|
Apesal ko tak bukak sampul tu Aylanins...muka sapelah dlm sampul tu apesal aku pulak yang susah ati nih.....
Ipooooo... Baik ko update sekarang jugak.
Ko jangan gedik nak pegi tido nak tengok TV nak makan ke nak pegi kedai mamak....
Update cepattttttt |
|
|
|
|
|
|
|
jual mahal mulanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
adeh...nape ko pulak yg tak sabo nak nengok muka bakal somi..sabo..sabo...jangan bimbang..hancem..
psst..aku tgk bola tadi..
Kelate kalah teruk...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 21-2-2015 11:58 PM
DI LOBI HOTEL, Aylanins menanti dengan penuh sabar. Jam menunjukkan hampir tiga petang. Dia capai suratkhabar yang ada di sebelah set sofa di lobi hotel itu lalu dibaca sepintas lalu. Mata pula sekejap dialih ke arah pintu masuk hotel. Orang ramai yang keluar masuk di situ satu persatu diperhatikan. Tiada lagi kelibat Malik kelihatan di situ. Dia baca lagi suratkhabar sepintas lalu.
"Assalamualaikum.."
Aylanins menoleh ke belakang. Suara memberi salam tadi datangnya dari arah belakang. Terteleng dia mencari empunya suara yang memberi salam.
"Dah lama tunggu?" Malik melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Aylanins yang sudah kembali pusingkan badannya ke arah depan, mengadap Malik.
"Baru je..awak dari mana?" Aylanins berkerut kening. Dari tadi dia melihat ke arah pintu masuk. Alih-alih mamat tu muncul di belakangnya.
"Saya dari tandas tadi.." Malik mengukir senyum. Dia pandang wajah ayu Aylanins yang manis dan ayu tanpa secalit mekap di muka.
"Oh...ada apa nak jumpa saya kat sini?" Aylanins terus kepada tujuannya ke situ bertemu dengan Malik. Suratkhabar diletakkan di atas meja sofa.
"Hmm..awak tak sibuk ke ni? Saya tak mengganggu ke?" Malik bertanya lagi. Bimbang juga jika gadis itu tiada masa untuk mendengar apa yang akan dikatakanya nanti. Yalah...kerjaya polis seperti Aylanins mungkin tidak tentu masa waktu kerjanya.
"Eh..tak. Sebab saya free la saya datang jumpa awak kat sini." Aylanins menguntum senyum.Dia mula menggelabah. Tenungan mata lelaki itu sudah terasa menusuk ke jantung. Dari malam itu lagi dia perasan, Malik asyik melihatnya, tidak berkelip.
"Terima kasih sebab sudi jumpa saya. Saya datang ni sebab nak tahu pasal yang kita bincang hari tu.." Malik mulakan mukadimah. Kali ini matanya melirik pada jari manis Aylanins yang tersarung indah sebentuk cincin.
"Maksud awak..hal Hani? Mawar hitam?" Aylanins terus saja meneka.
Malik mengangguk. "Saya dah lama nak jumpa Hani. Saya tahu..saya dah lama tak jumpa dia dan saya dah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Saya tahu, tentu awak pandang saya ni seorang lelaki yang jahat kan?"
Aylanins tidak menjawab apa-apa. Dia hanya diam sambil mendengar butir bicara Malik. Padanya, semua manusia melakukan dosa, yang berbeza hanyalah dosa besar dan dosa kecil. Itu saja. Apa yang lebih penting, bertaubat dan kembali ke jalan benar.
"Saya mengaku, dulu saya jahil. Saya mengikut kata hati dan berkawan pula dengan mereka yang tidak pernah solat dan mudah melakukan maksiat. Benarlah orang kata, kena bijak dalam memilih kawan. Kalau tidak, kita akan turut terjerumus sama. Sepuluh tahun dulu, saya pernah menaruh hati pada Hani. Mungkin cinta monyet. Dia satu sekolah dengan saya. Saya tak tahu kenapa saya sanggup melakukannya ketika itu tapi percayalah, saya tidak pernah menyentuh Hani. Ya..empat lagi kawan saya yang lain sudah merosakkan Hani dan lepas melempiaskan nafsu, mereka tinggalkan Hani macam tu saja. Waktu tu..saya macam tak tahu nak buat apa. Saya dekati Hani yang sudah tak ada seurat benang pun di tubuhnya. Saya cuba tahan nafsu saya masa tu. Awak tahulah..kucing mana yang tidak tolak ikan kalau sudah terhidang di depan mata dalam keadaan begitu. Saya..saya.." Malik mula merasa peluh dingin mula menitis di dahi hingga ke pipi. Dia sapu dengan sapu tangan yang diambil dari poket seluar.
Aylanins masih setia mendengar. Malik seperti sudah kepanasan lagaknya, berpeluh sakan padahal suhu sejuk di lobi hotel itu.
"Saya cuba tutup tubuh Hani dengan baju jaket saya tapi Hani meronta dan mula menjerit. Saya panik, saya tutup mulut dia dan masa tulah saya raba seluruh tubuh dia tapi percayalah setakat tu saja. Saya terus saja ambil semula jaket saya dan lari dari situ."Malik tunduk. Peluh masih menitik. Sedikitpun dia tidak mengangkat muka.
"Jadi..awak..awak tak rogol dia?" Aylanins akhirnya bertanya.
Malik mendongak. Dia fobia sebenarnya mendengar perkataan rogol kerana baginya ia mengingatkan kembali kejadian sepuluh tahun dulu. Fobia melihat rakan-rakannya begitu rakus 'meratah' tubuh Hani yang tidak bermaya. "Tak..saya larikan diri dan tinggalkan dia di situ.."
Aylanins meraup muka. Pengakuan Malik itu mengesahkan yang empat lagi mangsa mawar hitam itu adalah sebenarnya mangsa dendam dari kejadian hitam itu dan itu bermakna Hani mungkin dituduh suspek utama dalam kes ini. Motif sudah jelas di situ.
"Habis tu, kenapa awak dicari mawar hitam?" Aylanins cuba mencari riak Malik yang masih tunduk. Ada riak kesal di wajah lelaki itu.
"Mungkin saya juga dibencinya sebab tinggalkan dia macam tu saja dan saya berkawan dengan orang yang sudah merosakkan Hani." Malik berkata penuh kesal. Dia tahu mungkin pengakuannya itu akan dicatat sebagai bukti nanti dalam kes mawar hitam.
"Saya tahu..saya dah mengaku depan seorang anggota polis dan awak boleh mendakwa saya kerana sudah melakukan kesalahan cubaan merogol.." Malik sekali lagi bersuara dengan nada kesal.
"Saya hanya harap yang Hani dapat maafkan saya. Saya tahu dia sedang cari saya sekarang ini untuk balas dendam. Muzafar..dialah yang beritahu saya pasal hal ni." Malik tunduk lagi sambil meraup muka.
"Muzafar??"
"Ya..dia datang jumpa saya di resort tu dan beri amaran pada saya tentang mawar hitam. Dia suruh saya minta maaf pada Hani." Malik berterus terang.
Aylanins terdiam. Patutlah dia ternampak Muzafar semasa di Pantai Batu Buruk dulu. Tak sangka, Muzafar juga pergi ke resort tu. "Macam mana dia tahu awak ada di resort tu?"
"Entah..tapi dia beritahu saya yang dia ada minta bantuan dari kawannya dan menyiasat di mana kawan-kawan yang lain. " Ujar Malik lagi.
Aylanins terdiam. Siapa yang Muzafar upah untuk menyiasat? Sebelum ini rasanya dialah yang menolong Muzafar menyiasat semua kawan satu sekolah mereka dulu dan selepas itu, Muzafar tidak lagi meminta bantuannya untuk tujuan itu.
"Jadi..apa awak nak buat sekarang ni?" Aylanins pandang Malik yang sudah kelihatan resah.
"Saya kalau boleh nak bersemuka dengan Hani. Saya nak jelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Muzafar..dia macam menuduh saya melakukan perbuatan terkutuk itu. Saya harus bersihkan nama saya." Malik sekali lagi meluahkan apa yang dirasa sebelum ini. Sungguh dia merasa cukup berdosa ketika itu sehingga trebawa-bawa ke dalam mimpi dan dalam keadaan koma selepas kemalangan pun, dia asyik bermimpi buruk dan dibakar hidup-hidup. Allah masih menyayanginya untuk bertaubat dan kembali ke jalan benar.
"Oh...saya bukan apa, awak kena hati-hati. Mawar hitam tu adalah pembunuh kejam." nasihat Aylanins.
"Saya tahu..Muzafar sudah beritahu hal itu pada saya. Saya tak takut kerana saya tak pernah rosakkan Hani. Kalaulah saya ada saksi ketika itu.." Malik meraup muka lagi.
"InsyaAllah..awak akan dilindungi Allah jika awak dah benar-benar bertaubat. Saya sokong awak untuk beritahu perkara sebenar kepada Hani." Aylanins cuba tenteramkan Malik yang sudah sugul.
"Terima kasih..hmm..cantik cincin tu? Awak dah bertunang ke?" Malik mula mengalih topik bicara.
Aylanins senyum hambar. Sempat juga Malik melihat cincin di jari manisnya. "Tak..sekadar cincin tanda.."
"Hmm..jadi awak dah terima la maknanya. Orang kata, kalau tak pakai dan dipulangkan semula, tandanya tak jadi dan tak diterima." Usik Malik.
Aylanins merasa malu pula pada Malik yang baru dikenalinya. Malik pula seperti tidak kekok berbicara soal itu walaupun juga baru kenal dengannya. "Saya ikhlas.."
"Betul ikhlas?"
Aylanins pandang Malik, pelik dengan pertanyaan Malik kali ini.
"Saya bukan apa..dari riak awak tu, saya boleh teka yang awak macam terpaksa. Yalah..kalau dah jodoh dari aturan keluarga, macam tulah." Malik turut senyum hambar.
"Maksud awak?" Aylanins pula berkerut kening. "Jodoh awak pun..pilihan keluarga?"
Malik mengangguk. " Saya redha saja pilihan orang tua. Saya tak pernah bercinta dan merasa apa itu cinta, hidup saya banyak dihabiskan pada kemajuan resort yang baru saya usahakan di Terengganu. Jadi..saya tak ada pengalaman dalam bercinta sehinggalah saya kenal awak.."
Aylanins terdiam. "Saya tak faham.."
"Sebenarnya..hati saya berdetak kuat bila pandang awak. Adakah itu cinta namanya?" Malik tanpa berselindung mula berbicara soal hati.
Aylanins tunduk. Kali ini dia pula yang terasa berpeluh.
"Maaf..mungkin saya ni jenis yang cakap lepas. Maafkan saya..saya tahu..saya sudah terlambat. Awak pun dah ditanda orang." Malik mengukir senyum.
"Oh ya..awak datang jauh dari Terengganu ni semata-mata nak jumpa saya je ke?" Aylanins cuba mengalih topik lagi.
"Tak..saya ada hal lain. Selain jumpa awak, saya pun ada hal nak bincang pasal resort saya tu dengan syarikat QS Sdn Bhd. Kebetulan saya ada di KL ni, jadi saya ingat nak jumpa awak sekali.."Balas Malik sambil matanya tidak lepas memandang Aylanins yang sudah berubah rona wajah.
Mereka berdua mula beredar dari situ. Aylanins menolak pelawaan Malik untuk menikmati juadah petang di kafe hotel itu. Dia kini sudah dirisik orang, jadi tidak manis rasanya berduaan dengan lelaki lain. Malik dilihat sudah menapak ke arah kafe seorang diri. Aylanins melangkah ke tempat letak kereta. Perlahan dia menapak ke arah luar pintu hotel. Keretanya diletakkan di luar saja tadi.
"Ayla!! Ayla!!"
Aylanins berpaling. Dia kaget.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Ayla.." Conan termengah-mengah sebaik tiba di tempat Aylanins yang di tepi kereta.
"Awak nak apa?" Aylanins masih berdiri di situ. Rasanya sejak pulang dari bercuti di Terengganu, baru hari ini dia bersua muka dengan Conan.
"Ayla..please. Kenapa awak buat macam ni kat saya? Saya tak pernah terima Arisha. Awak sendirikan tahu yang saya diperangkap. Please Ayla.." Conan memujuk lagi, kali ini berdepan.
"Diperangkap ke, terperangkap ke..semua tu dah berlalu dan awak harus bertanggungjawab. Lagi pun, eloklah kan? Ayah awak beria nak bermenantukan cucu keturunan Syed tu. Sudahlah Nan. Tak lama lagi awak dah nak nikah. Saya ucapkan selamat pengantin baru, in advance." Aylanins segera buka pintu kereta tetapi terasa tangannya dipegang Conan.
"Eii! Don't touch me!! Saya bukan Arisha yang mudah disentuh-sentuh!" Aylanins menyinga.
"Ayla!!" Conan sudah mula geram. Dia terus tarik Aylanins ke arah sebelah tempat duduk penumpang dan dia pula terus saja masuk ke tempat pemandu dan kereta dipandu laju meninggalkan kawasan hotel itu.
"Nan! Apa yang awak nak buat ni??" Aylanins sudah panik. Tak pernah Conan bertindak seperti itu. Seperti orang hilang akal.
Conan tidak menjawab. Dia terus saja menekan pedal, kereta semakin laju dan kali menghala ke lebuhraya pula. Pertanyaan Aylanins tidak dihiraukan. Membebel sebakul sekalipun, dia pekakkan telinga saja.
Aylanins semakin pucat. Dia lihat kiri kanan. Kereta itu menghala ke Negeri Sembilan. Dia menelan liur. Terasa lelaki yang sedang memandu keretanya sekarang bukan Conan tapi lelaki psiko!
"Nan..please..jangan buat macam ni. Please..saya merayu." Aylanins mula berdiplomasi. Dia tahu Conan tak akan melakukan perkara buruk padanya. Dia kenal siapa Conan.
Kereta dipandu masuk ke arah pantai dan diletakkan di tepi jalan. Conan tersandar di kerusi kereta dengan kedua tangannya masih melekat di stereng. Aylanins pula masih diam di sebelah. Perasaan takut dan panik tadi masih belum reda. Rasanya tadi Conan pecut melebihi had laju. Ah, mungkin keretanya sudah disaman!
"Nan...kenapa kita kat sini?" Aylanins mula bersuara. Dia lihat ramai pengunjung di Pantai Port Dickson itu.
Conan tidak menjawab. Dia keluar dari kereta dan berjalan ke arah gigi pantai. Di situ dia duduk sambil menekup muka. Aylanins masih berada dalam kereta, hanya memerhati tingkah Conan yang sudah benar-benar kecewa. Apakah kata-katanya tadi yang membuat lelaki itu naik berang dan terus memandu sehingga ke pantai ini???
Perlahan Aylanins menapak keluar dari perut kereta dan turut sama ke tempat Conan yang sedang duduk di bawah pokok rhu. Dia melihat kiri kanan, ramai budak-budak bermain pasir tidak jauh dari tempat duduk Conan. Dia tidak berani duduk dekat dengan Conan. Lalu, punggungnya dilabuhkan agak jauh dari Conan.
Conan mengangkat muka dan menoleh ke arah Aylanins yang duduk di sebelah kirinya. Dia senyum. Nampak sangat gadis itu takut berada dekat dengannya. Apakah selepas kejadian itu, Aylanins sudah menganggapnya seperti lelaki yang mudah ambil kesempatan??
"Kenapa duduk jauh sangat?" Tegur Conan.
"Hah? Err...tak..tak ada apa.." Aylanins menggelabah.
"Saya tahu..awak tak selesa dekat dengan saya. Maaf pasal tadi. Saya ikut sangat emosi tak stabil saya tadi. Ayla..kenapa awak terima lelaki tu?" Conan bertanya lembut.
Aylanins tercengang. Dia diam seketika memikirkan pertanyaan Conan tadi. "Apa maksud awak?"
"Saya tahu..awak dah dirisik pagi tadi kan?" Conan tunduk. Dia cuba menahan sebak.
Aylanins turut tunduk. Dia juga pelik macam mana Conan dapat tahu semua itu dan secepat itu?? "Mana awak tahu?"
"Masa tu..saya nak ke rumah awak sebab malam tadi saya tak boleh tidur. Awak tak balas sms dan call saya. Masa saya sampai di depan rumah awak, saya nampak dua buah kereta di halaman rumah awak membawa beberapa dulang. Saya hanya melihat dari dalam kereta." Jelas Conan pada Aylanins yang kelihatan bingung.
Aylanins semakin tunduk dengan mata berkaca. Dia juga sudah buntu dengan semua itu. Apa salahnya kah menerima lamaran itu? Salahnya kah yang terpaksa lepaskan Conan yang bila-bila masa akan bernikah dengan Arisha?
"Ayla..satu saja saya nak tanya awak. Awak benar-benar cintakan saya?" Conan tatap wajah tunduk Aylanins yang sudah sugul. "Answer me...please.."
"Ya.." Aylanins masih tunduk. Dia tidak mampu menatap wajah lelaki itu yang kedengaran sayu.
"Awak nak nikah dengan saya?"
Kali ini Aylanins cepat-cepat mendongak. Membuntang saat dia mendengar kata-kata Conan tadi. "Untuk apa? Jadi bini nombor dua awak?"
Conan senyum. "Tak..you are always my first and last."
"Sudahlah Nan..jangan nak buat lawak dalam keadaan sekarang ni. Awak tu, tak sampai seminggu lagi akan bernikah dengan Arisha. Lupakan saya dan saya akan cuba lupakan awak juga. Mungkin saya akan cuba belajar menyintai bakal suami saya nanti." Aylanins bingkas bangun.
"Ayla..janganlah macam ni. Saya akan meminang awak. Saya serius!" Conan turut tercegat.
"Awak dah gila ke? Sudahlah Nan! Tak habis kalau cakap pasal hal ni. Terima lah hakikat yang kita.." Aylanins sebak. Air mata yang cuba ditahan tadi jatuh juga.
"Saya tak boleh terima hakikat tu. Tak apalah..awak baliklah..tinggalkan saya di sini.." Conan kembali duduk dan melepaskan pandang ke tengah laut.
Aylanins mula merasa serba salah. Dia cuit bahu Conan. "Awak..saya..tak tahu jalan nak balik. Pandai awak bawa saya ke sini..pandailah awak hantar saya semula.."
Conan masih senyap. Dia buat tak tahu saja.
"Awak..karang kalau saya balik sendiri..entah mana saya pergi nanti. Entah-entah duk pusing-pusing sini sampai ke sudah.." Aylanins pujuk Conan lagi.
Conan bangun semula. Aylanins sudah muncung tapi sedikit demi sedikit senyuman diukir di bibir dua ulas itu. "Awak tahu tak..sebab awak macam nilah saya suka awak."
Aylanins sengih. Mereka berdua mula menaiki kereta menghala ke KL semula. Sepanjang perjalanan, masing-masing diam melayan perasaan sendiri. Kereta menghala ke hotel itu semula kerana kereta Conan masih berada di situ. Aylanins mula memandu pulang ke rumah. Conan pula menghala ke hospital. Dia perlu jenguk Hanna. Mungkin Ipo ada sekali di sana.
MALIK memerhati Aylanins yang kelihatan mesra dengan Conan, lelaki yang ditangkap basah dengan Cik Nayla di resortnya dulu. Dia berkerut kening. Apakah hubungan Aylanins dengan lelaki itu?. Asyik berfikir hal itu, dia diganggu dengan deringan telefon. Panggilan dari Muzafar. Sepuluh minit berbual, talian diputuskan. Muzafar ingin berjumpanya di hotel itu malam ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Conan sbenarnya bukan anak Tengku Saif. Dia diculik dr ibunya oleh Tengku Saif sbb bini dia mandul. Conan dan Ayla sebenarnya kembar tak seiras Mak si Ayla tu pon xtau die beranak kembor.. |
|
|
|
|
|
|
|
mak aih..ko punya speku
|
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 kan..pembunuh mawar hitam tu ialah muzaffar |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 30
CONAN melangkah ke wad yang menempatkan Hanna yang masih tidak sedarkan diri. Dari pintu wad itu, dia melihat Ipo dan Nayla bersama anak Hanna, Danish sedang menunggu Hanna di tepi katil. Danish leka bermain di situ sementara Nayla sedang berbual serius dengan Ipo. Serba salah Conan untuk melangkah masuk ke wad itu. Tentu Ipo akan marahkannya nanti. Ipo tahu tentang hubungannya dengan Aylanins dulu. Alih-alih dia ditangkap basah dengan Arisha pula. Sudahlah dulu dia bertunang dengan Nayla. Terasa hidupnya dah tunggang langgang. Bercinta dengan Aylanins, bertunang dengan Nayla dan akan bernikah dengan Arisha, semuanya dengan gadis yang berlainan. Kalau orang tak tahu cerita sebenar, sudah sah sah dia digelar 'playboy'. kasanova, kaki perempuan atau yang sewaktu dengannya.
"Assalamualaikum." Conan beri salam sebaik tiba di katil Hanna.
"Wa'alaikumussalam..haih..aku ingatkan nak gentel keropok lekor sampai ke sudah.." Perli Ipo sambil tersengih.
Conan sudah muka cemberut. Dia merapati katil Hanna dan melihat keadaan Hanna yang masih tidak sedarkan diri. "Err..Hanna macam mana? Aku rasa dah lebih dua minggu dia macam ni."
"Doktor kata..semalam jarinya dah bergerak. InsyaAllah, dia akan sedar tak lama lagi. Oh ya, kau dari mana ni? Tak beli barang nikah ke? Isi borang nikah ke? Hadir kursus nikah ke?" Ipo sindir lagi.
Nayla diam. Dia faham kata-kata Ipo tadi. Salahnya juga membuat onar masa majlis pertunangan dulu dan bertambah onar bila Conan ditangkap basah dengan Arisha, adik kembarnya sendiri. Semuanya dirasakan berpunca darinya.
"Conan...maafkan aku. Aku yang bersalah dalam hal ni. Aku pun dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan nenek. Aku kesian dengan Arisha, kesian juga dengan Nicki..." Nayla menutur lemah.
"Kau tak kesian kat aku? Aylanins?" Pantas saja Conan menyampuk.
"Habis kau nak aku buat apa? Ganti tempat Arisha? Nak ke kau nikah dengan aku?" Nayla mengetap bibir.
Ipo ketawa mengekek. Dia cuba menahan ledakan ketawanya kerana dia berada di dalam wad sekarang ini.
"Dengan kau??" Conan beliakkan mata.
"Aku pun tak teringin la nak nikah dengan kau!" Nayla membuang pandang ke arah Hanna.
"Tahu tak apa!" Conan turut mengetap bibir.
"Sudahlah..sekarang ni, korang kena fikir macam mana nak settlekan benda ni. Aku rasa semua ni berpunca dari Amir. Amir yang mulakan semua ni. Aku nak tanya kau Nay, kau dah betul-betul putus ke dengan Amir?" Ipo mula mencelah, cuba tenangkan keadaan.
Nayla senyap. Dia sebenarnya masih cintakan Amir tapi lelaki itu mudah sangat beralih arah cintanya bila ada masalah. Suka menafsir dan bertindak sendiri. Semalam dia sudah berjumpa dengan Amir dan menempelak lelaki itu kerana sanggup buat kerja gila tu! Alih-alih Conan dan Arisha yang terperangkap! Masa dia jelaskan siapa sebenarnya Arisha, Amir terduduk di situ. Barulah Amir sedar selama ini, dia sudah salah orang. "Aku dah beritahu Amir...aku ugut dia supaya jernihkan keadaan ni. Dia yang keruhkan, dialah yang patut jernihkan semula."
"Itulah..fikir dulu sebelum bertindak. Kau Conan, yang kau bawa masuk Arisha ke bilik tu kenapa? Apa salahnya kau panggil pekerja perempuan di resort tu dan tolong bawa masuk Arisha ke bilik. Kau tahu tak fitnah ni mudah tersebar dan tak mudah ditutup semula. Fitnah ni macam bulu ayam dicabut tu tahu tak. Sekali ditabur..bukan mudah dikutip semula. Sekali pun jumpa, tak semua dapat kau kutip semula.."
Conan terkebil-kebil mendengar peribahasa pelik Ipo. "Entah la Ipo.Aku sayang Ayla. Nampaknya aku akan kehilangan Ayla selamanya.."
Nayla tunduk semula. Dia sedar dia yang bersalah. "Aku akan betulkan keadaan. Aku akan berdepan dengan nenek sekali lagi. Aku akan jumpa ayah kau dan berterus terang yang Arisha akan bernikah dengan Nicki dan aku akan kembali pada Amir. Kau Conan, kau pujuklah Aylanins tu.." Nayla menarik nafas panjang.
"Senangnya kau cakap. Kau tahu tak, Aylanins dah dipinang orang?"Conan mengetap bibir.
Serentak Ipo dan Nayla pandang Conan yang sudah menyinga. Nampak sangat riak kecewa di wajah lelaki itu.
"Tapi..aku ada masalah. Linda..dia macam tak nak lepaskan Amir. Aku tak kisah dia nakkan Amir tu tapi Amir yang degil nak sambung semula kasih kami. Aku bingung.." Nayla menekup muka di sisi katil Hanna.
"Aku rasa nak lari jauh saja dari sini. Ikut Esmiranda di US sana." Sambung Nayla lagi.
"Kau jangan buat hal Nay. Kau jangan nak terikut-ikut emosi Esmiranda tu" Ipo beri nasihat.
"Kenapa?" Nayla terkejut.
"Aku dah tahu cerita sebenar. Esmiranda yang suntik Ryan dengan enzim tu. Dia jumpa Ryan di makmal dan dialah yang tulis nota kaki tu atas arahan kau. Kemudian makmal Ryan digeledah pihak polis selepas waran geledah dikeluarkan. Ryan ditahan dan masa dalam tahanan tulah, dia bertukar rupa bila dia naik angin."
Nayla terdiam. Tidak sangka, Ipo tahu semua rahsia itu. Apa pun, Esmiranda dah selamat di US.
"Eh..Hanna dah sedar!" Conan matikan perbualan antara Nayla dan Ipo. Jari Hanna dilihat sudah bergerak.
"Danish dear, come here!" Nayla terus saja panggil anak kecil Hanna yang leka bermain di tepi katil. Danish dipangku di atas ribanya. Dia sengaja sentuhkan tangan Danish dengan jemari Hanna, biar Hanna cepat bertindak balas.
Ipo perhatikan wajah pucat Hanna yang masih pejam matanya. Jari Hanna memang sudah bergerak. Conan pula terus saja panggil doktor untuk memeriksa Hanna. Bergegas doktor dan seorang jururawat ke katil Hanna. Hanna diperiksa.
"Dia dah sedar sepenuhnya.."Doktor itu senyumDia segera mengarahkan jururawat itu menanggalkan tiub yang menyalurkan makanan cair ke mulut Hanna dan menyuruh jururawat itu menyediakan makanan lain. Ubat disuntik ke lengan Hanna.
"Esok, pesakit akan sembuh sepenuhnya. Sekejap lagi, dia sudah boleh bercakap." Doktor itu berlalu pergi setelah selesai memeriksa Hanna.
Ipo meraup muka dan bersyukur. Matanya melirik pada Danish yang memanggil 'mummy' pada Hanna. Suasana sayu semula. Hanna mula buka mata. Dia melihat sekitar situ. Matanya jatuh pada Ipo dan Nayla.
"Ma...macam mana Kurt?" tersekat-sekat suara Hanna.
Ipo tunduk. Sebak mendengar Hanna bertanyakan suaminya yang sudah tiada di dunia ini. Dia pandang Nayla yang turut tunduk. Ada titis jernih turun ke pipi gadis itu. Danish pula dipeluk erat. Masing-masing diam. Tidak tahu apa yang harus dijawab.
"Ma..macam mana Kurt?" Sekali lagi Hanna bertanya.
"Hanna..please..rest ok. Kau tu tak sihat lagi.." Nayla pegang lembut jemari Hanna, cuba tenteramkannya.
"Ya Hanna..rehat dulu. Kau baru sedar.." Ipo pula membalas.
Conan hanya diam. Dia tahu perasaan Hanna yang begitu sayangkan Kurt. Nayla selimutkan Hanna dan menyuruh Danish mencium pipi Hanna sebelum mereka beredar dari situ.
Ipo dan Conan pula bersama menuju ke sebuah restoran tidak jauh dari kawasan hospital. Conan cuit lengan Ipo.
"Kenapa?" Ipo pula bertanya.
"Tu..!" Conan tuding ke satu arah.
Ipo jenguk. "Hmm..macam Hani. Dia meronda la tu. Kan dia tu polis."
"Bukan tu la..di sebelah Hani tu. Itu Malik, pemilik resort yang aku kena tangkap basah tu." Tuding Conan lagi ke arah seorang lelaki di sebelah Hani.
"Oh..jadi itulah Malik." Ipo pula berkerut kening.
"Maksud kau?" Conan turut berkerut dahi.
"Kes mawar hitam tu..Malik tu adalah lelaki terakhir dalam senarai mawar hitam. Aku hairan, dia nak apa jumpa Hani?" Ipo meneguk teh ais sambil mata tak lepas dari memandang ke arah Malik dan Hani yang seperti bertegang leher di situ.
"Jadi..maksud kau..Malik tu kenal Hani?"
Ipo mengangguk. Teringat kata-kata Amir dulu semasa dia singgah di kondominium Alif.Amir yang beria menyiasat siapa lelaki yang pernah menjadi sejarah hitam Hani. "Ya...mereka satu sekolah, sama dengan mangsa yang lain yang sudah mati dibunuh. Joe, Rizal, Ben dan Fendi."
Conan diam. Usai menghilangkan dahaga di restoran itu mereka berdua mula beredar dari situ. Hani dan Malik dilihat masih berbual dengan serius.
|
|
|
|
|
|
|
|
speku yang baik
|
|
|
|
|
|
|
|
alo lo...nape tak suke ke Malik??
dia warak ape...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab nama dia tu...
aku terbayangkan Malik Noor
tapiii ... tapiikan... Malik tu macam warak, ciri-ciri suami mithali gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
Cakap dah tamat tapi tak tamat2 jugakk..
cakap nak abihkan dlm cuti neh.. tp nmpk gaya tak abih2 gak neh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aylanins at 22-2-2015 12:49 PM
Kau tahu tak fitnah ni mudah tersebar dan tak mudah ditutup semula. Fitnah ni macam bulu ayam dicabut tu tahu tak. Sekali ditabur..bukan mudah dikutip semula. Sekali pun jumpa, tak semua dapat kau kutip semula.."
Conan terkebil-kebil mendengar peribahasa pelik Ipo.
Kikikiii... peribahasa yang pelik, tapi kena dengan situasi. Boleh dipertimbangkan untuk dihantar ke DBP |
|
|
|
|
|
|
|
aylanins replied at 22-2-2015 12:47 PM
Kau tahu tak fitnah ni mudah tersebar dan tak mudah ditutup semula. Fitnah ni macam bulu ayam dicabu ...
Eh conan dah tak bawak motor cabuk lagi tauuuu.. die up cikit.. bawak crz |
|
|
|
|
|
|
|
*flipped tudung*
hmmmppphhh... I tak heran *kembali menggunting tudung bawal sambil kesat air mata dan lap hingus*
|
|
|
|
|
|
|
|
aylanins replied at 22-2-2015 12:56 PM
*flipped tudung*
Jgn tamak ayla.. nnt conan ko xdpt.. mujapar xdpt.. malik xdpt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Malik Noor..???
tapi kaaannn...malik noor pun dh warak la ni..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|