg sanggup terasing...............
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 01:52 PM | Show all posts
lupa   nuuu
rasa sayalah ilmu ghaib yg paling agung
dan tak terlawan dek yg lain
adalah
KATA KATANYA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2006 12:31 PM | Show all posts
Dalam Tafsir al-Burhan diriwayatkan dari Ibn Babawaih dengan mengambil sanadnya dari Jabir bin Abdillah al-Anshari, bahawa Jabir berkata, "Ketika Allah berfirman kepada nabinya Muhammad saaw, 'Hai org-org yg beriman, taatilah Allah dan taatilah rasulnya dan ululamri yang diantara kamu. Jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagi mu) dan lebih baik akibatnya," (QS.an-Nisa:59).
Jabir berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah saaw "Wahai Rasulullah, kami sudah mengenal (makrifat) kepada Allah dan Rasulnya, maka siapkah ululamri yang Allah menyertakan ketaatan kepada mereka dengan ketaatan kepada mu?".

Maka rasulullah menjawab,"Mereka adalah khalifah-khalifah ku wahai Jabir dan pemimpin untuk orang Islam setelah aku wafat. Yang pertama dari mereka adalah Ali bin Abi Thalib (al-Murtadha), kemudian Hassan (al-Mujtaba'), lalu Hussain (as-Syahid), Ali bin Hussain(Zainal abidin), lalu Muhammad al-Baqir bin Ali yang dikenal dalam Taurat dengan gelar al-Bagir (yang dalam ilmunya), engkau akan bertemu dengannya dan jika kau berjumpa dengannya sampaikanlah salamku padanya. lalu Ash-Sadiq yang bernama Ja'far bin Muhammad, lalu Musa bin Ja'far (al-Kazim), setelah ali bin Musa (ar-Ridha), kemudian Muhammad bin Ali (al-Jawad), lalu ali bin Muhammad (al-Hadi) dan Hassan bin Ali (al-Askari). Kemudian yang terakhir namanya sama dengan nama ku yaitu muhammad dan sebutannya sama dengan sebutan ku (Abul Qasim), dialah hujjah Allah di bumi-Nya, Baqiyyah (pilihan antara hamba-hambanya) anak dari Hassan (al-Askari) bin Ali (al-Hadi). Dialah yang Allah berikan kemenangan dengan kedua tangan kekuasaannya, memimpin timur dan barat dunia, dialah yang akan ghaib dari pengikutnya dan wali-walinya, dengan masa kegaiban yang menyebabkan lahirnya berbagai pendapat uantuk mengingkari kepimpinannya (imamah dan wilayahnya), kecuali yang telah mendapatkan anugerah keimanan di hatinya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.057363 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list