CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: BeritaViral

[Tempatan] Saya tak lalu makan ingatkan adik2 kat rumah-Pelajar UPSR ditinggalkan ibu dan a

[Copy link]
Post time 9-9-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 9-9-2019 10:51 AM
Rasanya datuk nenek dia dah minta kot bantuan zakat tu sebab boleh bela cucu tiga orang. Ntahlah


dah 3 bulan adek2 ni terbiar baru sekarang datok nenek nak bersuara ??  itupun tunggu selepas dapat bantuan zakat  ??


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Jkm mana???
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 9-9-2019 10:49 AM
Laa kat mstar ada tulis datuk nenek diaoramg yg jaga. Mak pak lari lepas beranak

ye ke t.kasih itzy
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhh.. Sapa yg jaga diorg???
Mak kerja kl xbalik2...apa dh jd dgn mak?  Ayah?

Moga dipermudahkan segala urusan adik ni.. N berjaya dunia akhirat..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasih si nenek
MyMetroUtama
Hazsyah Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


BUKAN saja hidup dalam rumah serba kekurangan dan menghidap pelbagai penyakit, malah seorang wanita warga emas terpaksa membanting tulang demi mencari sesuap nasi untuk menyara empat cucunya.

Itu penderitaan seorang nenek yang tinggal di rumah usang menanti runtuh, sekali gus amat berharap ada sinar kehidupan untuk empat cucunya berusia dua hingga 12 tahun.

Bilani Mutari, 65, berkata, penderitaannya bermula sejak sekian lama apabila terpaksa menanggung dua anak selepas suaminya meninggal dunia.

Katanya, kesulitannya bertambah apabila perlu menyara empat cucu selepas ditinggalkan ibu mereka, Tina Melda Uyung, 28, yang menghilangkan diri sejak berhijrah ke Kuala Lumpur.


“Mereka anak-anak kepada anak perempuan saya yang membawa diri ke Semenanjung untuk bekerja kerana tertekan dengan kehidupan rumah tangganya, dua tahun lalu.

“Ketika itu, anak bongsunya baru berusia dua bulan. Memang dia ada menghubungi kami, namun kini hilang begitu saja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangiran Galpam, Batu 7, di sini, kelmarin.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulur sumbangan ke akaun Bank Rakyat 220712162841 atas nama Bilani Mutari.

Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan dan terpaksa bekerja bagi menampung hidup serta menghantar cucu-cucunya ke sekolah.

“Baru-baru ini, cucu saya yang pertama tidak lagi pergi ke sekolah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya selain tidak mempunyai duit yang cukup disebabkan saya sakit.

“Ketika ini, saya hanya bekerja sebagai tukang sapu di Masjid Pangiran Galpam, di sini, dengan bayaran RM200 sebulan selain mendapat bantuan untuk warga emas sebanyak RM300.


BILANI bersama dua cucunya.
“Kalau dulu boleh cari banyak kerja dalam satu masa, tapi sekarang saya sudah uzur. Saya menghidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan banyak lagi penyakit sehingga setiap minggu terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan,” katanya.

Menurutnya, selama ini mereka sekeluarga juga sering mengharapkan ihsan jiran memberi makanan kerana tidak mempunyai dapur gas untuk memasak.

Beliau berkata, rumah yang didiami juga tidak mempunyai tandas dan banyak kerosakan.

“Jika hujan, rumah kami mesti dimasuki air. Kami terpaksa mencari tempat yang kering untuk berlindung. Saya tidak mampu membaikinya kerana tiada duit.

“Kehidupan kami memang susah apatah lagi saya perlu menyara semua ahli keluarga. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan bantuan,” katanya.

Menurutnya, walaupun tanggungjawabnya berat dia nekad untuk menyara semua cucunya sampai bila-bila.

“Tapi jauh di lubuk hati saya, saya harap Tina pulang ke pangkuan kami sekeluarga. Anak-anaknya sangat rindukan dia. Pulanglah Tina.

“Dua cucu saya tiada sijil lahir kerana belum diurus dan mereka hanya dinamakan sebagai Putri, 12, Amir, 9, Black, 4, dan Inggai, 2,” katanya.

Kisah nenek susah dapat perhatian

Kehidupan daif seorang nenek yang terpaksa menyara empat cucu di rumah serba kekurangan mendapat perhatian umum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik, Jaffari Waliam turut tampil menyumbangkan keperluan harian selain membaik pulih sebahagian rumah keluarga itu.

Jaffari berkata, pihaknya mengetahui kisah kesulitan hidup keluarga itu sejak 2 September lalu selepas cerita mengenai nasib mereka tular di media sosial.

Katanya, pihaknya mengambil inisiatif dengan mengumpulkan bantuan yang diperlukan termasuk kos baik pulih rumah.

“Keadaan rumah keluarga ini amat menyayat hati dengan atap berlubang-lubang dan mereka juga terpaksa tidur berhimpit dalam bilik kecil.

“Kita akan cuba membantu dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO),” katanya ketika ditemui ketika melawat keluarga berkenaan, di sini, kelmarin.

Katanya, hasil perbincangan dengan beberapa NGO, mereka berusaha membaiki rumah keluarga ini.

“Kita secara sukarela melakukan kerja baik pulih di rumah keluarga itu dan dijangkakan rumah mereka dapat disiapkan dengan cepat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang tampil memberi bantuan dan sumbangan dalam usaha mengurangkan bebanan yang dihadapi keluarga ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 September 2019 @ 6:10 AM
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dh mcm ni...jkm amik jela adik beradik ni...aku klu bc berita mcm ni...aku geram sgt dkt politician yg kaya raya...aku pnh pergi satu kampung dkt sabah..aku lupa kg apa..tp pekan terdekat tambunan...situ agama campur...yg islam pun mcm xamal islam.org yg islamkan mrk ni sekadar islamkan shj agaknya...dgn jln lecak..mkn plk katak..hari tu diaorg goreng berudu...bsr2...nk nangis tgk..nk pergi pasar jauh..yg lelaki akan keluar berburu..babi pun mkn.aku pya la whatt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabah mmg masalah mcm tu...politician mmg hampeh ..kesian rakyat

Anjing DAP menyalak nak salah BMF tu apa jadahnya....x habis2 jilat tuan ko
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek ni kena tanggung 2 org anak? 2 org tu x reti cari rezeki sendiri ke? Siannya nenek ni nk tanggung 4 org cucu lg..yg baby sure x minum susu baby..huhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2019 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerzzz replied at 9-9-2019 05:24 AM
Kau bodoh ke bebal? Tidakkah kau tahu kita sekarang tengah giat gembeling tenaga utk rally rakyat. ...

Boo dh tua2 pun tahu memekak atas keyboard shj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.456650 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list