CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
 Author| Post time 3-2-2016 11:39 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 4-2-2016 02:52 AM

Lupa nak gtau. KK dah tak buat diari rawatan lagi cam taun lepas. So banyak info yang ingat-lupa. Kalau ada kompius @ silap sila gitau yer. Tengkius.

2. Suatu Sabtu di Batu Caves

Sorang lagi member ofis dah tersampuk. Panggil dia Mimi. Satu pagi, Mimi ngadu yang dia lupa teruk sangat sampai dah tak ingat lorong mana nak masuk opis. Sebelum2 tu dia memang citer kuarga dia ada saka, dia pernah lebam2 teruk kat badan sampai gi klinik mintak ubat. Tapi kalau ganggu kerja tu sianlah. KK ofer nak drive dia gi berubat. Dia ajak di Darul Ruqyah kat Sunway Batu Caves.

Perawat kat sini sorang jer. Ust Ahmad la, katakan. Lupa namanya. DR ni tak buat rawatan ruqyah. Dia cuma scan pesakit pastu cadangkan ubat yang sesuai. Kene isi borang siap2 tulis apa simptom yang kita alami. Daftar bayar sepluh ingget. Borang tu nanti kita bawak sniri serah kat ust Ahmad. Dari pagi tunggu, sampai asar baru giliran Mimi dan KK dapat jumpa ust. Sepanjang menunggu tu KK punyalah gelisah. Nasib baik ada Mimi layan borak. KK cakap ngan Mimi, nak join dia scan. Nak tau ada lagi ke benda menepek kat KK ni? Kalau ada, nak jugak dengar komen perawat baru... (masa ni sebelum maulid. silap susun timeline)

Tapi sudahnya KK tak jadi scan. Sebab bila masuk bilik duk depan ust je KK terus letih, tengkuk berat cam tengah kene ruqyah. KK sandar je kat dinding sambil senyum2 tengok Mimi kena scan. Cover konon! Lepas habis ust cakap pasal Mimi, ust tanya kenapa KK tak jadi scan? Dia nampak KK tarik balik borang pendaftaran, tak bagi kat dia. KK bagitau la sebenarnya KK memang ada gangguan. Ust belum pegang lagi KK dah nak rebah. Kalau ust pegang+baca ruqyah nanti tahapa jadi tak taulah. Ust pun kata ok, kalau camtu dia memang takmo scan pun. Sebab dia tak suka pesakit kerasukan. Makan masa nak pulihkan.

Sambil sandar tu KK tanya ust, kenapa ada perawat ruqyah menjadi, ada yang tak menjadi? Ada perawat yang buat KK mengamuk, ada yang KK tak rasa pape pun? Cam ust Ahmad ni lagi la, baru duduk dekat je pun KK dah sakit. Ust Ahmad kata, itu sebenarnya bergantung pada kekuatan perawat tu sniri, sejauh mana dia amalkan ilmu dia. Kalau pedang diasah kan tajam, camtu juga ilmu dan amalan. Apapun semuanya atas izin Allah jua.

Lepas jumpa ust tu, KK ajak Mimi keluar dari tempat tu cepat2 sebab KK rasa nak pengsan sangat. Dah la KK yang drive. Kang cemana pulak nak balik. Lepas drop Mimi kat umah dia, KK terus balik umah. Sepanjang perjalanan tu punyalah berat kepala... Tak tahan sangat sudahnya time azan maghrib KK berenti tido kat plaza tol.

Lepas2 tu Mimi teruskan rawatan ngan Ust Ahmad. Dia pergi dengan orang lain pulak. KK dah takde gi situ lagi. Walaupun KK rasa ust Ahmad ni kuat 'bateri' dia, tapi KK tak rasa nak switch rawatan ngan dia. Belum putus asa ngan DS lagi. Kalau korang ada yang nak try kat Darul Ruqyah ni silalah. Femes juga ust ni masuk TV apa sumer...

3. Tahun Baru di Masjid Wilayah

Malam taun baru ritu Ikim buat program kat Masjid Wilayah. Ada konsert ada ceramah ada qiam apa sume la. Esoknya siang taun baru, diorang panggil Ust Dusuki Abd Rani buat bedah buku rawatan Islam. KK join la jugak buat tambah2 pengetahuan. Tak tau rupanya dalam program tu ada sesi baca ruqyah beramai-ramai!

Ya, ruqyah beramai2 dalam dewan. Ust Dusuki ni rupanya ada pusat rawatan Islam jugak. Beliau bawaklah anak2 murid sekali untuk handle apape kejadian tak diingini, sekiranya berlaku. Katanya taun lepas pun buat camni gak, ada peserta yang kerasukan tetengah public tu. Huhu... Cuaknya KK masa tu.... tapi still nak cabar diri tengok apa jadi. Pengalaman baru nak tengok majlis camni.

Peserta diingatkan supaya kekal fokus pada bacaan. Kalau ada orang menjerit ke, muntah ke, buat dunno je jangan pandang. Nanti ada orang handle. Sesi ruqyah tu berlangsung agak tergesa-gesa sebab masa dah nak habis. Walaupun kami dibekalkan kertas doa sorang-satu, tapi ust baca langkah2 so terkial2 jugak la kitorang mengikut. Tengah ruqyah dibaca tu ada la peserta yang muntah2. Anak murid ust pun sibuk la ke sana-ke mari bagi plastik dan tolong peserta2 yang terkesan dengan ruqyah tu.

KK jadi apa?

Hehehe........ KK tergelak2 ngan nenek sebelah yang sibuk cari mana doa yang ust baca. Sebenarnya buat-buat gelak, sebab KK dah rasa tak best sangat dalam badan. Jangan, jangan nak buat drama kat situ ye. Sila bertahan! Bertahan dengan mendistract fikiran KK biar tak dengar bacaan ruqyah tu betul2.

Gelak la aku kat situ cam tak betul. Sambil baca sambil gelak sambil tengok orang muntah. Sambil ngumpat orang tu dalam hati, 'eleh, muntah pun nak kuat-kuat'. Jahat kan aku.

Habis sesi tu KK balik. Rasa nak gi DS buat rawatan. KK menyimpang gi Bangi. Tapi rawatan petang dah ramai sangat. KK ditolak ke klinik malam. Tunggu la situ sampai malam. Gi lepak dulu mandi2 kat masjid an-Nur. Nasib baik bawak baju lebih sebab semalamnya tido masjid Wilayah.

Rawatan malam tu si budak ni menggila. KK tak sangka jadi camtu. KK dapat baca ngan Ust Yusuf yang baik. Tak kasar langsung. Tapi dia sangat gigih baca kat KK lama2. Dia tanya katner rasa sakit, KK gitau kat tengkuk belah kiri. Ust Yusuf baca sambil gosok situ. KK rasa ngilu sangat2 sampai keluar amuk. Daripada duduk atas kerusi sampai turun ke lantai. Daripada elok pakai tudung sampai tercabut tudung. Pastu KK (@ siapa pun la kat dalam ni) gelakkan dan padankan muka ust sebab terpaksa tengok aurat pempuan. Ust Yusuf ni buat kering je baca cam takde pape berlaku.

Ust Yusuf minta bantuan kawan dia, ust Ayub untuk handle KK. Masa rambut KK berjurai2 cam pontianak harum tu, KK dengar ust Ayub cakap, 'Hei... buruk la anak dara macam ni.' Tau KK jawab apa...

'Aku bukan anak dara.'

Haram. Haram betol menatang nih! Kalau nak ngaku bukan anak dara keluar la dari badan KK dulu. Pastu nak masuk balik masuk la. Ni guna mulut, suara dan badan KK untuk kata dia bukan anak dara. Geramnya! Malu KK! Kalau KK boleh pegang dia ni memang dah kene hantuk2 kat dinding!

Make it short. Pastu gelas pecah. Pastu hantuk kepala kat lantai. Pastu last sekali kene tenyeh ngan minyak wangi sambil ust baca ayat Kursi. Masa ni KK bebetul sedar. Dalam hati KK terdetik, 'eh, aku buat apa ni?' Terus KK capai tudung dan tutup rambut. KK mintak ust keluar sebab KK nak pakai tudung. Ust pun yakin KK bebetul sedar, diorang keluar. Lepas pakai tudung KK duduk tangkup muka kat kerusi. Letihnya Allah je yang tau. Kenapa KK tak pengsan pun tak tau la. Ust datang tanya cemana nak balik? Masa tu dah dekat pukul sepluh malam. Kalau tak larat drive, ust nak cari org hantarkan balik.

KK cakap ok je, biar KK rehat dulu. Bila dah okey sikit baru KK nampak sekeliling. Rambut KK bersepah2 atas karpet. Malunya... KK cecepat kutip sebelum ust masuk balik. Pastu ust Yusuf tanya latar belakang kuarga KK. KK cite la sikit. Ust suh datang lagi buat rawatan. Memang tobat la KK tak datang dah klinik malam tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2016 12:12 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 4-2-2016 01:23 AM
shieda replied at 3-2-2016 10:50 PM
KK sy cadangkn KK try produk yg dibuat dr daun bidara,cthnya gel mandian dan pati bidara...it seem ...

Tima kasih Shieda. Lama tak jumpa Memula dulu KK buat jugak mandi air daun tu. Pastu dah stop sebab tak sempat nak tumbuk2 daun seblum mandi. Perawat bagi daun bidara, daun durian belanda sume kering jer dalam plastik. Huhu.
Ow yang gel pun okey ye.. ingatkan bila dah proses dia tak jadi. Boleh la try jugak. insyaAllah.


Kelmarin buat jugak mandi air daun ni (sejak sekian lama tinggal). Tapi KK bedal sekali satu plastik tu buat mandi. Dah tumbuk letak dalam bekas campur air doa, KK yasinkan pulak seround. KK biar air tu lama sikit sebab buat keje lain dulu seblum mandi. Pastu tengok warna air tu bertukar jadi cam kemerah2an. Memang cenggitu ke kalau biar lama?

Lepas mandi jadi sakit kepala sangat cam otak bengkak. Tah la efek daun bidara tu ke apa... KK buat xtau je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 01:23 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 4-2-2016 01:05 PM

4. Tips Sound Perawat

Amboi, poyo betul nak sound2 perawat kan. Takdelah.

KK cuma terasa kesal sangat kenapa sesetengah perawat layan KK macam jin. Maksudnya, berkasar ngan KK walaupun dah cakap KK sakit... Memanglah KK meracau dan pukul2 diorang. Tapi sebenarnya KK sedar. Cuma KK takleh kontrol apa yang berlaku. Bila kuat, KK dapat kontrol. Dapat sound perawat yang telebih kasari KK. Dapat tahan tangan kaki daripada membedal perawat. Bila tak kuat, KK tenggelam la kene tunggang ngan setan.

Kejap KK. Kejap bukan. Yang penting KK sedar dan malu dengan apa yang berlaku.

KK ngadu kat Eda pasal ni. Cerita kat dia pasal tudung KK tercabut apa sume. Memang KK sniri cabut pun masa ngamuk tu. Takde salahkan ust. Cuma jauh di sudut hati KK lebih suka kalau waktu tu ust berenti ruqyah dan biar KK cool down. Eda ngucap panjang dengar. KK memang suka consult ngan dia sebab dia lebih berpengalaman buat rawatan ni.

'Macam tu, kalau rasa yang cakap tu ialah KK, mengucap dulu pastu baru cakap ngan perawat. Bila boleh mengucap, perawat akan tahu itu KK,' pesan Eda.

'Ooo... ngucap dulu. Camtu rupanya. Malangnya, most of the time takleh ngucap pun. Nak sebut nama sniri pun kompius,' KK balas.

'Takpelah, sekurang-kurangnya KK dapat ingatkan perawat,' kata Eda lagi.

Skarang KK dah paham maksud ustazah Amy dulu, dia kata Allah biarkan sedar sebab nak jaga KK. Memang takleh nak harap perawat jaga KK. Perawat yang KK jumpa kebanyakannya lebih anggap KK jin daripada sorang perempuan. Mungkin jugak sebab diorang dah biasa sangat handle pempuan kerasukan sampai takde rasa apa lagi. Cam doktor la kalau selalu sangat bedah mayat lelama dah rasa cam bedah patung.

Lately KK sniri letak rules kepada perawat. Jangan bawak KK masuk ICU. Tolong stop kalau KK ngamuk. Jangan kasi KK minum ngan gelas, takut KK pecahkan. Dan akhirnya, jangan pegang KK. Tah cemana perawat nak merawat kalau dah banyak sangat pantang camni.

5. Budak Kecik from Nowhere

Sebenarnya memang boleh merawat tanpa pegang. Untuk kes KK la. Orang lain KK tak tau. KK (@ whoever dalam ni) memang boleh disakitkan dengan semata2 dengar ruqyah je. Contohnya, Ust Zaidi yang KK biasa ni.


Satu hari weekend ni, KK rasa sangat tak stabil. Rasa taknak berubat, rasa nak nangis, tapi paksa diri gak gi DS. Dalam keadaan camtu KK memang tak berani baca dengan perawat yang kasar2. Takut terus mengamuk langsung takleh kawal. So KK request ust Zaidi yang lemah lembut ni. Sambil tunggu giliran, KK ulang2 baca
'la haula wala quwwata illa billah' banyak2 kali. Akhirnya KK insaf yang KK memang tak mampu kawal diri. Selama ni Allah yang tolong KK dengan kekuatan Dia. Sebab, dah banyak kali KK datang DS dengan penuh 'persediaan', dengan minda positif, semangat ceria, sudahnya kena ruqyah aku ngamuk juga.


Kali ni KK datang dengan perasaan tak tentu arah, trauma dan rasa takut pada perawat... dan tak tau cemana nak tenangkan diri lagi. Mampu minta tolong Allah je jaga KK jangan jadi bukan2 cam selalu.


Ust Zaidi pun nampak keadaan KK yang tak tenang. Dia guide KK baca ikrar pemutus, untuk putuskan apape ikatan yang ada antara KK dan si dia dalam ni. Merepek2 mulut KK sambil nak habiskan baca ikrar tu. Kejap dapat ikut, kejap meracau. Last2 habis jugak baca. Ust baca ruqyah lepas tu dia tak mengamuk, cuma menangis je mendayu-dayu dan merengek dengan suara yang sangat .............. comel ke?


KK pasti. Tu suara KK. Mestilah suara KK sebab keluar dari tekak KK. Tapi suara tu KK tak pernah buat kat sesiapa pun dalam dunia ni. Suara yang sangat manja macam budak kecik.


Sebelum ni pernah keluar juga suara tu, masa berubat kat Ampang. Yun bagitahu KK merengek2. Masa berubat tu KK tak peka sangat sebab perut sakit kene tepuk.


Kali ni KK dengar dengan jelas sebab dia tak mengamuk. Dia cakap tak nak keluar. Tak nak pergi mana-mana. Nak duduk dengan KK je. Pastu merengek merayu la sakit. Sampai KK dengar suara Ust Zaidi pun berubah jadi nada kesian dan simpati. Masa tu KK tunduk je dan mata terpejam. Memang urat2 badan rasa ngilu takleh nak explain. Bila Ust Zaidi diam, dia bukak mata jeling apa Ust buat.


Tamat sesi rawatan tu KK baru boleh betul2 pandang ust. Baru keluar suara KK yang normal, jawab salam ust. KK tanya ust, siapa yang cakap tadi tu? KK ke? Ust senyum je. KK dah termalu kat situ sebab cakap manja2 depan laki walaupun bukan KK yang cakap pun. KK bangun dan ciao laju2. Malunyaaa!!!


Apapun KK syukur sangat tak jadi apape yang teruk haritu. Mungkin berkat zikir hawqolah. La haula wala quwwata illa billah. Tiada daya kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 02:32 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 4-2-2016 07:09 AM

6. Jadi Keluarga DS

Alhamdulillah, akhirnya KK pun jadi sebahagian keluarga besar DS. Batch KK ni ramai juga pesakit masuk jadi pelajar. Mungkin setiap batch pun macam tu kot. Hari pertama sangatlah mendebarkan. KK takut jadi pape yang tak diingini bila duduk dalam majlis Tuan Guru Dato' Harun Din. Selalunya bila bayang muka Tuan Guru je KK dah rasa cam nak menggelupur.

Kuliah pertama ialah sesi pengenalan. Tuan Guru ceritakan latar belakang beliau dan DS. Cemana cawangan-cawangan dibuka. Tuan Guru jelaskan skali citer beliau pindahkan jin satu bas. Sampai Sultan Brunei pun tanya beliau kesahihan citer tu. Memang tak sahih pun. Confirmed.

Perasaan KK masa tu dalam pada excited, rasa menyampah pulak tengok muka Tuan Guru. Bila TG buat lawak KK gelak. Tapi dalam hati cakap, 'eleh, lawak la sangat annn...' Benci betul perasaan bertentangan camni. Selalu berlaku camni kat guru-guru yang KK suka. KK ignore je buat xtau. Waktu TG citer latar belakang perubatan Islam, beliau sebutkan hadis Nabi merawat orang kerasukan.
Ada dialog berbunyi, 'ukhruj ya aduwallah!' - 'keluarlah hai musuh Allah!' TG sebut dialog tu kuat2.

Doe... perut KK yang memulas, loya. Tetiba kepala pening. Perasan pulak yang dalam ni orang cakap ngan dia. Padahal Tuan Guru cerita sirah Nabi. Apapun nampaknya dia memang bereaksi. Dari pening jadi sakit kepala. Bila habis kelas, drive balik umah kul 11 malam, KK jadi marah tak ketahuan. Rasa cam semua kete atas jalan tu nak race ngan KK. Padahal bape bijik kete la yang ada tetengah malam tu. Pantang nampak kete kat depan KK terus tekan pedal dan potong dia laju2. Makin KK istighfar, pujuk hati, makin rapat kaki tekan pedal minyak. Mujur la jalan lengang dah memalam tu. KK takut sangat ngan diri sniri.

Dah nak tidur tu kepala masih sakit. Menjalar pulak sakitnya ke biji mata. KK pikir habislah, esok pagi aku bangun bijik mata ni dah pecah. Hoho sib baik bangun ada lagi.

Esoknya lepas baca yasin kepala sakit balik. Gi keje dalam keadaan blur cam separuh mamai. Baca apape nampak terapung. Mental block. Camne ni... baru satu hari kelas dah jadi camni. Fade up pulak rasa. KK bincang ngan Yun boleh ke nak atasi kesan gangguan ni dengan drug? KK terfikir nak jumpa psikiatris dan mintak antidepressant. Yun kata sesetengah kes memang boleh. Cam dia yang kena main kejap2 jadi darah tinggi, lepas makan ubat jadi okey je BP dia.

Rabu. Badan KK pulak menggigil tahapa pasal. Ni tak tahan nih. Mintak EL dan terus call member ajak teman gi DS. Kat sana dapat giliran baca ruqyah ngan ust Ali kiut yang KK pernah terajang dulu. Adoi malunya. Ust Ali terus pass KK kat ustazah. Lepas rawatan ni alhamdulillah lega. Ustazah nasihatkan KK jangan miss kelas walau apapun berlaku. Godaan ke, rasa menyampah ke apa lantakkan jer. Cemana susah pun datang jugak. Dan, JANGAN AMBIL DRUG. Buat rosak otak kau jer.

Tulah citernya kali pertama masuk kelas ngan Tuan Guru Harun Din. Kelas kedua cuma mual jer. Kelas seterusnya dah takde rasa apa lagi. Nyampah tengok muka TG pun dah hilang. Alhamdulillah.

7. Kesan Lepas Berubat

Selama ni KK ingat, kesan lepas rawatan mestilah jin @ gangguan tu pergi tinggalkan kita selama2nya. Rupanya kalau dia masih ada pun KK boleh rasa cengkamannya berkurangan. Skarang Alhamdulillah KK dah rasa lebih baik. Takde istilah 'back to normal' sebab KK tak pernah normal pun sebelum ni. Ni baru nak jadi normal. Macam baru keluar dari kelambu. Banyak benda yang jadi jelas dalam fikiran, contohnya perkahwinan. @evilcooler pernah cakap sebelum ni yang KK tak rasa nak kahwin sebab bawaan gangguan ni. Mungkin ada benarnya. Sekarang baru KK dapat faham dan terima yang perkahwinan tu satu proses normal untuk dilalui manusia. Kesian kan, KK dah 30 taun baru paham benda ni. Orang dah beranak-pinak dah.


Otak KK yang pelupa, disorganize cam parkinson pun dah takde lagi. Alhamdulillah. Ini yang paling KK syukuri. Sebab tanpa otak, apalah fungsi manusia atas dunia ni. KK bekerja ngan laju dah tak toleh belakang lagi. Sesekali tengah kerja tu KK terberenti, terfikir betapa syukurnya KK dah sembuh, dah sampai tahap ni, daripada sebelum ni KK rasa nak mati. KK berterima kasih sangat kepada semua perawat yang tolong KK. Tak tahu macam mana nak balas budi diorang.


Tapi bila dah tenggelam dengan kerja, sampai 2-3 hari stayback kat opis, dah takde lagi ngaji tengah malam, datanglah balik benda2 tak diundang. KK rasa balik mencucuk2 kat badan. Yang bergerak2 bawah kulit tu skarang turun ke bawah pusat pulak. Tau je dia mana nak nyorok bila KK dah tak bagi perawat pegang badan. Mimpi2 pun makin ekstrem sampai KK dah tersekat nafas dalam tido. Kalau tuhan tak bangunkan tu memang langsung mati tak sempat ngucap.


Bisikan2 hati jangan cakaplah. Meracau dalam sedar dah jadi normal. KK dah tak tau mana satu diri KK yang sebenar. Rasa macam yang merapu meracau tu pun KK juga. Kalau betul itu jin, macam mana dia bleh guna otak KK, segala pengetahuan, pengalaman KK, kawal suara dan angota badan KK? Cemana benda tu berlaku? Jangan2 takde jin pun. Tapi KK yang sakit mental. Bila perawat suh 'keluar' pun KK tak pernah rasa ada pape yang nak keluar. So takyah la gi berubat... sebab taktau apa yang nak dibuang... kan.

Macam dah tertukar ngan akak Clover. KK plak masuk fasa in denial tuh.

Dah malas nak fikir. Lantaklah KK siapapun. Yang penting selagi boleh kerja, KK kerja.

The nightmare is over. Sekian update. Tima kasih daun keladi yang sudi baca.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 10:37 AM | Show all posts
btabahlah kelipkelip... jgn la bputus asa...
KK berterima kasih sangat kepada semua perawat yang tolong KK. Tak tahu macam mana nak balas budi diorang.

trs berusaha.. tu jawapan dia.. meke buat part meke, kelipkelip buat part kelipkelip k..
usaha meke terhad, stakat bila kelipkelip blh jumpa meke.. tp usaha kelipkelip tu, akn tletak pd kelipkelip sniri hadnya..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 01:18 PM | Show all posts
halimi78 replied at 4-2-2016 10:37 AM
btabahlah kelipkelip... jgn la bputus asa...

trs berusaha.. tu jawapan dia.. meke buat part meke, ...

Tima kasih ab Limi ab Limi ni perawat jugak ke? Asal nasihat tu rasa cam jujur sangat menusuk ke ati neh...

Sebenarnya kan... dah tak sanggup nak lalui proses 'suppress' yang uncle AhKwan pernah cakap dulu. Sakit. dan Malu. Tapi mende nya tak keluar2 jugak. Terdetik nak keluar ade la sekali-dua time sedar tapi waktu rawatan berlagak kemain dia. Fade up rasa.


Time weekdays rasa macam 'okey, weekend ni gi berubat'.
Bila tiba weekend betukar jadi 'senarnya mana ada pape kat aku ni. Tak malu ke tersorong2 gi DS? Perawat tahu tau yang kau buat2.'


Benci dah nak hadap situasi ni tetiap minggu. Over and over and over.
KK dah tak caye KK ade jin. Tak percaya diri. Tak percaya ape dah kecuali tuhan.


kene take a break dulu kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2016 01:40 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 4-2-2016 01:18 PM
Tima kasih ab Limi  ab Limi ni perawat jugak ke? Asal nasihat tu rasa cam jujur sangat ...

me org bese2 jah.. sama je mcm org lain, skadar singgah2 jln2 cr pasal..
proses 'suppress' tu xleh nk komen sbb me x reti mende.. maaf lah..
cumanya, dlm apa keadaan pon, jasmani dan rohani akan sentiasa terkait..
walau jasmani kuat, tp rohani lemah.. akn sampai masanya jasmani pon akn jd lemah..
kalo jasmani lemah, rohani pon lemah.. makanya lbh mudah kita tombang...
kedua elemen biar seimbang.. kalo kata org tua2.. kalo badan kita kasi mkn, rohani pon kena isi jugak..
dan pengisian rohani takdak org blh buat kecuali diri sdiri..
sbb tu kata apa yg perawat blh buat terhad, kalo nk dbanding dgn apa yg empunya badan blh buat..
selama kita msh punya kesedaran diri, makanya peluang utk mengisi rohani tu tetap ada..
kalo dah x sedar diri tu mmg xleh nk watpape la.. kalo dah mcm meke yg kat icu tu kan..
kunci dia 1.. yg ptg sgt.. ikhlas.. dgn keikhlasan insyaAllah akan dtg rahmat Allah..
tolak ke tepi rasa tpaksa.. apapon amaln nk buat.. tetapkan niat yg 1.. lillahi ta'ala..
insyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 02:16 PM | Show all posts
check in....arwah bapak aku pun mmg baran...raya taun lepas..mak aku ada keluarkan dua barang kepunyaan arwah...satu parang panjang,katanya parang terbang..satu lg pisau,katanya bila terkena pisau tu lukanya parah bawa ke mati..Wallahualam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 4-2-2016 02:32 AM
6. Jadi Keluarga DS

Alhamdulillah, akhirnya KK pun jadi sebahagian keluarga besar DS. Batch KK ni ...

KK ada je shieda kat mps ni tp byk SR je ..cuma kadang2 terpanggil utk komen...

Shieda pun lalui apa yg KK lalui...walau benda yg ada dlm bdn tu wat hal mengamuk ,ketawa ,jerit dll shieda sedar tp x boleh nak kawal... kalau perawat kesape pegang kuat2 ke apa mmg rasa sakitnya...dan menatang suka la..sbb dia akan kata 'bkn aku yg sakit tp diri shieda yg sakit' ...jahat kan

Yg part denial tu ya gak...smpi satu tahap dok berkata2 sendiri...ya ke jin yg dok mengamuk merapu meraban bagai ni ke aku sendiri ni yg cam ni...kenapa aku x leh kontrol menda tu...benda yg aku cakap ni sebenarnya aku ke yg nak cakap menatang tu...hampeh tul sebenarnya...

Yg gel bidara tu boleh contact nbr ni 012-3304799 - bahariah ... harga shieda taktau sbb yg shieda punya tu hadiah dr kawan...memula x sangka ada effect gel tu ....tp dgn izin Allah ada gak perubahan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:51 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 10-12-2015 10:21 PM
Diari treatment aku bersambung...

weekdays. jumpa ust Leman.

cite ni seram vs kelakar... apepun... dia tu selalu ada dkt bawa paha.. atau tempat sulit.... .


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 05:58 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 12-12-2015 07:25 PM
So... itu la ending chapter rawatan aku. The entire story belum habis... sebab aku masih bernafas la ...

macam x berbaloi ja.. g ds akhirnya perawat dah give up.. penat je hbs duit minya keta. tenaga... .
ingatkan dpt buang jin tu ... harap tt g cari tok bomoh kalu blh yg perempuan... . aq pun ada cerita juga.. nnti la bila free aq post
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 07:37 PM | Show all posts
halimi78 replied at 4-2-2016 01:40 PM
me org bese2 jah.. sama je mcm org lain, skadar singgah2 jln2 cr pasal..
proses 'suppress' tu x ...

Tima kasih ab Limi. Memang betul tu bos KK pun selalu pesan kat kitorang yang bermasalah gangguan ni supaya jaga kesihatan badan juga (di samping yang rohani tu kan). Sebab bila badan lemah xcukup makan xcukup tido, rohani kita pun xkuat.. senang dia kaco.
Bos ni pun mangsa gangguan yang xsembuh2 juge. Sebab tu staf yang kene kacau hantu sume dia sayang. heheh.


Suppress tu ab Limi, kekdah memaksa keluar si makhluk seni yang menumpang ni. Lain perawat ada lelain cara dorg guna... Nasi badan la kalau dapat perawat yang guna cara keras tapi sampai ke sudah dia takmo kuar juga.
Memang nak dapat ikhlas tu yang susah. Gi berubat pun selalu niatnya berubah2 ke lain. InsyaAllah cuba improve mana yang mampu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 07:40 PM | Show all posts
ahlee81 replied at 4-2-2016 02:16 PM
check in....arwah bapak aku pun mmg baran...raya taun lepas..mak aku ada keluarkan dua barang kepuny ...

huh seramnya kalau bab senjata2 ni... since arwah ayah ko pun dah takde, takmo ke korang lupuskan senjata2 tu? Yang jenis terbang2 ni selalunya ada benda lain yang menerbangkan dia. Korang adik-beradik takde alami pape yang pelik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 07:49 PM | Show all posts
shieda replied at 4-2-2016 02:50 PM
KK ada je shieda kat mps ni tp byk SR je ..cuma kadang2 terpanggil utk komen...

Shieda pun lalu ...

Tu la kan... hangin sungguh bila kita yang sakit tapi dia rilek je kat situ. KK pernah 'dia' senyum2 ejek ust cakap tak sakit sedangkan dalam masa yang sama KK sakit sangat kena picit. Acaner tu bleh ada dua reaksi dalam satu rasa? Huhu....

Shieda masih berubat ke atau dah sembuh? Sharing2 la pengalaman Shieda plak kat sini. Nak gak tau kalau ada tips2 berguna yg KK bleh ambik. KK ske consult ngan member2 yang bermasalah camni dan ambik tunjuk ajar diorang. Bagi KK nak hadapi problem ni kita bukan kene kuat rohani je, tapi kekuatan psikologi pun kene ada sebab dia ni duk main fikiran kita sentiasa... kan.

Kat DS ada jual gel mandan bidara ni. 25 ingget sebotol. Nanti KK try beli gak la. Tapi, eh... air bidara tu nak kene teguk sket kan. Dah cane plak nak teguk gel mandian nih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 08:06 PM | Show all posts
kumen2 replied at 4-2-2016 05:58 PM
macam x berbaloi ja.. g ds akhirnya perawat dah give up.. penat je hbs duit minya keta. tenaga...  ...

hoih sedapnya ayam goreng tu kumen2.... lapar lak nengok. kumen ni tengah merempit pos yang belakang2 yer. hati2 di jalan raya K.
Sebenarnya memang berbaloi gi DS. tak pasal2 KK dapat masuk belajar jadi murid Tuan Guru. Alhamdulillah. Banyak juga kesan2 gangguan yang dipulihkan. KK dah bleh kerja cam manusia normal xde lagi lupa2 @ salah2 taip manjang... biji mata bergerak sniri atau pijak lantai rasa terapung sume dah takde. Alhamdulillah.


Cuma bila benda tu nak keluar, Allahu a'lam. Ada la hikmahnya Allah buat gini. Mungkin nak temukan jodoh KK dengan salah sorang perawat ke, mana tau kan

Tapi namanya nak cari bomoh tu memang tak la kumen... ramai lagi perawat Islam yang KK belum cuba. Otai2 baik ati dalam ni pun KK belum contact lagi. Insya-Allah rawatan dengan al-Quran tu yang terbaik. Perawat memang cemacam perangai tapi kebenaran al-Quran tetap sama. KK yakin 100%. btw thanks for ur suggestion
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 10:49 PM | Show all posts
Terid kk jah akak berani petik..apa yg kk rasa, itu yg akak rs..dan alami..seakan coretan kk mewakili diri akak...
I am not alone....kita senasib..cuma mungkin punca yg berbeza...yg sampai saat ini akak masih belum ketemu kata kekuncinya...

Moga allah mempermudahkan urusan kita semua..aaameenn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2016 02:27 AM | Show all posts
alhamdulillah.. selesai gak merempit, semalam x dan nak abiskan dah pukul 3 pagi.. cari buat maintenance .. huhuhu... ada benda nak tanya kk ni..tapi nanti2 lah.. semoga ALLAH permudahkan segala urusan kk dan kita semua..aminn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2016 07:56 AM | Show all posts
Clover_Hill replied at 4-2-2016 10:49 PM
Terid kk jah akak berani petik..apa yg kk rasa, itu yg akak rs..dan alami..seakan coretan kk mewakil ...

Ya kak modus operandinya sama je. Kalau gi interviu pesakit2 kat DS rata2nya alami benda yang sama.... Tapi cemana reaksi diorang meracau @ menjerit @ belasah orang (cam KK... huhu) bergantung pada tahap kekuatan rohani masing2. Makin banyak kita protect diri dengan zikir2, makin kuat kawalan diri kita baik waktu sedar @ waktu diruqyah.
Walaupun KK risau bila akak menyepikan diri tapi jangan la pulak akak memaksa diri... Rehat2kan minda. Jangan fikir mende2 ni. Kuatkan semangat akak balik nanti dah tenang kita gebang2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2016 07:59 AM | Show all posts
degil81 replied at 5-2-2016 02:27 AM
alhamdulillah.. selesai gak merempit, semalam x dan nak abiskan dah pukul 3 pagi.. cari buat mainten ...

yay sampai garisan penamat!

akak chantek nak tanya apa tanyalah. kat PM pun bleh kalau cam open sangat kat cni... ^^
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 8-12-2015 08:13 PM
Takpe... ko jangan gibab. Kalau dah namanya manusia tu memang PASTI terbabas. Kat terbabas tu la t ...

Tt kenapa aku terbalik ya.. Bila hari biasa aku maaaalaaaasss sgt nk solat.. Bila lampu merah, time tu la aku jd rajin.. Nk solat..nk baca quran.. Nk masuk toilet pn sibuk nk berzikir.. Tp time hari biasa x pulak..jd malas je.. Tp kt umh mak aku je.. Bila aku duk tempat lain.. Asrama atau rumah sewa elok je x malas.. Aku pun pening.. Ahh..mainan perasaan je..haha


Btw best story ko tt.. Ada umphh! Kipidap!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.167759 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list