|
biasanya kat restoran fast food yg jadik camni...selalu sangat terkena..kadang2 cashier tu tak mintak izin pun..selambak jer amik duit org.. .. |
|
|
|
|
|
|
gabanzack This user has been deleted
|
utk ke sekian kali nya...aku terkena lagi.... kali ni sampai 3 sen!!!
kena kat McD...semalam. Aku boleh tak teringat nak check betul2 baki masa dia hulur duit tu. Muka dia punya la selamba, takde apa2 reaksi, jauh sekali nak minta izin. Aku pulak masa tu dok fikir nak makan cepat. Bila dah sampai kat meja, baru pasan 3 sen kurang. Hampeh!!!! Cela*k* punya manusia.
Nak minta balik, rasa segan sbb dah ada pelanggan lain beratur kat kaunter. So apa aku buat? Aku pun tenyeh la gila2 dia punya server sos tu.... Ambik banyak.... kononya tuntut la hak 3 sen aku tuh....
Bengang bebbb!!!! diorang ni betul2 tak jujur!!! Kalau benda ni tak dihighlightkan, next time entah2 kurang 5 sen or 10 sen pun diorang buat selamba je tak pulangkan w/o any notice.
Aku bab2 camni mmg aku takleh redha. To me kalau dorang nak berkira ngan kita, diorang kena terima kalau kita berkira dgn dorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gabanzack at 18-2-2005 03:49 PM:
utk ke sekian kali nya...aku terkena lagi.... kali ni sampai 3 sen!!!
kena kat McD...semalam. Aku boleh tak teringat nak check betul2 baki masa dia hulur duit tu. Muka dia punya la selamba, takd ...
Kalo camtu le Gaban....Ko makan 1/2 French Fries tu...lepas tu ko pergi balik kat Cashier dan ko cakap Yg FF tu dah soggy.....mesti dia ganti balik yg fresh..wwalaupun agak keterlaluan......Duit 3 sen yg dia tak pulangkan ko tu lagi keterlaluan....
Taktik ni lah yg aku bgtahu kat member2 aku..hehhehe...:ah::ah::ah: |
|
|
|
|
|
|
|
Susah lah kalo beli brg yang harga dia macam tu...esp kat restoren Fast Food nih....RM3.79 ler....RM 2.63 ler...nak pulangkan baki pun susah..tambah plak kalo yg kene tax tuh...:ah::ah::ah:
nf:nf: |
|
|
|
|
|
|
gabanzack This user has been deleted
|
JOM HIGHLIGHT PERKARA NI KAT SURAT KHABAR? MACAM FORUM PEMBACA UTUSAN MALAYSIA TU.
SAPE SINI PANDAI MENGARANG ELOK2???? TOLONG LA HANTAR KAT UTUSAN. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gabanzack at 19-2-2005 11:30 AM:
JOM HIGHLIGHT PERKARA NI KAT SURAT KHABAR? MACAM FORUM PEMBACA UTUSAN MALAYSIA TU.
SAPE SINI PANDAI MENGARANG ELOK2???? TOLONG LA HANTAR KAT UTUSAN.
Kalo derang nak bukti,..payah gak tuh...esp Metro...:stp::stp: |
|
|
|
|
|
|
gabanzack This user has been deleted
|
Originally posted by medangmru at 19-2-2005 12:45 PM:
Kalo derang nak bukti,..payah gak tuh...esp Metro...:stp::stp:
tak, ni bukan kita nak citer pasal spesifik kes. Kita cuma nak highlightkan pasal fenomena ni secara umum. Nak bagitau yg perbuatan ni dah semakin jadi kebiasaan dan patut ditentang oleh masyarakat pengguna. Kerajaan pun kena ambik berat.
Kalau benda ni dapat diwar-warkan kat mainstream media, syarikat2 korporat akan lebih berhati2 lepas ni. Dan kita sbg pengguna pulak takde la rasa malu-malu nak tuntut 1 sen tu sebab perkara ni dah jadi isu besar.
betul tak? |
|
|
|
|
|
|
|
aku tolong karang....sapa2 rajin post per ke forum pembaca utusan online tu...
TAJUK : BAKI 1 SEN TIDAK DIPULANGKAN KEPADA PEMBELI
Saudara pengarang,
Saya adalah salah seorang dari ribuan mungkin jutaan pembeli rakyat Malaysia yang tidak dipulangkan baki 1 sen. Nampak 1 sen seperti tiada harga atau tiada nilai. Tapi itu adalah hak pembeli yang patut dipulangkan.
Kebanyakkan alasan LAPUK yang diberikan oleh juruwang adalah tiada tukaran wang kecil. Alasan itu amatlah tidak boleh diterima kerana kebiasaan tempat yang tidak memulangkan baki 1 sen adalah pasaraya2 besar seperti TESCO, CARREFOUR dan GIANT. Ini termasuklah restoran2 makanan segera seperti McD, KFC, Burger King, Pizza Hut dan banyak lagi. Pasaraya besar dan tempat makan yang boleh dikatakan gah tidak mempunyai tukaran nilai 1 sen? .
Kenapa mereka tidak menggenapkan sahaja harga barangan mereka untuk menyenangkan pihak pembeli juga pihak penjual?. Sebagai contoh harga beras 10 kg = RM28.98 kenapa tidak digenapkan menjadi RM28.00 atau RM29.00 sahaja? . Begitu juga dengan harga menu di restoran makanan segera.
Jgn jadikan alasan tiada tukaran nilai yang kecil kerana mereka mempunyai ribuan pelanggan setiap hari. Katakan lah ada 1 ribu transaksi setiap hari di kaunter pasaraya besar, 0.01 sen X 1000 transaksi. Kira lah sendiri berapa 'duit haram' yang di sapu bersih oleh pemilik pasaraya?. Itu baru 1 sen, kalau baki bersen2 tidak dipulangkan?.
Kepada para pelanggan pula ada yang terlalu bermurah hati untuk tidak mengambil baki berkenaan. Malu agaknya , almaklum lah 1 sen. Sikap ini membuatkan juruwang2 di pasaraya atau restoran makanan segera lagilah bersikap acuh tak acuh untuk tidak memulangkan baki yang tak seberapa.
Dan mungkin kerana sikap ini lah yang membuatkan juga juruwang2 sudah berani untuk memperli atau mempersendakan para pelanggan yang meminta baki mereka dipulangkan. Begini kah sikap para pekerja pasaraya2 besar dan restoran makanan segera yang terGAH di Malaysia?...amat memalukan!!!
Saya merayu kepada pihak yang bertanggungjawap agar memandang serius pada masalah ini. Ataupun pihak berwajib boleh meminta atau memastikan harga barangan digenapkan untuk memudahkan urusan pembelian dan pemulangan baki kepada para pelanggan.
--- sapa nak sambung atau nak betulkan susunan ayat aku..silakan....-- |
|
|
|
|
|
|
gabanzack This user has been deleted
|
Originally posted by nrshahirah at 19-2-2005 01:17 PM:
TAJUK : BAKI 1 SEN TIDAK DIPULANGKAN KEPADA PEMBELI
Saudara pengarang,
Saya adalah salah seorang dari ribuan mungkin jutaan pembeli rakyat Malaysia yang tidak dipulangkan baki 1 sen. Nampak 1 ...
cayalah shirah!!! cepat je ko sahut saranan aku....hehehe :lol
ok...aku cuma nak edit kat bahagian "Sebagai contoh harga beras 10 kg = RM28.98 kenapa tidak digenapkan menjadi RM28.00 atau RM29.00 sahaja?".
Jgn la cadangkan jadi RM29.00. Kita gaks yg rugi 2 sen. Kita cadangkan jadik RM28.90. Dapat jimat 8 sen drpd harga asal.
ok...aku nak hantar kat utusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gabanzack at 19-2-2005 11:48 AM:
tak, ni bukan kita nak citer pasal spesifik kes. Kita cuma nak highlightkan pasal fenomena ni secara umum. Nak bagitau yg perbuatan ni dah semakin jadi kebiasaan dan patut ditentang oleh masyar ...
Yezzer...:setuju:...
Cuma kalo ko hantar aduan kat Metro...kalo derang pertimbangkan untuk publish dalam Suratkhabar...derang akan call Ko /pengadu dan tanya detail pasal kes tuh!!:ah::ah:
Itu ajer ler...:clap::clap::clap: |
|
|
|
|
|
|
gabanzack This user has been deleted
|
Aku dah hantar kat utusan & bharian.
Sape2 yg perasan kalau kuar kat paper, pls inform kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gabanzack at 22-2-2005 09:15 AM:
Aku dah hantar kat utusan & bharian.
Sape2 yg perasan kalau kuar kat paper, pls inform kat sini.
Cayalah Gaban.....:hug::ah: |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 ada tindakan daripada pihak berkuasa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Foxey at 25-2-2005 07:17 AM:
harap2 ada tindakan daripada pihak berkuasa....
HARAP2 SGT...:ah::ah::ah: |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgh karang surat .....ingat nak bg kat UM,BH dan METRO....:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
kalau makcik, takat 1 sen tu. malas nak kecoh2. halal je la.... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan soal berkira ke tak....mmg hak kite, terpulang hak kite nak buat apa duit 1sen tu.. misalnya kat pasaraya slalu ada tabung charity, so bile ada lebih 1sen or 5sen, customer maybe akan letak duit tsb kat tabung tsb... Bukannya berkire pun...
Yang aku prasan, cashier yg slalu tak pulang 1-4sen(dan pada masa sama tak cakap apa2pun kat customer) ialah siapa lagi kalau tak kerakusan si Giant(yg aku pernah dgr aduan menggugat peniaga runcit tempatan sehingga ada yang terpaksa tutup sbb Giant yang 'giant' tu buka dgn gemilangnya).. Other 'nominees' would be MC D, KFC, serta hypermarket lain...
Lagi satu yang aku tak puas hati, ada kadang2 tu, jgn cakap 1sen or 5sen, ada 10sen tak pulangkan, pastu tak ckp apa2 kat customer... Nak kata tak perasan, monitor terepampang kat depan mata balance tsb.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by laislabonita at 6-3-2005 05:08 PM:
bukan soal berkira ke tak....mmg hak kite, terpulang hak kite nak buat apa duit 1sen tu.. misalnya kat pasaraya slalu ada tabung charity, so bile ada lebih 1sen or 5sen, customer maybe akan letak d ...
hmmmm.......:hmm: tu sbbnya Giant ni makin lama makin kaya....byk bukak cawangan di merata tempat!!!:ah:
Hmmm........Pasaraya made in Malaysia le katakan...:gado: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|