“Saya sendiri baru tahu mengenai video berkenaan dan hanya ketahuinya setelah ditunjukkan pihak media. Jelas, lelaki tersebut bukan saya, hanya mirip sebagaimana yang disangka ramai."
Anggota kumpulan Forteen, Ameer Azhar menafikan sekerasnya bahawa video lucah yang kini tular di laman sosial adalah dirinya.
Berkata kepada Media Hiburan, Mohd Arif Ameerais Azhar, 28, menegaskan tidak mungkin dia akan melakukan perbuatan sedemikian.
“Jelasnya ia bukan saya dan saya sendiri pun tidak tahu apa motif ia disebarkan. Lebih ralat, bila video tersebut mulai diperkatakan menjelang hari pertunangan,” luahnya.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan Ameer akan membuat laporan polis mengenai video berkenaan sekiranya berlarutan dan keterlaluan.
Ameer bakal bertunang dengan Siti Nurnaja'a, 24, pada Sabtu ini.
Minggu lalu, tular sebuah video berdurasi 38 saat memaparkan seorang lelaki menunjukkan kemaluannya.
Kredit foto: NSTP/GEMPAK
Ameer bukan selebriti pertama menjadi mangsa kontroversi membabitkan gambar dan video aksi lucah.
Malah, dua pemain bola sepak turut terpalit kontroversi sama apabila tular dua video panas di laman sosial.
Dalam video berasingan, kedua-dua mereka dilihat hanya mengenakan seluar dalam pendek dan melakukan 'aksi panas'.
Kredit foto: Twitter/Hangat.com
Adakah benar kesemua individu dalam video terbabit selebriti yang dimaksudkan? Jika fitnah semata-mata, semoga pihak bertanggungjawab segera dihadapkan ke muka pengadilan. - CARI
|