|
Ok i sambung semula cerita i hari tu..
Semasa keluar rumah mlm tu angin bertiub sgt kencang.i yg dh demam ni terus mengigil.i ingat lgi msa tu nenek minta parents i baca ayat kursi dan tiupkn kat badan i jgn toleh kebelakang sekiranya apa2 jadi.
Alhmdulilah selesai check up n ambil ubat kmi semua pun balik semula ke rumah nenek.ubat yg i mkn setidaknya telah mengurangkn sedikit demam i.bila nenek tengok panas i ada berkurangan sedikit lega sgt dia."Oh demam biasa saja alhamdulilah katanya.
Msa mlm menjelang pagi around pukul 2 tu i tersedar sebab dahaga sgt n rasa demam tu kembali semula. i terkejut tengok tangan i pusat dan berwarna kekuningan,jelas sgt hingga kelengan dan tengok kaki jugak kekuningan hingga paras lutut.i yg takut terus menjerit apalagi seluruh rumahlah terkejut.
I mula rasa ada sesuatu yg tak kena telah terjadi pada i tp sebab msa tu i msih budak i tak relatekn apa yg menimpa i dgn kejadian dekat tasik tdi.
|
|
|
|
|
|
|
|
hazfy replied at 11-4-2020 01:06 PM
Ok i sambung semula cerita i hari tu..
Semasa keluar rumah mlm tu angin bertiub sgt kencang.i yg ...
Sedang menunggu ni tt x sabar |
|
|
|
|
|
|
|
EncikAiskrim replied at 11-4-2020 03:42 PM
Sedang menunggu ni tt x sabar
Tq ya sebab baca cerita i jap lgi i smbung
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hazfy at 12-4-2020 03:28 PM
Seterusnya....
Satu persatu masuk mjengah bilik.kakak n sepupu i yg tedo bersama dlm bilik tu pun terus sedar.nenek,mak n mak ngah n pak ngah(oh ya nak gtau setelah kematian atuk, mak ngah n suami dan anak2 dia tinggal dgn nenek).cuma ayah n abg(i ada 1 kakak n 1 abg ye) yg tak muncul dlm bilik tu.nak gitau jugak ayah n abg i kalau tedo mmg tedo mati sungguh,kalau hujah batu turun batu2 skali tu depa berdua tak akan sedar punya.punyalah kalau tedo dunia mereka yg punya.
Mama yg terus buka lampu terkejut tengok i.
warna kekuningan pada permulaannya ada dekat tangan n kaki kini telah memenuhi semua anggota badan i dgn sekelip mata saja.
Masa tu mama percaya i kena demam kuning tp nenek plk ckp i misti terkena sesuatu sebab msa tu mitos melebihi science kn.nenek bnr2 percaya ada kaitan dgn tasik i kacau tdi n kekuatan hati dia mengatakn i terkena angin jahat semata.
Besok pagi nya nenek ada ckp nak bwa i berubah dekat seorang pengamal perubatan dekat kg tu tp asalnya ayah membantah,ayah i mmg tak pernah percaya benda2 berkaitan benda halus ni n tahyul2 ni pada awalnya tp mengalah setelah bberapa hujah pak ngah n nenek tak mampu dlawan ayah.
I tak ingat plk nama pakcik yg ubatkn i mlm tu.nenek bgitau dia dtg lewat mlm ni sebab dia ada ubatkn org jugak sebelum i.
Mlm tu bgi i msa tu pakcik tu dtg lewat sgt i tertidur,dh mlm kn kakak n sepupu i dh smua tedo.lagi2 demam i msih belum berkurang.
Disini lh bermula mimpi ngeri i.i ingat lagi mlm pertama i mimpi dtgi seorang lelaki tua yg berjubah putih dengan rambut n janggutnya yg panjang dan berwarna putih.ditangannya memegang 1 tongkat berkepala.pandangan sekeliling yg semua berwarna putih tu damai sekali dilihat.dia menghampiri i dengan 1 senyuman."anak marilah ikut pakcik,anak sesuai dekat sini".ntah mcmana dlm mimpi tu i berjalan perlahan-lahan ikut dia tanpa i gerakkan pun kaki i.i dpt merasa kaki i berjln mengikut dia.tiba...i di kejutkn..badan i dgoyang n nama i dpangil..bila mata terbuka i rupanya berada dekat pintu rumah dan tangan memegang tombol pintu.
mak rupanya sebelah i terkejut i buat apa dekat pintu n tiba2 megigau yg i terpernah buat pun mcm tu.i yg blur tak tahu nak ckp apa cuma menjwb dekat mak i mimpi tdi.
pintu tiba-tiba terbuka rupanya nenek n pak ngah dtg membawa pakcik yg nak mengubati i ...
|
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 4-4-2020 02:33 PM
Pakai susuk ayat pun susah nak sembahyang. Jangan amik ayat sebarangan kat tenet. Istihadah panjang, ...
Maksudnya sis? Kalau kita baca ayat yg org share kt fb semua tu boleh jd sbb haid berpanjangan ke |
|
|
|
|
|
|
|
hazfy replied at 12-4-2020 03:23 PM
Seterusnya....
Satu persatu masuk mjengah bilik.kakak n sepupu i yg tedo bersama dlm bilik tu pun ...
Semakin saspen ni |
|
|
|
|
|
|
|
covidjahat replied at 5-4-2020 12:14 AM
Assalamualaikum semua..
Yuhuuu.. Kome buat ape tu? Udah megheluh kee?
TT, sorry ye. Tergelak tadi part acik tu nyanyi sampai repeat plak tu. Rupanya acik tu ninggal ya lepas tu. Innalillahi wainna ilaihi rojiuun.
Best TT citer. Kipidap! |
|
|
|
|
|
|
|
covidjahat replied at 5-4-2020 12:14 AM
Assalamualaikum semua..
Yuhuuu.. Kome buat ape tu? Udah megheluh kee?
Medical wad mmg terkenal dgn gangguannya.. Aku pernah kena gangguan kat medical wad.. Aku pejam mata saja bising mcm kalut sgt.. Buka mata x ada pun kekalutan.. Pejam jadi lagi.. Jadi buka org mengaji.. Aku lena sampai subuh. |
|
|
|
|
|
|
|
anak tok aku mengasuh kena kat wad medical juga.. Pagi2 pukul 5 mcm tu.. Aku dah pesan.. Jangan pi tandas lobi.. Pi saja tandas wad.. Kotor pun tak la creepy sgt.. Sebab aku ada tepi tu..
Tapi anak pi juga tandas lobi.. Masa kat situ.. Dia dengar perempuan teriak mcm sakit nak beranak.. Dan dengar baby menangis lepas tu... Mcm dekat sangat2..dia balik citer kat aku.. Aku diam saja tau dah dia kena usik..
Selepas bbrp bulan baru la aku bgtau yg dia dengar tu bukan manusia.. Sebab wad bersalin HSB kat tingkat 2..kami dok kat tingkat 5. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau x-ray, memang boleh nampak kan jarum susuk tu?
mimpi macam tt mimpi tu bahaya..petanda orang kata
|
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman macam ni menghiburkan sebenarnya
innalillah...
|
|
|
|
|
|
|
|
polluxsstar replied at 5-4-2020 08:33 AM
Best la teman ni buat cerita. Cerita banyak2 lagi ye...
Yg makcik tu seramm. Iols baru ni admitted ...
Ni bukan kena rasuk. Sometimes Ada patient kalau kandungan garam atau air tak cukup dia akan delusional. Mak I tahun lepas masuk spital meracau menjerit2, ckp adik I ikut ajaran sesat la etc etc.
. Mmg stress Masa tu jaga mak I. |
|
|
|
|
|
|
|
freesia71 replied at 22-4-2020 06:17 PM
Ni bukan kena rasuk. Sometimes Ada patient kalau kandungan garam atau air tak cukup dia akan delus ...
Ic... X tahu boleh jd mcm tu.
So ur mom dh ok ke?
Jaga ur mom baik2. Xpe la stress sikit.
Rindu pd yg dh xde lg stress. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulilah..sihat dah my mum. Terima kasih.
Masa dia sakit tu, habis semua nurses dgn doktor kena marah dgn dia. I punya la malu, minta maaf kat dia orang. Nasib baik dia org semua baik2 belaka, cakap kat i that orang tua meracau tu perkara biasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
freesia71 replied at 23-4-2020 02:01 PM
Alhamdulilah..sihat dah my mum. Terima kasih.
Masa dia sakit tu, habis semua nurses dgn doktor ...
Alhamdulillah. Moga ur mom panjang umur n sihat selalu.
Nurses n docs kt wad dah hadap mcm2 jenis patient. Diorg lebih faham kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa pakcik tu pakai susuk kat tangan ek?
Anyway bila TT citer pasal kisah seram kat hospital ni, i teringat masa jaga mak kat hospital tentera. Sbb hospital tu bukan semua orang boleh admit kat situ, so tak ramai la orang. Cafe dia pun tutup pukul 5 pm, kedai souvenire pun takde mcm kat spital lain. Masa nk solat waktu magrib ke isyak ke jalan nak ke surau punya la sunyi. solat pun baca yg wajib je.
Adik i cakap, nampaknya kita ni lagi takut hantu dari takut tuhan. Hehhehhe. Terus teringat citer2 dlm filem yg slalu kalau kat hospital mesti takde lampu la, sunyi gelap gelita. So in real life mmg ada le keadaan yg cam gitu. Alhamdulilah, takde la kena apa2 pun, tapi tetap suspen.
|
|
|
|
|
|
|
|
TT dh xde story ke? Best la.. dgn gaya penceritaan yg bersahaja |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by covidjahat at 2-5-2020 10:26 AM
Assalamualaikum semua..
Maafkan teman kerna membiarkan rumah teman ni bersawang beberapa ketika. Entah mengapa, mood menaip teman hilang ke laut dalam. Kini teman kembali untuk cerita seterusnya. Cerita bertajuk asrama hospital.
Kisah yang teman ndak ceritakan ni pun terjadi kat hospital yang sama dengan makcik menyanyi. Ate udoh teman lama benor khoje kat situ. Tu pasei le ceghita semua dari situ je.
Masa mula-mula teman ditempatkan di situ, teman bersama member-member teman diberi kuaters kat asrama jururawat. Bangunan asrama jururawat ni standard bangunan asrama biasa. Ada 4 tingkat, semua bilik sebuah-sebuah tapi takde bilik ayor dalam bilik. Setiap tingkat tu, ada 1 je bilik ayor kat hujung koridor sebelah kanan. Bilik single teman pulak terletak di hujung koridor sebelah kiri. Jadi setiap kali teman nak bersiram ke, buang ayor ke hatta basuh baju sekalipun, teman kene menapak dari hujung ke hujung. Seram memang seram. Mujo takde apa-apa kejadian aneh berlaku. Dekat setahun lebih jugak keme duduk di asrama jururawat tu.
Dalam pada tu, satu kuaters asrama baru sedang dibina untuk houseman. Asrama baru ni dibina di bahagian belakang hospital. Ate udoh situ je tanah yang kosong pun. Kiranya asrama ni terletak di belakang bangunan wad. Manakala di belakang asrama ni pulak ialah ladang kelapa sawit yang gelap yang amat. Teman dan member-member seangkatan agak eksaited jugak menunggu asrama baru ni siap. Rumah baru komee.. kira macam keme ni nak merasmikan tempat baru la. Ala-ala upacara serah kunci rumah selepas loan bank lulus gitulah kekdahnya.
Jadi bila siap je asrama ni, keme semua pun diarahkan untuk pindah ke asrama baru dan mengosongkan asrama jururawat. Buat menyemak je kome ni, kata matron (teman agak la.. haha). Jadi sebelum pindah, keme pun datangla melawat kawasan. Memang cantik asrama baru ni. Ada 2 blok bangunan 2 tingkat yang mengadap antara satu sama lain. Antara 2 blok bangunan yang mengadap ni, ada macam taman ala-ala setia eco park (haha.. yang ni sumpah description over). Blok A ialah asrama untuk perempuan dan blok B untuk lelaki. Kiranya pintu depan blok A dan blok B adalah berhadapan. Jadi, kalu nak keluar bilik, pintu jangan bukak luas sangat. Karang kantoi bilik semak kat budak lelaki. Lol. Tingkap belakang blok A mengadap ke bangunan wad. Manakala tingkap belakang blok B pulak mengadap ke ladang kelapa sawit.
Setiap bilik asrama baru ni, disediakan 2 katil single, kiranya boleh kongsi 2 orangla. Dan yang syoknya, bilik ayor ada dalam setiap bilik. Selain dari design bilik yang best, asrama baru keme ni jugak dilengkapi dengan kemudahan bilik rehat, lengkap dengan tv dan ada bilik dapur serta beberapa mesen basuh baju yang terletak di Blok B. Keme masa tu amatlah teruja dengan kemudahan standard yang disediakan. Bajet nak pindah masuk kondo la ni. Jadi teman dan geng geng teman pun pindahla ke situ. Walaupun ada terdengar sosek-sosek mengatakan kawasan ladang kelapa sawit tu keras, tapi keme buat nohen je dan pindah masuk. Memandangkan sepsis keme ni adalah sepsis terancam kat hospital tu (read; tak ramai) penghuni pertama asrama baru ni cuma 7 orang sahaja. Lol. Bayangkan, asrama besar, baru, berkilat, keme 7 orang je yang rasmikan. Memang rasa bilik TV tu keme punya sendiri la.
Teman dan member teman duduk kat bilik ground floor Blok A, bilik paling hujung dekat dengan pagar. Masa mula-mula duduk situ, ade la jugak gangguan light and easy. Contohnya, pagar asrama yang bapak besar, buat dari besi tu, selalu gerak sendiri. Walaupun takde angin, pagar tu boleh terbukak dan tertutup sendiri. Yang ni teman memang pernah nampak sendiri. Tapi setakat gerak-gerak tu apa la sangat kan, berbanding dengan bilik baru keme yang cantik ni. Ku tahankan jua.
Pernah jugak masa teman dan member teman nak keluar makan, teman masuk bilik ayor kejap, tak sampai 5 saat teman masuk, pintu bilik ayor teman diketuk dengan kuat. Teman pun hangin la dengan member teman ni. Baru masuk jamban kot, belum apa-apa dah diketuknye. Ajer tak menyabo la kome ni pun. Teman pun bukak pintu dengan niat nak menyembur beliau, tapi bila bukak je pintu bilik ayor tu, takde orang pulak kat luar. Teman pun panggei la member teman tu. Ropenye dia dah tunggu kat luar bilik. “Takde maknenye aku nak mengetuk pintu kome woii”, kata member teman. Ah sudah, lantas sape pulak yang sibuk nak masuk bilik ayor time tu. Peristiwa ketukan ni masih menjadi misteri hingga ke hari ini. Walaupun kadang-kadang teman syak member teman tu nak kenakan teman, tapi bila nengok muka dia, nampak jujur pulak. Huhu.
Member teman ni AKA room mate teman ni pun pernah kena gangguan yang tak berapa nak light. Malam kejadian tu, beliau oncall di hospital. Teman tido sensorang dengan aman dan tenteram. Subuh tu, teman dengar bunyi orang balik dengan tergesa-gesa. Memang member teman tu la yang balik dari wad. Kebiasaannya kalau oncall, memang kalau lepas subuh tu free, keme akan cuba jugak balik ke asrama untuk mandi dan bersiap-siap pegi kerja semula. Tak selesa kalu nak mandi kat wad konsepnya. Jadi idakle pelik bila member teman tu balik asrama dan mandi. Cuma teman perasan dia diam je sepanjang bersiap-siap tu. Teman husnozhon, sibuk bebenor kot oncall semalam. Lepas keme berdua siap, hari pun nak cerah dah, beliau pun memulakan sesi dialog.
Member: Ko tahu tak, subuh tadi masa aku nak balik asrama, aku nampak benda.
Teman: Huh, benda apakah?
Member: Aku nampak benda putih, elok je berbungkus kat tiang lampu tepi pagar tu
Teman: Ape? Pocong kah? Habis ko lari ke cemana
Member: Mana nak lari wei. Aku kena lalu dia jugak nak masuk ke pagar tu.
Teman: Huhuhu. Ko tengok muka dia ke
Member: Takla, aku avoid eye contact. Menundukkan pandanganla. Mujur dia tak melompat-lompat follow aku. Mujur jugak tak lama lepas tu azan Subuh. Huhu
Begitula tegarnya member teman demi nak balik jugak ke asrama untuk mandi. Kalu temanla, patah balik wad la jawabnya. Kira petang-petang karang baru balik mandi.
Kalau ikut cerita-cerita misi, memang selalu berlaku penampakan makhluk putih berbungkus ni kat area asrama baru tu. Walaupun sebelum asrama tu dibina. Terutama lepas pukul 12 malam ke atas. Kalau time oncall kat wad, teman cuba jugak menjeling kot tingkap tu, usha-usha kawasan asrama. Mujo setakat ni takde rezeki lagi.
Peristiwa yang lebih hardcore pasal asrama ni terjadi kat pak guard asrama. Memang di asrama ni diletak sorang pak guard tak kira siang ke malam. Demi menjaga kemeslahatan keme la kot. Yang kesiannya, takde pondok jaga yang khas. Maka guard guard ni akan duduk satu kerusi dekat belakang bilik teman. Memandangkan bilik teman bilik yang paling dekat dengar pagar. Dengan kehadiran guard ni, teman rasa selamatla sikit. Maksudnya walaupun teman sensorang kat dalam bilik tu, ada je orang menjaga kat luar. Walaupun kengkadang teman rasa geram pulak kat guard ni, sebab dia teman tak boleh bukak tingkap belakang tu.
Pada suatu pagi, bila nak pi keroje, teman perasan kerusi guard tu kosong. Teman tak ambik port pun. Biorla ke deme. Tapi petang tu, tetiba teman boleh pulak tersembang dengan sorang guard yang lain, tak tau la kenapa. Guard tu pun cerita kejadian malam tadi.
Kita namakan guard malam tadi sebagai Man ye. Man ni dah lama kerja sekuriti kat hospital ni. Sedikit sebanyak kisah-kisah angker kelapa sawit ni dia memang tahu. Malam tu, sedang Man syok-syok berjaga, Man terdengar suara menangis mendayu-dayu dari belakang Blok B. Tangisan perempuan. Dengan penuh rasa tanggung jawab, Man pun bangun pergi cari suara tu. Mula-mula takde apa-apa. Pusing punya pusing, sampaila Man ni kat belakang Blok B. Tetiba Man nampak susuk tubuh sorang perempuan tengah duduk sambil memeluk kaki kat ladang kelapa sawit belakang tu. Memandangkan ada pagar yang memisahkan asrama dengan ladang kelapa sawit, Man pun berjalan menghampiri pagar sambal menyuluh dengan selait (torchlight). Nampakla penampakan perempuan tu. Macam biasa, rambut panjang, baju putih. Entah mengapa, tak click pulak kat otak si Man ni, perempuan mana pulak nak menangis memalam buta kat situ. Lalu Man ni memanggil, “Cik, cik, kenapa menangis ni?”. Cik tu pun, lepas ditegur, apa lagi, modus operandi biasala. Terus terbang nak mengejor Man ni.
Man pun memecut lari lintang pukang ke depan. Siap pakej panjat pagar sebab nak lari keluar asrama. Ngam je keluar dari pagar tu, Man nampak ada 1 kereta yang enjinnya masih hidup. Ropanya ada sorang uncle tengah menunggu kawannya dalam kereta tu. Man pun tanpa berfikiran waras, terus menerpa masuk dalam kereta tu sambil cakap, “Lari uncle, lari!!!”. Uncle tu opkos la mula-mula blur plus bengang, apahal mamat ni. Tapi bila uncle tu mendongak dan nampak makhluk putih terbang, sel-sel otak uncle terus berhubung. Uncle pun memecutkan keretanya meninggalkan kawasan tu. Jadi selamatla kedua-duanya. Part ni teman rasa kelakar jugak. Kesian uncle tu, tak pasal-pasal.
Sayugia diingatkan, ketika kejadian kejar mengejar sambil terbang-terbang ni, teman dan member teman tengah kusyuk tido kat dalam bilik. Nasib baikla takde yang menyinggah sesambil terbang tu.
Meskipun begitu, teman dan member teman bertujuh masih tegar tinggal kat asrama tu. Lepas beberapa bulan makin ramai member-member lain datang tinggal kat situ, memenuhi bilik bilik kosong yang lain.
Kisah kisah anker pun semakin berkurangan. Cuma ada 1 yang teman masih ingat, member baru teman, Namanya K, bilik dia kat blok B, tingkat satu. Masa tu hujung minggu, beliau tengah syok tido tengahari buta. Tetiba antara sedar tak sedar, beliau nampak sorang perempuan mengandung sambil pakai baju pesakit hospital masuk ke biliknya. Di tangan perempuan tu, terdapat satu fail bertulis ‘kes kematian ibu mengandung’. K ni terus terkejut dan terlompat bangun. Bayang perempuan tu pun menghilang. Tak tahula apa significant kisah ni.
Dari cerita orang orang lama, kat ladang kelapa sawit ni dulu, pernah berlaku kes rogol dan bunuh. Mayat mangsa dijumpai dalam ladang ni jugak. Sejak tu, memang selalu ada kelibat perempuan menangis malam-malam kat situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye.. meninggal makcik tu lepas tak lama. Tak tahu le ape yang dinampaknya masa menyanyi tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|