|
|
[Tempatan]
KRISIS MB KEDAH:[KEMASKINI}KRONOLOGI DARI AWAL ISU MUKHRIZ PG1
[Copy link]
|
|
|
dess402 replied at 2-2-2016 05:32 PM
jangan babit2kan parti pembangkang .
ini masalah dalaman UMNO . melainkan ada
Hahaha yg terhegeh-hegeh tu puak pakatan penifoo tu yang selalu bikin kacau. Duli kat selangor kan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apsal Bangang2 neh pengor sangat eh? Nak buat jahat tapi astaga punya la bodo... Execution fail gila.
Ini nak jadi pentadbiran? God save you all.
Gila babi tolol punya Bangsat mcm ni ada hati nak pegang pentabdiran. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rakyat selangor benci umno je so sape yg dah mula rapat ngan umno mmg dorang x nak la ...happy je ngan azmin skang ....khalid yg sokong tppa pon makin dilupakan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila la nak habis sinetron kedah nih....
Apa2 pun, yang rugi Bijan jugak.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
naive nyer ko..rakyat selangor tak bangkit tu maknanya tindakan memecat khalid tu betul .sbb diorg dah bersuara masa pru..dan maksudnyer jugak diorg undi parti pakatan jadi kerajaan negeri sbb diorg percaya dasar kerajaan pakatan.bukan nyer undi khalid.syukur alhamdullilah selangor masih diperintah pakatan harapan sampai pru akn dtg.kalo setakat berhimpun tu jadi ukuran boleh gulingkan kerajaan atau pemimpin.rasenya dari tahun 1998 lagi bn dah melingkup kot.rilek la drama belum habis lagi....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hamboiii Bedah statement mu mmg Win nak mamposs!!! Wakakakakakakakakakaa
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca kt bharian dgn sstm katanya mukhriz Kena turun juga..Akan Ada pergantian MB baru..sedihnya rs..wpn aku jauh tp perasaan sedih Bila baca..huhuhuhu  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat tinggal la UMNO untuk next election ...
Mesti pakat ramai nak kalih ..
Lagi2 MB bukan Mukhriz lagi ... rasa laju je tangan nak pangkah sape2 yang lawan UMNO ...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Najib kalah dgn mukhriz n ummah kedahh...booo booooo boooooo
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Betullah kan. Dulu tun m buat anwar. Skrg anak die kena balik. Jangan kecam sis |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 3-2-2016 06:32 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
Dalam mkini kata pukul 10 pagi ni mukhriz buat pc umum resign? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kedudukan Mukhriz diketahui hari ini?
http://www.malaysiakini.com/news/329179
Hari ini, 6:30 pagi  Hari ini, 7:54 pagi

Spekulasi bertiup kencang lewat malam tadi bahawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengumumkan hari ini mengenai kedudukannya sebagai menteri besar Kedah.
Berita Harian melaporkan Mukhriz akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi mengenai keputusan istana Kedah mengenai statusnya sebagai menteri besar.
Akhbar itu juga melaporkan bahawa pihak media telah dimaklumkan oleh pegawai pejabat setiausaha kerajaan negeri supaya bersedia untuk satu sidang media hari ini yang belum ditentukan masanya.
Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah bertemu dengan semua 21 ADUN BN dan 15 wakil pembangkang sejak dua hari lalu.
Sementara itu, Bernama melaporkan mesyuarat exco kerajaan negeri Kedah yang sepatut diadakan hari ini, telah ditangguhkan.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Mohd Fisol Jaafar tetapi beliau tidak mengulas lanjut atau menyatakan sebab mesyuarat itu ditangguhkan.
"Ditangguh," katanya ketika dihubungi menerusi Whatsapp malam tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis nasihat jangan buat spekulasi, provokasi politik Kedah
http://www.malaysiakini.com/news/329175
Hari ini, 7:16 pagi  Hari ini, 7:21 pagi

Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan provokasi berhubung krisis kedudukan menteri besar negeri itu, termasuk menyebarkannya di media sosial.
Beliau berkata mereka juga tidak harus melakukan tindakan yang boleh mencetuskan pergaduhan, perbuatan khianat dan sabotaj dalam krisis politik itu.
Semua pihak termasuk penyokong pemimpin tertentu perlu bertenang bagi memberi peluang kepada kepimpinan parti politik dan pihak berkaitan menyelesaikan krisis yang dihadapi, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah semalam.
Beliau merujuk kepada insiden penemuan paku bertaburan di jalan utama pintu masuk Stadium Darul Aman.
"Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan kita sedang mengesan individu yang melakukan perbuatan itu," kata Zamri.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
umno byk buat huru hara
mcm kes sabah tahjn 80an |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
http://www.themalaysianinsider.c ... i-sokongan-majoriti
OLEH MD IZWAN
Published: 3 February 2016 12:24 AM
Kemelut politik Kedah yang berpanjangan hampir ke penghujung apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka meletak jawatannya hari ini selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), kata sumber.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider Jemaah Pemangku Sultan Kedah sudah memaklumkan kepada Mukhriz beliau sudah tidak lagi memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan perlu melepaskan jawatan yang disandangnya.
"Petang tadi (semalam) ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati yang Mukhriz sudah hilang kepercayaan daripada majoriti Adun dalam Kedah," kata sumber kepada The Malaysian Insider selepas menghadiri mesyuarat dengan Adun Barisan Nasional (BN) di Hotel Grand Alora, Alor Setar. googletag.
Sumber mengatakan keputusan itu dibuat jemaah selepas pertemuan terakhir diadakan dengan semua Adun pembangkang yang diadakan di Wisma Darul Aman petang semalam.
Petang semalam, seramai 13 Adun pembangkang daripada PAS, PKR, DAP dan Amanah menghadiri pertemuan secara individu dengan jemaah, yang terdiri daripada Pengerusinya Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Badlishah, Tunku Laksamana Datuk Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Badlishah dan Puteri Sulung Sultan Kedah Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.
Terdahulu, The Malaysian Insider melaporkan Adun BN kekurangan sokongan apabila terdapat 2 wakil rakyat yang membelot dan menyatakan sokongan kepada Mukhriz semasa pertemuan pada Isnin lalu bersama semua Adun BN.
Menurut sumber, laporan media mengatakan semua wakil rakyat pembangkang menyokong Mukhriz sebagai tidak tepat kerana terdapat di kalangan mereka yang tidak menyokong menteri besar itu.
"Keputusan jemaah tepat sebab tidak dengar daripada pihak ketiga, kesimpulannya sah akan ada menteri besar baharu. "Cuma tarikh angkat sumpah tidak pasti tapi kami harap secepat mungkin," kata sumber.
Sumber tidak mendedahkan nama menteri besar baharu dan menyerahkan kepada pihak Istana Kedah untuk mengumumkannya nanti.
Menurut sumber, Mukhriz sendiri sudah bersetuju untuk meletak jawatan hari ini dan juga membatalkan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mingguan hari ini susulan perkembangan terbaharu ini.
"Mukhriz panggil semua pegawai khas beliau ke kediaman rasminya malam ini untuk memberitahu keputusan tersebut.
"Beliau juga sudah bersetuju letak jawatan.
Mesyuarat exco dibatalkan, mungkin malam ini ada pengumuman atau esok (hari ini).
Tidak pasti," katanya.
Sementara itu, sumber yang rapat dengan Mukhriz semasa tidak menafikan mengenai spekulasi peletakan jawatan hari ini cuma memberitahu hari ini satu sidang media akan diadakan di Wisma Darul Aman jam 10 pagi.
"Untuk makluman media, sidang media Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan diadakan hari ini di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman," kata sumber dari pejabat menteri besar.
Sumber dari pejabat Mukhriz juga memberitahu satu pengumuman besar akan dibuat dalam sidang media hari ini.
"Betul, tunggu sahaja pengumuman esok (hari ini)," kata sumber Mukhriz apabila ditanya mengenai peletakan jawatan hari ini.
Kemelut politik Kedah sudah berlarutan lebih seminggu selepas sidang media diadakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada 20 Januari lalu.
Bagaimanapun, tanda tanya mengenai menteri besar baharu menjadi misteri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan menteri besar baharu walaupun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Jemaah Diraja Kedah, dipercayai bagi membincangkan calon pengganti Mukhriz. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa SPR pun bawah BN n UMNO....
lgpun "melayu mudah lupa" 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mukhriz Setuju Berundur
http://www.mstar.com.my/berita/b ... iz-setuju-berundur/
Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 7:17 AM
Oleh: JOCELINE TAN
[email protected]

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai telah bersetuju untuk meletak jawatan selepas kemelut kepimpinan di negeri itu berlarutan selama lebih kurang dua minggu.
Tekanan ke atas Mukhriz mencapai tahap baharu pada Selasa apabila beliau, buat kali ketiga dalam tempoh seminggu telah diminta untuk menandatangani surat peletakan jawatan.
Sumber yang sangat rapat memberitahu bahawa Mukhriz telah diserahkan dengan surat peletakan jawatan yang disediakan untuknya sejurus selepas pukul 6 petang.
Percubaan ketiga untuk menyuruh beliau menandatangani surat tersebut dibuat selepas tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkumpul dalam satu perbincangan tertutup di kalangan mereka di Wisma Darul Aman.
Selepas itu, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertemu dengan Mukhriz berhubung surat peletakan jawatan itu.
Menteri besar yang kini menjadi perhatian ramai ini dipercayai telah bersetuju untuk berundur walaupun sehingga laporan ini ditulis, masih tidak dapat dipastikan sama ada beliau telah menandatangani surat itu.
Walau bagaimanapun, difahamkan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah masih enggan menerima Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai pengganti. Ahmad Bashah adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, senator dan timbalan menteri.
Pihak istana dikatakan lebih cenderung kepada Aahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail yang mempunyai PhD dari sebuah universiti British.
Difahamkan bahawa Perdana Menteri telah berhubung dengan Tunku Temenggong Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, ketua ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menyelesaikan perkara ini. Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah berdepan beberapa hari yang dramatik yang termasuk bertemu dengan semua Adun di Kedah di Alor Setar, manakala pihak media 'berkampung' di luar menunggu berita mengenai perkembangan terkini mengenai krisis.
Istana sebelum ini telah mengambil langkah luar biasa dengan memanggil kesemua 15 wakil rakyat pembangkang pada petang Selasa untuk menilai pendapat mereka sama ada mereka bersama-sama atau menentang menteri besar.
Sesi itu tidak menghasilkan sebarang kejutan dan berakhir selepas satu jam dengan semua mereka dipercayai telah memilih untuk menentukan kedudukan Mukriz melalui sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) khas.
Terdapat lapan wakil rakyat dari PAS, empat dari PKR, dua dari DAP dan satu dari Amanah.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini turut menyatakan perkara sama apabila beliau berkata pembangkang memilih proses pengundian di sidang DUN berhubung isu ini.
Hampir sepanjang hari, pemimpin BN Kedah dan ahli-ahli politik Kedah telah berkurung di Hotel Alora, dengan sebahagian daripada mereka menjangkakan sesuatu yang amat buruk.
Tetapi tidak lama sebelum solat maghrib, 'mood' mereka diringankan apabila terdapat perkhabaran bahawa Mukhriz telah bersetuju untuk meletakkan jawatan.
Pengumuman mengenai kemungkinan pengakhiran krisis itu dijangka diumumkan pagi ini.
Sesi pertemuan dengan wakil rakyat pembangkang berlaku sehari selepas badan diraja bertemu secara individu dengan 19 daripada 21 Adun BN.
19 wakil rakyat telah menandatangani akuan bersumpah pada minggu lalu yang menyatakan bahawa mereka akan menyokong keputusan pucuk pimpinan untuk menggantikan Menteri Besar.
Walau bagaimanapun, Mukhriz telah berhujah bahawa beberapa orang telah menandatanganinya dalam keadaan terpaksa, mendorong campur tangan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
Dalam pertemuan dengan wakil rakyat BN, dua wakil rakyat dipercayai telah menyatakan sokongan untuk Mukhriz. Mereka ialah Datuk Suraya Yaakob (Sungai Tiang) dan Datuk Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu), yang juga ahli exco kerajaan negeri.
Walau bagaimanapun, sumber berkata Norsabrina telah mengubah fikirannya dan memilih untuk bersama keputusan parti.
Mukhriz juga mempunyai sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada seorang lagi anggota exco negeri Datuk Aminuddin Omar.
Krisis ini tercetus selepas pemimpin 14 Umno bahagian di negeri ini mengadakan sidang akhbar pada 20 Januari untuk mengisytiharkan bahawa mereka hilang keyakinan dalam kepimpinan Mukhriz. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mukriz ni mmg lokek sket,bini heols plak spesis lupe daratan.dulu kje kat sogo je minah ni mase cuti sem kat U. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah kalau misi korang berjaya. Kerja 'keras' tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|