noni This user has been deleted
|
Bab takdir tu, bkn 4 perkara je yg ttp tetapi segalanya ttp. Ada takdirnya. Dahpun tamat,pun begitu detik(detik ni jgn terkeliru dgn masa ye..) yg sama ia bermula. Saat ini anda lahir saat ini juga anda meninggal.
Saat(saat bukn noni maksudkan masa ye, tp keadaan) anda kecil tetap kecil: tidak dewasa. Dlm waktu yg sama waktu dewasa terus berjln- tidak berhenti. Byk lagi. tak cukup dgn ilmu..
Kata org tua tua, bukn cerita 'Dlm ilmuNya' sahaja tetapi masuk dlm 'hal'. cam dongeng jer.. Org dulu ada bagi signal "Ilmuku larut dlm IlmuMu, ilmumu larut dlm ilmuKu". Boleh ke? Kata org boleh, noni tak tahu..
Setiap zarrah telah ditentukan. Sebiji benih yang mengering, sehelai daun yg gugur samada dlm terang atau gelap, dipadang atau hutan telah tentu takdirnya. Jadi bagaimana?
Maka akn timbul kekeliruan. Sbb itu noni katakan, psoting ustaz akayshah tu baik untuk kita. Pun begitu mengajak ustaz jgn berhenti. Ilmu tidak tamat di situ. Jgn pulak anda kata noni tahkik pd ilmu. Setiap org ada kemulian, ustaz, noni dan semua. Bukn guru guru sahaja sbgmana sangkaan sebahagian dari kita. Kita sebaik baik kejadian tetapi kita lemahkan sendiri. Jika terus bersandar selain tuhan noni ttp setuju, silakan..
Pun begitu dlm batas batas-Nya..
Jika dpt faham sikit sikit, dapatlah, jika tidak itu rezeki kita juga..
Rasanya noni sampai disini sahaja utk tajuk ni. Wassalam...
[ Last edited by noni on 31-7-2004 at 05:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah kalau noni berfikiran begitu dan saya turut bersetuju dengan pandangan yang diberi.
Pada saya eloknya biar teguh pada asasnya dahulu baru mula mengorak untuk mengambil anak tangga yang seterusnya. Anak tangga keimanan ini takda penghujungnya...yakni sehingga kita menghembus nafas yang terakhir. Haruslah naik anak tangga berkenaan satu persatu, bukan boleh terus langkah 2 atau 3 terus nanti tersungkur. Sebelum melangkah, asas umpama kaki itu harus teguh kalau goyah nanti jatuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noni at 2004-7-28 10:15:
e'eh.. jgn camtu la bang Amorist. Noni rasa thread ni perlu ada kat sini. Skop kebenaran cukup luas bukan sekadar anti hadis atau syiah atau mahzab sahaja. Kesian kat noni..
Bulehkan kanda Amori ...
I wasn't in for the past one week, so saya minta amorist pindahkan topik ni ke sini hari tu sebab saya rasa ianya kurang bersesuaian untuk dipaparkan di main board..
bukan tujuan nak menyekat mana-mana pandangan, tapi saya memikirkan target audience dan level of thinking pada setiap board.. saya rasa perkara sebegini elok dibincangkan dalam board ni, for those yg prepared to accept differences, and to study differences.. saya rasa masih ramai yg ada dalam main board susah nak accept differences in opinion.. jadi paparan di situ mungkin menimbulkan something yg negative... here will be better.. |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Inilah wajah wajah anda yg lahir dari dlm dan terlukis melalui kata kata anda. Kadangkala kita keliru dgn wajah org lain kerana sikap kita yg prejudis. Bahkan, kita sering lupa, apakah itu wajah wajah kita...
Dari penulisan, kita dpt mengenali tujuan seseorang. Apakah ia bersikap bertanya atau memperlekeh. Apakah ia bertandang atau menyerang. Apakah ia menerima atau menolak. Apakah ia terbuka atau tertutup. Apakah ia menjelaskan atau hanya menarakan egonya?
Sikap tidak mahu memahami biasanya menjadi racun pada diri sendiri. Bahkan kepada pihak yang kita musuhinya itu..
Setiap tempat mengambil peranannya masing masing.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noni at 2004-7-28 09:06 AM:
Noni petik dua maksud dari ayati Al-Quran:
"Dan katakanlah; Yang haq telah datang, dan yang bhatil telah lenyap. Sesungguhnya yang bhatil itu pasti lenyap."
"Yang haq t ...
rasanya senangnya gini .. tiap barang
yg kita belajar .. kita perlukan guru .
hinggakan dalam menunaikan solat jumaat misalnya ..
setiap apa yg dikatakan dalam khutbah itu kita
jadikan satu renungan .. kita perlu terima .
jangan sesekali kita pertikaikan selagi pak imam tu
berpegang pada Quran dan hadis . yg malangnya bila
ada antara dah mula berpendapat sesetengah2 perbuatan itu
walaupun bersifat batil tetap buleh dilakukan jika kena
dgn tujuan . ini salah !!
- ada dengar baru2 ini mufti juga orang pertikaikan ??
- tapi inilah yg dijanjikan Allah tanda2 akhir zaman .
cuma kita orang Islam kita tetapkan lah akidah kita .
kita patut kembali kepada satu jemaah . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jukebox at 2004-7-31 12:28 AM:
Didalam hadis ada menyebut agama Islam akan ada 73 pecahan.
Bermakna semua ini sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. dalam perjalanan takdir
dan apa yang terjadi didunia sekarang ini adalah keten ...
tetapi pecahan 73 ini bukanlah kehendak Allah .
kita sendiri dituntut agar tidak tergelincir dari taliNya .
- hanya manusia yg mampu mencipta kemusnahan . |
|
|
|
|
|
|
nigina This user has been deleted
|
JUKEBOXDidalam hadis ada menyebut agama Islam akan ada 73 pecahan.
Bermakna semua ini sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. dalam perjalanan takdir
dan apa yang terjadi didunia sekarang ini adalah ketentuan Allah s.w.t. Yang kafir mengkafir, yang serang-menyerang negara lain, yang menindas, pembunuhan, politik dsgnya sudah tersurat dan ditakdirkan untuk berlaku. Mereka semua hanya menjalankan ketentuan yang sudah ditentukan oleh Allah. Ini bukan soal siapa salah atau siapa betul, ini soal ketentuan dan ketentuan merangkumi segala aspek dari sebesar kuman, segala jenis kehidupan seperti tumbuhan, binatang, jin, manusia dsgnya sehinggalah ke bulan, matahari, planet-planet dsgnya. Hari ini saya reply disini juga adalah sebahagian dari perjalanan takdir.
Assalamualaikum wbth
Perpecahan bukan ditakdirkan oleh Allah. Apatah lagi sekiranya 72 kumpulan dari 73 yang masuk ke neraka. Apakah Allah yg menakdirkan mereka masuk neraka atau mereka yg memilih ketentuan hidup mereka? Sedangkan Allah Maha Suci dari sebarang sifat kezaliman. Allah telah memberikan panduan jelas mengenai Islam, tetapi umat manusia yang mentafsirkan mengikut kehendak dan tujuan mereka yg tertentu. Sekiranya setiap tindakan dan perlakuan manusia adalah takdir dan ketentuan Ilahi, maka pastilah ada orang2 yg akan menilai bahawa Abbas, Negengel dan Jojo tidaklah memperkosa adik Nurul Huda melainkan dengan ditakdirkan oleh 'dikerahkan' oleh Allah jua. maha Suci Allah dari semua itu.
Setiap jiwa akan dibalas dengan apa yg diperbuatnya semasa hidup. |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
'Rogol' itu kesan dr takdir dan bukan takdir itu sendiri. Jgn pula anda mengatakan 'pelukis' itu tidak cukup hebat krn lukisan yg bercorak corak. Berbagai corak itu tanda kesempurnaan sebuah lukisan.
Seorang perogol ditangkap dan dihukum, betul dah tu..
Susah nak faham ttg perkara ni. Tak mengapa, kita ada rezeki masing masing.
Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bakarnya dari batu dan manusia. |
|
|
|
|
|
|
nigina This user has been deleted
|
Originally posted by noni at 27-8-2004 09:56 AM:
'Rogol' itu kesan dr takdir dan bukan takdir itu sendiri. Jgn pula anda mengatakan 'pelukis' itu tidak cukup hebat krn lukisan yg bercorak corak. Berbagai corak itu tanda kesempurnaan sebuah lukisa ...
back to the square one. cubalah anda fikirkan apakah maksudnya kenyataan anda "Kesan daripada takdir itu sendiri". |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Sukar nak jelaskan. Setiap penjelasan menuntut seribu penjelasan lain. Krn setiap penjelasan boleh mengkaburkan apa yg kita fahami sebelm ini. Akhirnya tak berkesudahan..
Apa yg anda faham ttg 'rogol'? Bukan sekadar peristiwa(perlakuan) tetapi 'faham' anda pada nama itu sendiri. Bukn sekadar 'nama' tetapi melibatkan 'yg menamai' itu. Bagaimana anda memisahkan diantara kedua 'yang menamakan' dan 'pemisahannya'. Dimana pula letak kesatuan diantara keduanya?
Bagaimana pula anda memisahkan antara rogol perbuatan dan rogol pada fikiran anda. Bagaimana anda mampu memisahkan dan apa pula yg mengaitkannya? Kekusutan ini akn melebar dan anda mula bertanya, apa itu syurga dan dimana neraka? Juga sebagainya..
Mengapa yahudi 71, mengapa nasrani 72 dan mengapa pula umatku (islam) akn menjadi 73? Mengapa satu diantaranya?
Kebijaksanaan kita seumpama sebiji pasir di tepi pantai di hadapan kebijaksanaan nabi saw. Hampir lupus kebijaksaanaan kita dihadapannya. Alangkah kita melihatnya dari sudut yg mudah, dari akal kita. Bahkan perkataannya saw begitu tajam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nigina at 2004-8-27 05:13 PM:
back to the square one. cubalah anda fikirkan apakah maksudnya kenyataan anda "Kesan daripada takdir itu sendiri".
Tuhan memberikan rahmat-Nya dan kebebasan kepada kita,rahmat-Nya yang berupa kekuatan lahiriah dan batin seperti tenaga,kekuatan,akal dan dikuatkan dengan pimpinan wahyu dan kenabian,bahkan pertolongan ini tidak pernah putus,begitulah pandangan mazhab syiah(imamah).
lalu,kita tidak mampu melakukan kebaikan melainkan Allah membantu kita,ayat Al-quran ada mengisyaratkan pada kita kenyataan ini antaranya.. 'segala puji-pujian bagi Allah'.
'Allah bersama-sama dengan orang yang berbuat kebaikan'.
lalu diamanakah keburukan,dimanakh asalnya dan apakah tujuanya?
ringkasanya,menurut ahli falsafah dan hikmah mengatakan bahawa syurga dan nereka itu adalah milik Allah Ta'ala.namun,adanya nereka sebagai mendidik manusia,supaya manusia nak lari dari nereka dan memilih syurga.
supaya mansia tahu indahnya syurga dengan piawaian nereka yang amat jelek.Cantiknya orang beriman dengan piawaian jeleknya orang kafir.
Baiknya orang itu kerana adanya orang jahat didunia ini..
adanya kejahatan bagi mendidik manusia,adanya dosa agar manusia tidak sombong dan memperbaiki diri,kegagalan membuahkan seribu kejayaan.Namun kejahatan itu pada hakikatnya tidak ada,kejahatan dan kebathilan itu umpama buih diatas sungai yang mengalir,ia hanya bergantung pada kekuatan air untuk mengalir,tiada kekuatan pada dirinya sendiri dan tiba masanya ia akan pecah dan hilang begitu sahaja.Adapun kebaikan seperti air yang mengalir deras berkenaan dan sentiasa akan mengalir,
jadi,kejahatan itu tiada pada hakikatnya,seperti ini,seorang ahli hikmah yang terkemuka berkata,bayang-bayang tiada jika tiada objek yang menghalangi sinaran.jadi bayang-bayang itu bergantung pada objek tersebut untuk wujud,jadi kejahatan itu adalah bayangan dari kebaikan dan kepujian,yang mana kejahatan itu datang dari makhluk yang berdosa ini manakala kekuatan,pilihan dan akal adalah nikmat-nikmat Allah atau kebaikan-kebaikan itu tiada celanya,manakala kebaikan itu seperti yang diungkapkan dalam surah Al-fatihah,'segala puji-pujian milik Allah'.
namun seorang penjahat itu tidak mampu melakukan kejahatan tanpa kekuatan,dan kekuatan itu adalah milik Allah,nikmat Allah,dari Allah.
Dan Allah sentiasa ingin membawa manusia kepada kebaikan kerana itulah kita wajib mencari Pimpinan-Nya.Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
'segala puji-pujian milik Allah'.
[ Last edited by irfani on 29-8-2004 at 10:37 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ada seorang ulama' menagatakan maksudnya
"Hendaklah kalian tahu bahawa insan tidak lari dari kesalahan,apabila kalian berbuat salah maka kembalilah.."
Allah menyintai kepada orang-orang yang bertaubat.
Allah menyintai orang-orang yang membersihkan diri.
Beruntunglah orang-orang yang membersihkan dirinya.
Yang amat celaka ialah manusia dikuasai oleh kejahatan sepenuhnya,sudah terserap dalam kebathilan,unsur-unur kemalaikatanya telah punah dik tentera iblis dan hawa nafsu, kegoan dan kesombongan yang merupakan 'pakaian ' Tuhan dipakai olehnya dan tidak mahu mencabutnya,bentuk rohani dari ruhnya berbentuk haiwan dan Iblis yang ego.Maka,selayaknya dia disuir dari Hadrat Ilahi,dari Syurga Pertemuan 'Disisi-Nya'.seperti Iblis yang dihalau kerana keegoanya.
Ada sebahagian riwayat yang mengatakan bahawa manusia akan dibangkitkan dalam bentuk rohani masing-2.
Allah Maha Mengetahui,manusia ini amat lemah dan ujianya juga berat pada dirinya,didunia ini ibarat penjara bagi orang mu'min.Dia juga dilahirkan dari ketidaktahuan,maka seperti yang disebutkan oleh para auliya'Allah bahawa dunia ini adalah tempat persiapan.latihan dan sekolah bagi manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
supaya manusia mencari jalan untuk kembali kepada-Nya.
"Innalillahi wainna ilaihi raajiuun."
Kepada Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan,
kembali kepada Allah dalam keadaan diredhai-Nya atau dimurkai-Nya dan terusir dari keredhaan-Nya,mahkota kemulian tercabut dari manusia berkenaan,
Apakah dia telah bersatu dengan pasukan-pasukan malaikat,nabi-nabi yang merupakan wilayah suci Ilahi atau pasukan-pasukan syaithan.
Jika dia berupaya membersihkan dirinya dari sebarang keegoan atau keakuan dan tunduk serta menjalankan syariah-syariah Allah,dengan pertolongan Allah
maka seperti yang dijelaskan oleh auliya-auliya Allah dan para ahli hikmah,hati orang mu'min ini akan bergelantung dan kembali ketempat aslnya manakala jasadnya dibumi dan diuruskan oleh Pencipta dan Penguasa sekelian alam.
Hal ini dinamakan wusul oleh ahli-ahli irfan atau ma'rifat.
namun jalanya bukan mudah,perlukan perjuangan dan pembersihan diri seperti yang disebutkan oleh saudari noni,namun manusia tidak harus berputus asa dalam mencapai kemenangan ini..
dan untuk tujuan kemerdekaan total inilah,yang merupakan wilayah zikrullah,
maka para Nabi-Nabi dan rasul-rasul dituskan,kitab-kitab samawi diturunkan dan akal dikurniakan.
manakala keadilan sosial yang merupakan buah dari Syariah Islam adalah pembimbing bagi mencapai kesempurnaan manusia ini.
Oh!manusia sedarlah kalian tidak diciptakan untuk tujuan yang rendah-rendah,kalian telah dicipta untuk Dia,khusus untuk mengenali Kebesaran dan Kemulian-Nya.
Alangkah beruntungnya orang-orang yang membersihkan dirinya..
[ Last edited by irfani on 29-8-2004 at 11:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
adalah mustahil manusia untuk bergantung pada dirinya sendiri bagi menyebernagi lintasan yang penuh ranjau dan sulit ini,perjalanan dari kefanaan dan kembangkitan kembali seperti yang disebutkan oleh seorang ahli Irfan yang sempurna bahawa sudah cukup untuk memohon bantuan dan merunduk dihadapan Pelindung dan Pencipta-Nya agar Dia berkenan untuk membawa si insan yang lemah ini mendaki bukit yang sangat terjal dan lautan api yang membara yang memerlukan kekuatan yang luar biasa dan masa yang beribu tahun dalam masa semalam atau lebih cepat dari itu..
Oh!dimanakah rahmat-Mu yang Maha Meliputi!Diamanakah Pertolongan-Mu yang Maha Meliputi!
Oh Tuhan bawalah kami yang tersesat dalam alam fizik yang gelap ini yang terpana dan terhijab dengan segala hijab yang akbar yang melindungi kami dari melihat Kebesaran dan Keagungan-Mu! |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Jika kita kenal, kenal kita melalui hijab hijabnya. Tahulah kita ia tidak pernah terhijab bahkan tidak pernah terpisah. Jika anda tidak berwajah, bagaimana dpt kami mengenalimu? Jika anda tidak memakai pakaian, di mana kami melihat keindahanmu?
Perjlnan ini antara langit dan bumi, namun bkn yg kami junjung dan bukn yg kami pijak. Tempohnya musim tidak bersemi dan saat tidak berdetik. Perjlnan ini bkn jarak langkah di kaki, masanya pula tidak bersempadan. Jika rahmatnya maha meliputi, entah mengapa kami tercari cari. Jika rahmatnya maha meliputi, entah mengapa masih ada yg tersesat lagi. Jika kami kembali, bkn dimana mana. Di sini...
[ Last edited by noni on 30-8-2004 at 05:33 AM ] |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
..jika cahayanya langit dan bumi dimana gelap menempatkan diri? Tergelincirkah kami pada kegelapan yg kita cipta sendiri? Bagaimana bayang dpt berdiri jika diri tidak menghalang matahari? |
|
|
|
|
|
|
|
Dialah Yang Maha Zahir dan Dialah Yang Maha Bathin.
[ Last edited by irfani on 30-8-2004 at 05:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
ceria This user has been deleted
|
susahnya mencari kebenaran di akhir zaman
Alangkah susahnya mencari kebenaran, di akhir zaman
Terutamanya orang awam yang ilmu agamanya sekadar cukup untuk fardhu
ain
Selain itu tidak mampu menilai benar atau salah, haq atau sesat
Orang munafik menuduh orang lain munafik yang tidak munafik
Orang yang sudah sesat, menuduh orang tidak sesat sebagai sesat
Teraniayalah orang tidak munafik, terzalimlah orang yang tidak sesat
Pembuat-pembuat bidaah menuduh orang yang berjalan di atas as sunnah
sebagai pembuat bidaah
Kerana ramai yang sudah tidak ikut as sunnah
Yang mengikut as sunnah
Dipercayai orang ramai pembuat bidaah
Teraniaya pula pengikut-pengikut as sunnah, dianggap bidaah
Orang-orang baik dianggap jahat, penjahat-penjahat dianggap baik
Kerana orang yang baik terlalu sedikit, mereka terpinggir
Terpinggir ertinya jahat pada pandangan ramai
Orang yang ada jawatan tinggi cakapnya dianggap benar
Dan sah belaka
Rakyat jelata walaupun benar, cakakpnya tidak ada harga
Tidak diambil kira, sekalipun dia orang soleh
Jawatan tinggi yang menentukan salah benar sesuatu masalah
Bukankah terkeliru dibuatnya di dalam mencari kebenaran?
Begitulah watak akhir zaman, yang sudah jauh dari Rasul
Sungguh susah hendak mencari kebenaran
Macam hendak mencari gagak putih atau belerang merah
Tunjukkan kami Ya ALLAH jalan kebenaran
Agar kami tidak sesat, jalan menuju Engkau
Ya ALLAH selamatkan kami.
oleh abuya imam ashaari muhammad at-tamimi |
|
|
|
|
|
|
ceria This user has been deleted
|
taqwa senjata paling ampuh
Umat Islam hari ini sudah tidak pandai lagi
Hendak mencari kemenangan
Mereka sudah tidak tahu
Bagaimana hendak mendapat bantuan Tuhan
Umat Islam berfikir, bantuan dan kemenangan itu
Dengan ilmu dunia dan membuat kemajuan
Berusaha bersungguh-sungguh menggunakan akal
Fikiran macam orang bukan Islam
Islam memandang usaha lahir itu hanya sampingan
Bukan kewajipan
Ada yang lebih penting dari itu
Untuk mendapat kemenangan bahakan keredhaan
Jadikan Tuhan sebagai kawan
Dan bawa Ia ke mana-mana
Menjadi orang bertaqwa setiap masa dan waktu
Membaiki diri dengan membetulkan
Sembahyang lima waktu
Serius menjauhi dosa
Dan membersihkan jiwa dari mazmumah
Berkasih sayang, bersatu padu dan bertolong bantu
Inilah dia senjata umat Islam
Yang tersirat dan tersembunyi
Yang diabaikan oleh umat Islam seluruh dunia
Sekalipun ulama-ulamanya
Senjata yang tersirat itulah yang paling tajam
Senjata yang tersembunyi itulah yang paling ampuh
Untuk mengalahkan musuh-musuhnya
Senjata lahir yang diusahakan oleh umat Islam
Sama seperti yang ada pada musuh
Bahkan senjata yang ada pada musuh
Umat Islam tidak boleh menandinginya
Kerana kita juga berguru dengan musuh Islam
Lantaran itu hingga hari ini
Kemenangan dan bantuan belum lagi datang
Kerana kita masih bersandar dengan musuh
Hendak melawan musuh
Tetapi senjata yang tersirat dan tersembunyi
Itu tidak ada pada musuh
Senjata itu kita dapat direct dari Tuhan
Jika kita memilikinya
Ertinya kita menjadi orang Tuhan
Bila jadi orang Tuhan kita dapat pembelaan
Dari Tuhan yang Esa
Tuhan bila-bila masa sahaja
Boleh mengalahkan musuh-musuh
oleh abuya imam ashaari muhammad at-tamimi |
|
|
|
|
|
|
ceria This user has been deleted
|
UNSUR-UNSUR YANG MENCORAK MANUSIA
Basmallah.
Kerana kesuntukan masa, tanpa mukadimah yang panjang, saya terus saja kepada maksud. Dunia ini atau kehidupan manusia dicorak samada baik atau buruk, memberi manfaat atau mudharat, yang boleh mendatangkan kasih sayang atau mengharu-birukan, ada tiga maksud Tuhan yang kita tidak nampak yang ada dalam diri manusia yang sangat memainkan peranan dan mendorong lahiriah manusia ini. Mendorongkan kaki, tangan, mata, telinga, tindakan dan sebagainya membentuk kehidupan manusia. Tiga maksud Tuhan itu ialah akal, nafsu dan roh.
Jadi, yang tiga inilah menentukan hidup manusia baik atau buruk. Makhluk yang tidak nampak. Bersifat rohani atau maknawi. Yang tiga inilah yang memperalatkan kaki, tangan, mulut, mata, telinga dan lain-lain untuk bertindak. Anggota lahir ini tidak faham apa-apa hanya menjadi alat semata-mata. Diperalatkan oleh akal, nafsu dan roh.
Begitulah dunia ini dan begitulah kehidupan manusia. Ada orang terlalu yakin dengan ilmu dan akal fikirannya. Ini adalah fahaman falsafah. Apa saja yang hendak dibuat, ditanyakan kepada akal. Maksudnya, ditanyakan ilmunya dulu. Kalau akalnya mengatakan sesuatu itu baik, dia akan buat. Kalau akal kata tidak baik, dia tidak buat. Dia tidak bersandar dengan nafsu atau roh.
Cuma, oleh kerana akal ini lemah, walaupun dia berniat baik tetapi kadang-kadang dia tidak sedar yang dia didorong atau dikudakan oleh nafsu. Sebab dia tidak bersandar dengan Tuhan. Kebaikan itu berdasarkan akal atau logik sahaja. Jadi, akal ini tidak dapat melihat semua kebaikan atau kejahatan. Yang mudah-mudah itu memang dapat dilihat dan dinilai. Yakni yang lahir-lahir. Tetapi benda-benda yang tersirat dan yang batin, akal sudah tidak mampu untuk melihat. Tetapi oleh kerana orang akal yakin dengan akalnya, seperti ahli-ahli falsafah, maka dia menggunakan akalnya untuk bertindak. Baik buruknya sesuatu perkara itu dinilai oleh akalnya semata-mata.
Jadi manusia yang benar-benar bersandar dengan akal, inilah manusia yang dikatakan bersifat kemanusiaan. Orang yang kemanusiaannya tinggi hasil dia bersandar kepada akalnya semata-mata. Saya buat beberapa contoh yang mana kadang-kadang dia tidak sedar yang dia tersilap juga. Dia tidak sedar dia telah dikudakan oleh nafsunya. Sebab dia tidak dapat kekuatan dari Tuhan. Contoh, orang yang sangat menggunakan akal, Kalau bergaul dengan masyarakat, nampaknya baik. Waktu bergaul dengan masyarakat dia kata, 揝aya tidak mahu mengumpat orang kerana saya fikir, risikonya besar. Orang marah. Kalau orang marah, nanti jadi bergaduh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|