|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Edited by elia201 at 2-2-2015 09:27 AM
Bab 38
Dato Hanafi sengaja mengajak kedua anak muda itu bertemu disini. Wajah anak bongsu kesayangannya ditenung. Kenyataan Jie sangat berbeza dengan Ku Iz. Bukan Dato Hanafi tak percayakan Jie , namun Ku Iz mempunyai bukti kukuh mendakwa Jie adalah isterinya. Walaupun berat, Dato Hanafi rasa ini tindakan terbaik. Apatahlagi ia melibatkan hukum agama. Sekiranya benar Jie sudah mengahwini Ku Iz, Dato Hanafi rasa berdosa kerana menidakkan hak lelaki itu sebagai suami anaknya. Hanya satu penyelesaian yang ada. Menikahkan semula mereka berdua di Malaysia supaya tidak ada pertikaian dikemudian hari. Status anak gadisnya juga lebih terjamin.
"Daddy dah fikir masak masak Jie. Daddy harap Jie faham yang keputusan Daddy ambil ini untuk kebaikan Jie juga. Daddy tak tahu kenapa Jie sanggup kahwin dekat US dan membelakangkan Daddy." Benar Dato Hanafi agak kecewa mendengar cerita dari Ku Iz.
"Maksud Daddy?" Hati Jie mula berdetak kencang. "Kan Jie dah cakap, Jie tak ingat kalau Jie pernah kahwin dengan dia. Setau Jie tak pernah." Jie berharap sangat Daddy memihak kepada dirinya.
"Jie.. " Dato Hanafi faham keadaan anaknya yang mungkin keliru. Dirinya juga buntu. "Tak ingat tak semestinya perkahwinan itu tak terjadi. Macam mana kalau betul Hafiz suami Jie? Jie tak rasa berdosa ke berhubungan dengan lelaki lain?" Sebagai ayah , Dato Hanafi tidak mahu Jie berbuat kesilapan dalam hidupnya.
"Daddy please ! Bagi Jie masa untuk buktikan semua." Berharap sangat Dato Hanafi mengerti.
Pandangan Dato Hanafi beralih ke Ku Iz. " Hafiz tahu tak Najiha masih ada keluarga? Kenapa Hafiz tak bawa parent Hafiz jumpa Uncle kalau betul nak kahwin dengan Najiha? Perlu ke kahwin sorok sorok macam ini?" .
Ku Iz menghela nafas. " Saya minta maaf Uncle ! Masa itu saya tak fikir apa, saya cuma tak nak kehilangan Najiha. Saya yang pujuk Najiha untuk kahwin di sana. Najiha cuma setuju untuk kahwin dengan saya kalau saya rahsiakan perkahwinan kami . Saya terpaksa ikut syarat Najiha."
"You jangan nak menipu lah Ku Iz !" Jie mula berang. Wajahnya merah padam, menahan marah. " Daddy, please ! Bagi Jie masa untuk cari kebenaran." Jie masih lagi tak putus asa memujuk.
"Keputusan Daddy muktamad Jie !" Dato Hanafi mula bertegas. " Daddy nak Jie dengan Hafiz nikah semula dekat Malaysia secepat mungkin. Hafiz dah setuju!"
|
|
|
|
|
|
|
|
punyalah aku excited. ni jeee? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-1-2015 08:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 31-1-2015 06:42 AM
Cont..
"Jie tak nak !" Jie masih berkeras. " Daddy cuma perlu bagi Jie masa 6 bulan. Jie akan buktikan dia bukan suami Jie !" Naluri Jie mengatakan lelaki itu bukan suaminya. Tapi cuma mengadakan cerita. Motif, Jie sendiri tak tahu.
"No Uncle ! Saya dah lama tunggu Najiha." Ku Iz pantas menyanggah. Kalau boleh dia tidak mahu menunggu lagi. Ku Iz sangat terdesak untuk mendapatkan Jie.
"Kalau Najiha tetap berkeras, saya terpaksa gunakan mahkamah untuk perintahkan anak Uncle kembali taat kepada saya. Mungkin ambil masa sebab pernikahan kami bukan berlaku di sini tapi saya tak kisah ! Cuma saya risaukan reputasi Uncle. Business Uncle. Apa kata stake holder kalau rumours pasal anak Uncle isteri nusyuz bertebaran? Mana Uncle nak letak muka kalau satu Malaysia heboh pasal anak Dato Hanafi sudah bersuami tapi bertunang dengan lelaki lain? Sepupu suami sendiri pula tu ! Stake holder akan mula pertikaikan kredibiliti Uncle. Silap silap Uncle boleh disingkirkan board of director yang lain." Ku Iz yakin lelaki berusia dihadapannya akan termakan kata katanya dan tunduk kepada kemahuannya. Tak mungkin Dato Hanafi sanggup melepaskan syarikat yang selama ini dibangunkan hasil dari titik peluhnya.
"You nak ugut Daddy I ke apa?!" Jie tak sangka Ku Iz sanggup bertindak sejauh itu. "Kalau you insist nak pergi mahkamah , then you suruh lawyer you file kan kes ! I'll see you in court !" Sungguh Jie tak peduli dengan ancaman Ku Iz.
Ku Iz senyum sinis. "You memang degil , kan?!" Dia sudah masak dengan perangai Jie. Gadis itu takkan pernah mahu mengalah. Keras kepala !
"Uncle.. Ku Iz memandang tepat ke dalam mata Dato Hanafi. " Mungkin Uncle familiar dengan Tan Sri Tengku Azhan, kan? Dengar cerita dia antara pemegang syer terbesar Megah Holding. Cuba Uncle bayangkan kalau Papa saya, Tengku Azhan , tiba tiba jual syer dia yang 30% tu?" Sengaja ayat dibiarkan tergantung. Membiarkan Dato Hanafi berada dalam dilema.
Ku Iz menambah kemudiannya. " Saya cadangkan Uncle nasihatkan anak kesayangan Uncle ini supaya buat pilihan bijak ! Saya memang cintakan Najiha ! In fact, saya berani bersumpah depan Uncle, saya takkan sia siakan hidup Najiha ! Kalau Uncle setuju, saya akan suruh Papa dan Mama untuk berbincang dengan Uncle." Nampak seperti Dato Hanafi sudah termakan kata katanya.
"Baiklah ! Hafiz boleh suruh Papa dan Mama Hafiz jumpa Uncle untuk tetapkan tarikh nikah Jie dan Hafiz." Dato Hanafi tiada pilihan lain. Kata kata Ku Iz ada benarnya. Besar risiko yang perlu ditanggung jika Dato Hanafi mengikut kehendak anak gadisnya.
"No Daddy ! Apa ni?" Pertama kali Dato Hanafi menolak kehendaknya. Selama ini Daddy tidak pernah menghampakannya. Tanpa segan silu airmata menitis dipipi. "Daddy dah tak sayang Jie lagi ke? Dia bukan suami Jie !" Jie pantas berlari menuju ke kereta. Panggilan Dato Hanafi tidak dipedulikan.
"I hate you Ku Iz !!!!!" Jie menjerit sekuat hati. Teriakan bergema didalam kereta. Kalau membunuh itu dibenarkan, Jie rasa orang pertama yang akan dicabut nyawa oleh Jie adalah Ku Iz!
|
|
|
|
|
|
|
|
gulp. Gulp. Shera gay mnaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak lama Shera akan muncul
Dia bukan gayla
|
|
|
|
|
|
|
|
Gay ada dua maksud..
Dia gay.-cantik/indah-aku rasa sebab pernah baca kamus.hope tak slh hoho.kalau tak, malu.
Dia gay-homo
Gay yang aku guna ni, yg english word punya. So Shera tu hot giler bagi aku.So, maksud aku, Shera cantik mana..
Kau sangat gay,Lilian.-kau sangat cantik.
Eh gaynyaa tempat ni!
Cantiknya. tempat.
HAHAHAHA.
You so gay, and you dont even likes boy..You dont even like..like boys..You are so gay, you dont even like boys...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 30-1-2015 10:26 PM
Zack cuma membiarkan sahaja Jie menangis semahunya dibahunya. Tak tahu bagaimana untuk menghiburkan hati gadis itu. Tak sangka Ku Iz bertindak nekad kali ini . Zack sangat yakin pernikahan antara Ku Iz dan Jie , mungkin hanyalah rekaan Ku Iz untuk memiliki Jie atau sekiranya benar pun pernikahan itu terjadi, Zack pasti ada cerita lain disebaliknya.
Mustahil untuk Jie memilih dirinya sebagai kekasih dulu sekiranya sudah bergelar isteri Ku Iz. Zack kenal Jie. Jie bukan perempuan yang murah harga cintanya. Waktu mereka berpacaran dulu, Zack sedar ramai lelaki lain cuba merebut hati Jie. Namun Jie tetap setia bersama Zack walaupun boleh saja Jie memilih lelaki yang lebih kacak dan kaya, bukan anak yatim sepertinya. Malah Zack rasa bertuah kerana pernah memiliki hati gadis itu.
Walaupun kini mereka sudah berpisah, segala kenangan bersama dulu tetap Zack kenang dan akan kekal bersamanya hingga ke akhir hayat. Sehingga kini Jie masih dicintai. Belum ada lagi gadis yang mampu menghuni hatinya menggantikan tempat Jie.
"Najiha..." Zack mengusap lembut rambut ikal Jie. Tak sanggup melihat airmata yang mengalir dipipi gebu itu. Jari jemari menyapu airmata yang masih mengalir. "Menangis takkan dapat selesaikan masalah you ! I nak you relaks dan fikirkan penyelesaian terbaik. I tahu you kuat ! Walau susah macam mana sekalipun, I akan sentiasa ada untuk you." Memang Zack telah berjanji pada diri sendiri akan memastikan Jie sentiasa menjadi keutamaannya.
"And one more thing Najiha.. you mungkin bukan dijadikan dari tulang rusuk I, untuk menemani I seumur hidup I. Mungkin you ditakdirkan untuk jadi milik orang lain. Tapi I tetap nak jadi pelindung you sehingga ke akhir hayat I. I janji I akan lindungi you dari semua kesedihan, kesakitan dan pastikan you selamat selalu. I sanggup buat apa saja asalkan you gembira. But you must promise me, you takkan menangis lagi , please?" Wajah cantik yang mendung dari tadi disentuh. "Kita cari jalan untuk settlekan hal ini sama sama. You jangan risau." Zack pasti akan ada jalan keluar untuk masalah yang melanda Jie.
Jie cuma mengangguk. Kurang sikit beban dikepalanya. Zack memang pendengar setia segala permasalahannya. Walaupun jodoh mereka tiada, Jie bersyukur Zack masih mahu mengambil berat tentang dirinya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tetap rasa Zack is the bad guy here. |
|
|
|
|
|
|
|
gay bukan lelaki suka lelaki ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ku Iz bahagia sekali hari ini. Panggilan telefon yang diterima sebentar tadi dari Jie amat mengejutkan. Gadis itu mengajaknya keluar makan malam berdua untuk berbincang tentang perhubungan mereka. Nada suara Jie juga sangat lunak didengari dihujung talian. Tiada makian dan tiada lagi kekasaran kedengaran di cuping telinga Ku Iz. Malah Jie meminta maaf di atas segala keterlanjurannya dan berjanji untuk cuba menerima dirinya sebagai suami.
Senyuman kepuasan bermain dibibir. Ku Iz tak sangka semudah ini untuk menundukkan Jie. Kalau dulu Ku Iz berjaya menyingkirkan Zack dari hidup Jie. Sekarang nampaknya Ku Iz berjaya merampas Jie dari sepupunya. Tak lama lagi mereka akan bernikah di Malaysia. Penantian Ku Iz selama in nampaknya berbaloi.
Sudah terbayang di ruang mata, Jie dan Ku Iz akan membina hidup berdua. Bahagia tanpa ada sebarang gangguan. Bergurau senda berdua. Berangan Jie akan menyambutnya dengan penuh kasih sayang di ambang pintu setiap kali Ku Iz pulang dari pejabat. Mengharap untuk memiliki zuriat bersama dengan gadis yang sangat dicintainya.
Ku Iz berjanji tidak akan sekali kali menyakiti hati atau menduakan Jie. Tak akan ada lagi waktu untuk Ku Iz berpoya poya dengan wanita lain seperti dulu . Dia tekad untuk berubah dan membina hidup baru bersama Jie. Hanya gadis itu yang diimpikan sejak dulu. Ku Iz tidak akan mensia siakan peluang yang datang.
Sesekali mata membelek jam ditangan. Entah kenapa Ku Iz rasa masa lambat berlalu. Tak sabar untuk menghabiskan waktu bersama pujaan hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
In ingles, gay tu homoseksual. So blh guna untuk lesbo dan lelaki bengkok.-series, aku pernah baca kamus. Ada drama series amerikan, si lesbo kata
"Im gay,mom." -ya, scene gay.
Selain term gay, perkataan PLU juga diguna .Tapi plu di guna di malaysia dan sekitar asian like brunei,singapura-aku rasa.
Mengguna perkataan LGBT sebagai memanggil kaum laknat ni sedikit kasar bagi sesetengah orang..
Plu-people like us. Orang macam kita. Hah, kan sedap perkataan plu tu. LGBT tu macam teruk bak kata blogger gay ni.
Hehe..Aku tahu banyak pasal plu pun dari kaum ni. Sekeliling pun ada gak.
Series, ko akn phm jika ko selidik pasal Plu ni.
Cerpen/novel aku byk unsur gay. Salah satu sebb, aku nak plu baca karya aku.haha. Straight tu sket2 je la.
Aku sanggup buat apa saja asal orang baca..Giler bahaya aku punya komen ni. Haha.
Some kwn fb aku, most of gay. Mcm2 aku tanya diorang.
Ok dah. Aku hrp ko tak tanya lagi.
Tapi mmng. Ada yg guna gay..Ini fakta.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rsa mcm Ku iz nipu je tang nikah tu..Entahle.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 30-1-2015 11:56 PM
Daring ! Itulah ayat yang sesuai. Ku Iz terpesona melihat penampilan Jie malam ini. Gadis itu tampak sangat menggoda dengan mekap dan baju yang menyaluti tubuh langsingnya. Bau minyak wangi Hermes 24 Faubourg yang dipakai Jie membuatkan Ku Iz berdebar debar. Jantung tak berhenti mengepam darah dari tadi. Tambahan pula bila menyentuh rambut Jie . Haruman rambut melekat kuat membuatkan Ku Iz makin gila bayang. Aura Jie terlalu kuat menarik Ku Iz. Kalau tak memikirkan mereka sedang makan malam dan berada dikhalayak ramai, mahu saja Ku Iz meraih gadis itu untuk berada dalam dakapannya. Sudah lama Ku Iz impikan untuk berdua dalam keadaan romantik bersama Jie.
"Abang.. Jie bersuara lembut. Jiha minta maaf sebab tak cam abang. Jiha dah ingat sekarang." Senyuman manis terukir dibibirnya. "Abang lah yang selamatkan Jiha dari bunuh diri masa sekolah dulu. Jiha terhutang budi pada abang."
Abang ? Jiha ? Ku Iz tersentak. Rasa bahagia mula menjalar ke sanubari. Maksudnya ingatan Jie sudah mula kembali ! "Jiha ingat tak pasal pernikahan kita dekat Ohio? Abang tahu abang yang paksa Jiha untuk kahwin dengan abang walaupun Jiha tak nak. Abang terpaksa ! Abang tak sanggup tengok Jiha dengan Zack !" Walau gembira dengan perubahan positif Jie, Ku Iz takut sekiranya Jie betul betul ingat cerita sebenar disebalik pernikahan mereka. Bimbang gadis itu akan ' lari' lagi dari sisinya.
" Sorry abang ! Jiha cuma ingat zaman kita sekolah saja. Tapi abang jangan risau ! Walauapapun Jiha yakin abang memang suami Jiha." Mata merenung manja Ku Iz. "Abang tak tipu Jiha, kan?"
Ku Iz terdiam sejenak sebelum tersenyum semula. " Itu Jiha tak payah risau ! Lagipun kita akan nikah semula dekat Malaysia. Jiha tetap isteri abang." Jari jemari Jie diusap lalu dikucup lembut. Jie hanya membiarkan. Masih lagi tersenyum.
"Jiha..." Ku Iz bangun. Tangan dihulurkan ke arah Jie. Sudi tak Jiha menari dengan abang macam dulu?"
"Kat sini ke?" Jie segan memikirkan ramai mata yang akan memerhatikan gelagat mereka.
Ku Iz senyum. " Adalah. Jiha ikut abang. Surprise !" Ada satu tempat yang ingin Ku Iz tunjukkan kepada gadis itu.
Jie hanya akur. Tangan Ku Iz disambut. Mereka berjalan seiringan keluar dari restoran Graze menuju ke satu destinasi. Sesekali tangan Ku Iz melingkari pinggang Jie. Gurau senda mengiringi perbualan mereka. Hati terbuai indah. Ku Iz tak rela detik manis seperti ini berlalu dari hidupnya. Gadis itu adalah miliknya sejak dulu !
|
|
|
|
|
|
|
|
ini trap ni. aku tahu.hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2015 12:42 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 31-1-2015 12:14 AM
ini trap ni. aku tahu.hehe.
Trap apa ek.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
entahla..pergh jie hot giler kn.. sm mcm si dia.hehehe. syg,da berpunya. one way sajalaaaaaaa..
Tak sado.tak hensem.hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2015 01:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 31-1-2015 01:37 PM
Ku Iz tak kisah penat memandu jauh. Hasrat hatinya hanya satu. Ingin menghabiskan waktu bersama Jie. Sudah terlalu banyak masa terbazir. Kalau dikira semula hampir bertahun juga Ku Iz terpaksa bersabar menunggu saat ini. Cinta pada Jie tumbuh subur dihati sejak dibangku sekolah lagi. Mungkin bagi setengah orang itu hanyalah cinta monyet. Namun bagi Ku Iz Najiha adalah cinta sejatinya. Pernah Ku Iz cuba melupakan Jie dan mengalih perhatian pada gadis lain namun usahanya gagal. Walau Jie jauh dimata tetapi bayang gadis itu teguh menghuni hatinya. Justeru Ku Iz tekad lakukan segala hanya untuk memastikan Jie kekal menjadi miliknya. Bukan lelaki lain !
Ku Iz sedar matlamat tak pernah menghalalkan cara. Selama ini Ku Iz tak kisah ! Cara kasar atau halus semuanya sanggup dicuba demi memenangi hati Jie. Termasuk memerangkap Zack dan memfitnah. Kadang rasa bersalah dan berdosa menghantui fikiran lantaran banyak perkara kotor yang telah dilakukan namun bila memikirkan hakikat takut kehilangan Jie, Ku Iz mengabaikan dosa dan pahala. Ku Iz sanggup mengenepikan semua asalkan hajat untuk hidup bersama Jie terlaksana.
Purnama bersinar indah malam ini. Seindah Jie dipandangan mata Ku Iz kala ini. Wajah cantik itu tak jemu ditatap. Makin dipandang makin terpikat ! Rasanya dada Ku Iz hampir meletup menahan degupan jantung yang tak henti berirama kencang dari tadi.
Bunyi desiran ombak sayup kedengaran. Menimbulkan ketenangan dihati. Jie terpukau melihat senibina banglo terpencil dihadapan mata. Megah tersergam dan mempesonakan. Pasti hasil rekaan kreatif insan berseni. Jie kagum.
"Design banglo ini abang reka khas untuk Jiha. Construction company Papa Long yang buat struktur binaan.Abang dah lama nak ajak Jiha ke sini." Ku Iz menerangkan tanpa dipinta. " Inilah 'istana hinggap' abang kalau bosan duduk KL."Banglo ini memang menjadi tempat Ku Iz menenangkan fikiran ketika menghadapi tekanan.
Jie cuma mengangguk. Baru teringat Ku Iz mengambil jurusan seni binaan sewaktu belajar dulu. Tak mustahil banglo secantik ini hasil kreativiti lelaki dihadapannya. Cuma Jie tak sangka Ku Iz benar benar berbakat. Hasil kerja yang sangat teliti dan kemas. Jie hanya memuji dalam hati.
"Jiha.." Ku Iz harap Jie tidak akan menolak dirinya kali ini. Tubuh langsing itu didekati lalu didukung. " Sebab ini first time Jiha datang sini abang nak dukung Jiha masuk. Bolehkan?" Wajah mengharap sambil merenung Jie yang sedang dalam pegangannya. Gadis itu dilihat tidak membantah. Leher Ku Iz dirangkul oleh kedua tangan Jie. Satu perasaan bahagia terbit dihati Ku Iz. Langkah diatur masuk ke dalam.
Penjaga rumah yang memang diupah membantu Ku Iz membuka pintu. Tak sangka menerima lawatan dari majikannya malam malam begini. Namun hanya membiarkan Ku Iz dan gadis cantik itu berdua di ruang depan. Kali pertama melihat Ku Iz membawa gadis pulang. Tak mahu berburuk sangka maka Mak Jah menganggap gadis itu mungkin isteri Ku Iz.
" Abang tak penat ke?" Jie menyoal melihat Ku Iz yang masih gigih berdiri mendukungnya. Badan mula rasa tak selesa didukung begitu. Sukar untuk Jie bergerak bebas.
Ku Iz meletakkan Jie pelahan duduk di atas kerusi. "Untuk Jiha abang tak kan penatlah." Ku Iz senyum. Rambut Jie dibelai. "Jiha tetap cantik macam dulu. Tak berubah !"
Jie diam. Tiada respon. Mata terpandang piano. " Abang ingat tak kita pernah main piano bersama?"
Ku Iz cuma angguk. Masakan Ku Iz lupa. Muzik itu sentiasa melekat dihatinya. First love ! Lagu cinta untuk gadis itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jie kena minyak pengasih ke pe. Haihhh..aku tak paham. TAK BOLEH AGAK.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2015 04:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 31-1-2015 01:59 PM
Jie kena minyak pengasih ke pe. Haihhh..aku tak paham. TAK BOLEH AGAK..
You kan kaki speku.. tolonglah menspeku kan hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus Elia cerita yu ni... mula2 ingatkan senang je plot tapi makin ke penguhujng menarik minat saya nk folo cerita kamu ni... abaikan komen ntah pape tu, damn annoying nak baca ....
nanti kamu buat bab baru tag saya boleh?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|