CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: emiko

[TV3] [6pm] SEED OF HOPE

[Copy link]
Post time 21-2-2006 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by silencez at 20-2-2006 11:08 PM
limau, nick tu kadang2 mcm comel. kadang2 mcm sweet. tapi kadang2 biasa je. hehehe.


kadang kadang cam pak turut..haha
cerita ni biasa je, kadang 2x macam bosan, kadang 2x ok..:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2006 08:43 PM | Show all posts
waktu nick kat rumah jagaan budak2, ah lam dpt call dari atok fung choi, kata fung dah hilang. sbnrnya fung tak hilang. dia menyorok sambil tengok atok dia tercari2. sampai lama2 atok dia pengsan. waktu nick & ah lam sampai, fung tgh nangis sambil cuba sedarkan atok dia.

waktu dlm perjalanan balik ke rumah jagaan, fung ada kata dia tak suka tinggal kat rumah atok dia sbb takde mainan, takde komik, takde minuman berkarbonat. tapi sbbkan takde sapa yg akan jaga atok dia, dia decide, biar dia yg jaga atok dia. atok fung pun dah setuju nak jadi penjaga fung,

kat rumah jagaan tu, diorg buat party sbb fung akan tinggal dgn atok dia. budak2 yg lain buat selamba je.. mcm takde respon sampai la fung mintak maaf kat semua. waktu tu mak fung datang nak ambik fung. pekerja kat rumah jagaan tu kata, mcm familiar je muka mak fung. lama2 diorg baru tersedar, mak fung artis ala2 utk majalah playboy hehe.

mak fung bawak fung balik ke rumah. dgn drebar teksi pun dah carik gaduh bila drebar teksi tu tak nak pulangkan balance duit tambang. bila naik ke apartment pulak, tengok2 kunci dah tukar & dia tak boleh masuk. lama2 mak fung hantar balik anak dia ke rumah jagaan. & pesan kat ah lam jgn kasi sapa2 ambik fung sbb dia akan datang utk ambik fung.

ken sibuk nak beli jam yg berjenama sbb dia sll temankan big bos (ayah nick). & kebetulan org yg nak jual tu, mak fung. ken cuma nak beli dgn harga 13,000 tapi mak fung nak jual 18,000. ken suruh mak fung contact dia kalau setuju dgn harga 13,000 tu.

esoknya mak fung datang office ken, kata setuju nak jual jam. waktu tu dia ternampak nick. sementara ken tgh sibuk, mak fung masuk bilik nick. nak goda2 nick. & dia sempat tengok kad jemputan yg rebecca kasi kat nick.. jemputan utk majlis amal.

waktu kat majlis amal, ally dah sampai dulu. & tunggu nick dari tingkat atas. tak lama tu nick datang. waktu nick baru je masuk, mak fung laju je datang kat nick & peluk tangan nick. & ramai reporter yg ambik gambar diorg. dah berubah air muka ally tengok ada org lain yg pegang bf dia camtu. nasib rebecca datang & selamatkan nick.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 08:21 AM | Show all posts
silencez, ngko baik kan...   ptg nie wat sinopsis ye..... :bgrin: :bgrin:  aku mungkin x dpt tgk le arini.....  
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 08:51 AM | Show all posts
captain. no prob. apasal? ot eh?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 10:48 AM | Show all posts
eiiii..
tak malu betul perempuan pelakon filem lucah tu.nak goda nick.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 01:43 PM | Show all posts
limau, agaknya sbb dia tengok nick tu kaya. kan smlm masa dia tanya ken jawab, anak bos. sbb tu la kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2006 07:13 PM | Show all posts
habis je majlis makan amal, nick ajak ally balik sekali, tapi ally tak nak. kes merajuk la ni. yg bestnya si nick terus je masuk kereta. lama2 rebecca balik dgn ally & nick balik dgn mr wu. dlm kereta mr wu dah kecut perut sebab nick drive laju.

esoknya gambar nick & fong fei byk tersiar kat majalah. kat rumah jagaan sosial tu, semua budak2 dah pegi sekolah. tinggal fung chai je belum. masa makcik penjaga tu suruh fung chai masuk bilik, kebetulan husband makcik tu balik bawak magazine yg ada pic fong fei.

waktu ah lam sampai pun diorg masih cerita pasal nick & fong fei. makcik tu kata mmg mcm tu perangai orang kaya (nak salahkan nick la tu). waktu ah lam kata, nasib baik semua dah pegi sekolah. baru makcik tu teringat yg fung chai ada kat dlm bilik. waktu diorg pusing tengok2 fung chai dah berdiri depan pintu bilik & dgr apa yg diorg cakap pasal fong fei & nick.

kat office, semua org cakap pasal gambar kat majalah jugak. tiba2 fong fei datang nak jumpa nick.. & terus tunggu nick kat bilik. bila nick masuk, terperanjat tengok fong fei dah ada kat bilik. fong fei mintak nick tolong dia bayar hutang & sanggup buat apa je. nick suruh fong fei keluar.

mr wu pun marah nick sbbkan majalah tu. cuma rebecca je yg faham. rebecca jugak yg nasihatkan ally malam tu.. & tanya ally, dia dah lama dgn nick takkan tak faham nick mcmn & perempuan mcmn yg nick suka.

bila nick datang ke rumah jagaan tu, budak2 tgh makan burger yg ah lam beli. elok je nick nak ke dapur sbb nak betulkan almari yg rosak, fung chai baling burger kat nick & semua budak2 ikut baling. fung chai betul2 marah kat nick sbb bagi dia nick nak buli mak dia.

satu hari, semua budak2 dah pegi sekolah. tinggal makcik penjaga & suami & ah lam. tiba2 makcik tu dpt call. tanya kat mana fung chai.. fong fei ada kat rumah ke tak.. baru ah lam terfikir itu mungkin lintah darat yg telefon. terus dia ke sekolah fung chai.

waktu tu fung chai baru keluar sekolah nak balik. 2 org lintah darat dah tunggu & tanya dia ke fung chai? fung chai geleng kepala, tendang penjahat tu & terus lari. waktu ni ah lam pun sampai. tapi tak boleh nak buat apa jugak. waktu fung chai tgh lari, kebetulan fong fei tgh drive ke sekolah fung chai & terus terlanggar penjahat yg tgh kejar fung fei.

nick baru je keluar kereta nak masuk office, bila fong fei & fung chai datang. fong fei nak mintak tolong nick bayarkan hutang2 dia. nick tak nak tolong, & suruh fong fei panggil polis. bila tengok mak dia merayu2 kat nick, lama2 fung chai kata kat fong fei, jgn nak merayu2 lagi, lagi pun nick bukan bf fong fei.

kat office, ken cerita kat nick, yg fong fei byk hutang & sekarang semua lintah darat tgh carik fong fei. waktu tu jugak kat dlm kereta, ah lam call fung chai.hp tu tercampak sbb fong fei tak nak anak dia cakap dgn sapa2. tapi hp tu tak off, ah lam boleh dgr fung chai ajak fong fei carik atok dia.

nick call ah lam tanya fung chai dah balik ke belum & ah lam ajak nick pegi ke u atok fung chai mengajar sbb kemungkinan besar fong fei & fung chai ke situ. ah lam dah siap panggil polis.

waktu nick dah kena pukul dgn penjahat, baru polis datang. tapi dapat la tangkap penjahat tu. kat hospital, bf ah lam datang & marah ah lam. sbb katanya ah lam cuma pekerja sosial & patut ada kat rumah jagaan tu je. & cepat2 ajak ah lam balik.

nick balik office.. & ally pun ikut berleter kata yg ayah nick tak suka dgn apa yg jadi. & nick mintak tolong ally.

ah lam, fong fei, fung chai & atok fung chai  datang jumpa nick  & ally. ally dptkan fong fei keje & gaji fong fei akan dipotong utk bayar hutang2.. atuk fung chai akan jaga fung chai & fong fei. bila semua dah settle & nak balik, atok fung chai ajak semua makan kat rumah. sejak kat dlm meeting room muka ally kadang berubah. mcm tak suka + jealous kot nick tolong diorg.

ally tanya sapa yg nak bayar yuran guaman? ah lam tanya berapa? bila ally jawab 40k, fong fei kata mahalnya. ally kata.. sbnrnya tak payah bayar pun sbb nick yg mintak dia tolong. sambil pegang tangan nick, ally kata, kawan nick kan kawan dia jugak.. hehe.. mcm nak tunjuk kot yg nick tu bf dia.

malam tu nick, ah lam datang ke rumah atuk fung chai. tinggal nak tunggu fong fei je sampai. tunggu2 tak datang. sampai ada sorang lelaki datang sampaikan surat. surat dari fong fei. dlm surat tu kata, dia ada kawan yg akan tawar dia berlakon.  & dia akan ke shanghai sbb kawan tu dah janji akan kasi dia peluang. fong fei kata.. dulu masa dia kecik2 dia sll kata kat mak dia, dia nak jadi merak. tapi skrg baru dia sedar, dia mmg dah mcm sekor merak. walau satu hari nanti bulu dia dah tanggal.. tapi dia penah jadi cantik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 08:10 AM | Show all posts
Originally posted by silencez at 22-2-2006 08:51 AM
captain. no prob. apasal? ot eh?


bukan...  aku gi tgk persona non grata..  ada org ajak teman...  siap dia gi beli tiket lagi dah...   nak watcamne..  x dpt le aku balik umah dulu...

[ Last edited by captain_f4 at 23-2-2006 08:11 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2006 08:31 AM | Show all posts
Originally posted by silencez at 22-2-2006 07:13 PM
habis je majlis makan amal, nick ajak ally balik sekali, tapi ally tak nak. kes merajuk la ni. yg bestnya si nick terus je masuk kereta. lama2 rebecca balik dgn ally & nick balik dgn mr wu. dlm ...


nasib baik ngko citer kan...  dpt gak aku tau aper jadik...   tq....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 10:04 AM | Show all posts
emm..nasib baik nick terlepas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 11:50 AM | Show all posts
lorr....tx ramai ker seeder utk thread nih?

kita pun tx sempat nk tgk citer ni sbb sll blk lmbt. jam 7mlm br smpi so mcm mana? tq kps yg sudi buat sinopsis....meh ler ramai2 meriahkan thread nih........
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 12:46 PM | Show all posts
meyampah aku ngan ally tu dia saja je nak tunjuk yang dia tu gf nick :kant::kant:
bilalah nick nak break up dengan perempuan ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 12:52 PM | Show all posts
hidden....kita pun tx suka ally...kalu drama2 HK yg ada dia jer kan.......mmg aku menyampah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 06:54 PM | Show all posts
ada sorang lelaki ni, sama2 masuk lif dgn nick. nick sempat tegur lelaki tu sbb dia smoking. rupa2nya lelaki tu datang nak jumpa nick, sbb nak pinjam duit utk berniaga. tapi ken kata mcm susah sbb lelaki tu takde apa2.. & byk hutang. mcm susah sikit nak kasi lelaki tu buat loan.

nick pegi jumpa pakcik dia, pakcik lai. pakcik lai ni ajar budak2 melukis. bila semua budak2 dah balik, tinggal sorang budak je lagi tinggal. rupanya budak tu, sau sau, anak lelaki yg datang jumpa nick nak buat loan.

nick, pak cik lai & sau sau lunch sama2. tak lama lepas balik lunch, sun, ayah sau sau datang. marah2 kat pakcik lai sbb nick tak nak tolong dia dptkan loan. & sun suruh pak cik lai jaga sau sau buat sementara.

masa nick tgh kat rumah jagaan, lukis katak dgn cat, tiba2 dpt call dari pakcik lai kata sau sau kat hospital. sau sau admitted sbb sakit perut. & waktu nak daftarkan sau sau, nurse kat hospital tu mcm tak percaya kat pakcik lai & syak dia nak culik sau sau. tu yg pakcik lai call nick & kebetulan ah lam pun ada. ah lam yg terangkan kat pihak hospital.

esoknya sun nampak waktu nick hantar pakcik lai & sau sau balik. bila dia tau nick tu anak sedara pakcik lai, terus dia bawak lai pegi jumpa along. & jadikan pakcik lai penjamin.

sun suruh pakcik lai jaga sau sau. tapi pakcik lai cadangkan hantar sau sau ke rumah jagaan. lagi la sun suka sbb tak payah bayar apa2.  

satu hari waktu pakcik lai tgh mengajar, tiba2 dpt call dari lintah darat suruh bayar duit yg sun hutang. & tgh dia kelam kabut, tiba2 mak2 budak2 yg dia ajar semua meluru masuk suruh anak diorg cepat2 balik. rupa2nya kat luar kelas tu, dah tertampal poster dgn gambar pakcik lai. mcm poster ugutan suruh pakcik lai cepat2 bayar hutang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 07:20 PM | Show all posts
Originally posted by oghang_kedah at 23-2-2006 12:52 PM
hidden....kita pun tx suka ally...kalu drama2 HK yg ada dia jer kan.......mmg aku menyampah


oghang kedah, dia mmg sll bawak watak jahat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 07:22 PM | Show all posts
Originally posted by captain_f4 at 23-2-2006 08:31 AM
nasib baik ngko citer kan...  dpt gak aku tau aper jadik...   tq....


captain, no pobemo. btw, persona non grata tu best tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2006 01:01 AM | Show all posts
Originally posted by hidden_fear at 23-2-2006 12:46 PM
meyampah aku ngan ally tu dia saja je nak tunjuk yang dia tu gf nick :kant::kant:
bilalah nick nak break up dengan perempuan ni



lama gi ni... sebab cerita ni ada 32 episodes ( kalo tak silap saya, dah lupa... ) . Agak agaknya diorang breakup around epi 20-25 cam tu... Lama lagi la sebab banyak kes budak yang lum selesai...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2006 08:02 AM | Show all posts
pakcik lai tu rupanya pak cik nick adik beradik ayah dia rupernya
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2006 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by silencez at 23-2-2006 06:54 PM
ada sorang lelaki ni, sama2 masuk lif dgn nick. nick sempat tegur lelaki tu sbb dia smoking. rupa2nya lelaki tu datang nak jumpa nick, sbb nak pinjam duit utk berniaga. tapi ken kata mcm susah sbb  ...


ini yg smlm ek silen ??   Aku smlm balik lewat..  kol 6.45 baru dpt tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2006 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by silencez at 23-2-2006 07:22 PM


captain, no pobemo. btw, persona non grata tu best tak?


aku pun tatau best ke x...  jln citer dia mmg slow sket.. tapi aku dgr ramai gak yg gelak masa dlm tu..  ikut org gak kot..   heheh x reti nak komen...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.325087 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list