|
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
[Copy link]
|
|
Mamagarik replied at 27-2-2020 05:50 PM
Bahagian 3:
(credit: @akuikmalhaniff on Twitter)
Ada yg baca....jgn risau |
|
|
|
|
|
|
|
eh...bace wehhhh....sila update
penulis pon lawakkk...
seram dan lawak
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita seterusnya pulak dicedok dari @TwTLelaki
Ok nak cerita kisah seram semasa on call. Benda ni aku alami sendiri. Terpulang nak percaya atau tidak, sbb ramai yg x percaya kewujudan dunia lain di samping kita. Baca dgn niat nak entertainment, bkn nak menakutkan atau mengaibkan sesiapa.
Benda ni jadi masa aku masih medical officer kat icu. Blm buat master lagi pn masa tu. Masih muda, lepas 2 tahun habis housemanship. Mulut pn leh tahan puaka. Selalunya reputation Dr yg keja ICU kat hosp aku mmg mulut puaka termasuk aku.
Ada satu hari aku tgh syok tdo kat on call room aku sendiri kat ICU. Jam 2am pager berbunyi. Tgk number yg x familiar. Called back rupanya wad materniti (wad menunggu bersalin). Kak tini was my senior on call kat situ.
Dia jwb call, mintak tlg aku sbb kata nya ada ibu mengandung tgh kena sawan (pre-eclampsia) kemungkinan mengalami amniotic fluid embolism (cecair ketuban masuk dlm darah). This is not good. Nak2 lagi kol 2 pagi. So aku rush ke wad dia. Sampai dia bg briefing kat aku yg mak tgh sawan tu tak pergi follow up.
Pdhl rmh dia seberang jalan je ngan klinik ibu & anak. Masa aku sampai ibu tu dh berhenti bernafas & jantung dh stop, so kami kena buat cpr. Aku start bantuan pernafasan secepat mungkin. Cpr utk perempuan mengandung agak tricky sbb dgn pendarahan yg banyak + cecair ketuban.
Kami terpaksa kosongkan cubicle. Pindahkan mak2 yg lain ke cubicle sebelah sbb darah was everywhere merecik. Dlm masa tu senior aku kasitau yg anak dlm kandungan pesakit tu dh meninggal masa masuk & mengalami kecacatan (ini risiko ibu mengandung takde follow up).
Dgn mulut puaka kami mmg marah masa tu sbb dia x ikut saranan Dr, pdhl bkn duduk pedalaman pun. Pakar o&g pn sampai. Tp by the time dia sampai, mmg kami dh xleh selamatkan org tu. Tp dgn mulut puaka jgk la dia marah sbb agak menyusahkan. Kes2 ibu mengandung meninggal ni
Adalah national indicator so akan kena audit. Which is kami semua kena jawab kenapa.
Dtg suami si mati td. Siap dgn rude tanya "so bini aku dh mati? Boleh lah aku kawin baru".
Bertambah lahh panas kami bertiga. Apa lagi semakin hebat la mulut puaka kan.
Siap documentation semua, kami kembali ke station masing2. Aku ke icu, kak tini ke wad bersalin, pakar o&g balik rmh. Sini kisah seram terjdi kat kami bertiga.
Aku - Sampai bilik icu aku lock pintu mcm biasa. Pastu terus terjah katil.
Penat kot cpr kol 2am. Siap2 semua ni dh 4.30am dh. So terlelap. Tp aku terdengar bunyi pintu aku dihempas. Pdhl td aku dh lock. Mmg habit aku akan lock pintu tu. Pastu aku rasa something heavy hempap aku. Lepas tu aku ditolak dari katil, terjatuh ke lantai.
Aku punya gelabah baca jr apa2 aku lrh baca. Rambut aku rasa ditarik2. Sempat aku baca ayat kursi benda tu release sedikit aku belari masuk dlm icu dgn muka pucat. Nurse2 aku semua tergamam. Dorang dgr jgk bunyi td katanya. Aku explain ketakutan. Kami pasang surah yassin
dlm icu tu. So takde gangguan. Aku dh xberani balik ke bilik. Tdo ngan nurse2 kat kaunter.
Next day aku passover duty. Boss aku masuk, tanya aku ok tak. Dia kata pakar o&g call emergency leave while kak tini menangis2 demam. Dia sendiri ckp aku pucat. Then aku dpt tau kes
Kak tini.
Kak Tini - Dia kat koridor balik ke bilik dia. Halfway dia tersadung mcm ada org tolak. Nak2 situ mmg ada cctv. Dia menjerit, pastu ada benda tarik hijab dia. (Hari tu kecoh so pak guard tgk cctv MMG NMPK org yg mati td belakamg kak tini). Dia mengucap banyak2, last2 benda tu xde.
Pakar o&g - Ni lagi seram. Sbb dia balik ke rmh. Drive sorang2. Rmh xjauh pun. On d way dia balik, dia mcm perasan si mati td dok sebelah dia!! Dia punya pecut balik rmh terus naik atas x off enjin kereta. Suami dja terkejjt. Msk dlm kereta off enjin, bau air ketuban dlm kereta.
Semenjak tu kami x berani balik ikut jln belakamg hosp (which si mati tinggal situ sebenarnya). Ada jgk cerita sightings of org berkain kapan terbang malam2.
Semenjak itu jgk we learn to respect the dead. Sbb the last thing yg akan mati is pendengaran.
Dgr mcm x logik org dh mati leh revenge mcm tu. Tp it does happen & we learned that its not only us yg ada. Roh2 pn ramai cuma mata kasar xleh tgk.
-- end ---
NOTE: Aku rasa lah kan, bukan si mati. Tapi lebih kepada jin dan syaitan yang mengambil peluang untuk menakutkan diaorg psl mulut diaorg maki2 si mati macam jin dan syaitan jugak...hahaha. Tak beradab langsung.
Aku dh jenguk jugak bahagian kat thread twitter asal, manalah tahu ada sambungan pasal suami si mati yang lagi celupar mulut...tapi agak kecewa pasal tak ada.
Ni thread asal di twitter:
https://twitter.com/TwtLelaki/status/960518136297435136
|
|
|
|
|
|
|
|
best2 sila la smbung or tepek lg...pelis |
|
|
|
|
|
|
|
Best tt, sambung lagi plssss |
|
|
|
|
|
|
|
ala xde org nk samb ke cerita best gini ni...nk2 cerita yg bdk asrama tu |
|
|
|
|
|
|
|
Logik ke budak tu dok asrama sampai 2 bulan sorang2?? Makpak x kan terpikir kesian kat anak makan apa 2 bulan tu?? Xde duit sklipun x kan x nak balik lgsg
Xkan makan roti , biskut kering dgn megi je wehh
Aku rasa mcm hasanah je |
|
|
|
|
|
|
|
Akak keja opis dulu, ada cermin muka atas meja.
Satu malam akak terpaksa kerja lebih masa, tapi bukan sorang. Bos dan beberapa org kuli lain. Bos buat keja kat dalam bilik ngan gf dia. Kita org yg lain kat cubicle memasing.
Malam tu buat keje mcm ayam mengantuk, time tuh baru jam 1030pm tapi dah sehari an buat keje. Akak curik2 la nak nap kejap, baru nak letak kepala atas meja tiba2 akak nampak dari mirror akak, ada org lalu. Ingatkan bos.
Cepat2 akak toleh belakang. Tapi takda org.
Akak mengantuk kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
delisha09 replied at 3-3-2020 05:08 AM
ala xde org nk samb ke cerita best gini ni...nk2 cerita yg bdk asrama tu
Click kat link Twitter tu. Then nanti keluar tweet handle budak laki tu. Pastu ada lagi link lain cerita cerita dia |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya bukan dia duduk straight 2 bulan tu sorang2. Asrama dia ni bagi budak2 balik 2 minggu setiap bulan. Maksud dia kat situ dia boleh balik setiap 2 weekends lah kot. Yang dimaksudkan 2 bulan tu pulak, dia kena kacau 2 bulan lah. Tu problem dengan tulis thread panjang2 kat Twitter, kdg2 ceritanya jadi caca marba.
|
|
|
|
|
|
|
|
THREAD BARU
Cerita ni dicedok dari Twitter @AtukNature. Tak pasti sama ada ini cerita pengalaman sendiri atau pun cerita yang diceritakan kepada penulis.
Credit: @AtukNature on Twitter
Pengalaman pakcik aku nampak roh kembali ke rumah. Roh seorang pakcik yang baru meninggal.
Ada perumahan di hujung kampung, tapi tak banyak lah. Ada lah dalam 3-4 buah rumah je. Aku pun tak tahu kenapa dia buat rumah kat situ
Padahal banyak je kawasan lapang kat sebelah rumah, boleh je kalau nak buat rumah kan? Idc (Note: I don't care) ikut suka dia lah. Okay macam ni. Pakcik aku tu suka pergi hujung kampung sbb nak amik buah durian, maklum lah time tu musim durian. Tak tau pulak kebun siapa, suka2 pakcik aku je.
Dalam beberapa minggu lepas, ada salah sebuah rumah kat hujung kampung tu tuan rumahnya meninggal. Dia tinggal sorang je, anak semua duduk Kuala Lumpur. Nak jenguk ayah dia memang jarang la.
Tak pasal2 dah mengumpat hm. Pakcik tu tak tua sangat, dalam 40 lebih umur dia tp dah meninggal awal. Alah nak buat macam mana ajal maut di tangan Allah. Masa pakcik tu meninggal, kami semua datang la melawat dan orang ramai tolong apa yang patut.
Masa kembumikan pakcik tu, baru la nampak muka anak2 dia balik jenguk. Anak 4 orang tapi semua mcm tak kisah je.
Isteri pakcik tu lama dah meninggal. Jadi dia tinggal sorang je kat rumah tu. Anak dia ada ajak gi KL tinggal sana tp pakcik tu tknak. Maybe sayang lah kut kat rumah tu.
Ada satu hari ni, pakcik aku macam biasa kerja dia bila sampai je musim durian runtuh, berbakul2 dia amik.
Masa nak lalu ke kawasan dusun tu, dia akan lalu kat depan rumah pakcik yang meninggal tu. Time tu petang dalam pukul 4.00 petang macam tu
Bila orang yang dh meninggal, kita tak expect lah akan ada orang lagi yg tinggal dalam rumah tu, lagipun anak2 pakcik tu memang tak lah nak duduk situ, banyak nyamuk la bagai. Pakcik aku yang riang hati byk senang sambil nyanyi2 atas motor ni tetiba terkejut jap.
Mcm tk percaya apa yang dia nampak. Dia nampak susuk tubuh seorang pakcik tua berkeliaran kat kawasan rumah tu. Pakaian dia lusuh. Pakcik aku lama perhati.
Mungkin jiran dia datang tengok2kan rumah kot. Pakcik aku dah cuba tak amik kisah pasal benda yg dia nampak tu, tp entah kenapa dia nk jugak tau siapa orang tu. Pakcik aku bawak motor laju dan berlalu dr kawasan rumah pakcik tu.
Mood dia petik buah durian pon dah jadi lain sbb asyik fikir siapa orang tadi. Dia mamai ke macam mana boleh nampak orang mati hidup balik. Selalu berbakul2 durian dia amik. Tp hari tu 2 bakul je, tu pon tak penuh. Bila dia balik dari dusun tu dalam pukul 5.30 petang. Sekali lagi niat menyebok dia nak tau tu datang.
Saja2 tengok kawasan rmh pakcik tu, sama ada pakcik tu still ada atau takda. Kalau takda means pakcik aku berimaginasi. Meter motor perlahan dalam 40km/j je. Mata pakcik aku melingas tengok sekeliling, kawasan tepi rumah, kebun dia, tangga rumah tapi takda.
Sekali lagi dia imbas pandangan, nah kau pakcik tu ada kat tirai tingkap rumah dia. Tengah pandang luar rumah. Tapi muka dia tak pandang ke arah pakcik aku pun dia pandang ke arah kebun dia. Tak pasal2 minyak dia pulas dr 40 ke 80km/j. Sampai je rumah berpeluh2 macam motor tunggang dia pulak
Ayah aku yang keluar dari pintu rumah tu tengok perangai dia lain macam mesti nampak benda pelik2. Tp ayah aku tak tanya apa lah, dia tanya mana bakul lagi satu? Tadi pakcik aku bawak 2 bakul skrg tinggal satu. Pakcik aku terkejut jap. Tengok kat motor dia haah tinggal satu
Dia kata tertinggal kat dusun takpun depan rumah pakcik tu. Ayah aku tak peduli, suruh dia pergi sana balik pastu amik bakul tu. Maklumlahbakul buatan sendiri, sayang sangat. Nak taknak pakcik aku kena pergi balik kat situ dengan cepat, kalau tak memang hilang dengan durian2 tu
Dengan peluh tak sempat kering, terpaksa lah pergi balik. Slow je pakcik aku bawak motor tu. Dari jauh dia dah nampak bakul tu kat tgh jalan
Tapi bakul tu betul2 kat dpn rumah pakcik tu. Dalam 50 meter macam tu, pakcik aku berhentikan motor jap. Dia fikir macam mana nk amik balik
Dia buat keputusan untuk jalan kaki gi amik bakul tu pastu lari ke motor then chaw. Bijak tak bijak lah kan? Tapi ni dia dapat.
Dia fikir kalau dia bawak motor bunyi bising, takut pakcik tua tu sedar pulak. Jadi dia guna akal pendek dia nak jalan kaki. Terhendap2 mcm pencuri time tu. Sampai je betul2 dekat dgn bakul tu, mata dia meliar tengok sekeliling rumah pakcik tu. Manatau benda tu ada lg tengok dia
Pakcik aku tarik nafas lega sebab dia tak nampak, tp kelegaan dia tak lama. Bila dia angkat bakul berisi durian yg berat tu, pastu dia toleh
belakang, tau nmpk apa? Pakcik tu berdiri betul2 blkng dia. Benda tu menghadap tepi. Bau wangi terus menusuk ke lubang hidung pakcik aku tu
Bakul yang dia rasa berat tadi tu dah tak rasa apa. Ringan macam kertas, pakcik aku lari terus langgar benda tu. Orang kalau kita langgar mesti jatuh kan? Ni tak, pakcik aku tembus dari badan benda tu. That mean betul la tu roh.
Pakcik aku sampai je kat motor yg tak mati lagi tu naik, pastu terus masuk gear blah. Sempat dia tengok benda tu still kat tengah jalan berdiri pandang rumah dia. Sepanjang nak sampai rumah, pakcik aku kata bulu roma dia tak turun2, menegak je. Peluh yg tak kering tadi tu kini dah mcm terjun dlm kolam, kuyup.
Sampai je kat rumah, motor dah tak guna tongkat. Main hempas je. Lari masuk rumah terus jumpa bapak aku. Dia cerita semua. Bapak aku terkejut je pastu menyempat bahan pakcik aku tu, dia kata esok pergi lagi amik 4 bakul tau. Pakcik aku dah la cemas tambah bengang je hahahah.
Lepas kejadian tu sumpah dia memang takkan jejak ke dusun hujung kampung tu. Dah kena sekali takkan nak kena lagi kan? Sekian.
Moral: fikir biar jauh kedepan. Jangan guna akal cetek tu. Allah dah bg pemikiran yang sempurna guna sebaik mungkin.
-end of thread-
Note: Mungkin akan berlaku confusion bila baca cerita ni pasal banyak sangat perkataan "pakcik" yang digunakan. Ada 2 pakcik yang dimaksudkan. Sorang ialah arwah (kira pakcik, iaitu jiran penulis yang meninggal) dan sorang lagi ialah pakcik kepada penulis. Baca slow slow ye.
Link kepada thread Twitter asal:
https://twitter.com/AtukNature/status/903966551102988289
|
|
|
|
|
|
|
|
Seronok baca. Tq kpd yg share. Share lah lagi klu ade masa ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni aku nak berkongsi thread twitter mengenai pengalaman penulis di Ulu Yam. Ulu Yam ni memang terkenal sebagai tempat beriadah pasal ada beberapa kawasan hutan lipur dengan air terjun. Tapi level sunyi dan keseraman dia pun boleh tahan jugak. Jalan nak masuk kawasan beriadah berliku dan susah nak nampak kereta dari arah bertentangan (dalam erti kata lain, 'blindspot'), jadi memang ada sahaja kemalangan yang berlaku. Kawasan beriadah pulak ada saja yang tak dijaga dan ditinggalkan.
Penulis ni kalau tak silap aku seorang askar, jadi jangan dipersoalkan pulak kenapa dia nak berkelah/bercamping tengah2 malam di kawasan Ulu Yam ni pulak ye. Apa yang menarik pasal cerita ni jugak adalah sekeping gambar yang dikatakan diambil oleh penulis ini sendiri.
NOTE: MPS ni tak ada mod ke yang boleh bagi aku credit lebih Hari2 aku update tau thread twitter seram nih........
Credit: @Thehulkey on Twitter
link thread twitter asal: https://twitter.com/Thehulkey/status/1148601732563427331
Bahagian 1
Seperti yang dijanjikan.. aku akan mulakan thread ni untuk share pengalaman PANGGILAN PALSU dari seorang rakan baik aku sendiri untuk meraikan majlis ulang tahunnya bersama pegawai2 di ULU YAM.........
Pada hari jumaat 16 December 2016.. petang jumaat aku dapat satu panggilan dari seorang pegawai yang berpangkat tinggi untuk aku hadir ke ULU YAM pada jam 6 petang dengan serta merta dalam tempoh 12 jam diberi masa untuk aku lapor kpd pegawai aku disana. Phone berdering tak berhenti2.. masa tu aku tengah nak bukak kedai burger aku pd jam 6ptg.. Bila aku angkat panggilan terus “LKpl.khalid!! Kamu dikehendaki hadir ke ULU YAM dlm tempoh 12jam dari sekarang. Tak kira walau macam mana sekalipun! Kamu kena hadir!” Tapi tuannnn!! Sy...
“Tak ada tapi2!! Saya tahu kamu meniaga malam ni. Lepas habis meniaga pukul 12. Kamu siap pack bag hutan kamu dan lapor ke saya malam ini jugak!” Baiklah tuan! Sy hadir ke Ulu Yam lepas sy meniaga... tapi sy lewat sikit. Sy akn sampai kemungkinan pukul 3 pagi. “Baik! Terima”... Aku pun berniaga seperti biasa. Sepanjang aku berniaga hati aku suram je macam tak sedap hati. Buat tu tak kena, buat ini tak kena. Sampai staff aku tegur “bang! Kenapa macam resah je? Mesti kena balik kerja kan.. sy tgk hp abang asik brdering je” erm entahlah tak bole nak fikir.
Okey harini kita tutup kedai awal sikit. Abang nak kena tutup awal harini. Kena balik emergency pulak malam ni. Nak kena ke Ulu Yam pulak malam ni. Habis je tutup kedai. Kelam kabut aku kemas barang2 aku semua dan terus capai kunci kereta dengan baju loreng tak gosok apa semua. Waktu aku dalam kereta. Dapat satu panggilan dari kawan baik aku. Bila aku pickup, tak ada dengar satu suara pun. Yang aku dengar bunyi cengkerik. “Hellooo azi!! Jawablah!! Dekat mana tempatnya!!” Masih senyaaappp je macam org dalam bilik air tengah teran..
Aku pun drop call.. tiba2 msg dari dia masuk “aku kat Ulu Yam 1.. sebelum kau pergi ke sini. Ada satu palang, kau kena parking kereta kat situ dan berjalan sikit masuk kedalam. Kami tunggu kat situ” aku pun tak reply sebab dah dapat info. Teruskan perjalanan ke ulu yam sambil... Aku melalak dalam kereta dengan lagu2 fav aku dalam kereta. Aku melalak pun sebab nak hiburkan hati aku sendiri sebab jam menunjukkan 2.30pg. Dan aku tahu jalan tu suram gelap kiri kanan hutan. Siapa je berani lalu jalan situ pepagi buta seorang diri.
Gambar contoh kiri kanan hutan. Tapi masa tu pagi buta. Sunyiiii je jalan tu dgn gelap gelita tak ada lampu tak ada orang lalu pun kat situ. Aku pun sampai ke Ulu Yam 1. Macam mana yg dikatakan kena park kereta kat palang sebelum masuk ke dalam chalet dalam hutan tu.
Ini pergambaran waktu siang. Haa malam pagar tu tutup. So aku park depan pagar tu. Dalam hati aku “ya allah! Gelapnya!! Betul ke diorang ada kat dalam tu. Gelap gelita je, sorang pun tak jaga kat depan ni. Tak apalah tawakal je masuk dalam sana” aku pun keluar dari kereta... Berjalan galas bag besar aku tu. Open torchlight. Berjalan dibawah pokok2 yang rimbun seperti gambar contoh. Masa aku berjalan aku rasa macam dah jauh aku berjalan. Nak dekat 100meter jauh dia dari kereta. Ehh betul ke tempat ni? Asal jauh sgt diorang buat ni. Dah la aku sorang.
Masa tengah berjalan dkt bawah pokok2 rimbun tu. Aku perasan macam ada je yg tgk2 aku. Aku syak 100% bdk2 ni nak kena kan aku. Nak try takutkan aku. Budak2 ni nakal sikit. Aku pun jalan tak reti sampai la jumpa satu jambatan bertali.. aku tgk jambatan tu pun dahan2 jatuh atas tu. Jambatan yg dikatakan. Aku pun lalu ke jambatan tu sampai jumpa kawasan chalet disitu. Memang ada lampu kat kawasan tu. Jauh jugak aku dah berjalan. Hampir 200meter kedalam. Cari punya cari, mana diorang semua ni! Takkan dah tidur. Aku pun capai hp...
Tengok line tak ada. Nak call tak boleh nak msg apakan lagi. Tak apa lah aku jalan lagi kedepan sikit. Sampai jumpa satu pondok.. ada pakcik dekat situ. “Pakcik! Ada tak nampak geng askar masuk kat kwsn ni? Sy sesat ni. Kami ada buat makan2 kat sini” pakcik tu pun tundukkk je .“Tak ada nak, sini pakcik sorang yg jaga kawasan ni. Tak ada sesiapa pun yg datang. Kamu jela yg dtg. Jauh kamu berjalan, kamu salah tempat ni nak. Baik kamu patah balik keluar sebelum kamu sesat kedalam lagi” aku pun patah balik. Betul jugak kata pakcik tu. Otw ke kereta balik.
Masa dalam perjalan ke kereta. Line tetiba dpt 2 bar. Msg and misscall masuk bertubi2 “kau kat mana! Aku tunggu lama dkt dpn pagar ni! Kata dh sampai! Ktorg dekat Ulu yam 2” aku rasa nak mengamuk. Sebab bodoh bagi info salah. Habis yg aku berjalan masuk tempat ni salah lah!! Lepas aku sedar tempat yg aku masuk tu salah. Aku terus nak call azi dgn gelabah gila masa tu tapi line terus tak ada!!! Aku pandang belakang. Pakcik tadi tak ada, mungkin dh msuk rumah tu kot. Baru nak suruh dia teman aku sampai ke kereta. Tak apalah aku berlari ke kereta....
Masa aku tgh berlari dalam ketakutan.. gila jauh aku dah berjalan. Tak rasa mengah aku berlari dgn bag besar aku sambil tgn kanan pegang parang takut punya pasal. Masa tgh berlari tu. Aku dengar org panggil aku sayuupppp je kat tepi2 hutan tu “liddd lidddd liddd ihik” aku xpeduli. Aku lari je tak nak hirau kiri kanan. Rasa nak menangis weiii masa tu aku. Sumpah goyang nak matiii... sampai ke jambatan. Aku berhenti kejap! Aku brdoa “ya allah kau lindungilah aku! Jgn la jambatan ni putus atau ada makhluk lain yg menghalang aku meredah jambatan ni”.
Aku pun sambung lari terus ke depan dgn jambatan goyang kiri kanan. Lagi la aku cuak takut putus ke apa. Sampai la jumpa jalan yg pokok berimbun tu. Anjing menyalak2 dekat dalam hutan tu. Lagi laju aku berlari. Sampai je ke kereta, keluar kunci. Ah sudah kunci pulak jatuhhh. Dalam hujung anak mata aku ni. Aku perasan ada something yang merangkak macam ju-on. Rambutnya panjang, lidah nya panjang mengheret jalan tar. Sambil mendengus2.. badan dia kering.
- end bahagian 1 -
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bahagian 2 - Ulu Yam
Credit: @Thehulkey on Twitter
Aku pun bergegas masuk dlm kereta kunci terus sambil kelam kabut bagi high beam tembak lampu ke depan. Keliling kabus makin menebal. Kawasan hutan kan. Tapi tak ada!!! Aku start enjin dan undur. Baru nak masuk Gear 1.. “bammmmm!! Ada somthing macam terjun atas bumbung kreta. Dalam kereta sumpah aku melalak weh!! Sorang2 dalam kereta!! Menggigil satu badan aku. Geletar2 nak tukar gear.. tekan minyak naik ke ulu yam 2. Sampai depan sikit ada kereta bagi lampu. Aku tahu kereta tu nampak atas kereta. Tapi aku buat tak reti je. Aku mintak jgn la dia...
Jengah muka dia kat cermin depan. Bole accident aku. Aku mengucap panjang. Baca ayat kursi dah tak tahu apa aku baca. Mampu takbir allahhh allahhh!!! Ya siapa je tak menangis kena waktu macam ni. Aku mengaku aku menangis la siot. Sampai la ke ulu yam kedua. Azi suluh2 lampu ke kereta aku.. dia tunggu tepi jalan dgn kawan lagi seorang. Aku berhenti tepi dia. Aku pandang depan tapi tak bukak tingkap dlm keadaan menggigil. Dia ketuk tingkap. Terperanjat aku!! Bukak sikit je. Azi ke ni? Sumpah? Lillah?
Dia pun sound “ kau dah kenapa ni bodoh! Aku lah! Sapa lagi! Kau kata dh sampai! Kau menipu kan. Kitorg duduk depan ni lama gila tunggu kau. Nak dekat sejam kau tahu tak! Ko xbole buat ktorang macam ni lid” aku terus maki tinggi suara...“KAU TAHU TAK AKU KENA APA TADI!!! Dahlah bagi info salah!! Lepastu kau nak salah kan aku pulak ke **** !!!” Semua sentap diam. Diorang pun bukak pagar and naik kereta dgn aku. Azi drive.. takpe lid japgi kita borak. Minum air dulu..
Sampai2 je pegawai aku cekak pinggang.. “kau janji nak lapor dengan aku pukul berapa!! Sekarang dah pukul 4!! Kau hutang aku faham. Esok subuh kau rendam dalam sungai tu sampai ke kepala!!” Aku baru nak cakap. Azi potong aku.. tak tuan! Dia dlm masalah tadi. Salah kita tuan! Kita biarkan dia datang berseorangan dari rumah. Memang dia dah sampai tadi tuan. Tapi dia salah masuk tempat. Aku pun keluarkan hp dari poket aku dgn tangan menggigil2.. nak tunjuk msg yg info salah tu kat tuan. Tapi msg yg aku nak tnjuk tu tak ada. Yang ada msg....
RM0. You have used 80% of your Internet booster quota. Speed will be managed once you exceed your quota. Msg dari umobile. Msg yg azi hantar tu tak ada. Puan dengan tuan tarik aku ke dalam dewan dan tenangkan aku. Chill kan aku semua buat macam tak ada apa berlaku. Dapat je chocolate cadbury terus aku senyum. Boost aku kalau tgh stress atau panik. Aku kena makan chocolate bagi tenang. Hahaha aku pun cerita satu persatu dekat diorang semua. Bayangkan diorang semua kepung aku nk dgr cerita. Dah macam aku ni bapak2 nak tidurkan anak dgn story.
Lepas diorang dengar cerita dari aku. Baru diorang faham dan maafkan aku sebab lewat. Diorang pun bagi aku tempat nak tidur. Tapi aku tak boleh nak tidur. Sebab dekat jambatan yg aku lalu sebelum masuk uluyam 1. Aku sempat tangkap gambar ada seorang perempuan tgh mandi sungai. Aku bangun keluar dari kemah. Jumpa tuan dan duduk disebelah dia. “Daddy, sy nak tunjuk gambar yg sempat sy snap masa dekat uluyam 1 tadi waktu sy sesat kat dalam sana sbelum kesini” daddy pun kata on, mana gambarnya tu?
Ini dia gambarnya tuan. Perempuan tu separuh badan je dalam sungai tu tuan. Waktu ni bulan mengambang penuh. Terang dekat sungai tu dengan cahaya bulan. Kalau mata korang. Akan nampak clear sungai tu dgn cahaya bulan tu tembak sungai. Pukul 3pgi ni tau...
Aku sorang waktu ni. Aku mati2 lah ingat kawan aku tengah mandi kat sungai. Tapi aku silap. Bukan kawan aku.. gambar ni aku masih simpan dlm google drive aku dan tak akan aku buang. Kenangan aku sampai bila2.. tuan pun terkejut, eh a’ahla lid! Hish kalau aku jadi kau.. Aku dah berbuih dah kat situ.. kuat betul semangat kau kan. Sebab tu aku sayang kau. Kalau masuk hutan, muka kau je yang aku suruh jadi bodyguard aku teman aku dalam hutan. Ya mmg dlm hutan muka aku je menempek ngn pegawai aku. Anak ksygn la katakan. Hahaha
Dia pun suruh aku berehat dalam kemah. Jangan fikir lagi. Dia arahkan satu anggota jaga depan kemah aku. Aku terasa macam anak raja pulak ada guard keliling kemah aku jaga aku tidur. Siapa je berani lawan kata tuan aku. Pegawai pangkat tinggi lak tu.. keesokan harinya...Aku bangun paling lewat. Pukul 9 pagi. Keluar2 dari kemah. Aku keluarkan brg2 aku nak mandi kat sungai. Dah siap mandi apa semua. Diorang siapkan makan minum aku. Masa ni aku terliuq sebab ayam bakar doh(BBQ).. terus aku tolong apa yg patut lepas makan.
Siap semua dah enjoy... fikiran aku masih terbayang2 apa yg dah jadi malam tu. Balik rumah. Badan rasa suam2 je. Demam 5 hari gaklah. Siapa je tak demam.. terkejut habis.
Moral of the story.. kau nak pergi masuk kawasan sunyi malam buta. Janganlah bersendirian.. bahaya! Kita tak tahu apa akan jadi kat kita kan. Orang pun tak tahu kau kat mana. Tak kisah la memana pun.. jgn sorang2..Itu sahaja thread saya untuk story ni..
Penambahan.. laluan ulu yam tu mmg keras sikit. Dari dulu2 lagi orang accident kat kawasan tu. Meninggal dunia pun ada. Accident bertembung depan dgn depan. Sahabat saya juga pernah accident dekat situ. Sebab kawasan dia macam dalam litar lumba..
Alfatihah kpd yang maut disitu.
-end Bahagian 2-
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cam seram je tengok gambo dalam air tu.. mcm patung yg org guna untuk test eksiden tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sian ko.. takde mod yang perasan lagi kot.
aku sebagai pembaca dah report 'great posting' so hopefully ada mod yang akan bagi kredit lebey kat ko.
so yg lelain tu maybe boleh tlg 'report' jugak supaya mod perasan..
supaya ko tak demotivated and akan teruskn share cerita2 bes dari twitter untuk kitorg sumer.. hihi.
|
|
|
|
|
|
|
|
seramnya gambarrrr.. dah nape kepala n badan putih semacam... sobssss
|
|
|
|
|
|
|
|
Scary ek gambar tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mamagarik replied at 27-2-2020 05:50 PM
Bahagian 3:
(credit: @akuikmalhaniff on Twitter)
Aku pn baca.. sambung tau . Tq |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih kepada semua yang membaca dan beri kata semangat untuk aku teruskan menyambung cerita-cerita seram dari twitter.
Kisah hari ini adalah dari penulis yang menulis mengenai pengalaman dia di Ulu Yam tu. Aku memang tak berani nak tenung lama2 gambar dalam air tu. Ko boleh rasakan kalau ditenung lama gambar tu, nnti benda tu berpaling muka (scary weiii).
Kisah @Thehulkey kali ni pulak pasal pengalaman seorang Lt. Muda yang ditugaskan untuk mengawal sempadan Malaysia & Thailand (total respek kepada mereka yang masih menjaga keselamatan negara walau dalam apa keadaan sekalipun).
Credit @Thehulkey dari Twitter
Kisah Seram “LUBUK LANGSUIR”
Bahagian 1
Baca dan hayati saat anggota dan Pegawai Tentera Darat Malaysia sedang beroperasi di Balai Pengawal dan disekitar kawasan Kem mereka iaitu sedang menjalan kan tugas OPS PAGAR.....
THREAD yg dikongsikan ini ialah pengalaman bagaimana cekalnya seorang anggota tentera berjalan kedalam tempat yg gelap menuju satu post ke satu post. NGERI !!! 😭
Langsuir
Langsuir ni kelihatan sperti pontianak, satu jenis setan yg amat hodoh, mukanya kulit kusam dan macam daging hanyir mungkin sbb badannya penuh dgn darah. Tak pakai kain putih macam dalam tv, tapi kainnya warna kotor koyak2.
Langsuir ni ‘tak ada tuan’, duduk tepi hutan. Kalau dia terbang dia mengilai bunyi ieee ieeeek iekkkk… Suka bertenggek bercangkung di dahan pokok ataupun melekat didahan jarang turun ke tanah.
Dia suka ikut orang berjalan di belakang takpun duduk dbelakang motor bagi yg mnunggang motor brseorangan dijalan yg sunyi dan gelap.
Kawasan dia selalunya di alor anak sungai kecil di kepala bukit. Kalau kita berani jerkah dia tengah bertenggek, dia akan terbang sampai ‘terkencing’. Air kencingnya amat busuk! Kalau kena baju kita, memang kena bakar je baju tu sebab baunya tak hilang. Dia panggil nama kita dengan suara seram dia dgn halus ataupun kasar.
Diceritakan kembali kpd sy atas pengalaman2 anggota tentera ini...
Ini ialah pengalaman anggota dan Leftenan Muda ini.. Pengalaman tentera trsebut waktu itu baru berpangkat Leftenan Muda berumur 22 tahun, didalam batalion ke 16 RAMD
diarahkan bertugas operasi keselamatan di sempadan. Kami masuk Op Pagar.
Namanya Op Pagar kerana kami betul-betul ditempatkan di tepi pagar sempadan Malaysia Thailand.
Selari dgn pagar itu, ada 1 jalan mini tar yg menyambungkan pos-pos kawalan tentera. Dulu ada 13 pos penempatan tentera yg ada ketika itu (sekarang tak tahu berapa yg ada). Ketua kompeni mereka dtempatkan di pos no 10, betul2 di hujung ladang Mardi Bukit Tangga, belakang UUM.
Saya pula diletakkan di pos no 11 (sekarang pos itu dah ditutup. Jadi kedudukan kami betul-betul di tepi hutan di sempadan negara. Pos 11 ini unik, ada 6 buah pondok penginapan dibuat dari kayu beratapkan zink, yg muat hanya 2 orang.....
saja tiap pondok. Kiranya macam pondok tunggu durian, cuma berdinding dan ada katil kayu kecil.
Tak ada paip air, hanya guna air hujan dan perigi kecil. Kalau tak hujan, kami minum dan mandi guna perigi yg keruh itu. Eletrik pun tak ada, hanya ada generator kecil, itupun
dipasang hanya 3 jam setiap malam untuk jimat bekalan minyak. Jadi siang malam pos kami ini hanya kedengaran bunyi2 hutan saja sebagai hiburan. Kami duduk situ selama 2 bulan. Itulah namanya pengorbanan anggota tentera.
Bosan tu jangan cakaplah. Aktiviti kami macam biasalah bergelak ketawa dan masing2 ada perangai mereka tersendiri. (Aktiviti perlu dirahsiakan, masuk askar dulu baru tahu aktiviti nya apa haha)
Selepas seminggu duduk disitu, langsung tak hujan, masalah air sudah kritikal. Jadi saya pun cari punca air di keliling pos. Kebetulan, ada satu alor anak sungai yg jaraknya 150m dari pos tapi dalam hutan. Air di alor itu amat kecil, hanya meleleh sebesar ibu jari saja.
Saya pun arahkan semua platun saya buat gotong royong bina empangan air kecil dengan pokok-pokok untuk takung air itu. Selepas 3 hari, siaplah ‘empangan’ kecil kami, sedalam 1 meter. Besarnya pun hanya dua depa. Bolehlah buat mandi dan air nak memasak.
Satu malam, lebih kurang jam 8 malam, selepas generator sudah on, dua orang anak buah saya dalam gelap pergi ke tadahan air itu nak ambil air untuk masak. Sampai di situ, mereka suluh dengan lampu, nampak satu lembaga.... perempuan rambut panjang, tengah mencangkung dan ‘macam kunyah’ bangkai katak! Dengan darah penuh di mulut dan badannya.
Apalagi, terkejut dan larilah anak buah saya. Mereka beritahu saya hal itu, saya hanya diam saja tak kata apa-apa. Selepas generator ditutup pukul 9 malam, pos jadi gelap gelita… Saya cuba tidur tapi tak boleh kerana hati rasa tak tenang. Tiba-tiba… ada suara lembut tapi seram, saya dengar di balik dinding kayu pondok saya… “Fitriiiiiii…. fitriiiii… fitriiii…”
Terus saya bangun dan capai senjata M16 carbine saya dalam gelap. Saya jerkah, “Hoiiiii!!!” Terus benda tu pergi jauh sambil mengilai eiiiii eiiiik eikkkkkk eeiiiii.. jantung saya berdebar dgn lajunya, apa pula dugaan aku kena ni! 😭🤦🏻‍♂️
Nak keluar ke taknak hah.. ahh keluarlah.
Saya jerit panggil pengawal yg bertugas menjaga pos waktu malam, “Guard! Siapa yg bertugas sekarang?” Senyap, tak ada balasan. Saya panggil lagi… senyap lagi. “Ishhh, mana pergi askar aku ni. Mati dah ke?” Detik hati saya. Saya ambil lampu suluh, berjalan ke tempat pos pengawal.
Laa, tertidur rupanya dia. Keletihan tugas meronda waktu siang tadilah tu.. Hmm.. 🤔 tak apalah.. bagi dia rehat dulu smentara. Tapi takkanlah dia ni tidur mati. Kemain kuat mengilai takkan lah tak dengar. Aku yg dalam post tadi pun boleh dgr. Inikan pula dia duduk luar macam tu.
Esoknya, waktu nak mandi pagi, saya turun ke tempat tu. Betul, ada beberapa bangkai katak yg sudah digigit dan dihancurkan. Saya pandang ke atas lihat keadaan pokok dikeliling situ sambil dengar suasana yg sunyi…
“oh, rupanya aku dah salah tempat buat tempat empangan ni. Patutlah, aku terlupa. Kelam kabut waktu cari punca air, sampai lupa nak ikut petua. Aduhhhh.. dah nasib. Hadap sajalah”
Malam itu, OC saya, Mejar Rosli bin Hassan, (ketua medan) yg berada di pos no 10 panggil saya ke pos dia untuk mesyuarat. Alamak, dahla jauh dari sy, waktu malam pulak tu. Tak kan saya nak kena jalan kaki di mini tar tengah hutan yg gelap seorang diri? Aduhhhhh… malasnya lahai.
Mejar Rosli panggil saya dengan radio tentera, suruh saya ke tempat dia untuk mesyuarat. Saya pun mahu tak mahu, kena pergi jugaklah walau terpaksa jalan kaki seorang diri. Taat Setia saya sebagai askar melayu, perintah boss saya patuhi.
Pukul 8.30 malam, saya bawa senjata M16 saya, saya mula jalan kaki di jalan tar mini itu sejauh 2 km menuju pos no 10. Bapak jauh.. kalau dekat gagah la lagi weh!
Saya bawa lampu suluh, tapi saya tak guna pun, kerana saya tak mahu tarik perhatian binatang liar.
Jadi saya berjalan dalam gelap, hanya guna cahaya bulan sabit saja. Mana terang sangat.. cahaya samar2 macam tu je.
Sedang berjalan di jalan mini tar yg dikiri kanan hanyalah hutan, tiba tiba berbunyi…..... prakkkk prakk, bunyi ranting dipatahkan. Saya berhenti.
Pandang kiri kanan, saya risau kalau-kalau binatang liar. Saya cekah senjata dan bersedia, saya tidak bergerak. Saya perhati betul-betul dikiri dan kanan. Takut binatang buas sebab kiri kanan semuanya hutan gelap gelita. Mana nak nampak apa2..
Tiba-tiba.. didepan saya, lebih kurang 50meter di atas jalan tar itu, saya nampak susuk macam perempuan sedang berdiri. Allahhhhhuakbar! Saya cepat-cepat buka lampu dan suluh. Ya Allah… langsuir!
-end Bahagian 1-
Note: Esok aku sambung eh....baru tersedar dah pukul 12 malam nih...meremang pulak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|