|
|
[Tempatan]
Juruukur tanah didakwa abai anak perempuan sehingga mati
[Copy link]
|
|
|
|
pon tak mengaku salah, alasan dia mesti terlupa anak dlm kereta kehn...tapi bila mlm jumaat ingat jer nak tambah anak ...bodo sial |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara kes-kes yang penah terjadi sebab tertinggal anak dalam kereta.
i letak mana yang teringat dan terjumpa je lah ya.
kalau ada sesapa yang teringat yang mana-mana, kasitau la.
nanti boleh tepek sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Syd at 23-11-2018 06:39 PM
Anak maut kerana ayah tidak sedar ada dalam kereta‎
SHAFIQ TINO 13 SEPTEMBER 2016
JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun meninggal dunia akibat lemas selepas ditinggalkan tanpa sengaja lebih lima jam di dalam kereta oleh bapanya di Pekan Saleng, Kulai, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Supritendan Razak Md Said berkata, menurut laporan lelaki berkenaan tidak menyedari anaknya itu ditinggalkan isteri di tempat duduk belakang kereta untuk dihantar ke rumah pengasuh bayi tersebut yang terletak berhampiran rumah mereka di Bandar Putra.
"Mengikut keterangan yang telah dibuat bapanya, mangsa telah diletakkan oleh isterinya di tempat duduk belakang kereta miliknya pada jam 9.30 pagi ini tanpa memaklumkan perkara tersebut.
"Kemudian kira-kira jam 10 pagi, lelaki berkenaan terus menaiki kereta dan menuju ke tempat kerja di Pekan Saleng tanpa menyedari mangsa masih berada di tempat duduk belakang kereta," katanya.
Razak berkata, mangsa mula disedari oleh bapanya selepas lelaki menerima panggilan daripada pengasuh anaknya kira-kira jam 3 petang yang bertanyakan kenapa bayi pasangan tersebut tidak dihantar ke rumahnya seperti kebiasaannya.
"Lelaki tersebut kemudian terus bergegas ke kereta miliknya dan mendapati anaknya berkeadaan lemah dan dipercayai telah meninggal dunia lalu tampil membuat laporan polis pada jam 4.15 petang," katanya.
Beliau berkata, lelaki tersebut kemudian menghantar anaknya ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, namun pegawai perubatan hospital terbabit mengesahkan bayi perempuan itu sudah meninggal dunia.
Tambahnya, siasatan terperinci dan menyeluruh sedang giat dijalankan polis dan bedah siasat ke atas bayi perempuan tersebut dijangka dijalankan pada 10 pagi esok bagi mengetahui punca sebenar kematian.
"Kes itu diklasifikasikan sebagai pengabaian kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak mati ditinggal 9 jam dalam kereta oleh bapa
By Ana Ghoib - 2014-01-03
Kuantan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas selepas ditinggalkan hampir sembilan jam dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya di Indera Mahkota, dekat sini, semalam.
Mangsa, Muhammad Ariff Mohd Yusof ditemui bapanya di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 5 petang.
Bapa mangsa berusia 41 tahun dikatakan terlupa untuk menghantar Muhammad Ariff yang sepatutnya memasuki taska di Indera Mahkota.
Menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai keluar dari kuarters guru di Pandan, dekat sini kira-kira jam 7.30 pagi untuk menghantar lima anak mereka, termasuk mangsa ke sekolah dan taska.
“Selepas menghantar anaknya, bapa mangsa pergi minum di sebuah kedai di Taman Tas. Isteri lelaki terbabit menghubunginya pada waktu tengah hari sebelum mereka pergi mengambil dua anaknya di sekolah rendah di Indera Mahkota,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Lupa hantar anak ke taska
Pasangan suami isteri terbabit dikatakan berada di sekolah itu sehingga jam 5 petang bagi menunggu dua anaknya selesai Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Sebaik mereka pergi semula ke kenderaan untuk pulang ke rumah, bapa terbabit baru menyedari dia terlupa menghantar Muhammad Ariff ke taska sebelum melihat mangsa berada di kerusi belakang kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pasangan terbabit kemudian membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kanak-kanak mati lemas dalam kereta
TELOK KEMANG 14 Mac – Cuai atau tidak sengaja meninggalkan anak dalam kereta sehingga meninggal dunia akibat lemas?
Itu antara kemungkinan yang disiasat polis berhubung kematian seorang kanak-kanak pe-rempuan berusia dua tahun, Nur Awfa Humaisha’ Muhammad Ali Riduan selepas dipercayai di-tinggalkan kira-kira empat jam dalam sebuah kereta oleh ibu-nya, Hasmah Masroh, 32, di Kolej Vokasional Port Dickson, dekat sini hari ini.
Wanita itu hanya menyedari anaknya telah tertinggal dalam kereta Proton Saga yang diletakkan di tempat letak kenderaan kolej kira-kira pukul 1 petang.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad berkata, pihaknya kini menunggu laporan bedah siasat mangsa dan telah mengambil keterangan daripada saksi yang berkenaan termasuk ibunya.
“Pada masa ini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak,” katanya di sini hari ini.
Zainudin memberitahu, siasatan mendapati, setiap pagi, Hasmah menghantar kakak mangsa ke taman asuhan kanak-kanak (taska) dan kemudian Nur Awfa Humaisha’ ke rumah pe-ngasuhnya.
Bagaimanapun jelasnya, selepas menghantar kakak mang-sa ke taska hari ini, wanita berkenaan terus memandu ke tempat kerja tanpa menyedari mangsa yang duduk di bahagian belakang masih ada dalam kereta tersebut.
“Ibu mangsa hanya menye-dari anak keduanya itu tertinggal dalam kereta selepas dihubungi oleh pihak taska yang memaklumkan anak sulungnya yang bia-sanya dijemput oleh pengasuh masih belum diambil,” ujarnya.
Menurut Zainuddin, wanita itu yang bergegas ke keretanya mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dan membawanya ke Klinik Kesihatan Port Dickson.
“Petugas klinik kemudian me-ngesahkan mangsa telah meninggal dunia,” tambahnya.
Utusan Malaysia difahamkan, ibu kanak-kanak itu adalah tenaga pengajar di kolej tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kanak-kanak 3 tahun mati lemas dalam kereta
SUBANG JAYA 19 Julai - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan oleh ibunya selama enam jam dalam kereta di sebuah sekolah di USJ 4 di sini semalam.
Mangsa, Nawal Iris Samsudin ditemukan ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ibu mangsa iaitu seorang guru meninggalkan kanak-kanak itu dalam kenderaan dan bergegas pergi mesyuarat sebelum menyambung mengajar kerana terlupa anaknya ada tertidur di belakang kenderaan. - UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku syak anak2 dorg tido dekat seat belakang... 2 yg x perasan...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi insiden bayi maut akibat lemas di dalam kereta – elakkan kecuaian, jadilah masyarakat yang prihatin
In Bahasa Malaysia, Rencana Khas / By Izwaashura Sadali / 14 September 2016 12:23 pm
Semalam satu lagi insiden yang mengakibatkan kematian seorang bayi perempuan berusia 12 bulan selepas ditinggalkan lebih lima jam dalam kereta milik bapanya. Kejadian ini berlaku di Kulai, Johor dan menurut laporan polis yang dibuat bapa bayi itu pada 9.30 pagi, isterinya meletakkan anak mereka di bahagian tempat duduk belakang kereta untuk dihantar ke rumah pengasuh yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, lelaki terbabit tidak menyedari bayinya berada di tempat duduk belakang kenderaan miliknya, dan terus ke tempat kerja. Pada jam 3 petang, dia menerima panggilan daripada pengasuh anaknya yang bertanyakan mengenai bayi berkenaan yang tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti kebiasaannya. Lelaki terbabit terus bergegas ke keretanya dan mendapati anaknya sudah meninggal dunia, laporan Harian Metro.
Menurut Razak, kes ini diklasifikasikan sebagai pengabaian kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian tang disiasat mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Ini bukanlah kejadian pertama berlaku di negara kita. Pada 6 Januari lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan terperangkap di dalam sebuah kereta milik ibunya selepas kenderaan itu terkunci dari dalam di sebuah taska di Bertam Indah, Pulau Pinang.
Dua hari selepas kejadian tersebut, ada lagi seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun mengalami insiden yang sama dan kejadian tersebut berlaku di Batu Gajah, Melaka.
Pada 21 Ogos 2014, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas ditinggalkan oleh bapanya di dalam kenderaan secara tidak sengaja selama lebih lapan jam, kejadian ini berlaku di Kuala Nerang, Kedah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu Bayi Maut Dalam Kereta, Doktor Ini Beri 7 Langkah Elak ‘Terlupa’ Anak
March 15th, 2018 | by Arini Saleh
ISU & KONTROVERSI
Semalam, seorang bayi dua tahun dilaporkan maut setelah ditinggalkan empat jam di dalam kereta. Dalam kejadian jam 9 pagi, ibu mangsa dikatakan terlupa dia membawa bersama bayi ke tempat kerja dan hanya menyedari setelah beberapa jam berlalu.
Artikel berkaitan : “Ibu Minta Maaf, Sayang. Ibu Tak Sengaja…”
Di laman sosial, ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini tak kurang juga yang emosi dek kerana kecuaian ibu tersebut. Dr Mahyuddin Mohamed memberi beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perkara sebegini.
Kematian kanak-kanak terperangkap dalam kereta
Heat Stroke: Kematian kanak-kanak yang terperangkap di dalam kenderaan
******************************************
Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun meninggal akibat “Heat Stroke” atau Strok Haba hari ini di Port Dickson. Al-Faatihah.
Kejadian berlaku apabila ibu kanak-kanak ini bergegas ke pejabat dan terlupa anaknya yang sedang tidur di tempat duduk belakang kereta. Setelah beliau teringat kembali selepas 4 jam & bergegas ke kereta, anak beliau telah tidak sedarkan diri. Kematian disahkan oleh Klinik Kesihatan Port Dickson manakala bedah siasat hospital mengesahkan kematian adalah disebabkan Strok Haba.
Kajian menunjukkan bahawa suhu dalam kereta akan meningkat secara mendadak apabila kereta dibiarkan di bawah panas matahari. Ia boleh meningkat antara 10 ke 20 darjah dalam masa 20 minit sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan kepanasan melampau kepada bayi atau kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta. Suhu dalaman (core temperature) badan akan meningkat secara mendadak sehingga 41 darjah celsius.
Berikut kenaikan suhu dalam kereta yang berlaku:
• 10 minutes ~ 19 deg F (Farenheit)
• 20 minutes ~ 29 deg F
• 30 minutes ~ 34 deg F
• 60 minutes ~ 43 deg F
• 1 to 2 hours ~ 45-50 deg F
Sumber: http://www.ggweather.com/heat/
Kepanasan ini akan menyebabkan proses perpeluhan berlaku (proses ‘normal regulation’ bagi menyejukkan badan kita) yang seterusnya menyebabkan kekurangan air dalam badan (dehydration), sawan, kekeliruan (confusion), kerosakan otak dan organ dalam badan dan seterusnya kematian. Ia dikenali sebagai ‘HEAT STROKE’.
Kematian juga boleh disebabkan oleh lemas (suffocation) kerana kekurangan udara (oksigen) akibat tingkap ditutup rapat. Membuka tingkap sekadar beberapa inci atau membiarkan penghawa dingin (aircond) dalam keadaan hidup juga tidak dapat memastikan keadaan ini tidak berlaku.
Pada tahun 2013 dahulu, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun meninggal akibat Strok Haba (boleh baca penulisan saya di link di bawah). Ibu beliau TERLUPA anaknya sedang tidur di dalam kereta & hanya sedar selepas 5 jam.
Langkah untuk mengelakkan
Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah langkah-langkah yang boleh kita ambil bagi mengelakkan ia terjadi kepada kita atau keluarga kita.
Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil bagi memastikan kita tidak lupa kepada anak atau bayi kita yang sedang tidur di kerusi belakang ialah:
1. Meletakkan beg kerja atau fail penting kita di tempat duduk belakang. Kita pasti akan mengambil barang-barang ini apabila keluar dari kereta.
2. Peraturan menetapkan bayi perlu diletakkan di belakang bagi mengelakkan impact airbag & dashboard sekiranya kemalangan berlaku. Anda boleh letakkan tanda ‘Baby On Board’ atau apa-apa barangan bayi di stering, dashboard atau cermin depan kereta bagi mengurangkan risiko anda terlupa ketika bergegas ke mesyuarat atau ke tempat kerja.
3. Menjadikan memeriksa kereta sebagai rutin check-list sebagaimana seperti kita hendak meninggalkan rumah. Ketika hendak meninggalkan rumah kita akan memastikan pintu semuanya berkunci, suiz elektrik dan paip air ditutup dan sebagainya.
4. Bagi kenderaan awam (seperti van sekolah), perlu melakukan ‘head-count’ atau perlu ada senarai nama kanak-kanak yang menaiki van tersebut.
5. Pastikan kunci kereta sentiasa ditempat selamat dan anak-anak tidak dapat mengambilnya. Ada kes dimana kanak-kanak ini masuk ke dalam kereta tanpa disedari.
6. Hubungi pihak berkuasa sekiranya anda terlihat kanak-kanak keseorangan di dalam kereta yang ditinggalkan.
7. NAMUN, YANG PALING UTAMA DAN TERBAIK IALAH, JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN ANAK-ANAK KITA KESEORANGAN DI DALAM KERETA
Ramai juga yang mengutuk ibu kanak-kanak malang ini. Nasihat saya, cukup-cukuplah mengata, biarlah pihak polis yang menyiasat. Lebih baik kita beri sokongan kepada beliau & mendoakan keluarga beliau diberi kesabaran menghadapi dugaan yang maha besar ini.
Tuan-tuan & Puan-puan,
Perkara ini boleh berlaku kepada anda dan ahli keluarga anda juga. NauzubilLahi min zaalik.
Harap dapat ‘SHARE’ maklumat ini. Moga ia dapat menjadi asbab mengelakkan perkara ini berulang. Terima kasih.
#drmahyuddin
#heatstroke
#strokhaba
Rujukan: Post saya pada tahun 2013
https://www.facebook.com/drmahyuddin/posts/10200943799270247
Sumber : Mahyuddin Mohamed |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kamarul Ariffin Nor Sadan
March 14 ·
CARA ELAKKAN TERLUPA ANAK DI DALAM KERETA
Hari ini kita digemparkan lagi dengan berita kes kematian seorang kanak-kanak kerana ditinggalkan di dalam kereta diparkir untuk masa yang lama. Sumber berita: https://goo.gl/DxtWTM
Kes seperti ini kerap berlaku, dan biasanya disebabkan kelalaian ibubapa. Insiden seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri, jadi kita perlu tangani kelalaian ini.
Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). LetLlak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.
2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin(termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang.
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
8. Guna peranti(device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.
9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Jika anda ada tips lain, boleh kongsikan diruangan komen.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
www.facebook.com/chaku
Nota : Tak usah membawang. Kita fokus pada penyelesaian. Ikuti saya untuk tips kesihatan dan parenting terkini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Letak handphone kat belakang. Kalau hp lupa 5minit dah sedar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
abis, yg budak OKU kene abai tu, mak dia aja kene hukum, pak tiri sedap2 hidup ngn mak dia tak kene plak
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 23-11-2018 10:43 AM
Itu sebab kaum bapa jangan sibuk tuntut hak jaga anak....... sebab lelaki ni selalu cuai dan tak de ...
Eh tak jugak.. yg kes tertinggal anak kat kolej komuniti Pd tu pempuan.. stress jg anak agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
munchkin replied at 23-11-2018 05:27 PM
Kalau handphone tinggal 5 minit pun dah patah balik ambil
Hat ni aku terpaksa SETUJU ngan ko!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga jd iktibar pada yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok, based on TT tepek sume kes ni aku tgok 1 je persamaan, sume anak dok kat seat belakang..xleh ke seat dok kat depan? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
OsHiN_hOnEy replied at 23-11-2018 11:46 AM
bullshit!
apa kena mengena jantina dgn kes ni?
oh kalo terjadi kat ibu dia takda apa lar kan
Betul tu...gaji 4k mana la ckup nk survive kt kl ni..nak2 klo wife pun x kje...keje qs tu stress la gak..mana twu pepagi dh rush g meeting ke apa/ bos cam haram ke...kt msia ni work/life balance hauk tul
Klo pengasuh kt rmh ni lg la sesuka ati dia je nk cuti blk kg la bgai...cuti public sehari dua , dia bole extend smpi sminggu..iolls dh rasa dh aleh2 htr taska je..nasib dpt yg ok
Ada bdk yg jenis lmbt tido then parent htr g taska pengasuh/ taska pun still tido..tu yg bahaya tu..dh senyap sunyi dlm kete..i pepagi mandikan anak, dlm kete bg dia mkn roti..anak i still ckp german lg..kekadang dia nangis x nk g taska & then ada sesi pujuk memujuk
Cannot blame him 100% ( kesian dahla anak dh xde) I sgt respect kt lelaki yg sggup jaga anak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baby yang rear facing boleh disable funtion airbag tu... kalo forward facing takpe... tapi aku suggest orang/ pengeluar kereta keluarkan some sort of alarm yang mana berbunyi bila bukak mana2 pintu kereta : anak2 ko peah!!! anak2 ko!!! jangan lupa anak2 ko!!! : dengan lantangnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada... cikgu ke apa ntah...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|