CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Lepas Bercerai, Terpaksa Tinggal Dalam Reban Ayam Dengan Tiga Anak

[Copy link]
Post time 21-4-2019 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga 2 dimurahkan rezeki n budak2 tu berjaya dunia akhirat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2019 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki dia sbb janda dok dlm reban ,terus DPT bantuan rumah. Kalau dia isteri suami lumpuh Lum tentu DPT bantuan. Kuasa media ,viral
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 08:49 AM | Show all posts
"Setiap hari pada waktu pagi atau tengah hari saya akan beli nasi bungkus untuk makan bersama anak-anak.



org mcm ni kena dididik... kak, bukan beli nasi bungkus. duit yg ade tu beli beras murah2, masak nasik. anak2 boleh mkn lbh sikit. beli la ikan selayang murah2.

dari ko beli nasi bungkus  lauk sejenis yg agak sedap; then korang kena share anak beranak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Smartpon ada anak pun ada main smartpon smlm tgk berita walaupun itu bkn pengukur tanda aras kemiskinan tp jgn lah tunjuk sgt hmmm entahlah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kadang kdang ade mase kite rase kite susah,, tapi ramai nye lgi orang kat luar yg jauh lebih susah.. atleast die still berusaha meniaga and tak susahkan mak die.. die pun still pilih nak membesarkan anak2 die.. semoga Allah Permudahkan urusan dia dan anak anak
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 10:25 AM | Show all posts
JokesCop replied at 20-4-2019 09:28 AM
Hahahaha, ko ingat socso tu mcm magic? Hari ni eksiden esok dapat. Kalau setahun lepas eksiden bar ...

sekarang dah cepat  dah prosess , tak sampai setahun.
tu pun kalu sykt tempat kerja dia tu mencarum
banyak sykt tak mencarum , naya ja kat pekerja blue collar ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2019 10:31 AM | Show all posts
singajantan replied at 20-4-2019 12:52 PM
Masjid ada....tp biasa sibuk nak pasang aircond and carpet...patut duit derma masjid boleh disalurka ...

masjid tu kadang2 org perseorangan yg dtg sponsor kipas etc.duit derma  tunai yg orang bubuh kat tong amsjid tu biasanya guna utk kos operasi mcm bil letrik, air, maintenance etc.
yang bagi bantuan biasanya dari baitulmal.
kadang2 kalau ye pun masjid memang ada sediakan bantuan, tapi diaorang tau ke wujudnya dia ni kat situ?
yg jadi imam/ ajk masjid pun diaorang ada kerja hakiki diaorang sendiri.
takkan la dia pulak jadi yb pegi mencari orang susah keliling kampung.


Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 21-4-2019 08:49 AM
org mcm ni kena dididik... kak, bukan beli nasi bungkus. duit yg ade tu beli beras murah2, mas ...

Kan.. ikan pelaling semlm beli rm5.20 dpt 8 ekor. Puas ank mkn. Kalau selayang pun harga2 gitu juga rasanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2019 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Melorqe replied at 22-4-2019 10:31 AM
masjid tu kadang2 org perseorangan yg dtg sponsor kipas etc.duit derma  tunai yg orang bubuh kat t ...


Kadang yg Komen pasal masjid ni Tak pegi pun masjid. Ingatnya masjid tu air, api, pengurusan, free semua tu. Belum lagi aktiviti mengimarahkan masjid. Jemput penceramah, kelas mengaji, kelas urus jenazah mcm2 kelas tu semua pakai duit. Tapi Kat masjid pun dah Ada gerobok mknan, beras, gula, Milo, susu semua Ada.. dtg masjid dpt ilmu dpt mkn dan dapat pahala. Tak dtg masjid jgnlah buat fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 10:47 AM | Show all posts
arasham replied at 22-4-2019 10:35 AM
Kan.. ikan pelaling semlm beli rm5.20 dpt 8 ekor. Puas ank mkn. Kalau selayang pun harga2 gitu jug ...

ada rumah sempit tapi sanggup duduk reban ayam, mcm dia ni mengharapkan sesuatu.nak rumah baru lah kut.
tapi kenapa cik kak ni tinggalkan laki dia lepas laki dia eksiden?
tak nak hidup susah bersama ka?



Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Melorqe replied at 22-4-2019 10:47 AM
ada rumah sempit tapi sanggup duduk reban ayam, mcm dia ni mengharapkan sesuatu.nak rumah baru lah ...

Bab the Suami tu Tak nak Komen sbb Tak Tau kisah sebenar, tapi Bab nak rumah ni selalu je disuruh berlakun sikit so nanti senang dpt bantuan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mna yg dekat tu..panjangkanlah kes ni kat bdn yg berkaitan..sbb kdg2 diorang tak tahu bleh dpt bntuan..yg kat opis tu pun satu hal gak..buka2 sosmed cari org yg perlu bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:00 AM | Show all posts
Melorqe replied at 22-4-2019 10:47 AM
ada rumah sempit tapi sanggup duduk reban ayam, mcm dia ni mengharapkan sesuatu.nak rumah baru lah ...

aku pun susah nak husnuzon part ni sebab kalo tengok satu gambar tu, elok je rumah mak dia...  dah la bebaru ni kantoi konon duduk bangsal sekali rupanya bersebelahan rumah pakcik dan abang yang guna tektik sama - bina bangsal untuk dapat rumah free...  lagi satu kes, duduk ala2 reban jugak n sama macam kes pertama, mintak bantuan bina rumah...  pastu kantoi lakibini kaki dadah n segala barang sumbangan dia jual balik untuk dapatkan dadah...  cash yang dapat dah tentu la perabis kat dadah jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
disneyrecess replied at 20-4-2019 02:56 PM
Salah satu amalan kelate is bini xpayoh kijo, bini xpayoh sambung ngaji. Duk rumoh tunggu tok laki p ...

Mana ada lah
Ajaran kelate bini gigih keje
Laki mengangkang
Laki kawen 4
Bini seme keje kerajaan boleh buat loan Maksimum
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayu tu Ada kau buat la repair bumbung rumah tu....yang kau buat kayu api buat apa...bangang
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 21-4-2019 08:49 AM
org mcm ni kena dididik... kak, bukan beli nasi bungkus. duit yg ade tu beli beras murah2, mas ...

Setuju sgt. Beras 5kg pun mampu je beli dr mkn mknn segera (megi) sedih mmg la sedih kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2019 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Munshi replied at 20-4-2019 03:12 AM
Betul kesian. Tapi semasa suami dia tanggung tu kenapa dia tak cari kerja ye? I mean takkanlah dud ...

Itulah curious jugak. Lainlah kalau memang husband, ini ex husband. Bila dah bercerai, carilah kerja jangan dok harapkan orang je. Unless ex wife Chef Wan.
Entahlah, Kita bukan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 7-10-2019 08:04 PM
Itulah curious jugak. Lainlah kalau memang husband, ini ex husband. Bila dah bercerai, carilah ker ...

Hari tu dah ada update. Dia dah ditangkap menagih juga
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
KOTA BHARU: Seorang ibu tunggal yang tinggal di dalam bekas reban ayam bersama tiga anaknya di Kampung Panggong Tiga Daerah, Bukit Abal, Pasir Puteh, ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di kediamannya, kelmarin.

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 31(1) Akta Dadah Berbahaya (APD) Rawatan & Pemulihan 1983 dan dibawa ke pejabat AADK Pasir Puteh untuk tindakan lanjut.

Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad, berkata hasil ujian air kencing mendapati, wanita terbabit positif dadah jenis Methamphetamine dan mengakui terbabit dengan penagihan dadah sejak empat tahun lalu iaitu dengan pengambilan setiap hari.

Katanya, kisah kehidupan wanita itu bersama tiga anaknya tular dan mendapat liputan media kerana kehidupan yang daif serta tinggal dalam reban ayam menyebabkan ramai pihak tampil menyalurkan sumbangan.

“Ramai yang bersimpati dengan nasib empat beranak itu selain ada juga maklumat mengatakan wanita itu terbabit dengan dadah. Justeru, AADK Kelantan membuat risikan khas dan pelbagai strategi dirangka sebelum wanita berkenaan berjaya ditahan di rumahnya.

“AADK turut berterima kasih kepada masyarakat setempat yang menyalurkan maklumat berkenaan ibu tunggal itu. Ketiga-tiga anak wanita berkenaan yang berusia tiga hingga tujuh tahun kini di bawah jagaan ibu saudaranya sementara wanita berkenaan mendapatkan rawatan dan pemulihan.

“Kita prihatin akan permasalahan dadah yang menimpa komuniti setempat. Setiap individu yang mempunyai masalah dadah perlu mendapatkan rawatan dan pemulihan melalui Seksyen 6(1)(a) APD 1983,” katanya yang wanita itu kini ditahan reman 14 hari.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang ibu tunggal yang dihimpit kesempitan hidup terpaksa tinggal di bekas reban ayam bersama tiga anaknya berumur tiga hingga tujuh tahun di Kampung Panggong Tiga Daerah, Bukit Abal.

Wanita berkenaan bersama tiga anaknya berusia tiga tahun hingga tujuh tahun, tinggal di bekas reban sempit itu yang dimiliki ibunya, sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, beliau memberikan anak bongsu berusia setahun, untuk jagaan seorang kakaknya yang bersimpati dengan nasib mereka.

Berita Berkaitan
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa tau sambungan kes ni?
Kena tangkap bulan 5 hari tu
Dah bebas ke dari tahanan Aadk?
Naik lagi kat fb.. mintak derma lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.111222 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list