CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: orangbesi

SEHARI SEPOTONG AYAT

[Copy link]
 Author| Post time 15-2-2008 05:31 PM | Show all posts
TAHUKAH KAMU SIAPAKAH YANG MENDUSTAKAN AGAMA???
IAITU MEREKA YANG MENGHINA ANAK YATIM
ENGGAN MENGANJUR MEMBERI MAKAN ORANG MISKIN
CELAKALAH MEREKA YANG SOLAT
IAITU MEREKA YANG LALAI DALAM SOLATNYA
MEMBUAT RIAK
DAN ENGGAN MENOLONG DENGAN PERKARA BERGUNA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2008 11:48 AM | Show all posts
17:23. Pemelihara kamu menentukan bahawa kamu tidak menyembah sesuatu melainkan Dia, dan berbuat baik kepada ibu bapa, sama ada seorang atau kedua-dua mereka telah sampai umur tua di sisi kamu, maka janganlah berkata kepada mereka, "Cis!", dan jangan juga mengherdik mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.

17:24. Dan rendahkanlah kepada mereka sayap rendah diri daripada pengasihan, dan katakanlah, "Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil."

mampukah aku menjalankan hukummu ya TUhan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:44 AM | Show all posts
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Alllah dgn harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya disisi Allah,dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.  
[surah at-Taubah: ayat 20]

[ Last edited by  MeLur_PuTeh at 7-7-2008 11:45 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2008 09:23 AM | Show all posts
salam

HIDUP lagi thread ni nuuuuuuu
dan SEMOGA SENTIASA HIDUP
dalam DIRI yg berNAMA INSAN

39:17. Orang-orang yang menjauhi daripada menyembah Thagut, dan berkesesalan kepada Allah, bagi mereka berita gembira. Maka kamu berilah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku,

39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 9-7-2008 09:23 AM
salam

HIDUP lagi thread ni nuuuuuuu
dan SEMOGA SENTIASA HIDUP
dalam DIRI yg berNAMA INSAN

39:17. Orang-orang yang menjauhi daripada menyembah Thagut, dan berkesesalan kepada Allah, bagi m ...


Ape sebenarnye Thagut nie, cmner kite nk jauhinyer?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2008 09:30 AM | Show all posts
salam buat adik

THAGUT tu adalah sesuatu yg kita sembah
dan menyekutukan TUHAN dgn sesuatu yg lainya
samada yg JELAS dan yg TERSEMBUNYI
dan dgn menggunakan HUKUM atau PERATURAN HIDUP
yg bercanggah dgn apa yg DITETAPKAN ALLAH dan RASULNYA

contoh sembahan yg jelas ialah berhala, patung dll
yg tak jelas/nyata pulak - contohnya RINGGIT MALAYSIA
manusia sanggup buat apa saja demi RM dan sentiasa ingat RM dr INGAT TUHANNYA

dr segi HUKUM atau KETETAPAN pulak
adalah LEBIH BAIK adik belajar AL QURAN dan HADITH NABI
walaupun sedikit adik belajar dan cuba menghayati dan mengamalkan dlm hidup
adalah lebih baik bagi individu itu sendiri
jadi secara tak langsung kita akan sedikti demi sedikit menjauhi TAGHUT itu sendiri

***boleh ke sikit sikit cam niiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-9-2008 12:00 PM | Show all posts
salam

7:54. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, menutup siang dengan malam yang mengikutinya dengan cepat; dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya, bagi-Nya ciptaan dan perintah. Berkatnya Allah, Pemelihara semua alam!

7:55. Berserulah kepada Pemelihara kamu dengan merendah diri dan dengan berahsia; Dia tidak menyukai orang-orang yang mencabuli.

7:56. Janganlah membuat kerosakan di bumi setelah ia diperbetulkan, dan berserulah kepada-Nya dengan rasa takut, dan penuh harapan. Sesungguhnya pengasihan Allah dekat dengan orang-orang yang berbuat baik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 03:33 PM | Show all posts

Nak berkongsi

Bukti Kebenaran Allah dan Islam melalui Surah Al-Fussilat :

firman Allah swt dalam AlQuran "Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa AlQuran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?" (Surah Al Fussilat, 41:53).

Lihat video ini:

http://www.youtube.com/watch?v=eUOAGQU4q-0

Subhanallah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 11:03 AM | Show all posts
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani

286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS. 2:286)

surah al baqarah ayat 286


82. Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: Jadilah! maka terjadilah ia. (QS. 36:82)

83. Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. (QS. 36:83)

surah yassin ayat 82-83
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2008 05:09 PM | Show all posts
salam

DAN BERDOALAH DENGAN SUARA YANG LEMBUT
DAN RENDAH DIRI
SESUNGGUHNYA TUHAN TIDAK SUKA ORANG YANG
MELAMPAUI BATASAN
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 04:45 PM | Show all posts
Salam Tuan OB,

Firman Allah:



Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu memahaminya. (Yusuf 12:2)




Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain, yang berulang-ulang; yang kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. (Az-Zumar 39:23)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2011 07:33 PM | Show all posts
90:1. Tidak! Aku bersumpah dengan negeri (tanah) ini,
90:2. Dan kamu seorang penumpang di negeri ini.
90:3. Demi yang memperanakkan, dan yang dia beranakkan,
90:4. Sesungguhnya, Kami mencipta manusia dalam kesusahan.


91:8. Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan!
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 01:46 AM | Show all posts
Firman Allah:



Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut", sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka sambil berkata: "Keluarkanlah nyawa kamu; pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". (Al-An'aam 6:93)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2011 10:15 AM | Show all posts
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu memahaminya. (Yusuf 12:2)

supaya kamu memahaminya
agar kamu faham sepenuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 04:18 PM | Show all posts


Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya, dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya. Demikianlah juga orang-orang sebelum mereka mendustakan. Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu. (Yunus 10:39)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2011 07:51 PM | Show all posts
10:41. Jika mereka mendustakan kamu, maka katakanlah,
"Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa yang aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu buat."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2011 12:33 AM | Show all posts
Firman Allah:



Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah: "Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka; dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa mereka. Mereka itu - orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh". (Fussilat 41:44)
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 02:17 AM | Show all posts
Firman Allah:



Aku akan memalingkan orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari ayat-ayatKu; dan mereka jika mereka melihat sebarang keterangan, mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. (Al-A'raaf 7:146)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 06:37 PM | Show all posts
72:24. Sehingga, apabila mereka melihat apa yang mereka dijanjikan, maka mereka mengetahui siapa yang lebih lemah penolong-penolongnya, dan lebih sedikit bilangannya.
72:25. Katakanlah, “Aku tidak mengetahui sama ada apa yang kamu dijanjikan dekat, atau sama ada Pemeliharaku membuatkan untuknya satu tempoh yang panjang.
72:26. Yang Tahu yang ghaib, dan Dia tidak memberitahu yang ghaib-Nya kepada sesiapa,
72:27. Melainkan hanya kepada rasul yang Dia merelai dengannya; kemudian Dia menyusupkan di hadapannya dan di belakangnya pengawas-pengawas,
72:28. Supaya Dia mengetahui bahawa mereka telah menyampaikan Mesej-Mesej Pemelihara mereka; dan Dia meliputi segala apa yang ada pada mereka, dan Dia menjumlahkan segala sesuatu dengan bilangan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 07:01 AM | Show all posts
Firman Allah:



Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar; dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:177)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.073835 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list