|
Originally posted by PakMalau at 2005-5-23 05:34 PM:
Shukran.... lebih banyak rujukan lebih jelas perkara yg disampaikan, kalau begitu tidak nampak spt menyalahi hukum agama. Tetapi mengapa tidak dibenarkan sekarang? Ada sebarang hadis yg mela ...
Saya rasa untuk kanak2 bermula bayi tak dak masalah. Actual suckling pun dibenarkan.
Konsep anak susuan masih wujud sekarang ni, mak mentua saya ada sorang anak angkat lelaki yang merupakan anak susuannya. Tapi itu kira zaman 60 atau 70an dulu saya rasa. Dan start dari bayi lagi menyusu.
Sekarang ni mungkin susah kot, sbb wanita berkerjaya. Anak sendiri pun dah tak bagi susu badan atau campur-campur dengan susu lembu/k.soya, macam mana nak bagi kat anak angkat? Requirementsnya menurut mazhab syafie pun orang dah tak tahu...(saya pun tak tahu)..tapi mungkin agak membebankan utk wanita moden sekarang ni (eg 2.5 tahun minum susu badan sahaja or sthing like that).
Lagi satu, sekarang ni ramai yang tak kisah sangat pasal aurat rambut ni. Yang tak pakai tudung almaklum tak kisah. Malah yang pakai tudung pun kat rumah tak pakai tudung dan kalau bukan muhrim datang rumah tak pun tutup aurat mereka. Cuma mungkin part kahwin la jadi concern, sebab muhrim tak leh dikahwini.
Untuk anak angkat yang dah adult, melihat dari sumber di Internet, perkara ini hanya untuk sahabat nabi yang sorang tu sahaja. Wallahua'lam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 23-5-2005 06:12 PM:
Saya rasa untuk kanak2 bermula bayi tak dak masalah. Actual suckling pun dibenarkan.
Konsep anak susuan masih wujud sekarang ni, mak mentua saya ada sorang anak angkat lelaki yang merupakan ...
Satu masalah tentang susuan.... bagaimana kalau sisuami pulak yg menghisap susu isteri?
Sengaja atau tidak (susu utk bayi disimpan dlm peti sejuk ke, terminum banyak kali hingga menghasilkan daging baru tahu)?
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 2005-5-23 08:12 PM:
Satu masalah tentang susuan.... bagaimana kalau sisuami pulak yg menghisap susu isteri?
Sengaja atau tidak (susu utk bayi disimpan dlm peti sejuk ke, terminum banyak kali hingga menghasilka ...
Haha ini soalan retorika yang biasa ditanya ustaz kepada pelajar kursus Perkahwinan..hehe..juga kerap keluar dalam soal jawab agama di surat khabar tak perlu jawab la kot tapi kalau ada yang tak tahu sila lihat hadith di bawah:
Volume 3, Book 48, Number 815:
Narrated Aisha:
Once the Prophet came to me while a man was in my house. He said, "O 'Aisha! Who is this (man)?" I replied, "My foster brothers" He said, "O 'Aisha! Be sure about your foster brothers, as fostership is only valid if it takes place in the suckling period (before two years of age)." |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 24-5-2005 08:45 AM:
Haha ini soalan retorika yang biasa ditanya ustaz kepada pelajar kursus Perkahwinan..hehe..juga kerap keluar dalam soal jawab agama di surat khabar tak perlu jawab la kot tapi kalau ada yang t ...
Ooo mcm tu baguslah sebab boleh save duit, nak dapat susu segar kat Malaysia nie sikit punya mahal. At least ada alternatif yg murah.
Sebelum nie tak terfikir pun masalah nie. Nampaknya ustaz kursus perkahwinan ni lebih advanced dlm bab nie.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku teringat masa form5 budak kelas aku tanya soalan yg sama, kami sekolah lelaki, so merah padam muka ustazah aku nak jawab.. :lol tapi aku respek dia sebab dia kata..saya tak tau..nanti saya try tanya ustaz lain...tak la mcm sesetengah ustazah atau ustaz tuh,tak tau berlagak tau..ego punya pasal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 2005-5-23 12:07 PM:
Maaf kerana kekurangan ilmu saya.
Saya bertanya kerana saya mengikut terjemahan kitab Asbaabun Nuzul karangan Imam Sayuti yang saya ada menceritakan antara sebab2 turunnya ayat itu adalah tidak langsung menyebut soal nikah Muta'h tetapi lebih kepada mengadakan hubungan dengan wanita Ahli Kitab hamba tawanan perang yg sudah berkahwin (maaf, saya tak dpt menulis hadith Asbaabun Nuzul tu di sini). That explains the sentence " dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami" pada permulaan ayat itu.
Adakah puan pasti ayat inilah yang menghalalkan mut'ah? Atau mut'ah itu dihalalkan berdasarkan hadith Rasulullah semata-mata dan dengan itu boleh diharamkan dengan penggunaan hadith juga.
Mungkin puan boleh menurunkan hadith Asbaabun Nuzul yang menghubungkan ayat ini dengan nikah Mut'ah? Terimakasih.
Ini hadith yang saya kutip dari buku terjemahan Lubabun Nuquuli fii Asbabun Nuzuuli karya Imam Jalaluddin As Suyuti yang saya ada tentang ayat 4:24
Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi dan An-Nasa-i yang bersumber dari Abi Sai'd Ak Khurdi. Abu Sai'd Al-Khudri berkata: "Kami (para sahabat) mendapatkan beberapa tawanan wanita yang sudah bersuami dari peperangan Authas. Mereka enggan digauli oleh yang berhak terhadap tawanan itu. Lalu kami bertanya kepada Nabi saw. Maka turunlah ayat "WAL MUHSANAA TU MINANNISAA" Nabi saw bersabda "..kecuali harta rampasan yang diberikan Allah kepada kalian, maka halal bagi kita kemaluan2 mereka".
Dikemukakan oleh Ath-Thabarani yang bersumber dari Ibni Abbas. Ibnu Abbas berkata " Ayat itu diturunkan pada waktu perang Hunain, ketika Allah memberikan kemenangan kepada orang Islam dan mendapatkan tawanan beberapa orang wanita ahli kitab yang sudah bersuami. Ada seorang lelaki (muslim) apabila hendak menggauli seorang wanita dari tawanan tersebut, wanita itu selalu enggan dan berkata :"Sesungguhnya saya sudah bersuami". Lalu bertanyalah ia kepada Rasullullah saw mengenai hal tersebut. Maka turunlah ayat "WAL MUHSANAATU MINNNISAA" sampai akhir ayat.
Dikemukakan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Ma'mor bin Sulaiman dari bapanya. Bapa Jarir berkata: "Orang Hadhrami menganggap bahawa orang lelaki dibebani membayar mahar dengan harapan dapat memberatkannya (sampai tidak dapat membayar tepat pada waktunya untuk mendapatkan tambahan pembayaran). Maka turunlah ayat "WALLA JUNAA 'ALAIKUM FIIMAA TARAADHAITUM...
Tidak ada sebarang reference kepada mut'ah pada ketiga-tiga hadith di atas.
Juga, saya lihat banyak reference pihak syiah menunding ke arah bahagian komentari tafsir-tafsir ulama sunni seperti Ibn Kathir, Al Baghawi dan At Tabari tentang ayat ini. Yang saya dapat tahu dari satu laman web Pakistan, rata-rata sebenarnya reference syiah itu cuma menunding kepada bahagian komentari yang merekodkan perihal rujukan Mut'ah kepada ayat ini sebagai TIDAK BENAR atau TIDAK TEPAT dan At Tabari dan Al Baghawi telah menolak cara bacaan Ibn Abbas.
Mungkin puan billion atau tuan nahzaluz boleh mencerahkan lagi hal ini berdasarkan rujukan2 yang tuan puan ada dalam simpanan masing-masing. Terimakasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 24-5-2005 08:45 AM:
Volume 3, Book 48, Number 815:
Narrated Aisha:
Once the Prophet came to me while a man was in my house. He said, "O 'Aisha! Who is this (man)?" I replied, "My foster brothers" He said, "O 'Aisha! Be sure about your foster brothers, as fostership is only valid if it takes place in the suckling period (before two years of age)."
Kalau dilihat dari hadis yg saudara berikan di atas, seolah-olah Salim tidak boleh di ikhtiraf sbg anak susuan (fostership). Adakah ini sama dgn MAKSUD UMUM hadis yg saya berikan ttg Salim iaitu supaya Salim dapat keluar bebas sahaja (melihat rambut, etc. ibu angkatnya)? Jika Bapa angkatnya meninggal, Salim boleh menikahi ibu angkatnya kerana beliau bukan anak susuan (spt maksud hadis yg saudara berikan, kerana beliau berumur lebih dari 2 tahun ketika menyusu).
Mungkin disebabkan "CONFLICT" isi kedua hadis tersebut, ulama sunni menganggap kes Salim sbg kes SPECIAL dan tidak boleh dipakai lagi. Manakala hadis tentang umur kurang 2 untuk fostership diterimapakai.
Bolehkah saya buat kesimpulan (berdasarkan kedua hadis ini) bahawa:
1) untuk menjadi anak susuan (mahram dan larangan nikah kahwin) perlu umur kurang 2 tahun ketika menyusu.
2) jika menyusu lebih dari umur tersebut (dewasa) maka tidak dianggap mahram dan tiada larangan ttg nikah kahwin.
3) kes Salim adalah kes special utk beliau sahaja. Beliau tidak boleh kahwin dgn ibu angkatnya jika bapa angkatnya meninggal. umat Islam yg lain tidak boleh ikut.
:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 2005-5-25 03:16 PM:
Kalau dilihat dari hadis yg saudara berikan di atas, seolah-olah Salim tidak boleh di ikhtiraf sbg anak susuan (fostership). Adakah ini sama dgn MAKSUD UMUM hadis yg saya berikan ttg Salim i ...
Saya yakin tuan betul sekali dalam kesimpulan tuan itu.
Saya nampak ulama fekah sunni melihat hadith Salim tu cuma satu kes special (walau diriwayatkan oleh pelbagai orang) kerana rekod menunjukkan ianya dibenarkan oleh Rasulullah saw ke atas seorang sahabat sahaja. Apa sebabnya Rasul membenarkan demikian? Hanya Rasul dan Allah yang mengetahui.
Sedangkan hadith mengenai keperluan minima dua tahun itu dan hadith-hadith lain seumpamanya lebih overwhelming dan banyak diriwayatkan bagi kes-kes pelbagai individu dan pelbagai riwayat, dan Rasullullah saw melalui arahannya juga lebih bercorak umum.
Begitukah mungkin mereka membuat keputusan? Saya bukannya pakar dalam bidang feqah ini, tapi itulah yang saya simpulkan dari kajian saya. Mungkin pakar fekah di sini boleh mengkhabarkan istilah fekah sunni yang sebenar bagi method sebegitu dan tatacara methodnya yang sebenar.
Saya lihat ini sebagai bukti kejujuran dan disiplin yang diikuti oleh ulama hadith sunni yang tidak berani membuang sesuatu hadith atau hadith-hadith yang bertentangan antara satu sama lain drpd koleksi hadith mereka jika hadith itu memenuhi kriteria-kriteria yang telah mereka tetapkan untuk koleksi tersebut.
Walaupun perkara sebegini berpotensi/pasti akan menjadi kontroversi - yang mana harus diselesaikan pula oleh ulama-ulama fekah melalui ijtihad / reasoning mereka - para muhaddithin ini tetap juga merekodkan hadith tersebut.
Ini macam sistem dokumentasi ISO atau eksperimen saintifik hari ini, di mana setiap maklumat relevan direkodkan dan data dianalisa dan didebatkan kemudian.
Tentang susu ibu itu...hehe...kalau tuan pernah merasanya, tuan mungkin tahu ianya tidaklah begitu sesuai untuk minuman orang dewasa kerana kandungan laktosenya yang tinggi boleh menyebabkan orang dewasa senak perut kalau minum banyak.
Tidak tahulah samada Salim menghadapi masalah sebegini dahulu ataupun tidak. Mungkin susu ibu org Arab lain kot..
Kalau dikeluarkan guna pam, proses pengsterilan juga mungkin tidak sempurna dan menyebabkannya cepat rosak walau dlm peti ais di samping masalah produktiviti yang tak menentu.
Kalau sang bapa nak minum banyak nanti diperli sang ibu..hai ini rezeki anak kenapa bapa pulak yang beria-ia? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 25-5-2005 05:20 PM:
Saya yakin tuan betul sekali dalam kesimpulan tuan itu.
Saya nampak ulama fekah sunni melihat hadith Salim tu cuma satu kes special (walau diriwayatkan oleh pelbagai orang) kerana rekod menu ...
Jika ada kesimpulan ulama sunni yg sebegini (dibawah), saya lebih senang menerimanya, dari menjadikan hadis ttg Salim khas utk beliau sahaja, seolah2 ada pilih kasih atau double standard dlm hukum agama.
1) untuk menjadi anak susuan (mahram dan larangan nikah kahwin) perlu umur kurang 2 tahun ketika menyusu.
2) jika menyusu lebih dari umur tersebut (dewasa) maka tidak dianggap mahram dan tiada larangan ttg nikah kahwin.
3) kes Salim adalah kes UMUM. Beliau BOLEH kahwin dgn ibu angkatnya jika bapa angkatnya meninggal. umat Islam yg lain boleh ikut. Hadis ini memberi kaedah bagaimana yg perlu dilakukan supaya org dewasa lelaki dapat keluar masuk rumah (melihat rambut, etc ahli keluarga perempuan). Jadi masalah anak angkat yg tinggal serumah dgn keluarga angkat sekarang dapat diselesaikan, semua (lelaki, perempuan, masyarakat, etc) tidak perlu bimbang tentang DOSA dan dapat mengelak FITNAH.
Ini lebih kurang dgn konsep NIKAH MUTAAH (tanpa sex bagi lelaki & perempuan) yg membolehkan melihat aurat sahaja.
Tentang susu ibu itu...hehe...kalau tuan pernah merasanya, tuan mungkin tahu ianya tidaklah begitu sesuai untuk minuman orang dewasa kerana kandungan laktosenya yang tinggi boleh menyebabkan orang dewasa senak perut kalau minum banyak.
Tidak tahulah samada Salim menghadapi masalah sebegini dahulu ataupun tidak. Mungkin susu ibu org Arab lain kot..
Kalau dikeluarkan guna pam, proses pengsterilan juga mungkin tidak sempurna dan menyebabkannya cepat rosak walau dlm peti ais di samping masalah produktiviti yang tak menentu.
Kalau sang bapa nak minum banyak nanti diperli sang ibu..hai ini rezeki anak kenapa bapa pulak yang beria-ia?
saudara dah pernah rasa ke?
sang ibu takan perli punya, satu utk anak, satu utk sang bapak, kalau ada anak kembar susahlah... sang bapak kena mengalah...
:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
salam
minta maaf kerana sudah lama tidak berkunjung ke forum, dan tidak dapat menjawab dengan lebih cepat soalan Always typo tempo hari. Mohon maaf sekali lagi. Di sini, bill ada menyediakan sebuah jawapan secara ringkas mengenai mutaah.
_______________________________________________________
Ayat 24 an-Nisa |
|
|
|
|
|
|
|
AYAT MUTAAH TIDAK DIMANSUHKAN
Imran Bin Husain berkata: 揝etelah ayat mutaah itu turun, tidak ada yang sesudah itu yang menghapuskannya dan Rasulullah saaw membolehkannya dan kami melakukannya di zaman Rasulullah saaw dan sampai Rasulullah saaw wafat, dia tidak pernah melarangnya, kemudian 憇eseorang |
|
|
|
|
|
|
|
UMAR YANG MELARANG MUTAAH
Minta maaf. Bahagian ini akan menjadi panjang apabila dimuatkan hadis2 mengenai mutaah 杙elarangannya serta kebolehannya. Namun, biarlah kali ini pembaca menilainya sendiri, dan Allah menjadi saksi bahawa kami telahpun melaksanakan tugas menyampaikan apa yang benar:
1-Amirul Mukminin Ali a.s
Imam Ali a.s berkata: "Kalau Umar tidak melarang mutaah, nescaya tidak akan berzina kecuali orang yang celaka" (at-Tabari, Tafsir, 5/9 dengan sanad sahih,
dan lain-lain hadis dari Imam Ali a.s mengenai larangan Umar ini dicatatkan oleh Tsa'labi dalam tafsirnya mengenai an-Nisa' 24; ar-Razi dalam Tafsirnya, Jil.3; Abi Hayyan, Tafsir, Jil.3; Naisaburi, Tafsir, Sayuti dalam Durr al-Mantsur, jil.2, hlm.140, Kanzul Ummal Jil.8 dengan jalan yang berbeza-beza)
2-Jabir bin Abdullah al-Ansari
1) Ibnu Abbas dan Ibnu Zubair berselisih pendapat mengenai 2 mutaah. (Ibnu Abbas membenarkan mutaah sementara org yang kedua menolaknya). Maka Jabir bin Abdullah menjawab, "Kami melaksanakan kedua mutaah itu bersama Rasulullah saaw. Kemudian Umar melarang keduanya, lalu kami pun tidak pernah melakukannya lagi" (Muslim, Sahih, juz 4, bab Nikah Mutaah, hadis ke 8 dan al-Baihaqi, Sunan, 7/206)
2) Muslim dalam Sahihnya, dari Ibnu Abi Nadrah yang berkata: Ibnu Abbas memerintahkan mutaah, sedangkan Ibnu Zubair melarangnya. Maka dia menyampaikan hal itu kepada Jabir. Jabir menjawab, 揇i hadapanku beredar hadis: Kami melaksanakan mutaah bersama Rasulullah saaw. Ketika Umar menjadi khalifah, dia berkata, 慡esungguhnya Allah menghalalkan kepada RasulNya apa yang Dia kehendaki. Maka sempurnakanlah haji dan umrah dan laksanakalah pernikahan ini (nikah permanen). Namun, jika ada seorang lelaki menikahi seorang perempuan untuk jangka waktu tertentu (nikah mutaah), pasti aku merejamnya dengan batu.挃 (Muslim, Sahih, jil.4, bab.Nikah Mutaah, hadis no.8)
3) Dari Abi Nadhrah: 揑bnu Abbas membolehkan mutaah dan Ibnu Zubair melarangnya厰 dan aku menyampaikan kepada Jabir bin Abdullah yang kemudiannya berkata: 揔ami melakukan keduanya pada zaman Rasulullah saaw, dan tatkala Umar berkuasa, dia berkata: 揝esungguhnya Allah menghalalkan kepada RasulNya apa yang Dia kehendaki; iaitu melakukan haji dan umrah seperti diperintahkan Allah, tetapi aku melarang keduanya, aku melarang menikahi wanita untuk waktu tertentu dan bila ia terjadi aku akan merejamnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedikit perbincangan
Sekiranya mutaah dianggap terbatal dan adalah satu bentuk perzinaan, maka pelakunya mestilah dihukum rejam ataupun disebat seratus sebatan. Tetapi, pengarang al-Fiqh ala-l-Madhahib al-Arba抋h (yang ditulis pada tahun 50 an) sendiri menetapkan hukumannya hanya sebagai ta抸ir, iaitu hukuman mengikut budi bicara hakim. Ini adalah khilaf yang masih menyelubungi kaum Sunni dalam hal kehalalannya. Begitu juga bahawa fakta bahawa ulamak-ulamak besar Sunni sendiri berbeza pendapat mengenainya. Imam Malik sendiri misalnya, Imam Zufar, Imam Syaibani dari mazhab Hanafi mengatakan hukum mutaah adalah harus.
Sehubungan dengan ini, Imam Malik mengatakan bahawa mutaah adalah harus kerana tidak ada 慸alil |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by abusaed at 2005-5-13 14:23:
bacalah moga-moga kita akan mendapat petunjuk dan pengajaran dari apa yang telah di kemukakan.... InsyaAllah.... kita wajib mempelbagaikan ilmu kerana dengan ilmu kita dapat membezakan yang baik de ...
Salam abusaed,
Alhamdulillah kerana masih memperjuangkan isu ini... teruskan, insya'allah umat Islam sebenar akan berjaya....
MK ~ DOK TERTANYA JUGA, NAPE PUAK SYIAH NI TAK PERNAH NAK BERDAKWAH DENGAN YANG BUKAN ISLAM... TETAPI YANG SELALU MENJADI TARGETNYA IALAH ASWJ? NAPE YE? |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by billionaire at 2005-6-22 22:58:
Sedikit perbincangan
Sekiranya mutaah dianggap terbatal dan adalah satu bentuk perzinaan, maka pelakunya mestilah dihukum rejam ataupun disebat seratus sebatan. Tetapi, pengarang a ...
Bill,
Mana dia hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali mengenai muta'ah? Hang terlupa atau saja buat-buat lupa?:dia::dia: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mat Kampong at 26-6-2005 02:49 PM:
MK ~ DOK TERTANYA JUGA, NAPE PUAK SYIAH NI TAK PERNAH NAK BERDAKWAH DENGAN YANG BUKAN ISLAM... TETAPI YANG SELALU MENJADI TARGETNYA IALAH ASWJ? NAPE YE?
Sekadar nak menyampuk saja.....
Aku kagum pada puak-puak syiah ni berdasarkan senario politik antarabangsa sekarang. Mereka jauh kehadapan berhadapan dengan golongan kafir-kafir laknat seperti Setan Amerika dan konconya Israel.
Di Lubnan puak-puak Yahudi tu lebih takutkan pada golongan Hezbollah yang syiah daripada negara-negara ASWJ yang katanya mempunyai senjata-senjata yang hebat. Golongan-golongan syiah inilah yang berkempen begitu hebat membebaskan BaitulMaqdis daripada ASWJ yang nak menjalinkan pula persahabatan dengan negara haram tu.
Kalau membaca sejarah Imam Khomenei pernah menghantar delegasi dan surat terbuka kepada Gorbachev semasa menjadi presiden Rusia. Memang benar ramalan Khomeini waktu yang mengatakan fahaman Kominis akan masuk muzium dan oleh itu mengajak Gorbachev masuk Islam. Inilah dakwah terbesar yang pernah tercatat dan tersebar di seluruh dunia bagaimana Islam berhadapan dengan Kominis.
Alangkah indahnya kalau panggilan Osama Ben Laden (kalau benarlah wujud) yang Wahabi pula di sahut oleh puak-puak Wahabi untuk berjihad menentang kuasa kuffar Amerika itu.
Kita yang berfahaman ASWJ bila pula??? |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM BUAT SEMUA
tq gravedigger kerana memperingatkan saya tentang perjuangan
walaupun saya bukan ASWJ, tapi rasa di hati ni
bilala nak perang, bila la nak tengok ramai yg cabut lari kebelakang
mungkin tinggallah gravedigger sorang-sorang?
pasai yg lain sibuk kot??
sibuk dgn kehidupan duniawi yang melalaikan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by orangbesi at 2005-6-26 23:29:
SALAM BUAT SEMUA
tq gravedigger kerana memperingatkan saya tentang perjuangan
walaupun saya bukan ASWJ, tapi rasa di hati ni
bilala nak perang, bila la nak tengok ramai yg cabut lari kebelakang
...
Woi grave digger n orang besi... kalau hingus dok meleh lagi.. pakai tisu ler kesat...
Mana ada puak shia macam Saladin?
Semuanya kaki pakat, duduok bersekongkol dengan puak kafir.... dok serang ASWJ?
Hang tau tak betapa busuknya puak2 ni.. lu baca dan kaji the first crusade? Sapa tikam sapa dari belakang?
kalau dituduh bodo... marah pulak.... |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
Originally posted by billionaire at 2005-6-22 12:58:
Sedikit perbincangan
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengharamkan apa-apa yang telah Allah halalkan bagimu."(al-Maidah 87)..
Tapi ayat ini memang terang maksudnya ... tapi ayat dali kau tentang mutaah dan yang hang dok jaja sana sini... sikit pun tak sebut pasal muta'ah... tup..tup kau boleh sebut itulah ayat suruh lakukan muta'ah... semuanya andaian dan tafsiran sendiri...
Jadi ianya sama ler... yang kau tu nak halalkan benda yang diharamkan.... nak campur adukkan dan nodai kesucian institusi perkahwinan yang suci ini.
Ini ler kalau dah sex maniac, yang haram pun nak dihalalkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mat Kampong at 27-6-2005 08:46 AM:
Woi grave digger n orang besi... kalau hingus dok meleh lagi.. pakai tisu ler kesat...
Mana ada puak shia macam Saladin?
Semuanya kaki pakat, duduok bersekongkol dengan puak kafir.... dok ...
Aku bercakap bukan atas dasar prejudis tapi atas dasar realiti semasa. Lihatlah saja apa yang berlaku sekarang ini. Di Iraq aku salut pada orang-orang Syiah yang telah pun mendapatkan haq kepimpinan mereka daripada Saddam laknat itu. Selalu kita dengar masjid syiah kena bom dan orang-orang syiah dibunuh tapi mereka tidak membalas dendam pada orang-orang sunni sewenang-wenangnya. Mereka boleh jika mereka mahu tapi mereka lebih patuh lagi kepada Imam-imam mereka yang melarang melakukan demikian kerana tahu itu semua perangkap Yahudi dan Amerika...dan yang dikatakan Al-Qaeda ini pun betul ke kewujudannya??
Saladin?? Saladin inilah yang berbangsa Kurdish dimana kaumnya menjadi mangsa kekejaman Saddam babi hutan, dimana beratus ribu kena bom kimia bantuan Amerika kepada anjingnya Saddam suatu masa dulu. Saddam inikah yang disanjung-sanjung oleh ASWJ?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|