Gadis Cina Tak Kisah Bakal Suami Gaji Berapa
Terbaharu, seorang gadis berbangsa Cina turut menzahirkan perkara yang sama di mana dia tidak kisah dengan pendapatan bulanan bakal suaminya.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @yoofriends, wanita itu ditemubual oleh seseorang tentang gaji yang perlu dimiliki oleh seorang lelaki jika mahu menjadi suaminya.
Apa yang mengejutkan adalah jawapan amoi cantik itu yang menyatakan dia tidak kisah tentang pendapatan bakal teman hidupnya.
Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung dia dan keluarga sudah cukup baginya.
“Saya tak kisah. Asalkan dia mampu tanggung komitmen bersama, okay la,” kata wanita itu.
Tidak percaya dengan jawapan yang diberikan, lelaki itu sekali lagi bertanyakan tentang lingkungan anggaran gaji bulanan bakal suaminya.
“Jadi dalam lingkungan RM berapa?” tanya lelaki itu.
“Sekitar RM2,000 ke RM3,000,” jawab wanita itu.
Faham Bukan Senang Untuk Miliki Gaji Stabil
Lelaki itu kemudiannya bertanyakan kepada wanita itu kenapa dia memberikan jawapan sedemikian.
Jelas wanita itu, dia memahami bukan mudah untuk seorang lelaki mempunyai gaji yang stabil pada ketika ini.
Malah, dia sendiri turut menjelaskan akan bekerja bagi membantu bakal suaminya itu.
“Sebab saya faham bukan senang lelaki untuk gaji stabil, saya pun boleh bekerja, maksudnya saya boleh tolong dia sampai dia dapat gaji yang stabil,” kata wanita itu lagi
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
... tetapi boleh jer ada seorang dua yg ada fikiran spt diatas.. aku pernah terbaca yang kata amoi ini sangat kalkulatif kerana budaya berniaga pada bangsa mereka... mana belanja utk makan, kenderaan rumah pakain semua, klu kelihatannya lelaki itu tak mampu maka mcm mn nak bina keluarga.. bangsa lain spt melayu ada konsep rezeki tuhan bagi jadi impak kalkulatif ini kurang sedikit, rasanyal
Post time 8-7-2024 06:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Membohong sangat. Cina yang aku kenal asyik perabih duit laki aje. Selalu cakap camni, habislah laki I kena kerja kuat lepas ni, lepas dia bershopping sakan
Post time 8-7-2024 06:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg membohong..amoi paling memilih gaji dan paling materialistic.. ni dari mulut lelaki cina sendiri mengakui perempuan cina kebanyakan nk lelaki2 yg gaji tinggi sb mereka sendiri pun memilih gaji tinggi..
..................maksudnya, dia nak lelaki bukan biawak.. nak hardworking sama2 bina kerjaya/kehidupan dari bawah sampai selesa..
bukan yang terus sapu lelaki dah stable gaji sedap, laki biasa dah kat level ni dia pulak memilih macam pilih baju, umur pulak mungkin bukan sebaya....
ciri-ciri pasangan yang perempuan nak adalah universal... ada yg ekstrem, ada yang mau jd queen, ada yg just go with the flow.. tetapi akhirnya luck dan pertimbangan yang wajar yang akan memainkan peranan