|
[Tempatan]
Peminjam tak AMANAH, hutang PTPTN cecah RM36 bilion
[Copy link]
|
|
hey....yang ramai memuja madey adalah mereka nagn macai2 umngok malu2 nak hadapi pru....org lain kenal perangai madey tu.....lagi kelakar nak cek tempat mengundi pon tak reti...lagi mahu cerita perubahan...palat
|
|
|
|
|
|
|
|
budak2 aq aq we chat aku nak lempang sampai kau org reti mngeja...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak bayar ptptn berkira..bila nak bayar ansuran honda..bole plak |
|
|
|
|
|
|
|
PTPTN jerangkap samar untuk PH
21 September 2018 3:00 AM
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Isu hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dijadikan modal politik sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan janji Pakatan Rakyat (ketika itu gabungan PKR, DAP dan Pas) untuk menghapuskan PTPTN.
Bagaimanapun, janji itu tidak dapat dicapai apabila Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi pilihan raya tersebut namun isu hutang pendidikan itu terus digunakan sebagai modal politik sehingga ke Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menerusi Manifesto PRU-14, Pakatan Harapan (PH) menawarkan penangguhan bayaran balik hutang PTPTN sehingga mempunyai pendapatan bulan RM4,000 sebulan dan sudah tentu pengundi muda yang mewakili 42 peratus daripada lebih 14 juta pengundi tertarik dengan tawaran tersebut.
Tidak dinafikan isu PTPTN merupakan antara isu yang menarik kebangkitan pengundi muda untuk menolak BN namun isu itu juga kini seumpama jerangkap samar yang menjerat PH.
Sehingga kini, jumlah hutang tertunggak PTPTN seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan syarahan perdana di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, hari ini, menjangkau RM36 bilion.
Malah sikap peminjam yang tidak mahu membayar hutang PTPTN itu juga ditegur oleh Dr. Mahathir kerana beliau berasa malu dengan sikap tidak amanah peminjam yang enggan membayar hutang walaupun telah mempunyai pekerjaan.
“Kita dapati rakyat Malaysia tidak begitu amanah, sebagai contoh kita bagi biasiswa atau pinjaman untuk mereka belajar di dalam dan luar negara tapi malangnya mereka tidak mahu bayar balik pinjaman.
“RM36 bilion hutang tidak dibayar kepada PTPTN, saya rasa malu tetapi mereka (peminjam) tidak. Gaji kalau RM2,000 bayar RM100 pun sudah mencukupi, mereka tidak bayar sebab tidak amanah,” kata beliau.
Perlu diingatkan, di dalam Islam, hutang seberapa kecil pun tetap wajib dibayar malah Islam melihat sikap enggan membayar hutang sebagai satu bentuk kezaliman.
Sewajarnya selepas ini, selain daripada keperluan untuk menerapkan nilai murni dari Jepun seperti yang disebut oleh Dr. Mahathir ketika menyampaikan syarahan perdana hari ini iaitu perasaan malu, rajin dan amanah, budaya untuk membayar hutang juga perlu ditekankan dalam kalangan masyarakat negara ini sebelum ia menjadi lebih parah.
|
|
|
|
|
|
|
|
'Lebih ramai gagal bayar PTPTN sebab tak mampu, bukan tak amanah'
Diterbitkan 21 Sep 2018, 12:50 tengah hari
Tidak adil untuk menggelarkan semua peminjam yang tidak membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka sebagai tidak malu dan tidak amanah, kata Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.
Anggota parlimen Setiawangsa itu berkata ini kerana lebih ramai peminjam kategori itu yang berdepan masalah, bukan sengaja tidak membayarnya.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan ada peminjam yang merasakan tidak perlu untuk membayar hutang itu selepas memperoleh pendapatan sendiri.
"Saya malu, tetapi mereka tidak," kata Mahathir semalam.
Mengakui memang ada peminjam seperti yang dinyatakan Mahathir, Nik NAzmi berkata lebih ramai yang gagal berbuat demikian kerana belum mendapat pekerjaan atau bergaji rendah.
"Saya menghormati Dr Mahathir dan memahami beban ekonomi negara.
"(Tetapi) Kita harus akui ada golongan miskin bandar dan miskin tegar, selalunya kelompok ini sukar untuk membayar kerana menanggung banyak beban seperti mula menyara keluarga selepas tamat belajar.
"Dalam budaya kita, jika seorang itu belajar di universiti, harapan besar keluarga untuk mereka membantu keluarga yang lebih besar," katanya dalam kenyataan.
Menurut laporan, hutang PTPTN yang tidak berbayar berjumlah kira-kira RM36 bilion.
Dalam manifesto PRU lalu, Pakatan Harapan (HARAPAN) berjanji untuk menangguhkan pembayaran semula PTPTN kepada semua graduan yang bergaji kurang RM4,000, selain membuang nama mereka yang tidak membayar dalam senarai hitam imigresen.
Nik Nazmi juga mendakwa sistem pendidikan negara menumpukan kepada pembinaan institut pengajian tinggi swasta (IPTS), pada masa sama institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak berkembang dan dipotong peruntukan.
"Biasiswa juga semakin berkurangan. Maka semakin ramai lepasan sekolah yang tiada pilihan selain ke IPTS.
"Maka dalam Buku Harapan kita fokus untuk mencipta kerja dengan gaji lebih tinggi, meningkatkan gaji minima dalam tempoh lima tahun dan penangguhan bayaran PTPTN sehigga gaji RM4,000. Model sama digunakan di luar negara seperti Australia dan Britain.
"Kita baru memerintah beberapa bulan dengan misi untuk memperbaiki ekonomi. Sehingga kita menyediakan lebih banyak pekerjaan, gaji permulaan yang baik dan memahami masalah sebenar peminjam, tidak wajar kita label mereka sebagai tidak amanah," katanya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 20-9-2018 11:30 PM
apa plak.. sah2 die sebut rm2k gj... rm100 pun tak mau byr haha
takyah cite bab kete mewah la hah ...
Lerr patutlah sentap. Tapi hutang tetap hutang eak. Patutnya sebelum decide nak pinjam ptptn tau perjanjian cana, siap sain gituh. Hadaplah berhutang. Tapi tokdet tegur je pun, terpulang masing2 nak terasa ke tak. Di penghujung hari, hutang tetap hutang. Jangan pastu berhutang tapi bangga backpacking ke thai, japan, korea. Aselamat bersentap. |
|
|
|
|
|
|
|
Janji manifesto dlm ptptn ni ada 2 sbnrnye..1. capai 4k gaji bru byr hutang..2. Jgn blacklist pelajar..yang aku lihat berjaya yg nombor 2 tu..cuma no 1 mmg payah nk laksanakan sbb melibatkan duit..gomen nk duit tp pelajar even yg da kj pn ade yg xnk byr dan xbole byr jugak..no 1 ni sm la mcm tol dimansuhkn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pas pn nk lupuskn ptptn..yg pelik lobai2 pn menyalak
20 tawaran dalam manifesto GAGASAN
AHAD, 18 MARCH 2018 @ 11:43 PM
PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa sidang media selepas syarahan perdana sempena pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera PAS di Astana Banquet Hall, Cyberjaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
CYBERJAYA: Gagasan Sejahtera (GAGASAN) diterajui PAS melancarkan manifesto Malaysia Sejahtera yang menawarkan 20 perkara utama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pengerusi GAGASAN, Datuk Seri Hadi Awang, berkata tawaran kepada kumpulan sasar itu dalam bentuk dasar dan penyelesaian bagi mengatasi bebanan rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang.
"Antara tawaran itu termasuk memperkasa peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai Ad-din. Kita boleh tangani masyarakat majmuk dan pada masa sama wajib berlaku adil terhadap semua rakyat.
"Selain itu menghapus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikan dengan sistem cukai yang lebih adil. Malah ketika menggunakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kita juga melihat banyak kekurangan selain banyak berlaku ketirisan dalam hasil tanpa cukai.
"Kita juga akan melupuskan hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerana sekiranya tidak ada ketirisan, peruntukan yang ada cukup untuk meringankan beban pendidikan anak muda," katanya pada sidang media pelancaran manifesto berkenaan di sini, malam ini.
Selain itu Hadi yang juga Presiden PAS berkata, kadar bayaran tol juga akan distruktur semula bagi mengurangkan kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun.
"Kadar tol sepatutnya makin hari makin turun, bukan makin hari makin naik, bergantung kepada kajian yang dibuat, secara mudah, kita pernah hapuskan tol di Terengganu pada 1999. Alternatifnya (untuk tampung) kita tambah cukai kepada kalangan korporat dan industri," katanya.
Selain itu antara tawaran lain dalam manifesto berkenaan termasuk pengurangan harga rumah mampu milik antara RM50,000 hingga RM180,000, dan mengembalikan sistem kuota di universiti awam.
Selain PAS, GAGASAN yang membentuk blok ketiga kini dianggotai dua lagi parti politik iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan terbaru, Barisan Jemaah Ismaiah Se-Malaysia (BERJASA). Turut menganggotai GAGASAN ialah kira-kira 200 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 22-9-2018 07:13 AM
Lerr patutlah sentap. Tapi hutang tetap hutang eak. Patutnya sebelum decide nak pinjam ptptn tau p ...
apa plak sentap... paham dok manisfesto nak hapus ptptn.. gj bwh 4k takyah byr.... lps menang eh kena byr plak.... dasar munafik.... dr dulu pun dah hasut takyah byr... mmg hutang ttp utang.... tp sbb dah puak2 munafik janji bln bintang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by NAT_11 at 22-9-2018 08:14 AM
Kalau hutang hanpon GALAXY J7, sebulan rm350..00 pun sanggup bayar!
Hutang PTPTN yang jelas bantu kau semasa belajar, tak sanggup bayar.
Aku tak halal satu sen pun duit aku yang masuk perot korang yang liat bayar hutang
PTPTN. Jangan lupa ya, itu duit EPF makbapak korang juga.
Tak bayar, duit Epf susut, dividennya ciput.
Bukan je mak bapak korang tanggong, korang pun tanggong sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 replied at 22-9-2018 08:12 AM
Kalau hutang hanpon GALAXY J7, sebulan rm350..00 pun sanggup bayar!
Hutang PTPTN yang jelas bantu k ...
Nat nyet, sblom ni kalo pasal fs vs nd mmg aku tanak stujuk ngan kau. Tapi bab ni, aku stujuk sesangat. Dah jenis sangap hape ntah menghalalkan bergaji 3, 4k tanak bayar balik hutang ptptn tu. Gaji 2k tu pun dah kira banyak, tapi maseh liat namampos membayor nyeh. Dulu kemain SIGN PERJANJIAN pinjam ngan ptptn, lepas abis belajar makan gaji 2,3,4k tanak bayar. Dah hutang tu buatlah cara berhutang, dia tak fikir esok lusa anak cucu cicit susah nak apply ptptn, dibuatnya tak mampu nak anta guna duit sendrik. Menegakkan benang yang basah je nak caya janji pre pru, segala manifesto tu. Sampai aku rasa derang ni semayang ikhlas ke tak. |
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 22-9-2018 08:07 AM
apa plak sentap... paham dok manisfesto nak hapus ptptn.. gj bwh 4k takyah byr.... lps menang eh k ...
Sebab di penghujung hari, yang penting adalah hutang ataupun manifesto? Hutang ptptn tu dah kira bakti kau ngan negara juga tau. Kau pinjam nak pakai belajar ngan kerajaan, bila dah grad, mulalah bekerja tak kira pangkat, bayar sikit2 pun jadilah. Sekarang ni ptptn dah tarik balik list blacklist tu pun dah kira ok sikit. Kau ni dino, dulu aku consider kau as one of the top neutral forumer lam forum ni. Tapi lately, aku mula di attack oleh kawan2 kau yg aku tak faham celah mana deyols kata aku sengaja marah or sentap ngan kau. Mahathirina and wana89 tu yang aku ingat. Aku memang takda masalah ngan kau. Bila aku reply macam tu gak aku tak serang kau ke apa. Aku cuma realize yang sebenarnya kau bermaksud nak buat benda negatif ni dalam benang ni lah. Therefore these 2 posts last lah aku dah tanak reply lagi. You lost my respect. |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 22-9-2018 11:55 AM
Sebab di penghujung hari, yang penting adalah hutang ataupun manifesto? Hutang ptptn tu dah kira b ...
malas aku nak baca sembang berbakti pd negara bagai... buta2 kena tipu dek org politik... tak kira bijan ke sapa.... janji ttp janji... takyah nak spin... jgn jd bebal politik bleh tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali jangan perbodohkan rakyat masa kempen PRU, hutang boleh tangguh. Dulu bila BN ckp kena langsai hutang macai PH ni jugaklah melalak protes. Takdak macai PH pun yg menentang si Adam Adli ni terpekik buat demo menghalalkan hutang PTPN. Skg mula la lagak suci hutang kena bayar. Ptuiiii la. KENCING HANCING.
Teringat kata2 "ARWAH BAIK ORANGNYA." |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 22-9-2018 11:55 AM
Sebab di penghujung hari, yang penting adalah hutang ataupun manifesto? Hutang ptptn tu dah kira b ...
mintak maaf klau terkasar bahasa ke apa... aku takleh terima bila org bleh accept pemimpin penipu... berbeza pndpt tu biasa... tp jgn nmpk sgt bias... kena tang ph seme ok wpun jelas tipu....
sedarlah che det sdg cuba create umno 2.0 melalui bersatu.. depa pkir psl rakyat? kim salam.... |
|
|
|
|
|
|
|
kucingTomey replied at 21-9-2018 04:08 PM
hey....yang ramai memuja madey adalah mereka nagn macai2 umngok malu2 nak hadapi pru....org lain k ...
Ko ni mengeja mcm org x g skolah |
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 22-9-2018 12:01 PM
mintak maaf klau terkasar bahasa ke apa... aku takleh terima bila org bleh accept pemimpin penipu. ...
Aku tak dapat nak maafkan kau. Dalam post ni pun kau tuduh aku bias. Walaupun hanya forum, forumer lain look up to you pun setuju ngan pendapat kau bila kau tuduh aku berpolitik, bias bagai. Aku tak kata aku sokong tokdet all the way. Au nak padankan je muka yang liat nak bayar hutang. Aku takleh tahan lah dari benang sebelom ni kawan2 kau dah tuduh aku cari pasal ngan kau padahal aku reply takda niat nak cari gaduh sebelum ni, sekadar reply... ehaku tatau lah cana nak explain lagi. Nak jelaskan lagi ni nanti pun aku rasa gerenti kau masih salah sangkat kat aku macam post2 sebelum ni. Tolong ye baca balik sebelum tambah dosa. Aku tau korang muslim ni dah berdosa bukan takat minta ampun masa di dunia, di padang masyar pun merangkak nak cari orang yang dia pernah buat salah. Last but not least, aku bukan komen for the sake of politic, tetapi komen untuk integriti seorang manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 22-9-2018 12:29 PM
Aku tak dapat nak maafkan kau. Dalam post ni pun kau tuduh aku bias. Walaupun hanya forum, forumer ...
alahai... poyonya |
|
|
|
|
|
|
|
btw klau tak stuju dgn pdpt org tu takpelah
tp takyah la skit2 tunggu la merangkak mintak ampun di padang masyar.... ko sanggup tunggu ke semata2 nak org mintak maaf.... pkir2 skit jgn acah2 islamik.. bile tetiba attack kata org sentap bagai
aku taknak maaf gak la... aku sentap nih... bleh gituh? |
|
|
|
|
|
|
| |
|