Alhamdulillah...masih berkesempatan mewakafkan Al-quran atas nama mereka...syukur..xpe, setiap anak pasti ada kebaikan serta kelebihan yang diberikan kepada kedua ibubapa mereka..tahniah kepada anda yang melakukannya..kepada yang belum, jangan lupa...
sebenanrya..tiada ayat atau kata yang dapat digambarkan..hanya ketulusan dan keikhlasan yang tidak dapat dizahirkan..hanya Allah swt. sahaja yang ada jawapannya.
Post time 12-5-2017 04:16 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bila merantau jauh ditempat orang yg jauh dr ibu bapa, terasa cemburu kpd mereka yang masih dekat dgn ibu bapa..yang masih bole menjenguk mereka, peluk mereka, pgg tangan mereka, dan yg paling penting tatap muka mereka secara live sebulan sekali sekurang kurangnya..beruntungla mereka diatas kesempatan itu.
dan ambillah kesempatan itu selagi mereka masih hidup..hargailah mereka, jengukla mereka!
Kalau kita tak berkira dengan ibu ayah, InsyaAllah rezeki kita memang mewah.
Ada sekali tu, aku balik kampung..
Masu tu, duit bulanan dah bank in.. yelah..masa aku balik tu pun dah hujung2 bulan..
So, bila nak balik semula ke rumah aku, aku bagi sikit je..
Kira duit Jajan..
Sebab masa tu dalam Wallet ada dalam rm300..
Dalam kepala berkira2.. bagi mak ngan ayah sorg rm50..
Balance wat standby in case ada apa sementara tunggu gaji lagi 2 hari..
Tup2 otw balik, anak demam.. muntah2..
Terus pergi klinik..kena charge rm150..
Pergh.. tak sempat tunggu gaji..
Masa tu aku terfikir..adakah sebab masa bagi mak ayah tu, aku macam berkira2?..
Sejak tu, kalau aku nak bagi, aku tak de nak kira2..
Apa aje yang aku teragak nak bagi, aku bagi...
Pernah aku belanjakan untuk mak ayah sampai dalam wallet ada rm75 aje..
Sedangkan lama lagi nak tunggu masuk gaji..
Mana tahu..esoknya masuk office, MD bagi duit incentive..RM15k terus..!!
Menitis air mata aku bila MD bagi cek tu...
Tapi..sebenarnya, aku sangat perasan perbezaan..
Semakin aku tak berkira dengan mak ayah, semakin mewah rezeki aku.
Kerja, memang stress.. tapi ada aja jalan yang Allah buka kan untuk settlekan prob2..
Aku sangat percaya.. salah satu adalah sebab doa mak ayah aku...
i kalau nak cakap pasal mak n ayah ni i tak boleh control, rasa nak bergenang je. ni pun dah sebak2..
sekarang dah besar kan, kita dah rasa macam mana nak cari duit, walaupun boleh dikatakan i ada kerja yg stabil, tp still kdg kita rasa susah nak manage duit kan.
i bayangkan macam mana mak ayah i yang kerja biasa2 nak tanggung i masa i belajar dulu.
diorang tak pernah mengeluh tak cukup duit.
anak2 ni yg dia tahu nak duit je.
sebab tu sekarang tiap2 bulan sengkek2 pun i tetap akan bagi mak ayah duit and belanja makan.
kadang i beli kfc 6 ketul pun diorang dah happy.
paling i sedih, bila i nak bagi duit tu, ayah mesti taknak, ayah cakap, ayah ade duit, kau guna la duk kat bandar tu byk pakai duit.. i menangis dlm hati je.
Post time 24-8-2017 09:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tanpa ayah ibu tiadalah kita
ayah ibu itu syurga dunia akhirat
ayah ibu itu pemegang redha Allah
pembuka pintu rahmat
pembuka pintu rezeki
untuk anak- anak yang tahu berbakti
Semua yang hidup akan memperoleh rezeki dariNYA. Tetapi keberkatan rezeki itu yang penting. Dengan berbuat baik kepada ibu bapa, rezeki lebih mudah diperoleh, rezeki yang kita dapat akan ditambah dan kebahagiaan juga akan diperoleh.
Saluran paling luas bagi kita untuk memperoleh rezeki adalah dengan memperoleh keredaan ALLAH, dan keredaan ALLAH bergantung kepada keredaan ibu bapa. Pintu rezeki itu akan tertutup sekiranya kita ingkari ibu bapa.
Setuju dengan pendapat dan cerita2 di atas. Ibu dan ayah memang pintu rezeki.
Tengok wajah diaorang jer dah rasa tenang. Perkara2 ni bagi pendapat i perlu/boleh dibuat.
-Setiap hari sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka;
-Setiap hari whatsapp atau call mereka;
-Setiap minggu/bulan melawat mereka;
-Belikan barang2 keperluan/kehendak mereka;
-Bagi duit bulanan kepada mereka tak kira berapa jumlahnya;
-Kadang2 bila kita bersedekah, niatkan ini dibuat bagi pihak ibu bapa (supaya mereka mendapat pahala sedekah);
-Bersembang/dengar cerita mereka. Kadang2 bila dah tua mereka sunyi. Bila anak2 cucu balik macam2 diaorang nak cerita.
-Selalu ungkapkan sayang pada mereka. Mereka dah berumur. Tak tahu banyak mana lagi masa yang kita ada.
-Mintak mereka doakan kita. Tak minta pon i percaya mereka akan selalu doakan. Doa mereka sangat powerful.
-Berlemah lembut dengan mereka. Jangan tinggi suara, jangan cakap kasar.
Dan Tuhan-mu telah Memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapak. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhan-ku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.” (Al-Isra’ 23-24)
Post time 29-8-2017 09:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ibu
Kamulah segalanya bagiku
Kamulah ratu hatiku
Yang menjagaku sejak
Aku mengenali duniaku ini
Yang mencegahku dari kesalahanku
Yang mendidikku dengan
Penuh kasih sayangmu
Kamulah lambang cintaku
Ayah
Kamu bagai semut bekerja keras
Kamu bagai lebah mencari madu
Kamu inginkan aku
Bagai rama-rama berterbang kebebasan
Tanpa kesusahan, tanpa kesukaran
Janganlah degil, ikut perintah
Itulah kata-katamu Ayah
Kamu berkorban demi anakmu
Kamu bersusah payah demi anakmu
Kamu mencari nafkah yang halal
Semuanya untuk keselesaanku
Mengetepikan perkara yang nahi
Mengetepikan dunia bermukah
Mengetepikan dunia kebebasan
Pesanan Ibu dan Ayah sentiasa diingati
Tidak terlepas dari ingatanku
Ibu
Ayah
Aku menghargai segala pengorbananmu
Akan ku balas jasamu yang indah itu
Janji manis ku pada mu
kepada yang masih mempunyai ibu dan bapa, berbaktilah semampu yang ada bagi membalas jasa mereka..nikmatilah kasih sayang mereka..kepada yang telah kehilangan ibu atau bapa, banyakkan doa dan sedekah kepada mereka..semoga mereka terus menerima kasih sayang kita walaupuan jasad sudah terpisah dari bumi...
saya nk kongsi pengalaman tgk adik2 saya yg masih blm kawen...even umur dh masuk 30, kerja nye gaji sikit je... tp berkat dia dahulukan mak ayah saya, saya tgk adik saya rezeki dia mewah jugak
bole beli rumah, ada kereta, pastu setahun tu brp kali travel
mgkn keberkatan dia jaga mak ayah saya hidup dia senang..
dia ckp dia x nk kawen lg..biarla dia enjoy ngn duduk ngn mak ayah lg
Ibu bapa merupakan insan yang paling mulia dan berjasa dalam kehidupan seorang anak. Belaiannya memenuhi setiap ruang nadi kehidupan sehingga memancarkan kedamaian dari celah-celah hati dan wajahnya. Ketulusan hati dan ketinggian budinya menghiasi persada nurani membekalkan harapan dalam menghadapi cabaran masa depan.
Keagungan ajaran Islam mewariskan segala aspek kehidupan termasuk hubungan antara anak dengan ibu bapa. Jika anak mengabaikan tanggungjawab tersebut maka musnahlah sendi agamanya dan hancurlah nilai kehidupannya. Kederhakaan anak akan mewariskan penderitaan berpanjangan dan menguburkan berkah dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Hanya anak yang soleh menikmati makna hakiki dari kehidupannya, kerana dapat menghirup air kedamaian dari kedua ibu bapanya, insya Allah.
Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Ahai...
Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu
Ayah dan ibu lah mesti dihormati
Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Wali wali keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagailah tunjuk ajar dan nasihat
Ahai...
Supaya hidupSupaya hidup kita akan selamat