|
Thanks en Kitul... nampak meriah pertandingan tersebut.
Mungkin bila I dah bekerja nanti boleh hadir dlm pertandingan sebegitu. InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
petikan akhbar BH...
Wau ke peta dunia
Oleh Amran Abdullah
NAMANYA berbeza-beza mengikut negara. Bagi rakyat Jepun menyebut Tako, Afrika (Vlieers), Belgium (Plakwaaier), China (Fung Jung), Belanda (Vlieger), Britain (Kites), Perancis (Cerf Volant), Jerman (Drachen), Itali (Aquilone), Korea (Youn), Mexico (Papalote), Norway (Drage), Portugal (Pipas), Filipina (Saranggola), Russia (Letchijzmeij), Sepanyol (Cometas) dan Sweden (Drake) tapi maknanya tetap sama iaitu layang-layang atau wau.
Apa yang penting, dunia sudah mengiktiraf permainan layang-layang. Sebagai contoh, 24 negara menghantar 163 pelayang menyertai Festival Layang-Layang Antarabangsa Ke-11 di Pasir Gudang, Johor sepanjang 14 hingga 19 Februari lalu.
Tiupan angin kencang dan sesekali bertiup sepoi-sepoi bahasa di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang memberi ilham dan cita rasa kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar mencetuskan pandangan bagi menganjurkan permainan tradisional di atas bukit yang bertanah lapang dan luas.
Justeru, festival bertaraf lima bintang kali ini adalah manifestasi antara raja dan rakyat untuk melihat permainan tradisional berkembang dan maju di tanah air sendiri.
Majlis Pelayang Malaysia berjaya membawa 163 pelayang dari 24 negara termasuk New Zealand, Australia, China, Amerika Syarikat, Belanda, Jepun, Austria, Jerman, Brunei, Singapura, Taiwan, India, Filipina, Kemboja, Thailand, Perancis, Ghana, Indonesia, England, Lubnan, Vietnam, Afrika Selatan dan Itali bagi memperagakan layang-layang kreatif yang menjadi tema festival kali ini.
Turut bersama ialah pelayang dari persatuan layang-layang peringkat negeri dan pelajar sekolah yang memeriahkan festival dengan pelbagai aktiviti bengkel, menaikkan layang-layang, lukisan, pertandingan, pertunjukan serta berkongsi pengalaman dengan pelayang antarabangsa dalam usaha menobat dan memartabatkan lagi permainan tradisional ini.
Festival ini, bukan hanya peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan keunikan pelbagai jenis layang-layang dan wau tempatan serta antarabangsa tetapi juga medan terbaik kepada pelajar dan murid sekolah menimba ilmu mengenai permainan ini.
Kali ini, seramai 132 pelajar tiga negeri iaitu Johor, Kelantan dan Perlis menyertai pelbagai program yang diatur.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Festival Layang-Layang Kali ke 11, Lukman Abu Bakar, berkata jumlah pelajar itu adalah sama seperti tahun lalu dan selain bengkel membuat layang-layang, pelajar juga dapat menyertai pertandingan membuat wau serta layang-layang.
"Terdapat empat kategori pertandingan membuat wau dan layang-layang yang dikhususkan kepada pelajar sekolah iaitu Wau Bulan, wau ciptaan 2D, wau ciptaan 3D dan Wau Malaykite 4"X4"," katanya.
Selain pertandingan membuat wau, Lukman berkata, penganjur juga mengadakan pertandingan mewarna untuk murid prasekolah serta dari Tahun Satu hingga Enam selain pertandingan melukis dan mewarna untuk pelajar berusia 13 tahun ke atas.
揔ita komited untuk memastikan pelajar dan murid sekolah diberi pendedahan sewajarnya mengenai layang-layang kerana permainan ini bersifat global dan adalah merugikan jika generasi masa depan kita tidak meminati permainan ini, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lagi rencana dari BH...
Legenda layang-layang Melayu
PERMAINAN layang-layang sudah bermula sejak lebih 500 tahun lalu. Menuruti sejarah, pada 1500 Masihi ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Melaka, layang-layang telah menjadi permainan anak raja dan golongan istana.
Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu mencatatkan suasana dalam pesta layang-layang di Melaka ketika itu. Menurut ceritanya, dalam satu musim permainan layang-layang yang disertai oleh pemuda serta kerabat diraja termasuk anak kepada Sultan Melaka, Raja Ahmad.
Layang-layang milik Raja Ahmad paling besar manakala talinya daripada tali kail paling besar. Raja Ahmad adalah orang terakhir menaikkan layang-layangnya dan apabila dilihat oleh peserta lain, mereka turut bertindak menurunkan layang-layang kerana bimbang jika bergesel dengan layang-layang Raja Ahmad, sudah pasti layang-layang mereka akan terputus.
Bagaimanapun di antara peserta itu, ada seorang peserta iaitu Hang Isa Pantas tidak menurunkan layang-layangnya. Berbanding layang-layang Raja Ahmad, layang-layang Hang Isa Pantas jauh lebih kecil tetapi talinya bersadur serbuk kaca.
Layang-layang Raja Ahmad kemudiannya semakin mendekati layang-layang Hang Isa Pantas lalu kedua-dua tali layang-layang tersebut bergesel. Akibat terkena serbuk kaca akhirnya tali layang-layang Raja Ahmad tersebut putus lalu jatuh di Tanjung Jati.
Perkataan Layang-Layang disebut di negeri-negeri Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ia telah terbukti seperti yang dicatatkan oleh Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu yang menyatakan Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda dan kerabat diraja dan bukannya bermain wau.
Berbanding nama wau di Pantai Timur Semenanjung, layang-layang adalah lebih kecil dan kurang dari segi motif dan hiasannya. Secara umumnya layang-layang terbahagi kepada tiga kategori juga iaitu layang-layang laga, layang-layang anak dan layang-layang hiasan.
Wau dan layang-layang yang selalunya dimainkan di padang, juga menjadi hiasan dan cenderamata yang sangat bermakna. Menjadi simbol yang sangat penting kepada negara. Bahan membuat wau dan layang-layang bukan lagi daripada daun terap, atau kertas. Sebaliknya kain batik dan plastik telah mewarnai citarasa pencipta dan peminat. Namun tamsil dan ibarat di sebalik pembuatan dan ukiran yang menyalutinya masih kekal hingga kini.
Di dalamn permainan wau telah terangkum sejarah, tradisi pembuatan, kisah perlawanan dan pertandingan serta pelbagai wau dan layang-layang dari serata tanah air dan antarabangsa yang mencerminkan ketinggian budaya bangsa yang telah mencernakannya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
untuk pengetahuan umum...wau cantik dikenali sebagai wau sobek di Kelantan. Asalnya memang diKelantan ujud pertandinangan wau yang paling cantik disamping wau yang naik paling tinggi.
Begitu juga jika diteliti dengan pencak silat...di Kelatan selain seni silat yang ada lawan...ada juga silat yang dipersembahkan seorang diri dinamakan silat pulut atau dikenali juga silat cantik.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pertandingan Wau Negeri Kelantan
Kepada pengemar seni dan peminat wau, pertanding tersebut akan diadakan di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan dari 9 hingga 11 Jun 2006. Jumpa di sanaaaaaaaaaaaaa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kitul at 24-5-2006 08:55 AM
Kepada pengemar seni dan peminat wau, pertanding tersebut akan diadakan di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan dari 9 hingga 11 Jun 2006. Jumpa di sanaaaaaaaaaaaaa
alaaa I baru je pergi Kelantan 3 minggu lepas.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 25-5-2006 10:44 PM
alaaa I baru je pergi Kelantan 3 minggu lepas....
boleh pergi lagi.
kelantan tak ade had jumlah lawatan dan tak perlu visa :ting: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kitul at 26-5-2006 08:33 AM
boleh pergi lagi.
kelantan tak ade had jumlah lawatan dan tak perlu visa :ting:
he he he he he masalahnyer I dah gunakan masa sebulan utk melancong... sekarang masa utk buat kerja study...
Tak per... u tolong la paste pics kat sini ek....
Maybe someday I n friends boleh menonton u bertanding layang2. InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kitul at 24-5-2006 08:55 AM
Kepada pengemar seni dan peminat wau, pertanding tersebut akan diadakan di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan dari 9 hingga 11 Jun 2006. Jumpa di sanaaaaaaaaaaaaa
Peringatan bagi mereka yang terlupa.
Sok dah nak gi. Kalu kamera ok, insya Allah akan pastekan gambor. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 17-6-2006 01:17 PM
ade-ade je makcik ni. dari mana sumbernya? tak pernah terjumpa laks.
mengenai gambar kat kelantan tu, tunggu sikit hari, tak sempat nak upload. sibuk sket. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kitul at 20-6-2006 07:17 PM
ade-ade je makcik ni. dari mana sumbernya? tak pernah terjumpa laks.
mengenai gambar kat kelantan tu, tunggu sikit hari, tak sempat nak upload. sibuk sket.
I scan dr poskad... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 24-6-2006 02:15 PM
yang ni kita tahu sapa tukang waunya. ni Wau Baling (Brand Name). salah satu industri kampong di Baling, Kedah yang diusahakan oleh seorang Guru Besar pencen. Produknya banyak terdapat di Pasar Seni dan Pusat Penerangan Pelancungan Malaysia di Jalan Ampang.
masa pameran kraftangan tempuhari pun dorang ade buat pameran. kita ade membeli satu produknya...... harga Mak Aiii...RM 300...
[ Last edited by kitul at 27-6-2006 03:01 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Our next TWO appointment, 18-20 Ogos 2006 PESTA KIKIK di Negara Brunei Darussalam dan Pertandingan Wau Antarabangsa di Bintulu, Sarawak dari 21-28 Ogos 2006. Jumpa di sanaaaaaaaaaaaaaa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kitul at 27-6-2006 03:08 PM
Our next TWO appointment, 18-20 Ogos 2006 PESTA KIKIK di Negara Brunei Darussalam dan Pertandingan Wau Antarabangsa di Bintulu, Sarawak dari 21-28 Ogos 2006. Jumpa di sanaaaaaaaaaaaaaa.
Jauh gak ek...
All the best n take care
Jgn lupaaa ambil gambar...he he he he he |
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan Asian Kite Festival 9 - 11 Jun 2006
Semasa Acara Perasmian
[ Last edited by kitul at 28-6-2006 10:31 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|